Friday, January 20, 2012

Salam Jumaat...

Assalamualaikum...

Yeh! Nanti cuti lama. Kami tak pi mana, balik rumah mak di Lumut saje.

2 hari juga Yati senyap. Syok pula tak online, nak habiskan crochet bolero. Sekarang tinggal nak cantum dan jahit edging sahaja. ^_^


Gambar di atas masa buat bahagian belakang bolero. Hmmm... macam projek bolero saya pernah buat dulu, kan, kalau ada yang perasan. Memang sama, benang warna sama, pattern juga sama, cuma saiznya saja berbeza. Yang ni, lebih besor sikit.

Masa pergi KL tak lama dulu, masa cuti sekolah bulan 12, Yati ada beli row counter. Beli kat Haby & Wool, Ampang Park. 

Close-up sikit menatang row counter tu. Sesuai untuk crochet hook atau knitting needles saiz 4-6 mm. Sebelum ni, setiap kali lepas selesai satu row, Yati akan tulis progress Yati atas kertas. Begitu lah bila habis setiap row. Sebab kita mudah lupa, kan, tak nak lah nanti kena kira balik kita di row ke berapa kalau tiba-tiba dah tak ingat.

Lagi-lagi Yati ni, kejap kena tinggal kerja, pi buat susu anak. Kejap tinggal lagi, pi masak nasi.Mudah lah sikit dan lebih jimat masa untuk mengait lepas ni.

Ha... kat atas ni pula, gambar circular knitting needles, 2 yang kiri sambor kat Daiso Sunway Piramid, dan 2 yang kanan kat Haby & Wool juga. Ni untuk projek knit seterusnya, Yati nak knit cardigan. Memang dah lama dah masuk dalam senarai waiting list. Tapi ye lah kan, order cross stitch pun tak siap-siap lagi. Camno tu...

Lepas ni, nak siapkan bolero, cross stitch, nak knit pillow case untuk projek Swap group Malaysia Knitting Club (MKC), due next month. Dan lepas tu baru dapat knit cardigan. Itu pun kalau takde order customer. Weee.....

Selamat bercuti panjang pada semua. ^_^

17 comments:

  1. Yati... selamat bercuti dan selamat mengait... seronok tgk Yati mengait... akak just cross stitch saje... hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh tak sabar nak tengok bolero dah siap tu nanti...

    akak pun tak pegi mana2 cuti panjang ni..sure mana2 pun nanti ramai orang hehe..so lepak umah, masak, makan, tido pastu mengait hehehe....enjoy the holidays :)

    ReplyDelete
  3. slmt bercuti dan siapkn projek , kak yati ... :)

    ReplyDelete
  4. yati
    camne nak guna circular kntting needles tu

    ReplyDelete
  5. mcm2 projek Yati ni yer, tangan kreatif mcm2 blh buat & dpt income too..hehe

    ReplyDelete
  6. Yati ...teringin sangat nak crochet tapi tak terbuat-buat lagi,...

    ReplyDelete
  7. yati.langsung la akak tak paham apa yang yati tunjuk tu..he he

    ReplyDelete
  8. Çok güzel görünüyor örgü ellerine sağlık sevgiler.

    ReplyDelete
  9. wah....hebatnya...talented betul Yati nie kan...jeles saya...

    ReplyDelete
  10. wah...buat bolero lagi...sama kaler gitu..murah rezki..amin..

    ReplyDelete
  11. bolero tu utk anak kak Ina kan..heheheh tak sabar2 dah si kakak tu...

    ReplyDelete
  12. selamat bercuti utk akak sekeluarga juga ya

    ReplyDelete
  13. Kak Nisa,
    tapi kak Nisa expert cross stitch. Pantas!
    Kait tu pun best kak, nak buat cross stitch selalu boring juga. Lagi pun, Yati tak pandai jahit dress lagi, macam kak Nisa. :)

    Kak Fidah,
    Best kan, lepak rumah, sambil buat benda kita suka. Lagi enjoy macam tu, dari keluar, stuck kat traffic atau queue orang ramai kat shopping. Hehhe...

    Hanie,
    Timasih, Hanie. Ada lagi belum siap ni. Akan cuba siapkan secepat mungkin. :)

    Kak Shima,
    camana nak guna cicular needles?
    Kita gunakan dia untuk pattern yang perlu kita masukkan satu end, dan dia keluar ikut the other end. Fungsi sama macam double pointed needles juga, kak Shima. Tapi orang kata, lebih senang guna circular needles ni untuk buat socks, baju. Nak knit bunga atau cable pattern pun perlukan circular juga. :)

    Hajar,
    hehhe.. boleh le, Hajar. Tapi Hajar lagi best, end of the months, masyukkk.. Yati niaga ada bulan ok, ada bulan kurang ok. :)

    Kak Suzie,
    hehe... banyak order jahit ye kak. Takpe, siapkan order orang dulu. Nanti free boleh la cuba crochet. :)

    Kak Erna,
    hehhe... kalau ada minat, kena amik tahu kak. Dulu Yati pun langsung tak tau apa-apa pasal kait ni. :)

    MARİFETANE (Elif Hatice),
    Teşekkür ederim.Ben çok tığ ve örgü keyfini çıkarın.
    I hope google translate got it right. :D

    Ina,
    eh, tak perlu jeles. Ina lagi hebat! Banyak dah projek cross stitch buat, macam Kak Nisa juga.

    Imah,
    Amin...
    Semoga rezeki Imah juga semakin bertambah. :)

    Melor,
    Nape tulis macam orang Indonesia? :)

    Kak Ina,
    ya, betul!
    Kak Ina check la email, Yati dah hantar email sejak hari Selasa, minta details untuk urusan pos. Nanti check ya, kak. :)

    Yana,
    timasih. Tak cuti pun, dok mengait dan cross stitch tak abis-abis. :)

    Sahromnasrudin,
    dah tak cuti, sebab anak sorang start sekolah sejak hari rabu. :)

    ReplyDelete
  14. aida minat juga kait. tapi tak reti. tak tau kat sape nak belajo :( sebab dlm famili aida sorang je minat jahit-menjahit hi hi...

    ReplyDelete
  15. Aida,
    Boleh belajar dari Youtube je, Aida. Ada banyak tutorial. Mudah paham tengok video omputih buat ni. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea