Thursday, January 12, 2012

Mabuk cross stitch sudah...

Assalamualaikum...
Hari yang mendung kat sini. Korang pekabo?

Semalam kan, Yati speeding buat cross stitch. Sekarang projek tinggal satu cross stitch, dan satu order kait bolero. Dua-dua in progress.

Masa buat cross stitch tu semalam, ada la 2 jam juga buat, dengan kelajuan sepantas mungkin. Tiba-tiba Yati rasa loya nak muntah dan pening.
Ha, tu ada la yang fikir, ntah-ntah mabuk 'berisi' tak. Tak lah, ok.

Lepas tu, sebab rasa loya sangat, Yati stop dan baring. Bila baring dan pusing badan ke kiri, bunyi tulang belakang, 'kuk' 'kuk'. Aiyaaa... ape pasal ini macam.

Hmm... tak leh speeding dah. Boleh mabuk. Jadi hari ni, Yati buat rileks-rileks la. Sambil, jom tengok apa Yati masak hari ni.

Lauk simple je. Dua-dua jenis sup hari ni.

Lauk budak-budak, sup fishball.
Lauk orang tua, tomyam ayam.
Tomyam tu tengah masak lagi. Banyaknya Yati perah asam limau. Lagi masam, lagi bagus. Cuma satu kurang, daun limau takde pula.

Ok, nak lipat kain pula.
Take care, dan have a great day semua! ^_^

14 comments:

  1. 1st lagi. Hehe.

    Nak resipi tomyammmm!

    ReplyDelete
  2. salam
    dah lama tak makan tom yam ni..
    err..salam singgah ye =)

    ReplyDelete
  3. dah jumpa blog yati... dulu kita jumpa kat multiplyjer... kalau dah xstich memang mabuk nak siapkan jer...

    ReplyDelete
  4. heheheh sedap ..i like tomyam heheheh....rilek2 buat stitch tu yati...akak pun kekadang niat nak cepat..tangan and badan tak larat hehehe

    ReplyDelete
  5. tekun sgt tu yati buat..sbb tu rasa ening n loya..take care ye...kerja tu kerja jugak ttp kesihatan kena jaga......

    ReplyDelete
  6. mabuk??? tanda-tanda tu.. take care.. ;)

    kat Kajang pun mendung gak arini.. tak tau la mendung ke jerebu.. huhu..

    selamat siapkan kedua2 projek.. jgn speeding sgt tau.. jaga kesihatan.. :)

    ReplyDelete
  7. selamat menyiapkan projek yati...

    rezeki tu.. tp buat pelan2 & jaga kesihatan juga..

    hari ni hujan di Ipoh sampai ke malam.. kat tempat yati hujan tak?

    ReplyDelete
  8. Yati, camne jahit cross stitch boleh speeding? nak jugak speed, akak jahit slowwww sangat... jahit cs lama2 memang boleh sakit belakang, sakit leher, sakit wrist, sakit mata... hmmm tu yang upah cs kena ambik mahal sikit... hehehe

    ReplyDelete
  9. emm..kalo tak cukup rehat camtulah gaknye yerr...mabuk ngalah orang ngandung..pulun siapkan projek..makan tak ikut time..masuk angin perut tu..mau tak loya..jaga kesihatan yerr kak yati...imah pon penah sampai camtu..hehe..

    ReplyDelete
  10. best2..:).
    ayu ingat nak tempah cross stitch kt yatila..nk buat sendiri tak sempat.

    Kita ni mcm2 nk buat tp tak semua mampu nk buat.

    take care yati..:)

    ReplyDelete
  11. Akak ni memang pembawa talasemia so kalau lama-lama ngadap komputer ke ...mesin ke memang selalu pening.Yati pun maybe kurang darah

    ReplyDelete
  12. Anie,
    tomyam tu, guna cube je. Campak serai, daun limau, tomato, ayam, cili api. Perah asam limau banyak-banyak. Jadi la. :)

    Cheqna,
    Thanks singgah sini.
    Yati pun dah lama tak makan tomyam, tu teringin, buat juga hari tu. :)

    Cho Zila,
    Yati dah lama tak import blog kat multiply tu. Dah tak aktif dah sana.
    Saya lain pula, rasa setahun tak buat cross stitch pun takpe. Sebab dah 3 order cross stitch berturut-turut saya buat. Tak larat dah.

    Kak Fidah,
    sama la kita, suka tomyam juga! :)
    Itu la kan, mungkin dah tak muda lagi kita ni, badan dah tak larat, huhu...

    Kak Nza,
    huhu... timacih kak. Nak siapkan cepat juga, cian customer, lama tunggu dah.

    Puan Zai,
    memang sedap, Puan Zai, dihirup begitu saje, time panas. Peh!!!

    Zila,
    hehhe...
    itu la Zila. Tak leh speeding, lebih baik kelajuan yang slow, tapi konsisten, kan. :) Lama-lama siap juga, takut kualiti lari bila kita berkejor nak siapkan.

    Kakyong,
    Timasih, kakyong.
    Kat Seri Iskandar hari ni, mendung, kakyong. Tak kering la kain ni.
    :)

    Kak Nisa,
    slow lebih baik, kak. Maksud Yati speeding tu, fokus buat tak henti-henti. Yati buat straight, mana area guna color sama, tu yang buat dulu. So tak bazir masa tukar jarum, tukar benang.
    Hehhe.... betul, betul tu kak Nisa. Upah kena lebih, kan kak, sebab kita susah nak buat. :D

    Imah,
    sama la kita ye, Imah. Betul cakap Imah tu, makan tak ikut time. Tu pun satu juga. Badan jadi banyak angin, pastu, start la pening.

    Ayu,
    Sekarang Yati tutup order cross stitch, nak siapkan yang current projek ni dulu. Apa pun, stay tune ya, Yati selalu maklumkan kat kedai Yati tu, bila Yati sudah buka order semula. :)
    Thank you, Ayu. ♥

    Kak Suzie,
    oh.. ye ke kak. Tak tau pula Yati, lama dah tak check.

    Kak Ina MP,
    Timacih kak. Yati rasa, bolero anak akak siap dulu, baru cross stitch ni. Sebab Mr Cheng (yg order cross stitch) tu pun kata, no hurry, boleh ambil masa. Jadi, Yati break jap, Yati buat bolero anak akak dulu. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea