Monday, January 09, 2012

KL Bird Park

Assalamualaikum...

Tak abis-abis lagi cerita masa pergi KL masa cuti sekolah hari tu. Yati sambung ya.

Ada satu hari, kami pergi Taman Burung dekat Taman Tasik Perdana. Dekat situ, ada Taman Rama-rama, ada Taman Orkid, dan ada lagi beberapa tempat untuk pelancong, tapi kami sempat pergi di Taman Burung ni je. Itu pun, tak larat, berpeluh-peluh dan penat jalan dalam tu.

Bila last sekali korang pergi Taman Burung ni? Ada pernah pergi tak? Yati last sekali pergi, masa sekolah menengah. Rasanya masa tu, tempat ni takde la besar sangat, cuma yang Yati ingat, bila masuk, kita berpeluh-peluh la, sebab duduk dalam sangkar yang besar.

Jom kita tengok gambar.

Amirul, Hafizan dan Sulaiman.

Sulaiman takut tengok burung tu datang dekat.

Banyak burung merak berkeliaran. Budak-budak suka, sebab tak pernah dekat macam ni dengan macam-macam jenis burung.

Bila dah excited tu, mula la buat pelbagai aksi ultraman.
Yati yang gemuk dengan 3 hero kecik.
Burung apa tu.. color merah. Lawanya.., cakap Hafizan.
Penatnya jalan, rehat la kejap.
Tengok ni, burung merak ni datang dekat sangat. Agak-agak dia patuk tak...
Fuiyo... dia tau kita amik gambar dia, dia pi kembang ekor pulak! Lawa, kan?
Tengok itik dan ikan pulak..
Husband Yati buat lawak.
Ada juga galeri burung-burung yang diawet, segala jenis telor burung-burung, semua ada dipamerkan. Masa kami pi, ramai juga orang. Parking pula pusing-pusing juga la cari, nasib ada.
2 jam juga duduk dalam tu. Memang budak-budak suka.

Bila lagi nak pergi, tak tau la pula. 
Sekian cerita kami pi jalan-jalan kat Taman Burung. ^_^

10 comments:

  1. akak yg slalu g kl pun tak penah sampai kat taman burung ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dah pernah pergi tapi dah lama gitu ....

    ReplyDelete
  3. haa....ada idea nk pergi bila cuti. skarang ni pergi tmpt budak2 suka je kan.asalkan ank hepi,makpak pun hepi tgk.ko berisi ada makna ker?

    ReplyDelete
  4. Yati dtg kl ke? laa, nape tak dtg umah ayu. I-city tu dah dkt ngan umah ayu. Ayu pun br thn lps bw amjad g taman burung. seronok dia, ayu je tak larat sbb ms tu tgh bw perut..:)

    ReplyDelete
  5. bukan main seonok 3 heros yati + cik abe yati tu.......
    rasanya akak p sini 2-3 thn lepas kot..bawak rombongan sk....

    ReplyDelete
  6. kak, ina tag akak kat sini

    http://menariksanasini.blogspot.com/2012/01/zyash-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. Kak Su,
    hehhe.. bawaklah anak-anak kak, lain kali. Best juga. :)

    Kak Suzie,
    Yati pun last pergi masa sekolah, kak. Skrang dah banyak burung kat dalam tu, kak.

    Epid,
    betul, betul. Bawa anak-anak pi tempat budak-budak suka. Nak pi Aquaria KLCC tu mahal sangat.
    Eh, takde Epid. Aku gemuk sebab makan banyak. :D

    Ayu,
    ye ke Ayu? Lain kali datang lagi, Yati contact Ayu, ya. :)

    KyLeLina,
    kena tag ya. Nanti free akak tengok ya. :)

    ReplyDelete
  8. Bestnya jalan2.. seronok tgk anak2 yati dah besar.. senang nak bawak berjalan kan..

    saya tak pernah lagi bawak budak2 gi taman burung ni.. skrg saya dah tak larat dah nak berjalan.. hehe..

    ReplyDelete
  9. cantik nyer merak tu!!! aida gi tmn burung ni waktu belajar dulu!!! agak nyer la... dgn boypren lama... ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. Zila,
    boleh le zila. Cuma Sulaiman tu je, yang kadang-kadang time jalan la, mintak itu ini.
    Ye la kan, dah sarat. Lain kali je Zila boleh pergi, bila anak-anak dah besor sikit. :)

    Aida,
    ha ah, cantik kan, merak tu.
    Hehhe... masing-masing pergi taman burung ni long time ago. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea