Monday, January 16, 2012

Hari ni birthday Amirul

Assalamualaikum... Hello semua!! ^_^

 Anak sulung Yati ni, hari ni menyambut harijadinya yang ke-9. Sudah darjah 3 dah dia.

Amirul dengan adik keciknya, Sulaiman.
Dia orang ni time baik, baik juga. Tapi gaduh, gaduh juga. Mostly, sebab berebut barang. Atau berebut masa main game. Orang ni main dah lama, tapi dok juga, tak bagi orang lain main. Apa lagi, perang la lepas tu. Tapi Amirul dah nampak sikit kematangannya. Dia banyak tolak ansur dengan Hafizan dan Sulaiman.

9 tahun yang dulu, Yati lahirkan Amirul secara ceasarean. Yati yang pilih tarikh bila nak lahirkan dia. Amirul punya position breech dalam perut. Dari 7 bulan kedudukan dia dalam perut dah tahu. Tengok-tengok sampai 9 bulan tak berubah-ubah juga, terpaksa operate. 

Besarnya belanja bila beranak operate, 4 ribu lebih, kat pusat bersalin swasta. Tu pasal kami tunggu sampai 3 tahun untuk lahir anak kedua, sebab Yati nak cuba beranak secara normal. Alhamdulillah, 3 tahun lepas tu, Hafizan lahir secara normal dengan selamatnya.

Amirul merasa susu badan sampai umur dia 6 bulan sahaja. Berbanding Hafizan dan Sulaiman, yang dapat merasa susu badan sampai 2 tahun lebih. Sebab lepas lahir Amirul, Yati tak berapa sihat sangat. 

Amirul juga satu-satunya anak Yati yang merasa duduk di nursery, masa umur dia 2 tahun. Merasa dia di bawah jagaan orang lain. Tapi almost setiap bulan dia demam. Dan sebab itu juga Yati ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa, sebab tak sanggup tengok dia selalu sakit dan tak happy bila hantar ke nursery.

Semoga Amirul membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam apa saje bidang yang Amirul suka, amin. 

Tahun lepas, ada satu hari, Amirul kata, cikgu dia minta semua murid bawa biji benih masa subjek Sains. Sudah... ape benda la nak di projeknya. Yati pun amik cili yang layu dalam peti ais, bawa keluar biji cili tu, dan jemur. Esoknya Amirul bawa ke sekolah.

Balik sekolah, dia minta tanam biji benih cili yang dibawa tadi kat sekolah dalam pasu yang lebih besar kat rumah. Dah beberapa bulan berlalu, sampai husband Yati tanya, ni pokok cili ke, rumput liar ke, yang tumbuh dalam pasu tu. Tengok-tengok akhirnya...


...berbuah juga pokok cili tu, dalam 2-3 hari lepas. Baru perasan ada sebijik ha. Pokok yang Amirul tanam sendiri.

Cuma... 


Pokok limau mama je belum keluarkan buah. Dok berbunga je macam di atas, pastu bunga tu kena makan dek ulat, pastu tak juga keluar limaunya. 


Hehhe... tak kisah la tu. 
Happy birthday, Amirul...^_^

16 comments:

  1. hepi esday amirul moga jadi anak soleh untuk ibu n ayah

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday to Amirul.. nak bg hadiah jauh sgtlah.. hahaha (alasan.. mcm pokcik posmen takde kan) Moga Amirul membesar jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  3. Hpy Bdy Amirul...sebaya Danial..

    Sga Amirul diberi kesihatan yang baik, jadi anak yg soleh, berjaya di dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  4. happy birthday Amirul... semoga jadi anak yang soleh yerk...
    p/s Yati.. berguna gak ideatu... nanti lehler buat yerk...

    ReplyDelete
  5. lupa nak komen pasal cilitu.. best gak kalau buat projek gitu ngan anak2 yek.. leh merasa hasilnya...

    ReplyDelete
  6. hepi besday ensom boy..moga membesar jadi anak yg soleh n pintar...amin...

    ReplyDelete
  7. selamat HAri lahir utk amirul..semoga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT

    ReplyDelete
  8. hepi befday amirul sayang!!!! moga jadik anak yang soleh dan juga berjaya dunia akhirat...leh banggakan mak ayah :)

    ReplyDelete
  9. sy tumpang bahagia baca post yati. mesti Amirul happy tengok pokok cili dia berbuah kan. happy birthday Amirul. semoga jadi anak yg soleh kebanggaan keluarga. amin.. :)

    ReplyDelete
  10. hepi bisday amirul...
    baca cerita yati..terharu pulak..sangup berhenti kerja demi anak,,sayapun kekadang terfikir gitu..tapi memandangkan kewangan tak pernah stabil..terpaksa lupakan dulu

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Pengorbanan kita sebagai ibu kan, Yati? Apa2 pun sy ucapkn kat Amirul ~ Happy birthday! Semoga sihat2 selalu, jadi anak yg taat & soleh, rajin belajar & tanam lg byk pokok cili dan sebagainye! skrg semua brg dah naik so bolehlah krg kn belanja dapur sikit :p hehehe

    ReplyDelete
  13. Selamat hari jadi ke 9 Amirul.. dah besor dah dia.. tangan buku hija ni.. elok la pasni yati ajak amirul bercucuk tanam pagi.. pasti dpt hasil,..

    ReplyDelete
  14. Happy besday Amirul...macam photocopy yati ...hahah.Pokok limau mmg susah nak hidup.Akak punya dalam pasu x berbuah-buah .geram betul.Kakak kata kena rajin bersihkan keliling pokok tu jgn ulat naik..yati akak nak g lumut cny ni...tido kat swiss garden

    ReplyDelete
  15. Melor,
    Terima kasih, Melor. ^_^

    Kak Mila,
    Amin... mudah-mudahan. Terima kasih, kak Mila. :)

    Hajar,
    Ha ah, dia orang sebaya, kan. Bila la dapat jumpa Hajar sekeluarga ni. :)
    Amin, amin... terima kasih, Hajar.

    Cho Zila,
    Hehe... timasih! :)
    Cuba, jangan tak cuba. Ugut manja gitu, kalau tunjuk betul kat kengkawan dia gambar isap botol, kesian dia.
    Boleh le, nak bercucuk tanam. Tapi siram pokoknya malas. Hehhe...

    Kak Nza,
    Amin, amin... terima kasih, kak. :)

    Sahromnasrudin,
    Amin... terima kasih, sahrom. :)

    Kak Rafidah,
    Mudah-mudahan begitu la yek, doa Yati setiap hari. Terima kasih, kak.

    Eis,
    Dia memang excited, tengok pokok dia. Dulu hari-hari tanya bila balik sekolah, sampai penat la kita nak menjawap.
    Amin, amin... terima kasih, Eis. :)

    Suri Solehah,
    Terima kasih. :)
    Kewangan tu, boleh dicari. Tapi anak yang tak happy (asyik melalak) je time hantar nursery, buat hati kita pun tak tenteram, jadi, lebih baik jaga sendiri. :)

    Kak Aisyah,
    salah guna id anak bujang akak ya. :)
    Ye la, kak. Hehhe... Yati dah sampaikan kat Amirul. Dia sengih sampai ke telinga! ^_^
    Terima kasih, kak Aisyah.

    Kakyong,
    Terima kasih, kakyong.
    Yati dah malas sekarang, kakyong. Tapi Amirul memang ada minat, sebab dulu time membaja dan menanam, dia selalu menyibuk nak tolong.

    Kak Dee,
    Thank you!! :)

    Kak Suzie,
    terima kasih, kak.
    Hehhe... ye ke.. rasa dia lebih ikut muka bapaknya.
    Ooo itu macam ka. Tapi betul la, sudah letak baja buah pun, tak mau berbuah juga pokok limau tu.
    Waiya! Syoknya! Kalau takde agenda, call atau sms la, mana tau, kot sempat jumpa kat mamak. Contact details Yati ada di page Contact di yatiandstitch.com
    ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea