Thursday, January 05, 2012

Crocheted hard disk cover dan cross stitch MU

Assalamualaikum...

Hari ni nak share projek crochet yang Yati buat sebelum pi KL hari tu.

Tadaaa.... 


Cover untuk external hard disk. Crochet sesedap rasa, ikut pattern sendiri. Guna benang baki projek lepas-lepas.


Yati nak buat dia muat-muat je, tak nak longgar sangat cover dia.  Tapi masih boleh keluarkan bila tarik.


Ni bila nak guna, cuma buka butangnya. 

Ok, tu projek Yati. Meh tengok projek seorang customer Yati, namanya Iza.

Iza order dengan Yati, transfer foto logo MU ke pattern, dan Iza jahit sendiri cross stitchnya.

Dari foto ke chart ke cross stitch

Menurut Iza, dia ambil masa sebulan untuk siapkan projek ni. Tahniah Iza! Cantik!

Kalau sape nak berkenalan dengan Iza, sila ke blognya, Mama Qs Stitch.

Kalau sape nak buat macam Iza, sila email gambar pada Yati. Asalkan gambar tu jelas, Insya-Allah Yati boleh buat. Harga RM30 sahaja untuk pattern. Kalau nak Yati jahitkan sekali, sekarang tak boleh. Sebab tinggal 1 lagi order cross stitch nak siapkan dan lepas tu, crochet bolero pula.

Yati terpaksa tolak order cross stitch. Sebab boleh buat satu projek saje pada satu masa. Kalau projek lain contoh crochet, Yati boleh buat sambil dalam kereta, atau depan tv. Tapi cross stitch kena concentrate duduk dalam bilik diam-diam. Jadi tak nak lah terima order banyak-banyak. Kelam kabut nanti. Plus sekarang anak sekolah, sibuk juga la.

Ok, selamat ya, take care semua...! ^_^

12 comments:

  1. Yati akak dok cuba crochet alhamdulillah ingat lagi stepnya.tapi knit mak ai...x dapat2.dapat first step je pas tu mike tinggai ken je...hahaah bila la nak sambung balik

    ReplyDelete
  2. Thanks to kak yati sbb byk bg tips2 berguna utk saya..thanks jgk sbb promote blog saya yg x seberapa tuh..hehehe:)

    ReplyDelete
  3. mmg kreatif..kalau wat camtu xlah hard disk tu calar n rosak....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yati....
    Anak2 dah masuk sekolah, mmng sibuklah kan...
    p/s...betul tu, bolero tu utk kakak..

    ReplyDelete
  5. dia sungguh berbakat..alhamdulillah dan syukur atas kurniaan tersebut

    ReplyDelete
  6. gud idea sangat buat cover dia....sure tak calar....comel2

    ReplyDelete
  7. Anie,
    laju ya, first yang mengomen. :)

    Kak Suzie,
    Knit pun senang juga. Kena praktis lebih, tu je. :)

    Melor,
    waalaikumsalam. :)

    Iza,
    sama-sama. :)
    Hehhe... takde apa la. Menjalinkan silaturrahim, orang kata.

    Kak Nza,
    ha ah, tu la tujuan utamanya, kak. Nak protect benda alah tu. :)

    Kak Ina,
    waalaikumsalam kak.
    hehhe... ok. Dah besor la dia yek, nak PMR tahun ni. :)

    Sahrom,
    Alhamdulillah... :)

    Kak Fidah,
    hehhe.. nak gunakan baki benang, sebab tak tau nak buat apa, semua tinggal ciput-ciput.

    ReplyDelete
  8. cantik juga cover hardisk tu... comel jer..

    wah masih ade projek in-que.. gud luck yati..

    ReplyDelete
  9. salam..menarik cover hardisk ni :)

    ReplyDelete
  10. Kakyong,
    hehe.. timasih. Kesian nengok hard disk tu tak berbaju.
    Thank you, kakyong. Cuba sedaya mungkin ni nak siapkan. Banyak lagi projek in que. :)

    Ahmad Yusri,
    Terima kasih. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea