Friday, January 06, 2012

Cerita masa pergi I-City

Assalamualaikum...

Hari tu, masa pergi KL, sempat la pergi I-City di suatu petang.

First time pergi ni. Amirul dan Hafizan tak ikut, dia orang lebih suka duduk rumah aunty dia orang, main game. Jadi, bawa si kecik Sulaiman je. Meh kita tengok gambor.


Sulaiman ni suka-suka dia je, terus naik atas angsa tu. Nasib tak penyet atau runtuh. Sebab Sulaiman ni nampak je kecik, tapi lenguh juga ler, kalo dukung dia.


Tu Yati le tu. Saje, amik gambor jauh. Kalau jauh, nampak le kecik sikit. Bila tengok dekat, amik kau, kembang rupanya...


Lawa yek... waktu malam..


Gambar tidak ikut turutan. Kejap waktu malam, kejap waktu masih petang.


Rusa ni pun, Sulaiman nak naik juga. Ler.. budak ni...


Merajuk ler tu, kita tak bagi dia naik rusa tu, dia lari kat pokok pulak.


Pastu nak pujuk, bagi la dia naik kereta ala space kat atas tu. Nak naik, kena beratur panjang. Bapaknya je la teman. Mama pakai kain, malu pulak kang kalo orang nampak. Sebab kereta tu kat atas, macam LRT tu, dia lalu atas orang.


Ha, camtu la kereta space tu, sorry ler, gambor tak jelas. Camera tak berapa elok.

Tu je la. Takde la jauh sangat tempat ni dengan rumah kakak Yati. 
Ramai juga la orang. Petang tak berapa, tapi bila malam, bertambah ramai. 

Ok, sambung lain hari ya. 
Selamat berhujung minggu! ^_^

11 comments:

  1. seronoknya sulaiman dpt jalan2 naik angsa.. ;)

    x pernah sampai sana lagi.. simpan dlm angan2 jer la..

    ReplyDelete
  2. suami n anak2 akak sanggup bratur pjg nk naik kereta tu yati......depa kata best.....

    ReplyDelete
  3. masa akak pegi dulu, icity baru mula2 buka, tak berapa menarik sgt macam sekrg.

    ReplyDelete
  4. salam kenal kak..kita baru ingt nak terjah ari ni insyaAllah

    ReplyDelete
  5. cutenya sulaiman naik angsa tu ....

    ReplyDelete
  6. Tu la tempat jauh nak pergi tapi dekat tak terpergi-pergi....akak selalu ke shah alam tapi tak pernah pergi i-city.padahal bukan jauh ana pun....

    ReplyDelete
  7. Kak Nisa,
    hehhe.. bawak anak-anak bagi dia orang suka, kak. :)

    Kakyong,
    kakyong pun boleh sampai sana juga. Yati pun setahun sekali dua je gi sana, tu pun kalau ada urusan.

    Kak Nza,
    ha ah, nampak macam best. Sebab tinggi, kan.

    Kak Su,
    ooo ye ke, sekarang banyak dah ride, macam ferris wheel le, kapal la, budak-budak suka la, kak.

    Amiey Lee,
    salam kenal.
    Thanks singgah sini ya.

    Hanim,
    cute dan comot, Hanim. :)

    Kak Suzie,
    ha ah kak, ikut highway, kejap je sampai. Signboard pun banyak, jadi takde la sesat, kalau orang tak biasa kat KL.

    Melor,
    boleh le, Melor, tengok pokok lampu color-color. :)

    ReplyDelete
  8. bestnya...akak yang dok shah alam pun tak pegi2 hehehhe..

    alaaa lenkali lalu shah alam roger la...leh jumpa :)

    ReplyDelete
  9. Kak Fidah,
    hehhe.. ramai orang kak, i-city ni.
    Insya-Allah, kak. Kalau datang lagi, Yati inform ya. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea