Tuesday, January 10, 2012

cerita last weekend

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas, kami ke KL lagi. Urusan akhir, jumpa penyewa yang dah nak masuk rumah.

Kami bertolak pagi-pagi dari Perak dan balik hari yang sama juga. Nak kejor pejabat maintenance rumah, sebab hari Sabtu, dia buka half day je. Nak kena amik sticker dan pass masuk. Dulu masa kami duk rumah ni, tahun 2005, takde lagi pintu pagar automatik. Takde apa-apa pun.

Sekarang nak masuk, kena ada pass tag. Dulu cuma ada econsave, sekarang dah ada Carrefour, Jaya Jusco, dan Giant. 

Sayang pula nak bagi orang sewa. Tapi kalau tak bagi, kami juga yang susah nak bayor 2 rumah tiap bulan. Itu pun, dah setahun lebih dah rumah ni kosong. Banyak juga yang dah kami keluarkan untuk repair yang bocor, dan pasang kipas dalam 3 bilik. Kami juga cat baru rumah. Penyewa yang sebelum ni, masa dia keluar rumah, dengan tempat sidai kain kami dia angkut sekali. Harap penyewa kali ni lebih ok.


Ni la rumah kami. Rumah kecik je. Kat luar tu, balkoni. 3 bilik, 2 bilik air. Tingkat 4. Semput la naik, sebab takde lif. Tapi sejuk, angin masuk je. Malam-malam tidor buka sliding door, nyamuk takde. Masa husband beli rumah ni, Amirul baru 2 tahun.

Pernah waktu susah, Yati cadangkan supaya jual je rumah ni. Sebab dulu, tak mampu  nak repair semuanya. Tapi husband sayang nak jual, sebab takde dah dapat rumah harga camni kat KL. Cuma bertahan, tu je la yang kami buat. Dengan ansuran bulanan rumah KL, dan sewa rumah Perak lagi, dengan belanja bulanan anak-anak, susahnya Tuhan je yang tahu. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Itu pun tunggu bonus juga, baru dapat repair semuanya.

Ni nasi ayam My Mom's Chicken Rice kepunyaan... ha, korang tau la sape punya, kan. Saje, tak pernah merasa, nak juga la try. Baru buka di Giant tepi highway nak pi Kajang tu. Rumah kami dekat area situ le. Hmmm... nasi ayamnya boleh le tahan. 7 ringgit lebih sepinggan. Tapi dia meninggalkan rasa bawang putih yang kuat dalam mulut lepas habis makan. Atau mungkin Yati je yang rasa camtu. Sebab amik cili dia banyak sangat.

Mendung berarak kelabu tu sedikit-sedikit meninggalkan kami. Mentari mula memancarkan sinarnya. Harap lepas ni, sinaran mentari tu akan terus terang, cerah menerangi hidup kami, dan juga hidup kawan-kawan juga. 

Selamat hari Selasa! ^_^

13 comments:

  1. kat mana ek umah yati ni? alhamdulillah ada dah orang nak sewa ek. adik akak ada umah kat resak apt kat puncak perdana tengah carik orang nak beli.memang sakit sket kalau time takde orang sewa kan.

    ReplyDelete
  2. Kak suzi pun ada gak rumah tingkat 4.ada juga orang menyewa.beli masa kerja dulu .dah habis bayar pun....yati kat bangi ni panas betul dah 2minggu kot tak hujan.Ya Allah moga adalah hujan rahmat 2-3 hari ni

    ReplyDelete
  3. umah dia dekat umah saye.. hehe!

    ReplyDelete
  4. pelaburan tue, kak..sayang kalau jual..mana tau nnti transfer pi kl ..dah ada uma sndri kans

    ReplyDelete
  5. wah...a good start this year. sama2 kita doakan mendung berlalu pergi. kayuh pelan2 & dapat hasilnya at the end, insyaAllah

    ReplyDelete
  6. sayanglah nak jual rumah tuh yati... kalau ianya +ve cashflow (means sewa lebih dari monthly payment) apakata yati buat tabungan, so that kalau in case in the future perlu repair, boleh ambik kat situ jerr. dulu2 masa mula2 akak sewakan kondo kitorg tuh camtuhlah, sbb +ve nyer tuh cuma puluhan ringgit jer, tp now dah refinance, +ve nyer tuh adalah dalam 200++, so tak risau sgtlah.. tambah plak penyewa sekarang mmg bayar on the dot before 1hb

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah yati, rezeki ada di mana2..moga thn 2012 memberi keceriaan n rezeki yati bertambah..
    Sedapnya nasi ayam tu....

    ReplyDelete
  8. tgk dlm gmbar nie je dh rasa sejuk dan nyaman je umah nie... xpa la kak mmoga rezeki lepas nie bertambah2

    ReplyDelete
  9. mmg sakit nk bayar 2 buah rmh ni, sy msh terasa peritnyer wlau ada org meyewa rmh lama km tu, rasa2 cam nk jual jelah, blh tampung belanja kot lain..huhu

    ReplyDelete
  10. Rumah Yati ni mcm area Cheras je.. :)

    MEmang macam2 dugaan dengan penyewa ni.. semoga penyewa kali ni bagus orangnya.. amin.. :)

    ReplyDelete
  11. jgn jual ti. jadikan harta. sewa kan. susah susah pun harta kita. bekalan utk hari tua :)

    ReplyDelete
  12. Sayang kalau jual umah tu.....kira plaburan utk masa depan jugak tu...

    Semoga tahun 2012 terus memancarkan sinarnya....

    ReplyDelete
  13. Kak Fidah,
    Rumah Yati di Taman Tun Perak, Cheras. Bersebelahan Bandar Tun Hussien Onn.
    Betul, kak. Memang sakit, kalau takde penyewa. Tengok kepala husband Yati, dah banyak dah rambut gugur fikir belanja. Hehhe...

    Kak Suzie,
    Waiya... bestnya kak, rumah dah habis bayar. Mesti lapang rasa, takde hutang besor dah.
    Semalam hujan kat Seri Iskandar, Perak ni. Bangi hujan tak? :)

    Anie,
    ha? Confius sudah saya.

    Sahromnasrudin,
    itu la benda husband akak cakap. Kot satu hari nanti kena pindah KL balik, at least ada rumah sendiri. :)

    Epid,
    Thank you, Epid. ♥
    Amin..

    Kak Mila,
    Insya-Allah kak. Yati pun rancang camtu. Takpe la sikit pun, asal ada simpan. Thank you ya, kak Mila.

    Kak Nza,
    Amin, amin, kak.
    Tak berapa sedap nasi ayam tu, kak. Nasi ayam kat foodcourt biasa kat carrefour rumah KL Yati lagi sedap dan murah. :)

    Puan Zai,
    hehhe... ye ke.. memang rumah tu dulu tidor malam tak yah pasang kipas, sebab sejuk.
    Amin, amin... terima kasih, Puan Zai.

    Hajar,
    hehhe... Hajar pun sama ya. Itu la rasa nak jual, tapi sayang pula. Harga rumah sekarang mahal, tak dapat la harga sama cam kita beli dulu, Hajar. Jadi, simpan je la. :)

    Zila,
    Betul, Zila. Taman Tun Perak, Cheras. Tahu Plaza Phoenix yang jalan selalu jammed tu? Dekat situ la. :)
    Amin... harap-harap begitu la, Zila.

    Aida,
    Betul cakap Aida. Setuju!

    Kak Ina MP,
    terima kasih, kak. Amin. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea