Monday, October 31, 2011

Operasi anai-anai

Assalamualaikum...

Semalam, abe ku sudah selamat menjalankan operasi anai-anai ni. Cian dia, sampai ke petang buat kerja. Berikut kemusnahan yang anai-anai dah buat dalam bilik tidor depan.


Menatang ni dah buat sarang kat almari Yati. Tu... bucu almari, bahagian bawah. Sudah pun dikorek rumahnya, dibakar, disapu minyak. Dia melekat sampai ke dinding sarang dia ni, sebab almari ni rapat ke dinding.


Gambar di atas menunjukkan bahagian atas almari. Nasib baik depa ni dok kat luor je, belum masuk dalam almari lagi. Atas almari, Yati letak kotak. Dalam kotak tu, ada tudung-tudung zaman kerja Yati, baju kurung masa kerja juga, yang Yati tak pakai dah sekarang. Kebanyakan tudung dan baju kurung tu, dah berlubang, macam jala, dikerjakan oleh anai-anai ni. 

Sampai ke petang abe ku memberus tanah anai-anai ni dari pakaian dalam kotak, melihat mana yang boleh diselamatkan, mana yang terpaksa dibuang.

Hari ni, tiada lagi bunyi anai-anai. Kalau Yati sapu bilik, sebelum ni, boleh dengar bunyi anai-anai ni. Harap sudah mati semuanya. Terima kasih pada kawan-kawan yang ada bagi tips. Kami sembur dengan semua, sembur lipas, sapu minyak (minyak gas takde, guna minyak pelincir motor) tempat-tempat sarang depa ni. 

Fuh... lega...

Friday, October 28, 2011

Flower hairclip lagi...

Assalamualaikum...

Yati rasa, terlebih caffein. Minum banyak sangat nescafe, kopi-o lagi, terus sakit pala. Ni nak kena stop 2-3 hari ler ni dari minum nescafe. Tapi Yati tak boleh le, tak pekena nescafe satu hati, rasa kurang kick! ^_^

Hari tu Yati buat sepit rambut dari felt tu, sebagai free gift pada customer. Kali ni, Yati buat 2 jenis. Satu bunga crochet, dan satu lagi macam hari tu, bunga felt.


Semua di atas masuk kedai, ready stock. Singgah le, kalau nak tau harga dan jamu mata tengok barang.


Ha, sambung cerita anai-anai semalam.. kita orang dah bawa keluar kotak yang dimakan anai-anai tu. Dah cuci lantai, dah buang segala sarang di lantai dan bakar kotak dengan anai-anai sekali.

Tapi nak tau tak, pagi ni apa jadi..


Dia pi buat balik, walau pun takde benda nak dimakan. Kotak semua dah clear. Tak tau la mana dia mai, sama ada anai-anai tu keluar dari celah lantai yang crack atau dia jalan malam-malam cari kotak tapi rabun tak nampak kotak dah takde, kita orang pun pelik... 
Nak tau tak? Tupperware, periuk stim Yati dalam kotak semalam tu pun dia pi masuk, buat apa ntah. Bukannya boleh makan. 

Ok, sekian cerita hari ni. Tomorrow... Amirul sekolah pula, dia ada hari sukan. Ok le, lepas pi sukan sekolah Amirul, operasi banteras anai-anai!!

Pssst: Kalau lipas tu, boleh le kita halau dengan daun pandan kan. Tapi anai-anai ni nak letak apa? Ada petua tak, selain dari panggil pest control? Kalau beli racun tu, kang si Sulaiman tengok apa benda ni, dia pi calit masuk mulut pula.

Thursday, October 27, 2011

Cerita pi fishing

Assalamualaikum...
Ada negeri cuti panjang, ada sekolah yang cuti panjang juga. Sekolah Amirul cuti sehari je. Apa kami buat public holiday semalam? Pergi fishing!!! ^_^

Nak tengok hasil tangkapan kami?


Semua sekali ada 10 ekor! Besor-besor!! Hehhe... tapi, sebenarnya kan, bukan semua, ikan yang melintang, dah mati tu... orang sedekah. 

Masa kami mula sampai tu, tiba-tiba ada orang datang menjala kat tempat kita orang fishing. Dia jala ada lah 5 minit, tapi baldi besor dia penuh dengan ikan!! Dia datang, pastu bagi sikit ikan.. dah orang nak bagi, kita terima ler. 

Ikan yang kami tangkap, yang berenang tu, yang masih hidup. Tapi kami dapat banyak juga. Abe ku cayang pi lepaskan balik ikan yang kecik-kecik. Bawa balik yang besor je.

Pastu, semalam Yati amik 4 ekor, buat masak tempoyak! Sedap!! (Puji diri sendiri.. heeee). Rasa lebih kurang macam ikan patin je. 

Kami pi fishing dalam 2 jam je. Tak tahan, panas. Tapi sebab tempat tu baaaaanyak ikan, tahan je la panas, gila mancing punya pasal. Balik rumah, cari air... rasa macam sehari dok kat padang pasir. Next time tak nak la fishing pagi, time cuaca panas. Tapi sebab sekarang musim hujan kan, petang atau malam dah hujan, tu yang kami kuor lepas breakfast. Encik Abe plan nak beli khemah. Best sikit.

Hari ni penat sapu dan lap lantai. Rumah kami diserang anai-anai! Bukan main cepat lagi makhluk Allah ni makan kotak yek. Tu pun tak habis check lagi. Ntah-ntah kain dalam almari pun dia makan. 

Orait... see u later...

Tuesday, October 25, 2011

Flower felt hairclip

Assalamualaikum...

Yati sibuk sikit. Tu pasal blog tak ber-update. 

Hmmm... Yati buat sepit rambut di bawah untuk anak seorang customer, yang sudi datang ke rumah, untuk order pattern photo stitch dengan Yati.


Terima kasih pada Kak Leen, dari Kedah,  yang sudi singgah rumah Yati. ^_^

Ada banyak benda nak kena buat ni. Tapi singgah blog dulu, rindu nak tau cerita kawan-kawan. Nanti Yati blogwalk slow-slow ya. 

Semoga hari ni adalah hari yang ceria bagi kita semua!

Friday, October 21, 2011

work in progress

Assalamualaikum...

Saya ada. Cuma takde benda nak cerita.


Ni projek Yati tengah buat sekarang. Crochet-a-long dengan group Yarn Lovers Malaysia. Kait jarum satu beramai-ramai. Dengan ni, dapat berkongsi ilmu dan semangat di kalangan ahli group.

Progress saya sangat slow. Banyak kali buat round 1 tu, tapi banyak kali juga buka balik. Last-last, kait je la, ikut pemahaman sendiri dari pattern tu. Sebenornya, takut masa mula tengok pattern tu. Sebab kita baru belajor, kan. Tapi, buat je la...

Kadang-kadang kita tak tau, tapi bak kata omputih, Just Do It! Buat je la... sebab kalau tak buat, lagi la kita tak tau kemampuan kita.

Jadi... tu je la. Bye!

Tuesday, October 18, 2011

Belajar

Assalamualaikum...

Masih lagi cerita weekend lepas. Yati gunakan masa hari Ahad dengan belajar baca stitch diagram untuk crochet. Sebelum ni, projek crochet yang Yati buat, kalau tak tengok tutorial di Youtube, Yati baca arahan bertulis untuk satu-satu pattern. Kalau tengok pattern gambar, memang Yati tak faham apa-apa. 

Meja saya...
Buku crochet tu, buku lama, mama Yati punya. Dah lama pinjam, tapi baru sekarang berani buka. Baca, dan cuba buat stitch diagram yang jumpa. Sudah boleh buat dan ikut simbol dan pattern yang simple, yang hanya libatkan single crochet, double crochet. 


Gambar di atas Yati ikut pattern dari buku crochet lama tu. Dia motif dan buat banyak-banyak, cantum, dan jadi cushion cover. Seronok buat motif ni. Tapi yang ni ketepikan dulu, sebab Yati tengah study stitch diagram untuk baju kecil pula. Yang sampai hari ni, Yati masih stuck. Huhu... wish me luck ya! ^_^

Monday, October 17, 2011

Tengok orang fishing

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas, cuaca baik. Lepas breakfast, husband Yati nak beli suratkhabor, round UTP, dan nampak la ada pertandingan memancing sempena Pesta Konvo.


Nampak tak jauh di hujung sana, ada banyak khemah? Rasanya ada jualan la kot. Husband kata, malam ada buat forum. Tapi kami tak singgah.

Ramai juga yang masuk pertandingan mancing ni. Yati lepak bawah pokok, tengok orang. Ramai yang dapat ikan, dan bila dapat, dia orang tanya urusetia yang ada di situ, ada ikan yang lebih besar ke. Kalau ada, dia orang lepaskan balik ikan kecil masuk kolam.


Sempat tengok ada sorang brother ni, tangkap ikan yang besor. Rasanya, dia kot yang menang. Kami tak tunggu sampai habis. 


Tengok la si kenit tu. Dia pun nak fishing juga. 

Kita orang tak join pertandingan mancing ni. Ada nampak kain rentang dia dari hari tu. Segan la, batang pancing pun tak proper. Banding orang lain punya, canggih canggih. Tapi lepas tengok orang mancing ni, gian la pulak. Petang sabtu kita orang pergi la cari tempat hilang rindu mancing. Yati dan husband tak dapat ikan. Amirul dapat tau! Tapi kami lepas balik sebab ikan sekor je, dan kecil pula.

Selamat hari Isnin pada semua! Ceria-ceria selalu! ^_^

Friday, October 14, 2011

Checklist benang DMC

Assalamualaikum...

Yati tak tahu tempat lain macamana. Tapi di pekan kecil macam Seri Iskandar dan Batu Gajah, susah nak jumpa benang DMC kod yang nombor bawah 200.


Bila kita masuk kedai biasa kita beli benang, dan tunjuk kod bawah 200, antara soalan lazim ditanya semula pada kita adalah seperti...

Ini benang DMC ke? Bukan la! Supplier saya tak cakap pun. Kalau ada benang baru, dia mesti cakap punya.

atau

Kakak bawa pattern datang. Nanti saya boleh cari benang color paling match dengan kod kakak nak.

Kebanyakan dari kita bila terima jawapan seperti di atas mungkin akan rasa putus asa, atau mula salahkan pattern tak betul, atau salahkan penjual yang jual pattern tak betul pada kita.

Sebaliknya, sebelum kita pergi kedai cari benang, ada eloknya kita check dulu kod benang kita sama ada dalam senarai DMC floss checklist yang ada disediakan percuma oleh pihak DMC sendiri. Boleh klik di sini untuk view online.

Nak senang, boleh print out dan bawa ke kedai. Jadi bila orang kedai kata, Ni bukan benang DMC, kita boleh reply balik, Ini benang DMC. Tapi awak yang tak ambil stok baru!


Happy stitching! ^_^

Thursday, October 13, 2011

Shop Eiska Giveaway

Assalamualaikum..

Dah lama Yati tak mencuba nasib masuk giveaway ni. Lagi pun, kawan kita juga yang buat. Mesti sokong! ^_^

Shop Eiska Giveaway

Ok, syarat-syarat penyertaan seperti berikut:

  1. Copy gambar GA berserta link di sidebar blog anda jika anda mempunyai blog --> Sudah!
  2. Buat entry mengenai GA -- optional (tapi ada hadiah tambahan jika menang GA) --> Ok!
  3. Follow blog Shop Eiska dan letak link di blog list anda -- optional (tiada paksaan) --> Sudah!
  4. Follow blog Little Marquise dan letak link di blog list anda -- optional (tiada paksaan) --> Sudah!
  5. 'Like' fb page Shop Eiska dan fb page Little Marquise -- wajib :) --> Sudah!
  6. Tinggalkan jejak anda (link blog dan ID fb) di ruangan komen --> ok!
Antara hadiah giveaway!
... dan ini juga
 Jom kita sama-sama memeriahkan! Klik sini untuk join!  ^_^

    Wednesday, October 12, 2011

    Crocheted slipper

    Assalamualaikum...

    Projek sedikit complicated yang Yati cakap dalam entri semalam tu, ni la dia. Slippers. Tapi baru siap sebelah. Rumit la sikit bagi Yati sebab budak baru belajor. Kalau expert crochet tu, mesti boleh siapkan cepat. Meh tengok meh.


    Tadaa... hehehe... agak pelik kan slipper dia, sebab sebenornya ada part kurang betul, tau. Bolehkah anda mengesannya? Slipper sebelah ni pun sebetulnya, tak siap lagi. Patut tambah strap dan letak button. Tapi kalau tak tambah pun takpe, dia akan suit je kat kaki.


    Ni Yati pakai ler ni. Hui... gedabak betul kaki aku.

    Yati add banyak round kat bahagian masuk kaki tu. Jadi, dia jadi agak longgor. Eh, longgar.

    Rasanya Yati tahu di mana Yati mula buat silap. Lagi sebelah, Yati akan cuba improve!


    Itu la ceritanya, cubaan pertama crochet slipper. Tak berapa menjadi pun, selesa pakai kat rumah. Mungkin lain kali buat, Yati tinggikan sikit supaya cover buku lali dan atas tumit lebih tinggi, ok kot kan. 

    Take care semua!

    Tuesday, October 11, 2011

    Crocheted headband

    Assalamualaikum...

    Selama ni, asyik knit saje kalau nak buat headband. Last weekend, Yati cuba crochet pula. Meh tengok.


    Headband simple je. Muat untuk kepala orang dewasa. Bunga pun tak letak, saje nak tengok pattern headband ni. Lagi cepat siap kalau Yati crochet. Tapi, Yati lebih suka kalau knit. Sebab dia boleh meregang lebih sikit. Yati rasa la, berdasarkan projek lepas-lepas.

    Hmmm... sekarang Yati tengah crochet satu benda ni. Tak boleh share lagi. Sebab takut tak jadi. Nampak agak complicated sikit, jadi kalau ok, baru Yati tunjuk ya. Hehehe...

    Sehingga jumpa lagi, good day, semua! ^_^

    Monday, October 10, 2011

    Bunga-bunga crochet

    Assalamualaikum...

    Yati ada try buat pattern bunga yang Yati jumpa last weekend. Kami tak ke mana, lepak rumah saja. Jadi, jom kita tengok...


    Saje, mencuba. Nak tengok mana sesuai letak kat projek knit headband ke, cross stitch ke...

    Bunga ros pun Yati cuba juga.


    Warna benang tu sila abaikan ya. Ada ke bunga ros color purple? Tapi kat cameron highland tu, color biru pun ada, kan. Bunga ros purple kat atas nampak kembang mekar, kan. Nak tengok bunga ros versi kuncup tak? 


    Hehhe... Yati kumpul banyak-banyak bunga di satu tempat. Stok pin brooch pun dah habis. Jadi, sehingga dapat idea nak buat apa dengan bunga-bunga crochet ni, bior la simpan satu tempat yang selamat dulu. 

    Jumpa lagi... ^_^

    Friday, October 07, 2011

    Knitted pouch with crocheted flower

    Assalamualaikum...

    Yati siapkan pouch kait ni semalam. Sesuai untuk simpan handphone. Ready made item dalam stok Yati and Stitch.


    Lupa plak nak share. Cross stitch birthday kad, order dari customer dan sudah selamat sampai pada tuannya.


    Yati tulis resit customer, sekarang bulan 10. Tapi Yati tulis bulan 9. Cepat sungguh masa berlalu. Macam hari ni, sekejap tengok jam, pukul 9. Sekejap lagi tengok, dah pukul 10. Aiya... saya belum masak lagi. Minta diri dulu ya. Mau masuk dapur. 

    Selamat berhujung minggu semua! ^_^

    Thursday, October 06, 2011

    Tetamu...

    Assalamualaikum...

    Semalam Hafizan balik sekolah, senyum sampai ke telinga. Dia dapat hadiah rupanya. Dapat nombor 2 dalam kelas.


    Tak sempat salin baju sekolah, tak sabor nak buka hadiah cikgu bagi.


    Hafizan dapat pencil case, satu set. Dalam tu ada pensel, pemadam, semua la. Bukan main suka lagi dia..

    Kat belakang rumah Yati, ada tetamu datang sejak 2-3 hari ni..


    Pokok mempelam dah tumbuh besar, rimbun. Belakang rumah jadi teduh. Dah jadi tempat lepak kucing anak beranak ni. Ada sekor ibu kucing dan 2 ekor anak. ^_^

    Wednesday, October 05, 2011

    Lagi benda buat saya tersenyum...

    Assalamualaikum...

    Hafizan dapat no. 2!
    Lagi satu...

    Cek dari churp churp
    Alhamdulillah, syukur. ^_^

    Monday, October 03, 2011

    Berendam lagi..

    Assalamualaikum...

    Sabtu lepas, kami pi mandi lagi. Kali ni, kat Ulu Kenas pula. Tempat peberet kami.

    Bawak bekal nasi beriani, ayam goreng, kari daging. Jangan marah. Orang piknik bawa nasi lemak ke, bihun goreng ke. Pagi tu Yati sempat buat karipap. Inti kosong untuk anak, inti serunding untuk orang tua. Kentang dan minced beef takde. Sardin pun takde. Tinggal serunding beli kat Kelantan masa balik raya haritu, dok lagi dalam plastik dalam petiais. Kita guna je la apa yang ada.

    Abe amik karipap.. hehhe..
    Berbanding sungai kat Gopeng hari tu, kat sini ada pasir. Macam tepi laut la juga. Tu budak lagi suka pi Ulu Kenas. Tempat pun redup. Walau pun sampai dah lewat, dalam pukul 11 pagi, sebab ada pokok-pokok hutan yang merimbun, tak lah rasa panas. 

    Ha, kan redup tu. Ayor pulak sejuk. Sampai kecut-kecut jari. Kena bakar ranting dan daun kering, nak halau nyamuk. Sebab dalam hutan, kan.

    Boleh nampak ikan tak tu...
     Budak-budak ni makan karipap sambil main ayor. Bila karipap jatuh, ikan datang. Tapi laju ikan-ikan ni. Tak sempat nak tangkap.

    Syok le, sejuk rasa. Dan boleh release tension bila dikelilingi pokok-pokok dan alam sekitar camni. 

    Kalau lalu ke Kuala Kangsar, singgah le, ayor terjun ni. ^_^
     

    Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea