Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya! ^_^

Hari ni hari raya!! Yay!! 

Meh tengok gambar malam semalam. Lepas dengar je pengumuman hari raya kat tv, semua orang pakat dok main mercun dan lepak kat luar rumah.

Amirul  
Sulaiman main bunga api
Budak-budak ni bila main ipad aunty, mama pun tak pandang dah
Yati tinggalkan dengan video bunga api ala klcc (mini , kecik sikit) yang abang ipar mesti bawak balik every year. 3 saat je video ni. Bunga apinya panjang lagi. Yati tak reti amik video. Baru first time. Hehhe..

video

Semoga  anda semua bergembira di hari raya. ^_^

Monday, August 29, 2011

Masak lagi...

Hari ni, dah cukup korum. Sambung masak lagi.

Hari Sabtu hari tu masak rendang daging, kan. Hari ni, rendang ayam pula. 3 ekor ayam. Rendang dah nak kering dah waktu ni. Mama suka ayam biasa, tak suka ayam pencen. Tu yang isi ayam lerai dari tulang, hancur. Tapi senang la nak makan. :)

Ni chef yang incharge mengacau rendang ayam. Kakak sulung Yati ni. Masak guna dapur arang. 

Mama request gulai ayam Yati masak. Ini la dia, belum masak lagi waktu ni.

Ni pun Yati masak juga. Sup kaki dan tengkuk ayam. Pun belum masak masa amik gambar ni.

Sekarang semua dah settle. Tinggal rebus ketupat. 

Banyaknya makanan. Syukur rezeki Allah bagi. Orang Somalia tu takde pun makanan. Orang miskin pun serba kekurangan, kan, tak macam kita. 

Esok raya, kan? Selamat hari raya pada semua! Semoga hari raya kali ni membawa seribu keinsafan dan lebih bermakna pada kita.

Sunday, August 28, 2011

Sudah balik kampung

Hmmm... rumah parents Yati di Lumut sudah ada wifi. Jadi, boleh la online. Tapi pada mereka yang dah bayar duit untuk pattern, saya cuma boleh  proses selepas saya balik nanti, 4 September, sebab printer semua kat rumah saya ya. Harap maklum. Terima kasih atas kesabaran anda.

Ok. Sampai rumah mama Yati, mama tengah potong-potong bawang, cili kering, nak buat rendang pedas daging. Jadi, mari lah kita ke dapur.

Seperti biasa, rendang ayam ka, daging ka, masak kat luar. Pakai dapur arang. Kalau guna dapur gas, kurang ummmph! ^_^

Dah nak kering dah rendang pedas waktu ni.


Lauk pertama untuk raya sudah siap. Err.. lauk ketiga rasanya. Mama dah masak paru (kelempong) masak hitam dan dah rebus lidah.

Ini la rumah mama Yati. 


Kakak tengah dah balik dulu, sebelum kami sampai. Kakak sulung dengan suami sampai sahur esok. Takde la rasa suasana kampung sangat, sebab rumah mama di kawasan perumahan juga. Nanti balik Tumpat, baru la rumah kampung betul, dan rasa lain sikit.

Ok, selamat membuat persiapan hari raya. Selamat buat kueh raya! ^_^

Friday, August 26, 2011

Kueh raya

Assalamualaikum...

syoknya, syoknya, nak raya! Hik hik, macam budak-budak.

Yati tak sempat balas kunjungan kawan-kawan lagi. Esok dah nak balik Lumut. Raya kedua, balik Tumpat pula, sampai sekolah mula balik. 

Banyak tak kueh raya kome tahun ni? Banyak buat ke, banyak tunjuk-tunjuk? :D

Tipu la kalau takde yang tunjuk-tunjuk, ye dak. Kita pi shopping complex, anak dah berkenan, amik sebalang dua. Jiran promosi kueh raya, tak sampai hati pulak kalau tak amik, kan. 

Tapi tahun ni sibuk mana pun, Yati memang rasa nak buat juga. Satu dua jenis, jadi la. Jadi, berikut adalah kueh raya yang sempat dibuat 2 malam lepas dan semalam. Malam ni tak buat dah, nak pack baju balik kampung. Malam-malam sebelumnya, kita sibuk menjahit, bukan jahit baju raya, tapi jahit cross stitch. Alhamdulillah, lega, semua dah siap.

Semprit, tengah tunggu turn masuk oven  

Siap dan disejukkan, sebelum masuk balang.
Ada 2 versi, balang besor semprit ada cherry, balang kecik takde cherry. Anak tak suka.
Kueh raya seterusnya...

Siput, belum digoreng
Sambil layan tv, sambil gentel siput dengen encik Abe. Dia buat lagi laju dari Yati. 

Siap goreng.
Balang besor tu, dapat separuh je. Macam-macam rupa ada, sebab budak-budak pun sibuk nak gentel siput jugak.

Gitu la ceritanya.

Selamat hari raya pada kawan-kawan semua. Tolong maafkan segala salah dan silap Yati. Berhati-hati di jalanraya balik kampung tu. Semoga semua selamat ya. 

Take care semua.

Thursday, August 25, 2011

I'm back!

Assalamualaikum...

Lama sangat Yati tak online. Rindu la dengan kawan-kawan online semua... ^_^

Pekabo semua? Puasa camana, ok ke? Ada sihat? Persiapan raya ok? Nanti Yati akan slow-slow blogwalking balik ya.

Dah pindah ke?

Sebenornya kan, kawan-kawan nak tau tak? Yati tak jadi pindah. Masih dok Perak ler. Hari tu, sehari dua sebelum kita semua start berpuasa, baru dapat tahu dari boss encik Abe, tak jadi kena transfer. Korje ler sini lagi. Tak yah pindah ke mana-mana.

Masa tu, kami dah start pack dah banyak barang masuk kotak. Sebab kami dah buat keputusan, apa-apa jadi, kalau dia bagitau last minute kena pindah, semua angkut sekali. Tak nak la encik Abe pi lapor diri, Yati dan anak-anak tinggal sini lagi. 

Jadi bila tau tak jadi pindah, lega dan campur sedikit kesal ler sikit. Depa ingat benda pindah ni benda kecik kot, tak tau kita ni ada anak dah sekolah, suka hati je bagitau kena pindah, tapi last-last cancel. Nak cakap benda ni pun tak best, lagi-lagi nak dekat raya ni, tak yah la pikir benda yang menyakitkan hati, baik kita bergumbira. Jadi, gitu ler ceritanya...

Habis tu, kalau tak jadi pindah, awat Yati lama tak online? Ha, kita pi tajuk seterusnya...

Projek cross stitch baru

Yati ada order cross stitch yang Yati kena siapkan sebelum raya. Sudah siap dan hantar pun. Yang ni, Yati cerita lebih detail lain hari yek. Alhamdulillah, boleh la buat duit raya. Walau pun Yati tak online, ada juga yang menelepon dan sms untuk order. Terima kasih banyak. Yang dah bayor tu, harap bersabor. Yati akan usahakan ASAP. ^_^

Sepanjang tak online

Ha, ada dapat kiriman dari kawan. Yati ada menang giveaway Sweet Lil Craft Collections tak lama dulu. Ayu, buat bag untuk Yati.


Comel! First time Yati dapat bag yang dijahit sendiri oleh kawan-kawan yang terer menjahit ni. Memang kemas jahitan Ayu. Yati suka!

Lagi... ada barang lagi, dari UK.


Dari Jillian, UK. Melalui Swap Workshop. Circular knitting needles dan barang comel tu, tak tau lagi nak buat apa. Memang lebih murah sebab melalui Swap Workshop ni, kita kumpul points atau mata. Kita bertukor-tukor barang. Sebab Yati ada tanya circular needles ni, kedai kat Ipoh RM50 juga. Jadi, memang jimat banyak join Swap Workshop ni. 

Hmm.. banyak benda nak cerita. Tapi cukup la dulu setakat ni. Bila korang balik kampung? Kueh raya buat ke, tunjuk-tunjuk je? Hehhe... selamat menjalani ibadah puasa ya! ^_^