Sunday, July 17, 2011

Habis, finish, out-of-stock


Semua felt keychain ready stock dalam simpanan sudah habis dibeli oleh cik Ana dari Puchong. Thank you! Pelbagai design, dari bunga, butterfly, dinasour, anak ayam, elephant, mr. froggy, little star dan heart.

Setiap kali ada order felt keychain, Yati akan buat extra, supaya dapat disimpan sebagai ready stock. Bila dah cukup 2 kotak, Yati berhajat nak buka meja, jual offline, tak kira la kat mana, kat pasar malam ke, kat pesta konvo ke, tapi tak kesampaian, sebab semua licin sudah. Sayang nak cakap babai kat benda-benda comel ni.

Akan buat semula felt keychain ni, bila keadaan mengizinkan. Sekarang yang ada stock cross stitch keychain dan knitted products sahaja. Order crafts tutup ya, tak boleh buat sekarang.

Notice sesuatu baru kat blog Yati ni? Hehehe... header baru, dan sudah add page untuk banner kawan-kawan. Yati cuba buka blog Yati guna Firefox ok, tapi bila guna Internet Explorer, itu banner exchange, yang Yati buat dalam bentuk marquee tu tak bergerak pun, statik je. Jadi, elok Yati display satu-satu, tak perlu guna marquee lagi. 

Sekian. Selamat berhujung minggu! ^_^

Thursday, July 14, 2011

Knitted headband with rose


Headband ni mungkin nampak kecik, macam headband untuk budak, tapi selesa pakai kat kepala orang dewasa. Dah cuba. Benang dia boleh stretch. :)

Sementara menunggu surat confirm lokasi pindah, baik Yati kait sesuatu. Yati ada lagi. Pagi tadi ada pos barang customer lagi.

Lagi Yati cakap nak pindah, dah tutup order, lagi ramai orang hantar gambar suruh convert to pattern cross stitch. Yati cuma buat order customer yang serius, yang bayar dulu. Siapa yang belum bayar, Yati tak buat. Yati ada banyak benda kena pack.

Selagi talian tetap rumah ni belum ditutup, selagi tu la Yati boleh online. Kalau tiba-tiba Yati senyap, semua cara contact Yati ada di page Contact di kedai online Yati.


Masa Yati taip entri ni, kami masih belum tahu tempat posting husband Yati. Orang di atas tu macam melengah-lengahkan kerja. Nanti kita juga yang kelam-kabut, kena urus banyak perkara. 

Tak mau la mengeluh. Semalam Yati masak kari ayam. Sekarang nak perangat, nak colek roti. 
Bye! ^_^

Wednesday, July 13, 2011

Perihal salesman

Assalamualaikum...

Dah 2 hari Yati kurang sihat. Semalam online half day je. Batuk teruk. Pastu makan ubat batuk yang mengantuk. Tu tak tahan, terus tidor lepas zohor semalam.

Sedar-sedar Amirul panggil, kata orang datang rumah. Kita ingat siapa la. Sorang perempuan muda, bertudung, berdiri luar pintu grail. Dia dah masuk melalui pagar rumah yang tak berkunci.

"Akak, ada tak kawan saya datang sini  bagi free sampel?"

"Takde".

"Akak, ni saya nak bagi free sampel. Nak tak kak?"

Dah la pintu grail tak rapat. Yati mamai lagi, baru bangun tidor. Sampel amenda budak ni nak kasi? Pastu kawan dia dalam kete pass barang kat dia, kerete depan rumah pergi, dia masuk rumah dengan satu kotak, laju je.

Lepas tu baru Yati sedor. Adik ni nak jual barang rupanya. Water filter. Mulut tak henti-henti cakap. Tanya, nape rumah akak ni?

"Orang nak pindah rumah la, dik! Tu banyak kotak!"

"Ooo ye ke. "

Pastu Yati pun stop dia dari bercakap. Yati angkat kotak dia pelan-pelan, bawak ke luar grail, dan cakap,
"Sorry ye dik. Nanti membazir je air liur adik nanti. Akak tak nak."

Ntah bila kawan dia sorang, laki dah standby luar rumah. Adik pompuan tu macam nak cerita lagi. Dia orang banyak bertanya, nak pindah mana? Husband kerja mana? Bla, bla...

"Sibuk la korang ni." Yati cakap camtu. Kasar tak bahasa Yati?

Yati bukan halau secara kasar. Tapi Yati tunjukkan dia jalan keluar rumah dengan lembut. Kita dah la kurang sihat, nak pulak dengor mulut macam popcorn, cakap tak henti-henti.

Pastu kawan dia yang laki tu macam tinggi pula suara dia kat Yati bila Yati buat camtu. Mungkin bagi dia orang harapan kot, sebab bagi dia orang masuk rumah mula-mula. Habis tu, nak buat camana? Semalam tindakan agak lembab, sebab kurang sihat.

Dia orang cakap, "Akak cuma perlu dengar je kak, kat dalam. Bila akak dengar je, lepas elaun makan kami. Kesian la kat kita orang."

"Akak kesian kat korang? Habis tu, sape nak kesian kat akak?"

Mamat tu angin la pula. Dia call boss dia dalam kete tadi, suruh datang pick-up dia orang. Pastu dia cakap kat kawan pompuan dia, "Dah la, kakak ni tak nak!" Assalamualaikum!!" Dia cakap nada tinggi, membelakangkan Yati.

Dalam hati Yati, eh, mamat ni. Ko tak dapat elaun makan, ko nak salahkan aku pulak?

Macam apa je yek. Yati memang tak pernah layan salesman. Selalu suruh husband pergi kerja, kunci gate. Tapi semalam pula anak boleh main kat luar. Jadi orang tu dah nampak, rumah ni ada orang.

Dia tu salesman. Kalau dia tak boleh terima kena halau ke, disuruh keluar ke, orang tak nak beli barang ke, buat apa dia kerja salesman?

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Bila awak tak suka kerja awak buat untuk cari rezeki, itu satu hal. Tapi bila awak salahkan orang lain sebab awak tak dapat elaun makan, bukan ke merepek namanya tu?

Salesman tu satu kerja yang halal. Yati bukan niat nak kutuk salesman. Adik tu perlu banyak lagi belajar tatacara menjual atau melayan customer.

Dia jual barang, Yati pun jual barang. Dia jual dari rumah ke rumah, Yati dok rumah, secara online. Dia perlu banyak bercakap. Yati tak payah buka mulut, cuma jari je bergerak, menaip.

Tapi semua kerja ada sisi best, dan ada sisi tak bestnya, betul tak?

Bagi Yati sendiri, yang niaga online dari rumah, dengan karenah pelanggan yang pelbagai ragam, dengan masalah postage tak sampai atau lambat sampai, dengan tak cukup tidor bila kena siapkan tempahan orang, dan macam-macam lagi benda kurang best disebut.

Tapi adakah kita punya hak untuk marah customer, bila kita tak cukup tidor, kita cakap balik, ha, sebab nak siapkan order awak, saya jadi zombie, tak cukup tidor? Boleh ke macam tu?

Serupa la macam, kita jatuh longkang, pastu kita salah orang lain sebab kita jatuh longkang. Bodohnya majlis bandaran, buat longkang kat sini? Padahal kita tak nak mengaku kesalahan sendiri yang kita jatuh longkang sebab tengok mamat muka macam Paul Wesley, lintas jalan.

Paul Wesley, sebagai Stefan Salvatore dalam drama the Vampire Diaries. Musim kedua baru start semalam, 8TV, setiap selasa, 9.30 malam. ^_^

Eh, tu contoh je tau. Contoh, contoh... hehhe....

Entah la Yati pun tak tau nak cakap apa. Sori kalau pembaca blog Yati ada yang bekerja sebagai salesman, dan terguris hati dengan apa yang Yati cakapkan.

Pada pendapat Yati, Yati takde la berkasar pun, halau dia orang keluar macam ibu mertua ku tu, "Nyah kau dari sini..!" Mana ada. Kita lembut-lembut je tau. Jangan la meninggikan suara pula pada orang lain camtu, tak elok ler. 

Anda ada pengalaman dengan salesman? Ha, ce cerita, cer cerita... :D

Monday, July 11, 2011

Setelah dibingkaikan

Assalamualaikum...

Setinggi penghargaan kepada Cikgu Norhashikin bt Haroon, SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, yang sudi berkongsi dengan Yati, gambar cross stitch potret Sultan dan Sultanah Kedah setelah dibingkaikan.

Cross stitch potret Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Cross stitch potret Sultanah Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haminah Hamidun

Yati ada tulis mengenai tempahan cross stitch Sultan dan Sultanah di sini.

Yati suka tengok cross stitch potret ni, lebih-lebih lagi bila sudah frame.  :)

Sekian.

Saturday, July 09, 2011

Selamat hujung minggu...!

Assalamualaikum...

Saya mencari customer yang buat bayaran secara cash deposit CIMB pada 8 Julai 2011. Sila email details, kerana saya tak terima sebarang email atau sms. Saya ada beberapa order transfer photo ke pattern, jadi saya perlu tahu anda mana satu? Sila contact saya segera!! Tq.

Tempat kawan-kawan jerebu tak hari ni? Sini jerebu. Mendung. Kelabu je. Kami tak kemana. Banyak roadblock. Tengok news je tentang perhimpunan Bersih tu. 

Nak cerita apa pun tak tahu. Semalam Yati start pack.Dah sakit belakang, padahal baru sikit. Hari ni Yati stop pack barang. Tengah tunggu berita, sebab husband Yati ada apply tempat lain sekiranya perlu berpindah. Harap minggu depan sudah tahu keputusan. Sebab masa berjalan sangat cepat dan banyak kerja kena settle, jangan lah dia inform last minute.

Semoga keamanan negara kita terus dikekalkan. Harap tak berlaku apa-apa yang tak elok.

Thursday, July 07, 2011

Last knitted headband sebelum tutup sementara...

Assalamualaikum...



Hi! Nama saya ultraman ketot.

Tuan saya, Yati, agak sedih sikit, sebab baru terima berita hari ni, pakwenya kena transfer ke Kedah. Dia minta maaf, sebab nanti tak dapat online laaaaaaaaaama sangat. Bulan Ogos baru dapat online kot. Baru je nak warm-up balik kan, lepas cuti buat projek besor hari tu. Ni, dah tak dapat online semula.

Nak kena urus pindah anak sekolah, nak pack barang yang banyak satu rumah ni, nak cari rumah sewa kat Gurun, nak tutup streamyx, talian tetap, bla... bla...

Kalau rindu, sms la Yati. Order semua TUTUP! Minta maaf. Sobs.. sobsss... nak tinggalkan Perak..

P/S: Saya pakai headband, pattern bunga baru ni, Yati baru buat. Cun tak? ^_^

Wednesday, July 06, 2011

Simple square cushion

Assalamualaikum...

Semalam Yati tak online satu hari. Saja je... nak menjahit dan kemas rumah. Dekat depan TV, ada banyak kusyen besar. Tempat lepak tengok tv sambil baring-baring. Ada satu kusyen besor ni, dah takde rupa kusyen dah. Menyampah bebenor tengok. Udah la dah lembik, koyak pula tu kat tepi.

Jadi, Yati buat kusyen baru. Kusyen simple, bentuk square, 12 inci X 12 inci.

Color biru satu.
Sumbat banyak-banyak guna fiber filling dalam kusyen yang dah buruk tu. Kalau nak ke Lumut dari rumah Yati, kat tepi jalan ada orang jual kekabu. Lain kali nak beli satu plastik besor tu, boleh buat bantal banyak-banyak. Hehhe...

Color hijau satu

Kain Yati guna kain yang ada je. Dulu pantang pergi Nagoya kat Tesco Station 18 tu, kot ada kain cute, beli 1 meter, 1 meter. Dah lama juga la terperap dalam kotak. Baru sekarang dapat guna.

Color merah satu.

Masih ada baki lagi fiber filling tu. Tapi tak cukup nak buat lagi satu kusyen. Cinonet je tinggal. Cushion cover? Lain hari Yati buat.

Mesin jahit pemberian kawan Yati ni sangatlah smooth nya dia berjalan. Yati belum cuba lagi jenis jahitan lain. Takut. Hehhe... nanti la, kena baca buku menjahit dulu. Kaki dia pun kena tukar kan, untuk lain jenis jahitan?

Orait. Nak pi masak jap. Apa menu kawan-kawan hari ni?  ^_^

Monday, July 04, 2011

Cross stitch Potret Diraja

Assalamualaikum...

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, telah menggunakan khidmat Yati untuk menjahit cross stitch potret sebagai cenderahati kepada Sultan dan Sultanah Kedah sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah tersebut yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2011.

 Berikut adalah gambar-gambar sepanjang proses saya menjahit cross stitch.

Perkembangan semasa baru mula menjahit

Perkembangan sewaktu hampir separuh siap.

Perkembangan semasa hampir siap.
Alhamdulillah, siap.
Cross stitch potret Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Cross stitch potret Sultan, dari sudut lain.

Saiz kawasan cross stitch: 44 cm X 50 cm, tanpa frame.
Tarikh mula menjahit: 18 Mei 2011
Tarikh siap: 10 Jun 2011



Berikut gambar-gambar perkembangan semasa menjahit cross stitch potret Sultanah.

Perkembangan semasa mula menjahit

Perkembangan semasa hampir siap.

Alhamdulillah, siap.

Saiz kawasan cross stitch: 45 cm X 48 cm (tanpa frame)
Tarikh mula menjahit: 10 Jun 2011
Tarikh siap: 18 Jun 2011

Cross stitch potret Sultanah Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haminah Hamidun
 

Syukur Alhamdulillah, Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah sudah selamat berjalan dengan jayanya. Yati dimaklumkan oleh Cikgu Norhashikin bt Haroon, bahawa Sultan dan Sultanah Kedah amat menyukai dan berpuas hati dengan cenderahati potret cross stitch diberikan oleh pihak sekolah.

Setinggi penghargaan Yati kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, secara amnya, dan Cikgu Norhashikin bt Haroon , khasnya, kerana sudi memilih Yati And Stitch.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Yati diberi kesihatan yang baik dan berjaya menjahit 2 potret cross stitch dalam masa sebulan, kerana kebiasaannya, Yati mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan satu potret cross stitch sahaja.

Segala yang baik dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari Yati sendiri.

Terima kasih.

Friday, July 01, 2011

Sulaiman

Assalamualaikum...
Dah lama tak cerita pasal anak-anak.


Ni Sulaiman, hero bongsu Yati. Bulan depan, Sulaiman masuk 3 tahun. Sulaiman cakap tak lancar lagi. Boleh faham, boleh jawap soalan. Tapi kalau orang tak dikenali tanya, dia diam. Malu-malu, kena warm-up sikit, baru dia ok. 

Sulaiman makan semua yang Yati masak. Macam nak lawan Hafizan pula, dari segi ketinggian. Hafizan skrang pula yang kurang makan nasi.

Sulaiman ni, suka cari gaduh dengan Hafizan. Suka berebut barang. Masa balik Kelantan hari tu, masa kami makan kat kedai, ada sorang pakcik tegur, ni mesti paling buas ni. Ha ah, macam tahu je pakcik tu. Memang apa yang Sulaiman nak, kita kena bagi.

Kalau tak, dia nangis kuat sangat, sampai muntah. 


Boleh dikatakan banyak hasil seni di dinding tu, kebanyakannya hasil tangan Sulaiman. 


Tapi time abang-abang dia pergi sekolah, dia boleh main sendiri. Cuma time dia dengar bunyi Yati masak kat dapur, selalu menyibuk. Ambil basket, berdiri atas basket, tengok apa yang mama dia masak. Pastu cakap, mmm... sedapnya... walau pun belum rasa. :-)


Ramai juga kawan bertanya, tak nak tambah lagi ke. Cuba dapat anak perempuan pula. Hehhe.... tak nak la. Letih la jaga! 

Esok semua sekolah ada larian 1 Malaysia tu kan? Selamat berlari la kita.Sekolah Amirul, ibubapa dijemput turut sertai larian. 

Selamat hujung minggu semua! ^_^