Friday, May 20, 2011

Happy birthday to me and a giveaway... ^_^

Assalamualaikum...

Hari ni umur makin bertambah, masa semakin singkat. Birthday ke 33.



Dengan ini, Yati nak umumkan yang Yati nak buat giveaway.

Cara nak join?
Tinggalkan komen di entri ini. Pastikan saya boleh contact melalui komen anda, sama ada tinggalkan email atau link blog. Tak perlu tulis entri tentang giveaway ini, tak perlu tag orang. 

Hadiah?
Untuk seorang. Tapi kalau ramai, mungkin saya pilih lebih. Hadiah bergantung pada pemenang. Sebab pengunjung terdiri dari pelbagai golongan. Kalau lelaki, sesuai ke saya nak bagi craft supplies? Perempuan pun ada yang tak minat crafts, kan. Jadi hadiah bergantung pada pemenang. Antara hadiah termasuklah craft supplies dan cross stitch, produk kraf, dan barang rumah.

Tarikh tutup?
Insya-Allah, 20 Jun, saya akan umumkan pemenang. 
Terima kasih dan good luck semua!

P/S: Terima kasih pada semua yang wish di Facebook dan SMS. Appreciate sangat. :-)

Tuesday, May 17, 2011

Bercuti dari online

 

Kalau Yati lambat reply email, minta maaf ya.
Yati akan kurangkan masa online untuk siapkan tempahan.
Wish me luck! ^_^

Monday, May 16, 2011

Koleksi benang

Assalamualaikum...

Masa Yati keluarkan semua benang knit untuk siapkan order customer baru-baru ni, baru lah Yati perasan, agak banyak juga benang Yati dah beli. Bagi saya la ya. Knitters lain lagi banyak rasanya.

Beratur semuanya atas meja kerja Yati.

Benang kait ni, tak macam benang cross stitch. Benang cross stitch Yati tak ambil ruang yang banyak untuk simpan. Dalam laci kecil dah cukup. Sebab dah lilit dengan bobbin cross stitch tu. Nak cari pun senang.

Lain pula dengan benang kait ni. Kalau customer request certain color, kena la keluarkan semuanya dan cari. Yati ingat, mungkin kena beli peti storage yang transparent tu, kita boleh nampak, kan. Kalau nak simpan kat almari di tempat terbuka, nanti berhabuk pula dan budak-budak kecik ni main kang.

Contohnya macam ni..

Photo from http://www.possum-wool.com/


Bekas bertutup lebih sesuai rasanya kot. Hmmm... bila la nak pergi cari storage box ni?

Ok. Nak sambung buat kerja.
Esok public holiday! Yeh! ^_^

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru!

Assalamualaikum...

16 May setiap tahun, kita sambut hari guru. Yati nak ucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik Yati, kawan-kawan yang berkhidmat sebagai pendidik, dan semua lah... yang bergelar guru, ustaz, ustazah, lecturer semua.

Knitted heart, untuk salah seorang cikgu Amirul.

Banyak jasa guru ni, kan. Lagi-lagi cikgu yang mengajar masa kita prasekolah atau tahun 1 tu. Sebab sampai sekarang kita masih amalkan apa yang dipelajari. Hari-hari kita membaca dan mengira tu, hasil daripada yang kita pelajari dari cikgu yang tak pernah kenal erti putus asa mendidik kita.

Selamat hari guru semua! ^_^

Saturday, May 14, 2011

Hadiah dari Kak Nza

Assalamualaikum...
Kawan-kawan yang ada blog kat blogspot, entri terbaru yang dikarang masa blogger up sekejap tu, dan esoknya down balik tu, mesti hilang komen-komen yang submit terdahulu, kan. Tapi nak buat camana, nama pun tempat free. Bila-bila masa je boleh hilang atau dia buang kan. Macam buat rumah kat tanah orang, bila-bila masa boleh dirobohkan, betul tak.. udah la tu, melalut pulak.

Hari Jumaat ke, hari Khamis ya, yang lepas, lupa pula. Yati dapat kiriman dari Kak Nza. Kak Nza telah bagi hadiah pada pengomen terbanyak bulan April di blognya. Yati la! Hehhe...

Comelnya!

Puzzle tu, ada 3. Cukup untuk sorang satu anak-anak Yati, tak berebut. Pink purse yang sweet dan lembut tu, mak budak la yang ambik.

Terima kasih banyak, pada Kak Nza. Susah-susah je akak ni. Pada yang nak berkenalan dengan Kak Nza, boleh la berkunjung ke blog beliau iaitu 4fn1f-family

Selamat berhujung minggu! ^_^

Thursday, May 12, 2011

Kucing kait lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... hari ni dah hujan kan. Tempat korang hujan tak? Tak lebat, tapi cukup untuk menyejukkan suasana. :-)

Bestnya kalau dapat tidor ni. Dah la Yati tak cukup tidor. Banyak kerja tak boleh buat waktu siang. Siang terikat dengan kerja-kerja kat rumah ni. Jadi malam je la boleh siapkan order. Walau pun takde la banyak pun. Tapi ambil masa yang lama untuk Yati siapkan.

 Gambar kraf baru tak leh tunjuk lagi. Ni je la boleh share kat sini.


Knitted cat keychain

Kucing tu Yati sempat siapkan, sebelum order sekali banyak masuk sampai naik pening dan risau la, sebab kita ambil masa nak siapkan. Masa tu la, kita boleh tau sama ada kita ni boleh bekerja tak under pressure. Walau pun kita sendiri boss dan sendiri juga kuli. Habis tu, semua benda kita buat sendiri kan. Kalau ada assistant, best juga. Ada yang nak jadi pembantu Yati tak? Hehhe... takde la.

Kalau tiba-tiba Yati senyap je, takde entri baru, makna Yati sibuk la sikit ya. Thank you ya, pada yang sudi singgah blog Yati ni. Sebelum tutup tu, boleh tak tolong klik iklan nuffnang kat atas tu? Hehhe...

Ok... take care semua, dan jumpa lagi! ^_^

Tuesday, May 10, 2011

Sibuk sikit

Assalamualaikum...
Pekabo semua?
Yati sibuk sikit. Ada order kraf nak kena buat. Jadi sementara tu, kita layan gambor ikan yang kami pi fishing baru-baru ni. Err.. takde la baru sangat. Masa cuti 3 hari Hari Pekerja hari tu.

Tangkapan hari Sabtu
2 ekor je. Ni kami pi tempat biasa. Yang tuan tanah kedaun tu dah pasang pagar kawasan lombong tu. Tapi dia dah kenal kami, dia bagi masuk hari Sabtu, untuk mancing. 

Tangkapan hari Ahad.

Hari Ahad tu, Amirul ponteng taekwando. Kasi can la kat dia. Setiap minggu dok pi taekwando je, tak pernah break. Ni kami pi fishing tempat baru ni. Ikan dia gemuk, isi banyak, walau pun kecik. Tapi yang tak best, tempat tu ada pacat. 
Amirul la yang nampak dulu. Dia tanya kenapa selipar Sulaiman ada darah. Rupanya, ada pacat dok hisap kat celah jari kaki Sulaiman. Dah besar dan gemuk dah pacat tu. Tapi Sulaiman tak nangis pun, tak rasa pun ada pacat. Cian dia. Kalau opah tahu cucu kena gigit pacat, tak dapat la mancing lagi. Huhu..

Ok, sekian gambar fishing. Sekarang ni, tak pi kot. Sebab cuaca panas sangat. Dalam tv pun kata, suhu dalam 35-36 darjah celcius kat kawasan pantai barat. Patut la rasa macam nak berendam dalam tempayan je. Nasib baik tak muat. Hehehe...

Bye, see you later, semua! ^_^

Sunday, May 08, 2011

Anniversary Yati And Stitch

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas, seperti tahun-tahun lepas, Yati nak renew online je dengan SSM ni. Tapi, tak berjaya. Masa proses nak renew SSM Subscriber tu, sangkut... hilang 10 ringgit.

Untuk kawan-kawan yang ada kedai online atau niaga di blog tapi ada form, elok kalau kita check form sistem kita, operasi dengan elok atau tidak. Kalau simple qart, yang hanya calculate total purchase, takde masalah sangat. Tapi kalau form kita link pada merchant bank, sangat-sangat la penting kita make sure sistem kita tu function dengan betulnya. Buat test dari masa ke semasa, letak diri kita sebagai customer. Bukan saje kita kena test bila customer masuk salah input, kalau boleh, test on different browser la juga, sama ada form kita fungsi atau tak. Kita boleh utamakan kosmetik, letak animated gif la, banyak widget la, tapi kalau form dalam kedai kita tak funtion, takde guna. Sebab melibatkan duit orang. Duit orang, lagi-lagi customer yang kita kena jaga.

Dalam kes SSM ni, setakat ni alternate pula jadinya. Tahun pertama, Yati boleh register online. Tahun berikutnya, kena pergi SSM Ipoh, sebab sistem down. Tahun lepas, boleh renew online. Tahun ni, kena pergi SSM Ipoh lagi.

Baru berjaya renew.


Alhamdulillah... sudah masuk tahun ketiga perusahaan Yati dari rumah ni, sejak 8 May 2008. Terima kasih pada husband yang banyak menyokong. Penasihat Yati, peneman Yati waktu kena stay-up print pattern malam-malam, merangkap despatch juga, pos barang di pos ofis.

Anak-anak yang memahami di waktu mama sibuk. Family Yati, kawan-kawan online Yati. Yang email Yati kalau entri Yati sedih, untuk beri semangat. (you know who you are). Sayang dan appreciate sahabat-sahabat semua. Yang naikkan semangat Yati bila Yati down.

Juga pada semua pelanggan-pelanggan Yati & Stitch. Tak kira walau pun beli hanya sekali mahupun yang berulang kali order barang dengan Yati, yang singgah kedai online Yati, yang add link Yati di web atau blog anda, Yati sangat-sangat hargai!!


Alhamdulillah, Yati And Stitch masih bertahan. Yati tumpang gembira dengan kejayaan kawan-kawan niaga online yang start online sama dengan Yati, dan sekarang ada yang dah ada kedai di luar sendiri, yang ada buka workshop sendiri, yang ada buat talk sendiri pun ada. Yati tumpang gembira dan jadi pendorong pada Yati untuk buat lebih lagi. 

Rezeki di bumi Allah ni melimpah-limpah, tak perlu kita dengki sesama peniaga.

Terima kasih semua!!! ^_^

Happy Mother's Day!

Assalamualaikum...!

Selamat hari ibu pada Mama saya, dan semua ibu-ibu semua...!!!

Mama Yati.

Juga, happy birthday pada papa Yati!! Yang ke 64 tahun. 

Papa Yati.

Yati cilok gambar dari Geni. Papa rajin update family tree kat situ.

Gift untuk papa...

Happy birthday, Tok! ^_^

Knitted heart hanger. Boleh gantung kat mana-mana. Ini pertama kali Yati knit bentuk heart. Untuk knit heart ni, kena tahu increase dan decrease stitch. Untuk decrease tu, senang je kan, cuma knit 2 stitches together. Kalau increase, sebelum ni Yati tak pasti sangat buat camne. Praktis dulu ikut video kat YouTube tu, baru cuba buat. 

Bahagian belakang
Yati rasa bila dah siap, tak sekemas crocheted heart yang selalu Yati tengok. Knitted heart ni, atas dia macam tak lawa sikit. Atau mungkin Yati perlu praktis lebih banyak, buat banyak lagi. Atau mungkin tengok benang juga. 

Ok... jumpa lagi!

Thursday, May 05, 2011

Saya tak tau buat kek!

Assalamualaikum...

Masa cuti Hari Pekerja tu, Yati ada cuba buat kek. Kali kedua Yati cuba buat kek. Kali pertama dulu, kek Yati jadi agak lembek sikit, macam bengkang. Hehhe... jangan la gelak.

Wah, so far so good masa ni.
Yati takde bekas atau loyang kek besor tu. Cuma ada bekas cupcake atau buat muffin. Tapi Yati ada guna cup kertas tu.

Mak ai, overflow tu...
Yati tuang adunan kek sampai 3/4 cawan. Dia jadi melimpah seperti gambar di atas. Next time, mungkin kena letak half kot. Betul tak?

Sudah siap, tunggu sejuk, sebelum test makan.

Yati tak kisah sangat rupa kek tu. Walau pun hasilnya, tak lah lawa. Bila potong setengah, tekstur kek tu dah elok. Maksud Yati, ada rupa kek la, bukan rupa bengkang. Tapi bila rasa, mak ai.... pahit! Bukan setakat pahit, dia tinggal rasa yang tak sedap dalam mulut, ala kelat sikit. 

Sebenarnya, resepi ni kek butter biasa. Tapi Yati gatai pi tambah serbuk koko. Sebab anak-nak Yati kan suka chocolate. Tengok-tengok.... mmmm... terpaksa ke tong sampah. Serbuk koko pula, Yati pakai campak je, takde sukat-sukat. Suka hati je aku ni.

Jadi, camtu la ceritanya. Misi membuat kek tak berjaya. Tapi Yati dapat rasakan, kali ketiga buat, mesti menjadi. (ye la tu..). ^_^

Wednesday, May 04, 2011

Perihal anak-anak

Assalamualaikum...

Cuba tengok ni...


Hafizan dapat nombor 3 dalam kelas, untuk periksa pertama dia.

Hafizan, 5 tahun.

Alhamdulillah, suka. Yati pun tak sangka. Hafizan ni, rajin sikit buat homework, berbanding abangnya, Amirul. Tak perlu nak suruh pun, lepas makan dan rehat, dia akan buat sendiri homework cikgu bagi. Amirul pula (anak sulong Yati, darjah 2) dapat nombor 12 dari 36 orang dalam kelas. Ada improvement sikit, dulu nombor 16. Huhu...!

Esok, sekolah Hafizan ada buat lawatan ke zoo Taiping.


Hafizan sangat excited. Yati agak risau juga, sebab ini lah pertama kali dia nak pergi jauh, tanpa kita pula, walau pun takde la lama pun. Pergi pagi, balik semula tengahari dari sana. Sebab perjalanan dari Seri Iskandar ke Tepeng adalah dalam 2 jam juga.

Tau la budak-budak kan. Nanti tengah jalan dia nak kencing ke, lapor ke, mabuk bas ke, semoga semua selamat esok. Amirul bukan main jeles lagi, sebab dia dulu tadika tak pernah pergi lawatan mana-mana. Hehhe.... next time la mama dan papa bawak semua ya.

Jom kita tengok si kecik lagi sorang ni, yang kenakalannya akhir-akhir ni cukup la mencabor kesabaran.

Sulaiman, 2 tahun 9 bulan


Rambut Sulaiman kat atas tu, dia la yang potong sendiri. Macam ada potensi nak jadi tukang gunting rambut je. Bukan setakat rambut dia, rambut Hafizan dan rambut Amirul pun kalau ada kesempatan sikit, dia cuba gunting.

Ok la, sekian cerita anak-anak.
Selamat semua!

Tuesday, May 03, 2011

How to make a heart shape paper

Assalamualaikum...

Nasib baik ada letrik dah. Dalam notis tu kata petang baru ada. Lega...

Heart shape paper



Masa zaman bercinta dengan Encik Abe dulu, kalau Yati terserempak dengan motor Encik Abe, Yati akan selitkan kertas bentuk hati ni kat motor dia. Orang tak nampak, nampak motor, tinggal lah jejak sikit. Hehhe... nak tahu tak camana nak buat kertas bentuk hati ni? Jom ikut langkah-langkah di bawah. Minta maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan ya.



1) Ambil sekeping kertas. Apa color terserah. Tapi kertas ni semua sisi adalah sama ya. Empat segi tepat.


2) Lipat separuh seperti gambar di atas.


3) Buka semula kertas. Lipat sedikit bahagian bucu kanan dan kiri kertas seperti gambar di atas.



4) Lipat berbentuk segitiga ke arah tengah kertas. Panduan kita, line yang kita lipat separuh awal tadi.


5) Lipat separuh membahagi di tengah-tengah segitiga yang kita lipat sebelum ni. Lipat ke belakang.


6) Turn over kertas kita. Ini pandangan yang sepatutnya kita dapat (refer gambar atas). Langkah seterusnya, lipat bahagian tajam di atas tu ke bawah.


7) Bila dah lipat, ini la rupanya. Nampak macam dah siap, tapi belum. Sikit lagi.

8) Lipat sedikit bucu kanan dan kiri heart tu seperti gambar di atas. Sudah siap!


Selain diselitkan kat tempat-tempat istimewa untuk yang tersayang, boleh juga dijadikan penanda buku.


Cun tak? Senang je nak buat. Selamat mencuba! ^_^

Monday, May 02, 2011

Selamat hari pekerja!

Walau pun hari ini dah 2 May. Sebab banyak yang carry forward cuti hari pekerja ke hari ini, kan. Termasuk sekolah Amirul.

Yati rasa macam dah lama sangat tak online. Tapi memang lama pun, 3 hari. Ada buat projek offline sikit. Esok, Selasa, 3 May,  Yati tak dapat online satu hari juga, sebab dapat notis, tiada bekalan eletrik esok, dari pagi sampai lewat petang. Tak tau camana ni esok, mandi banyak kali la, kalau panas. Kipas pun tak dak.

Projek knit Yati baru siap.

2 knitted cats. Dua-dua Yati jadikan keychain.

Yang kucing hitam tu, tak berapa nampak nak buat, sebab hitam.


Sudah masuk bulan May! Bulan yang Yati paling suka. Domain dan hosting Yati belum renew lagi daaa... sama dengan pendaftaran syarikat dengan SSM. Sibuk sikit dalam 2-3 hari akan datang ni.

Kalau Yati lambat balas email, minta maaf pada semua yang menunggu ya. Esok takde letrik.

Selamat yek!

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea