Thursday, March 31, 2011

Sibuk macam tebuan

Busy as a bee...

Selang seli hari untuk online dan menjahit. Masih ada beberapa order nak siapkan. 

Thank you, Nurul... ^_^

Dalam 2-3 hari ni, hujan malam. Agak sejuk. Semput juga. Nak stay-up jahit pun seksa. Itu la pasal progress buat kerja agak slow. Batuk sampai diafragma sakit. Huhu...bukannya makan benda sejuk pun, pakai pun baju tebal. Semput juga.

Tik tok, tik tok, esok dah Jumaat. Cepat kan....

Tuesday, March 29, 2011

Fishing

Hari Sabtu lepas, kami balik rumah mama Yati di Lumut. Pulang semula ke rumah kami on the sama day, lewat petang. Malam dah flat, semua tidor.

Hari Ahad pagi, seperti biasa, Amirul ada taekwando. Untuk grading hari tu, Amirul lulus! Dapat naik ke belt hijau 2! Alhamdulillah.... Lepas balik je taekwando, kami pulun Amirul buat homework dia tu. Banyak.... ! Ha, duduk la situ, siapkan kerja rumah tertunggak. Selagi tak siap, tak boleh keluar jalan mana-mana.

Akhirnya Amirul siap juga homework dia petang Ahad. Jadi lepas Asar, baru dapat makan angin. Tiba-tiba Encik Abe bawak keluar batang pancing dia, kata dah lama kita tak pergi mancing. Jadi, apa lagi.... projek pancing la kami.

Singgah ke kedai ikan dan binatang peliharaan di Tronoh, beli cengkerik seringgit (dapat 25 ekor), beli tali pancing, batu pancing dan mata kail. Semua RM5 sahaja.

Tempat pancing kat sini belambak, lombong bersepah. Kami pilih untuk pi lombong on the way to Tanjung Tualang. Tempat lain ada, tapi semak samun lagi, takut ular, sebab bawak budak juga.

Kami tak pernah pergi pancing tau. Encik Abe tu, seumur hidup dia, tak pernah dapat ikan, walau pun 5-6 tahun lepas Yati hadiahkan dia batang pancing tu, sebab tengok macam minat memancing.

Cengkerik untuk umpan tu sangat besar, ok. Macam lipas. Jadi, urusan pasang umpan diserahkan pada Encik Abe. Tengok.... kami berjaya dapat ikan! Yati la yang rasmikan dulu, dengan ikan pertama.

Punya la excited anak-anak Yati. Jakun, tak pernah mancing satu, tak pernah dapat ikan satu. Menjerit-jerit, excited. Orang lain yang ada pancing sama kat situ tengok je. Mesti dia marah sebab kami buat bising. 

Ikan pertama, kedua.... Yati yang dapat pancing. Kecian abangku... Yati dulu masa kecik, selalu ikut mama Yati pancing kat sawah. Walau pun Yati tak pernah dapat ikan, tapi Yati tau la basic sikit. Dulu, Yati guna pancing buluh tau. Bukan macam batang pancing sekarang, kena pusing-pusing tu. Ikat batu tu kena betul, kalau tak, tak rasa bila ikan tangkap umpan tu.

Akhirnya, abangku berjaya juga tangkap 2 ekor dan Yati 3 ekor. Senyum sampai ke telinga, sebab tak pernah dapat ikan sebelum ni.

Berikut hasil tangkapan kami....

Ikan flower horn spesies talapia, kata kaki pancing kat situ. Tengok kat badan ikan tu, ada corak macam ikan flowerhorn, cuma bentuk ikan je lain.


Ikan besar tu, Yati tangkap tau! Huhu... seronok rupanya pancing ni. Rasa teruja, rasa seronok bila ikan tangkap umpan kita.

Tak lama pun kami pi mancing. Sebelum maghrib dah sampai rumah. Tak sempat nak termenung pun masa pancing tu. Ikan lombong tu semua sangat cepat. Bila baling, tarik. Kalau lambat tarik, habis umpan dia makan. Sangat pandai la ikan lombong.

Bila dah sampai rumah, dah nyawa-nyawa ikan dah. Budak-budak pi bagi makan roti, sambil main-main ikan tu.


Dah selamat pun Yati goreng semalam. Kena cuci 2 kali waktu siang ikan ni. Sebab agak berlendir, tapi lendir kurang sikit banding ikan  keli tu. Sekali cuci dengan tepung, sekali cuci dengan asam jawa. Goreng pun sedap. Tulang tak banyak, macam ikan kembung la.

Oh, nak tengok batang pancing Yati? Ni dia...

Tali pancing dengan mata kail dan batu pancing.


Yati tak tau guna batang pancing yang moden ni. Pakai tali pancing gulung kat botol kosong je. Tapi hari tu masa pi kedai ikan apek Tronoh tu, ada jumpa batang pancing 25 ringgit je. Murahnya. Apek kata, untuk pancing udang dan ikan kecil-kecil ok la. Kalau ikan besar boleh patah. Rasa macam nak beli pula.

So begitu la ceritanya. Bila dah dapat ikan, semangat la nak pergi mancing lagi lepas ni. Hihi....

Sunday, March 27, 2011

There's no place like home

Assalamualaikum...

Yati ada siapkan satu cross stitch hanging untuk seorang teman blogger. Hajar ada menjemput ke kenduri di rumahnya, tapi Yati tak dapat hadir. Tu yang Yati ingat, nak beri sesuatu as a gift. ^_^


Sudah selamat pun diterima oleh Hajar. 

Dah lama tak ke Kedah. Masa Hajar ajak, teringin nak pergi. Tapi atas sebab yang tak mengizinkan, tak dapat nak jejak kaki ke Kedah. 

Saje, nak jalan-jalan tengok kenangan lama. Dulu Yati sekolah rendah di Alor Setar. Selalu juga hujung minggu ke Sungai Petani, tengok kakak sulong yang waktu tu sekolah di sinun. 

Mungkin lain masa. 

Hari ni, tak tau nak cakap macamana. Jadi tension dibuatnya layan kerja sekolah Amirul. Amirul dah 2 kali tipu Yati. Yati kemas bilik Amirul hari Jumaat lepas, dia boleh sembunyi beberapa buku sekolah dia kat mainan dia dalam bilik. Ada la dalam 5-6 buku dia sembunyikan. Bila Yati tanya hari-hari kerja sekolah dah siap ke belum, dia kata, takde kerja sekolah. Rasa my blood go upstairs la bila tahu dia tipu kita. 

Kalau anak kurang cerdik kita boleh terima. Kan ke kita hantar ke sekolah untuk menuntut ilmu. tapi bila dia malas buat homework, hangin Yati satu badan. Bila kita check buku yang disembunyikan tu, nampak cikgu bulatkan page yang tak siap, tulis Incomplete! Ish ish... tak tau apa nak buat. Dah marah Amirul dah. Mama Yati suruh letak cili je kat mulut Amirul, sebab tipu kita.

Amirul, anak sulung Yati
Yati dah pun bagi peluang kedua pada Amirul. Tapi dia tipu kita buat kali kedua. Lepas ni, memang kena check setiap hari kerja sekolah dia. Definately no cartoon on Astro 611-615 lagi selagi homework tak siap. Hangin Yati sampai sekarang. 

Phew... tarik nafas... astaghfirullahalazim.....

Friday, March 25, 2011

Hadiah dari Kak Su

Assalamualaikum...

hari Rabu petang, Yati terima parcel, dari Kedah. Hadiah dari Kak Su a.k.a. Mamasyaza. Baru-baru ni, Kak Su ada buat teka-teki di blognya, dan Yati berjaya jawap dengan betul! ^_^


Ini la dia hadiahnya...


Bag! Yati tak perasan Kak Su tulis bag di pos laju slip tu. Bila Yati buka dan tengok bag, speechless dibuatnya. Yati tak pernah terima hadiah bag dari sesiapa selama ni. Terharu!

Terima kasih Kak Su, bermurah hati bagi hadiah yang bernilai ni. Cantik! Ada ribbon scarf. Tiada poket di dalam, hanya satu compartment, tapi memang sesuai la untuk Yati yang bawa banyak barang bila keluar.

Thank you so much, Kak Su!!! Yati suka!!!

Semalam Yati tak online satu hari. Ambil time-off, nak buat order cross stitch. Lagi pun, Encik Abe outstation ke KL. Jadi kena take over semua kerja Encik Abe, uruskan anak-anak, hantar dan ambil Hafizan. Amirul, minta tumpang jiran rumah depan tolong hantarkan, anak dia pun sama sekolah dengan Amirul.  Phew... minggu yang sangat sibuk. Tapi takpe, hari ni dah hari Jumaat!!!

Lepas ni nak pergi masak kejap, lepas tu baru Yati dapat check email dan blogwalking rumah kawan-kawan ya. Pada para customer saya yang sedang tunggu apa-apa, harap bersabor ya!

Take care everyone!

Tuesday, March 22, 2011

Macamana buat pattern cross stitch sendiri

Assalamualaikum...
Tutorial ini mungkin berguna pada yang tak tahu. Pada yang dah tahu tu, layan je la ye.

Katakan, kita nak buat cross stitch nama anak. Kita tahu motif apa kita nak masukkan. Kita tahu nak berapa besar ukuran cross stitch kita. Kita juga tahu kain cross stitch apa kita ada. Formula untuk mengira bilangan kotak pada kain, panjang dan lebar adalah seperti berikut.

Ukuran hasil akhir (panjang dalam inci)  X berapa count kain kita = panjang dalam kiraan kotak
Ukuran hasil akhir (tinggi dalam inci) X berapa count kain kita = tinggi dalam kiraan kotak.

Contoh: Saya nak ukuran cross stitch saya bila dah siap ialah 5 inci panjang X 5 inci lebar.
Saya nak jahit guna Aida 14 ct.

Kiraan:
5 X 14 = 70 bilangan kotak pada kain (panjang)
5 X 14 = 70 bilangan kotak pada kain (tinggi)

Macamana kita nak tahu kain kita berapa count? Kira berapa banyak stitches dalam satu inci pada kain kita.

Saya dah tahu sekarang berapa besar cross stitch saya dalam kiraan stitches. Sekarang, boleh la mula proses melakar.

Kita perlukan kertas graf. Kalau tak ada kertas graf, boleh guna kertas apa saja yang ada kat rumah. Jangan ambik kertas buku latihan matematik anak sudah. Kertas A4 pun boleh. Macam Yati buat di bawah.


Buat kotak-kotak kecil. Dan tulis nombor mengikut kiraan kita tadi. Macam contoh ni, Yati buat kotak sampai 70 memanjang X 70 menegak.

Bila sudah siap kotak, sila pinjam pensel warna anak untuk lukis corak apa kita nak jahit. Proses melukis ni agak lama dan remeh. Sekejap kena padam, sekejap kena betulkan position sesuatu gambar tu, supaya balance orang tengok dan sedap mata memandang.


Masa ni juga kalau kita ada koleksi benang, boleh la bawa keluar, cuba matching sesuai ke tak. Ok ke guna color ni, macam-macam tone kan benang ni, banyak. Jadi elok kita perhatikan sesuai ke tidak.

Bila sudah puas hati, boleh la mulakan proses menjahit cross stitch sekarang. 


Benang cross stitch terdiri daripada 6 utas, atau 6 strands halus yang disimpulkan bersama. Jadi, macamana kita nak tahu berapa strands floss nak guna?

Ikut suka kita nak guna berapa banyak strand, terpulang pada camana kita nak cross stitch tu jadi nanti.

Tapi bagi Yati, panduan berikut boleh membantu.

Kain 9 ct : 6 strands
Kain 11 ct : 3 strands
Kain 14 ct : 2 atau 3 strands
Kain 16 ct : 2 strands
Kain 18 ct : 1 atau 2 strands

Ok, bila dah decide berapa strands sesuai, boleh la menjahit.


Sambil jahit, dengar Sinar FM, perkataan pertama di Sinar. Semalam ada orang menang 10 ribu. Hui... kalau makcik la, syoknya pi shopping!

Ha.... dah siap pun.


Boleh hantar frame kat kedai, atau ikut la nak buat apa. Contoh ni, untuk salah seorang customer Yati. Terima kasih, sudi order cross stitch dengan Yati. 

Harap tutorial ni dapat membantu mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

Monday, March 21, 2011

Donut

Assalamualaikum...
Hari ni sekolah dah mula semula. Sibuk la kita ya. Hmmm... penat juga, tapi ok la.

Hari Sabtu lepas, Yati buat donut. Ye lah, balik-balik, karipap je kan. Kali ni, tukor la selera pula.

Sekali pandang, macam cucur keria pun ada kan.

Hitam je donut saya ni. Tapi boleh la tahan rasanya. Ni kali kedua Yati buat donut. Kali pertama dulu, malas nak cerita. Donut jadi keras. Yis tu, saya tak bancuh dengan air dulu. Dok la tunggu setengah jam, awat doh aku tak naik. Yati pakai uli yis tu macam tu je, dari paket. Huhuhu... ate... dah takde sape ajor, kita tengok resepi dalam buku je. Malu kat Naurah, anak Kak Nza, dia lagi pandai buat donut. ^_^

Saya sibuk sikit. Ada macam-macam orang order. Alhamdulillah. Letih je, layan kehendak customer yang pelbagai ragam. Rasanya, dah buat yang terbaik. Tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Ada orang suka, ada orang tak suka kan. Sabor je la, sebab tanpa customer, kita pun tak ke mana.
'till then, take care semua.

Friday, March 18, 2011

Jom singgah ke kedai kakyong

Assalamualaikum...
Semalam Yati tak online satu hari. Pertamanya sebab, Amirul dan Hafizan dah balik!!! Yeh!!! Rindu la kat dia orang. Seminggu juga dia orang dok KL tu. Kesian Sulaiman takde kawan main. Jadi semalam, selain layan hero-hero kat rumah, agak malas untuk online sebab line sekarang yang agak lembab, juga nak siapkan order cross stitch sikit.

Tak boleh share lagi, sebab belum siap. Masih dalam pembikinan. Sementara tu... Yati nak ajak kawan-kawan semua untuk berkunjung ke kakyong shoppe. Antara barang best di kakyong shoppe termasuk lah...

cloth diaper

Susu Kambing Higoat

Untuk cloth diapers, ada sale. Boleh refer sini.

Jom ramai-ramai singgah ke kedai kakyong. Selain membeli, secara tak langsung anda dapat membantu keluarga kakyong yang dalam kesempitan sekarang.
Kakyong jangan risau dan sedih ya. Fikir yang baik-baik je. Insya-Allah, jalan akan terbuka.

Tuesday, March 15, 2011

Begedil

Begedil

Hitam tak begedil Yati? 

Resepi begedil dari mama Yati

Bahan-bahan: 
Ubi kentang, ikut suka nak letak banyak mana. (direbus)
Bawang merah, ikut suka nak letak banyak mana.
Ramly minced beef, ikut suka nak letak banyak mana. (digoreng terlebih dahulu)
Roti kering yang keras tu. Tumbuk roti kering hingga jadi serbuk untuk nak golek-golek begedil.
Sedikit serbuk perasa.
Sebiji telor.

Cara buat:
Rebus ubi. Tapi untuk gambar begedil tu, Yati goreng. Saje, sebab tengok ramai yang goreng kata begedil jadi cantik. Ha ah, memang betul la.
Sudah rebus atau goreng ubi, tumbuk ubi sampai lenyek. Campur semua bahan kecuali serbuk roti. Gaul rata dan uli menjadi bentuk bulat leper.
Sebelum goreng, golek--golek begedil di serbuk roti yang telah ditumbuk dari roti kering.
Goreng tak perlu deep fried, sikit sahaja minyak sudah cukup.
Bila sudah masak, angkat dan boleh la dihidang.

Begedil yang digolek dan ditenggelamkan dalam serbuk roti. Sedia untuk digoreng.


Sekian resepi begedil. Simple saja. Selain makan dengan nasi, sedap juga di-sandwichkan dalam roti bersama timun, tomato dan sos. Cubalah! ^_^

Monday, March 14, 2011

Knitted flower brooch

Assalamualaikum! 
Hmmm... tak banyak kerja boleh buat dua tiga hari ni. Sulaiman takde kawan main, jadi maknya kena lah layan. :)

Tapi gatal juga nak cuba buat bunga banyak layer. Baru berjaya buat 2 layer. Hehhe... jom tengok, knitted flower yang Yati jadikan brooch.

Pink di atas, light pink di bawah. Hoho, bab color matching ni saya memang fail kan.


Bahagian belakang, pin brooch.

Hoyeh hoyeh.... 
Sekarang mau tutup computer, itu awan gelap sudah mali. Mau angkat kain lor. 
See you and take care semua!

Saturday, March 12, 2011

Cerita hari jumaat

Amirul dan Hafizan takde. Dia orang pergi KL dengan opah dan tok. Sulaiman bising-bising tadi, marah Yati. Dia tak nangis, tapi mulut muncung panjanggg...


Semalam hari Jumaat, Yati tak online sangat. Lepas solat Jumaat, Amirul ada grading (test taekwando) kat sekolah lama dia. First time dia buat grading hari Jumaat. Selalunya, hari Sabtu atau Ahad. Encik Abe telah pun apply cuti awal, senang sikit nak pi tengok anak.

Amirul... haip!


Ramai juga ibubapa yang tunggu anak. Tengah test, hujan turun. Nasib baik dok bawah bumbung.


Kalau Amirul lulus grading ni, dapat naik ke tali pinggang hijau 2. Tak tau la camne, tengok Encik Master Pemeriksa tu masam je muka dia, garang.

Ok.. hari ni hari Sabtu. Jom jogging jom, petang ni. (kalau tak hujan). Kalau hujan, kita kuak lentang atas katil je la. ^_^

Friday, March 11, 2011

Stitch-a-photo oleh Norsalfarina

Hari ni, Yati nak share satu projek stitch-a-photo oleh salah seorang regular customer Yati & Stitch, iaitu Norsalfarina.

Nor telah order pattern last year. Ini foto yang di email pada Yati.

Design ucapan untuk wedding.



Ini pula cross stitch yang telah siap dijahit dari pattern yang dihasilkan.



Cantik kan? Yati rasa suka sangat bila customer suka, dan Yati jadi beribu kali suka la.

Tahniah pada Norsalfarina yang berjaya jahitkan pattern tu! Tiada yang mustahil. Cuma perlukan kerajinan dan azam yang kuat saja untuk siapkan projek cross stitch.

Pada yang nak berkenalan, boleh la singgah ke blog Nor di Catatan Hati Mawarbiru. Nor ada cerita tentang projek cross stitch dan cerita hidup beliau di blognya.

Pada yang nak order pattern, sila la email Yati foto ya. Cuma RM25 sahaja. Hasilnya, memang cantik dan orang datang ke rumah semua mesti kagum tengok cross stitch gambar family, dan apa-apa gambar pun boleh la. 
Sekian.

P/S: Hari ni hari terakhir sekolah, sebelum cuti sekolah seminggu. Esok Amirul dan Hafizan akan ke KL, rumah aunty. Tinggal Sulaiman sorang.

Thursday, March 10, 2011

Blue knitted headband

Pertama kali Yati kait headband. Saja, suka-suka, walau pun projek cushion cover belum siap. Cushion tak berbaju tu agak besor, tu yang boring tengah jalan. Mari kita tengok.

Blue knitted headband.

Besarnya... kepala siapa yang besor tu? Kepala saya la! Yati buat dia tak berapa ketat. Sebab saya ni, apa-apa yang ketat di kepala, nanti start la sakit pala. Jadi, sekadar boleh lekat di kepala. Yati juga belajar ilmu baru masa nak siapkan headband. Nak tau apa dia? Tara.....

Tambah bunga biru! My peberet color!

Bunga tu Yati knit. Crochet? Tak pass lagi. Untuk kait 2 jarum bunga, elok pakai circular needle. Tapi Yati tak ada. Apa benda circular needle tu? Ha... ni la rupanya.

Circular needle. Image from google.

Jadi, ada la tricky sikit. Tapi nak buat bunga punya pasal, kena la cari jalan. Jadi tak bunga Yati tu? Next time, nak cuba 2-3 layer pula. Hehhe...
Sekadar nak tunjuk headband ni atas kepala... sape pula nak jadi model ni ya? Yati tak boleh. Tu la, anak pompuan takde. Boleh la ni... 

Mama pinjam kepala Amirul jap. Takpe, mama tak ambik gambor muka. :)


Itu la dia, headband pertama Yati kait. Projek seterusnya? Hmmm.... nanti nak pikio..
Till then, take care semua! ^_^

Wednesday, March 09, 2011

Felt dan cross stitch keychain

Cepat la cuti sekolah. Hu... letihlah. 

Rindu buat felt crafts. Jadi, Yati buat la sikit.

Strawberry felt keychain.

Lagi...

Elephant felt keychain.

Cross stitch pun dah lama tak buat. Jadi, Yati buat satu yang kecik. 

Yellow heart - Cross stitch keychain.

Simple je. Orait. Dah lepas rindu. Dah, pasni sambung knit. Hehhe...

Tuesday, March 08, 2011

Aktiviti hari Ahad...

Hujung minggu, buat aktiviti dengan budak-budak ni. Hari biasa, dia orang sibuk dengan homework.

Kami buat ni...

Aunty dia orang hadiahkan, set dinasour clay.
Projek ni datang dalam bentuk serbuk. Kena bancuh ikut sukatan yang diberi. Bila dah bancuh, tuang ke dalam acuan dan biar kering. Bila dah kering, macam ni la hasilnya...

Apa ke nama dinaour ni... entah, budak-budak ni tau la.
Seterusnya, boleh la di cat mengikut kreativiti sendiri. 

Hafizan dan Amirul, tengah kusyuk painting.

Ni contoh Hafizan buat...

Dinasour color biru pula...

Bila dah habis warnakan dinasour ni semua, keringkan. Lepas tu, boleh attach magnet tape, jadi fridge magnet. Tapi tak lekatkan pun kat peti ais, Amirul dah simpan kat almari dia. Tak boleh bagi Sulaiman nampak, nanti habis dapat kat budak kecik tu. 

Hmmm, macam-macam yek projek budak-budak ni. Ni aunty nya yang belikan, kat KL. Kat sini, tak pernah pun nampak jual. Kita dulu masa free time, main batu seremban dengan masak-masak je yek. ^_^

Monday, March 07, 2011

Aktiviti hari Sabtu

Pada hari Sabtu lepas, kami bangun awal. Hafizan ada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat tadika-tadika PASTI dalam daerah Parit, Perak. Ramai la yang datang. Ada tadika PASTI dari  Bota Kanan, Titi Gantung, Parit, Taman Maju (Seri Iskandar), Taman SIDEQ (tadika Hafizan) dan ada lagi beberapa tempat, lupa pula.

Majlis bermula seawal pukul 8 pagi. Acara pertama, perarakan kesemua murid-murid PASTI ni sambil berselawat. Jom kita tengok gambar. Gambar diambil guna camera handphone ye, minta maaf, kualiti kurang memuaskan.

Cikgu-cikgu dengan murid-murid, diiringi bunga manggar, kain rentang. Hafizan berbaju melayu light green.
Lepas tu, murid-murid semua duduk bawah khemah. Ada persembahan dari murid-murid pula. Ada sorang adik ni, umur 5 tahun, membaca al-Quran. Kita dulu, masa 5 tahun, baru nak kenal huruf alif ba ta kan. Ni adik ni, dah boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Ada persembahan selawat, nasyid dan sajak juga dari murid-murid ni.

Hafizan bawah khemah, tengok persembahan kawan-kawan.

Ada juga ceramah dan penyampaian hadiah pada pertandingan mewarna yang telah diadakan lebih awal, juga penyampaian anugerah pada guru-guru cemerlang PASTI. 

Sulaiman, Amirul (dia ambil gambar sendiri), sebahagian dari muka Yati (Sulaiman yang ambik). 

Tu muka mereka yang perut keroncong, belum breakfast. Nasib baik ada juga orang jual samosa dan air, buat lapik perut.

Yati suka tengok Hafizan. Rasa menyesal pula tak hantar Amirul ke tadika PASTI dulu. Hafizan dah boleh baca alfatihah. Ok, memang sebutan kurang betul, tapi dia dah boleh ingat dari awal sampai habis. Next year, ingat nak biar Hafizan kekal di PASTI lagi. Tak masuk pra-sekolah di sekolah dekat ni pun takpe. Boleh tak.... hehhehe..

Sekian laporan.

Basikal kena curi...!

Petang semalam, kami keluar. Pintu pagar tak tutup. Bila balik, basikal dah tak ada. Basikal Yati, yang ada tempat duduk baby rotan di bahagian depan, untuk bawak Sulaiman, dan tempat duduk di belakang untuk bawak Hafizan. Kalau Encik Abe tak boleh keluar ofis untuk ambil Hafizan, selalunya Yati guna basikal tu untuk ambil Hafizan di sekolah dia.

Sekarang, basikal tu dah tak ada. Encik Abe yang perasan dulu, dia kata, eh, awat garaj nampak luas. Rupanya, basikal dah tak ada. Kami park basikal tu di bahagian tepi garaj. Rasa sungguh upset.

Mungkin ada yang berkata, alah... basikal, berapa sen sangat pun. Nasib baik pencuri tu tak masuk dalam rumah, curi barang berharga dalam rumah ke, lagi teruk. 

Dah rumah berkunci, camana orang tu nak masuk. Cikgu jiran sebelah kanan kata, tak dengor apa pun, tak nampak apa pun, dia tidor sampai maghrib. Jiran sebelah kiri seperti biasa, tak masuk campur, tak keluar rumah.
 Jiran yang ni, kete yang 3/4 daripada kerete dia yang di parking depan rumah Yati ni, yang dah masuk 3 tahun tak pernah dialihkan, orang pernah langgar kete dia tu. Tapi haram dia tak dengor. Kami yang bagi salam ikut pintu belakang, bagitau dia, baru dia kelam kabut keluar. Kalau kami tak bagitau dia, orang tu pun langgar tak bagitau, sedar-sedar kete kemek, patutnya kami biar je.

Siang hari pula tu kena curi. Kan tak berapa lama dulu pun Yati ada cerita, jiran yang selang beberapa rumah dari rumah kami ni, rumah dia kena masuk juga. Habis barang kemas hilang.

Kenapa pencuri tu tak curi kereta, sebab dia orang ni semua satu rumah ada banyak kereta. Curi motor ke... ni, basikal yang tak berapa lawa kami juga yang dia nak curi.

Kenapa tak nak curi dari orang kaya, kenapa curi dari orang yang tak berapa senang macam kami ni? Ada sebiji kete dan sebiji basikal. Itu pun basikal dah takde. Basikal yang Yati buat round taman bawa Sulaiman pagi-pagi.

Yang tambah sedih tu, Yati tak pernah ambik gambar dengan basikal tu. Takde satu pun gambar kenangan. Basikal dah takde. Pencuri tu bukan saja ambik  basikal, dia ambik sekali satu piece dari hidup kami. Rasa macam ada satu lubang. 

Mesti basikal tu dah dipotong-potong, dijual. Tak pun, kalau dia pakai, aku harap dia kena langgor dengan lori! Tau tak pendatang asing kat negara kita dah lebih 2 juta orang? Semalam Encik Abe nak pergi kat rumah kongsi kat tapak pembinaan dekat rumah kami ni, nak pi tengok ada ke tak. Tapi dihalang oleh Yati dan jiran cikgu sebelah. Silap-silap, tak balik rumah.

Hai... tak tau la.Saya takde mood. :(

Friday, March 04, 2011

Resepi kundas (Le' cucuq)

Selain cokodok, kundas ni, memang anak-anak Yati suka. Kalau cakap Perak, sebutan dia kundeh. Meh kita tengok camana rupa kundeh ni.

Bulat-bulat rupanya.

Di luar rangup, dalam lembut.

Resepi kundeh:

2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1 cawan tepung gandum
Sebiji telor
Air
Gula secukup rasa. Kalau nak boleh dimakan begitu saja, 6 sudu besar gula. Kalau nak buat tawar pun boleh, kurangkan gula, cicah kundeh dengan sambal tumis, terangkat!

Cara-cara:
Campur semua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati. Tambah air. Kepekatan adunan seperti nak buat cokodok. (tidak cair)
Goreng dalam minyak panas. Bila sudah brownish, boleh angkat. Sedia untuk dihidang.

Sekian resepi dari mama saya. Sedap dibuat untuk minum petang.

Jom kita tengok Sulaiman, dia demam hari ni. Cian anak mama.

Suka muncung mulut bila amik gambar.

Hari ni hari Jumaat! Yeh!

Free Classified Portal & Giveaway by Sweetlilcraft

3 fat quarters 100% Japanese cotton and 1/2 meter heavy weight cotton, 3 pieces of 10″ zip and a pin cushion. (not in the picture)

Yati nak join giveaway oleh Ayu dari Sweet Lil Craft Collections. Happy birthday pada Ayu yang akan menyambut harijadinya pada bulan ini. Suka tengok hasil jahitan Ayu, antaranya bag, purse, dan lain-lain.

Ada beberapa hadiah yang boleh dipilih. Yati pilih yang pertama, seperti gambar yang di upload ni. Berikut ada info mengenai Free Classified Portal yang dilancarkan oleh Sweet Lil Craft Collections.

Sweetlilcraft Collections telah melancarkan Portal Iklan Percuma yang merupakan tempat bagi anda untuk mengiklankan atau mempromosikan produk buatan tangan dan bahan-bahan untuk menghasilkan produk buatan tangan.
Anda boleh memaparkan sebanyak mana iklan yang ada suka dan ia adalah PERCUMA.
Ada beberapa kategori untuk produk komersial dan makanan untuk ‘menambah rencah’ dalam portal tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik ini!
Ada lagi berita baik untuk anda, Sweetlilcraft Collection telah menyediakan hadiah menarik untuk 3 pemenang yang bertuah. Giveaway ini akan ditutup pada 25 Mac 2011 pada pukul 11.59 malam. Rebutlah peluang untuk menyertainya. Makin ramai makin meriah!! ^^. Klik di SINI untuk menyertai giveway!

Fuh.. fuh... bagi la nama naik, lawa fabrik tu! ^_^

Wednesday, March 02, 2011

Hadiah diri sendiri...

Assalamualaikum....

Bulan lepas, masa sedang berduka lara tu, Yati telah pergi membeli-belah. Kat eBay je. Baru tadi, sudah selamat sampai barang yang dibeli.

Excitednya, dari Singapore.

Yati beli ni....

12 sizes bamboo crochet hook. Size from 3-10 mm.

Hari tu kan Yati ada cakap, teringin nak belajar kait jarum satu. Sebab tengok ramai yang buat, cantik-cantik belaka bunganya. Hari ni, Alhamdullillah... dapat juga. 

Yati nak cuba dengan jenis bamboo dulu crochet ni, sebab untuk knitting, selesa guna needle dari jenis bamboo juga.

2 pasang bamboo knitting needles dalam koleksi dan sepasang dari metal.
Jarum knitting metal tu, ukuran 2 3/4 mm. Kecik sikit dari saiz biasa guna. Mama Yati belikan. Mulanya, mama yang nak mengait, tapi bila dia dah cuba, tak boleh. Tu yang dia pass kat Yati. Hehhe... suka, suka!

Nampak sikit dalam gambar kat atas, saya punya current project. Belum siap-siap lagi. Sibuk pula, hari-hari transfer photo ke cross stitch pattern. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. 

Jarum crochet baru dapat tu, tak sabor nak cuba. Tengok la dulu. Kalau jadi, Yati share ye. Hehhe, orang tak reti, tapi teringin. Tengok boleh buat ke tak.

Nak sambung buat kerja balik. 
Selamat bekerja, semua!

Tuesday, March 01, 2011

An evening in Tepeng

Ate... dah ke Kuala Kangsor, singgah le ke Tepeng. Bukan jauh pun. Last week, kita orang pi. Nak cari tempat makan, tak tau. Kami pi Tepeng semata-mata nak pi Lake Garden. Tu je. Posing je la kat Lake Garden tu.

Camera tak boleh amik gambor luor rumah. Jadi, guna camera handphone Encik Abe. Telepon antik, edisi pertama handphone yang ada camera. Layan je la ye, walau pun gambar cinonet dan kurang jelas.

Yati dan anak-anak. Amirul di belakang, Hafizan di kanan Yati dan Sulaiman di kiri Yati. Oh, gumuknya aku!

Lepak-lepak sat kat tepi tasik tu. Di bawah pokok besar yang rendang tu.

Encik Abe with the kids. Senyum bukan main lagi Abe...

Yati suka pokok tu!
Entah la, dari dulu lagi, suka benor duduk bawah pokok. Lagi-lagi, pokok besor. Rasa aman je.

Mak Yati kata, pokok tu dah berpuluh tahun dah. 
Macam pokok dalam citer Lord of the Ring (2) tu pun ada. Jangan la ditebang pokok ni, sayang kan. Kalau trim sikit-sikit takpe. Dia punya dahan dia, membengkok ke arah air tasik.

Rilek bawah pokok.

Sape pula amik gambor ni? Jauh bebenor, muka pun tak nampak. Dalam gambor: Amirul dan Yati.

Yati, Sulaiman (berdiri) dan Hafizan.

Lepas lepak di Lake Garden dalam 10 minit, hujan pun turun. Perut pun berbunyi. Singgah le makan malam di kedai tepi jalan. Memang banyak orang jual durian wei... kiri kanan jalan ada. 

Kat tepeng tu, orang kata, ada mee udang sedap. Tapi kami tak tau kat mana. Ni baru kali kedua ke Tepeng bawak anak-anak. Jalan pun tak tau. Tercangak-bangak tengok signboard.

Tak singgah zoo pun. Tak sempat, hari dah nak gelap. Next time je la ye.

Sekian cerita di Tepeng. Yati nampak gemuk tak? Dah turun 3 kilo. Memang la tak banyak pun 3 kilo tu. Tapi, Yati dah berat 68 kg since lepas beranak Sulaiman lagi. Tak turun-turun, walau pun 1 kilo. 

Tapi, sejak berjogging tu, berat Yati sekarang dah 65 kg. Ok tak? Itu pun lepas makan banyak rumah mama Yati. Sebelum makan, 64 kg. Saya suka, hilang 3 kg! 

Itu pun, makan, Yati still makan macam biasa, makan nasi lagi. Kita kurangkan pelan-pelan la. Itu pun, jogging cuma hari sabtu dan Ahad, kalau Encik Abe bawak. Kalau tak, hari Ahad je jogging. 

Kalau jogging 3 kali seminggu dan regularly, selama setengah jam, mesti lagi kurus kan. Hehhe... long way to go... untuk dapatkan berat ideal. Malaysia boleh!

Babai and take care semua!
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea