Monday, February 28, 2011

Jenis-jenis jahitan cross stitch

Assalamualaikum!
Lama benor tak update blog. Orang pun dah tak ramai datang. Ke... korang takut tengok gambor binatang buas tu.. Hehhe...

Ok la. Biasanya, pelanggan Yati And Stitch ni, ramai yang tahu cross stitch. Lagi advance dari Yati pun ada. Boleh siap projek stitch-a-photo dalam sebulan je. Yati, 2 bulan juga nak siap. 

Namun, ada juga yang beli pattern tapi tak tahu backstitch tu apa. Takpe, takpe.

Senang je cross stitch ni. Yang penting, minat dan rajin buat. Tu je.

Di sini, Yati share beberapa link jenis-jenis jahitan cross stitch. Semoga bermanfaat pada yang tak tahu.

Cross stitch (basic, full stitch). Klik sini

Half stitch. Klik sini

Quarter stitch. Klik sini

Three quarter stitch. Klik sini

Backstitch. Klik sini.

Ha, kalau dah tahu semua jahitan cross stitch di atas, banyak projek boleh buat. 

Kalau takde idea nak buat pattern apa, jahit je mesej untuk ibu kita ke, sebagai contoh je.

Cari buku cross stitch di kedai. Tak pun, kat internet ni pun banyak tutorial kita boleh dapat dengan percuma. Usaha tu yang penting.
Selamat ber-cross stitch! ^_^

P/S: Watermark kat foto di atas dihadiahkan oleh kakyong. Ramai-ramai la meriahkan blog kakyong, ada contest sedang berlangsung sekarang. :)

Tuesday, February 22, 2011

Binatang buas

Hehhe... melampau la tu tajuk entri. Hari ni, cuti jap dari mengait. Yati nak citer pasal binatang dan serangga yang agak mengerikan pada Yati. Sebab sejak dua menjak ni, asyik kuor je menatang ni semua.

Nombor satu dalam carta, ni...

Lipas
Dari pemerhatian saya, lipas ni kalau ada dekat dengan kita, dia suka menuju ke arah kaki kita. Betul tak? Bayangkan... kaki dia yang berbulu halus dan kasar tu berada atas kaki kita masa kita sedang cuci pinggan di sink. Eee.... 
Masa saya kecik dulu, masa saya nak tidor, saya terasa ada benda di belakang saya. Saya cuba picit, tapi dia bergerak-gerak. Seram! Terus saya keluar bilik dan menangis. Kecoh satu rumah. Bapa saya telah keluarkan lipas dari belakang saya. Saya tak tau macamana lipas boleh masuk dalam baju saya. 

Tempat kedua

Labah-labah
Sepatutnya, kita tak boleh takut dengan labah-labah ni kan. Sebab masa zaman Nabi dulu (SAW), labah-labah pernah menolong baginda semasa baginda bersembunyi dalam gua... gua... apa ye, dah lupa, sembunyi dari musuh... Labah-labah buat sarang di pintu gua, dan Nabi pun selamat. Tapi cicak yang buat bising kan? Pernah dengar tak cerita tu?

Tapi labah-labah memang menggerunkan saya. Mungkin sebab masa kecik dulu, saya pernah tengok satu labah-labah kaki panjang dan perut gemuk dalam bilik stor rumah saya. Dan dari perut labah-labah tu, keluar anak-anak yang kecik dan halus. Saya geli...

Tempat ketiga

Cicak

Cicak jahat kan. Ni bukan masa kecik, masa saya bekerja dulu peristiwa ni terjadi. Cicak pernah masuk dalam baju saya. Masa tu, saya nak solat. Ofis saya tu, bilik solatnya sempit dan hanya muat sorang pada satu masa. Sebab dah amik wudhu dan tak nak buang masa, saya tumpang solat di ruang rehat makcik cleaner. Open air. Walau pun tak berhawa dingin, tapi memang ada sudut bersih, khas untuk solat. 

Saya tak tau bila cicak ni boleh masuk dalam baju saya. Tapi bila saya dah duduk di meja saya dalam ofis, saya terasa ada benda kat belakang saya. Saya picit, dan rasa agak lembik dan kenyal. Masya-Allah! Nak je saya jerit, tapi sebab saya satu-satunya perempuan kat ofis tu, maka saya pun control ayu dan terus berdiri sambil betul-betulkan baju la konon, dan cuba keluarkan cicak tu dari dalam baju saya. Mujur juga cicak tu tak masuk ke tempat yang tak sepatutnya. Bila keluar je, cicak tu pun macam mabuk sebab kekurangan oksigen agaknya. (Padan muka, sape suruh masuk dalam baju aku), saya amik tisu, grab cicak tu, dan buang dalam tong sampah besar di luar ofis dan masuk dalam ofis semula dan buat seolah-olah takde apa yang berlaku. Padahal dalam hati, rasa nak luruh jantung saya.

Tempat keempat

Ular

Masa saya kecik dulu, tinggal di Perlis. Sebelah taman perumahan kami, ada sawah padi. Tau tak, ular tedung pernah masuk dalam rumah kita orang! Ular tu masuk menerusi lubang dalam bilik air. Lubang tu, tutup dia dah tercabut. Jadi, mak saya tutup dengan batu besar je. Masa tengah syok-syok tengok tv, dengar jeritan kakak sulung saya dari bilik air. Mak dan bapak saya pergi ke bilik air la, check apahal. Sementara saya dan kakak tengah saya, terus lari menyelamatkan diri, keluar dari rumah. Hehhe.... 

Kecoh satu taman. Tak lama lepas kami keluar, mak saya pulak keluar, sambil jerit tolong! tolong! kat jiran-jiran. Semua orang keluar rumah. Dengan pertolongan orang kampung, berjaya juga keluarkan ular tu. Tapi masih hidup. Bila ular tu atas jalan, kepala ular naik tinggi, menegak, macam nak patuk. Ular tedung panjang. Badannya berkilat. Last-last, mati ular tu, kena tetak dengan parang ke, cangkul ke, saya pun dah lupa.

Tangga kelima

Lipan

Dulu masa dok KL, takde pun menatang ni. Tapi sejak dok Perak ni, kadang-kadang lipan ni keluar juga. Walau pun kecik, takut juga. Ada sekali, mak lipan yang keluar. Tuhan tolong, Yati boleh ternampak lipan ni keluar dari bilik air ke bilik tidor. Padahal waktu tu Yati di bilik belakang, tengah cross stitch ler. Tiba-tiba terasa nak check anak tidor.

Lipan ni, berjalan sangat pantas. Laju. Besar. Badan merah. Kaki banyak. Yati terus kejut Encik Abe. Selamat, kena pukul dengan pemukul lalat tu. Kalau tak... tak tau apa yang terjadi. Sebab anak-anak Yati tidor bawah, bukan atas katil. Gerun kan...

Begitu la sedikit sebanyak haiwan yang mengerikan bagi Yati. Apa hukumnya kalau kita bunuh binatang-binatang ni ya? Encik Abe saya ni, punya la baik hati. Kalau suruh pukul lipas, dia kata, bior la... binatang tu pun nak hidup... Hish... kalau binatang berbisa tu, kalau tak pukul mati, nanti boleh mendatangkan mudarat kalau tak pada kita, pada anak-anak kita kan....

Oh, ada satu binatang yang dulu saya takut, sekarang dah tak. 

Ulat pokok bunga

Demi menyelamatkan pokok bungaku, kena beranikan diri ambil daun yang ulat ni dok bertenggek, dan buang dalam longkak. Kalau tak, bahaya ooo... ulat ni, habis daun semua dia makan. Tinggal bunga je. Lagi satu, tahi ulat ni, kalau kena kat kulit kita, gatal, jadi, kena buang. Sebab budak-budak suka main kat pokok bunga juga kadang-kadang tu. 

Sekian. Anda pula camana, apa binatang yang menggerunkan anda? Cek citer, cek citer...

** Gambar semua dari Google

Sunday, February 20, 2011

New look...

Hi..!
Ok tak template baru Yati ni? Lambat tak loading? Saya pilih yang simple. Harap blog ni tak berat lagi.

Hari ni, kami berehat kat rumah saja. 
Jom kita tengok apa current project saya sekarang...

Knitted squares

Saya tengah praktis camana cantumkan knitted squares ni. Hajat tu, nak buat sarung kusyen. Baru percubaan. 

Bila tengok hasil crochet kawan-kawan, teringin pula nak ber-crochet. Ada rezeki nanti, nak beli la satu jarum crochet.

Crochet. Kait jarum satu.

Ada orang cakap, crochet lagi senang berbanding knitting. Ye ke? Lazimnya, orang yang pandai crochet, dia juga boleh knit. Ke... terbalik?

Knit. Kait 2 jarum.


Hehhe... nanti nak belajar juga crochet ni. 
Selamat berhujung minggu semua!

**Pictures from here  and here .

Friday, February 18, 2011

Knitted handphone cozy

Assalamualaikum...
Terima kasih atas komen kawan-kawan entri Yati semalam. Sedikit sebanyak bagi kesedaran pada saya ni.

Dari pemerhatian saya, rasa down tu boleh diubati when you get connected. Selain dari kawan-kawan online melalui blog saya ni, juga bila kita jumpa orang kat luar. Sembang dengan jiran-jiran ke, misalnya. 

Rasa down tu hilang dan kalau kita sendiri je monyok sorang-sorang dalam rumah, kita juga yang sakit jiwa.

Tadi, saya cycling dengan Sulaiman, tengok perarakan Maulidur Rasul di tadika Hafizan. Comel tau, tengok budak-budak kecik ni! Macam hari raya! Pakai baju melayu lengkap bersampin dan baju kurung warna warni, berarak sambil berselawat, rasa seronok je tengok.

Siap dengan bunga manggar dan kompang! Rugi camera saya tak leh ambil gambar outdoor, jadi tak leh share. 

Oh, siap ustazah suruh tapau lagi, ada lebihan makanan dari jamuan. Kami bawak karipap. Tadi, tapau karipap orang lain pula, dan bawak balik fruit cake, swiss-roll, rezeki, Alhamdulillah.... ^_^

Ok, jom kita tengok tempahan handphone cozy yang Yati siapkan baru-baru ni dan sudah pun diterima oleh tuannya dari Melaka. :D

Ada 6 biji knitted handphone cozy. Ada tali kecil, boleh gantung di pergelangan tangan, ala-ala wristlet.

Hitam itu menawan.

Contoh, bila buka, isi handphone.
Close-up sikit. Button closure.
Satu handphone cozy warna hitam. Lagi 5, pink kaler you...

Pink is sweet.
Setiap satu, lain bunga dan button. Unik.
Ok, terima kasih pada Ika dari Melaka yang sudi order handphone cozy dari Yati. 

Masa nak buat order ni, Yati takde knitting yarn warna hitam. Tapi sebab customer dah request nak color tu, kena la cari. Banyak kedai pergi, takde jual. Kat Seri Iskandar dan Batu Gajah, habis kami pi. Ada satu kedai apek ni, dia kata, mana ada orang kait warna hitam.. Takde orang maa.... Hehheh... Tapi jangan under estimate kedai lama yang kedai papan kat Batu Gajah tu, sebab kain cotton pun dia ada tau... Tak ku sangka... buah cempedak menjadi nangka...

Last-last saya jumpa juga benang kait warna hitam di satu kedai ni, yang depan kedai dia, banyak jual peralatan sembahyang orang cina. Sape sangka kan? Tengok-tengok kat dalam, siap ada jual benang DMC lagi! Tu dia....

Hari ni hari Jumaat!!! Yahoo....

Thursday, February 17, 2011

Senyum

Ops, susah bebenor nak update blog sekarang. Sibuk, ntah buat benda macam-macam, tak habis-habis.

Semenjak dua menjak ni, rasa down sangat. Bila baca status kengkawan kat FB, rasa diri saya ni serba kekurangan la. Orang boleh beli macam-macam, senang je hidup dia orang ni, tapi saya ... saya.... hmm... tak yah cakap la.

Bukannya saya tak bersyukur, Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala rezeki yang Tuhan kurniakan.

Tapi, sempit la hidup semenjak dua menjak ni. Adalah borak dengan sorang ni, dia punya hutang kredit card sampai 15 ribu. Banyak tu... dah la husband and wife kerja. Anak sama dengan saya, 3 orang. Barang mahal. Betul la tu, saya pun setuju. Nasib baik kita orang dah takde kredit card.

Itu dia, suami isteri bekerja. Camana hidup orang yang suami bekerja, isteri surirumah?

Terus terang, saya rasa macam nak cari kerja je. Kat fastfood pun ok. Dah apply banyak kerja, tapi takde jawapan. Tengok la camana. Kesian kat budak-budak ni je. Kalau kerja pun, kena keluor dalam 600 jugak setiap bulan untuk nursery dan transit. Yikes....!

Boring giler tau. Bukannya belanja banyak pun. Keluar duit untuk beli barang keperluan je. Itu pun tak cukup.

Penat tau sedih ni. Hari ni, saya tak nak baca status kengkawan kat FB lagi. Ko beli kete baru ke, mesin jahit baru ke, mesin mak nenek baru ke, aku anggap tu rezeki ko la. Rezeki aku Insya-Allah akan menyusul kelak.

Ok la ok la, kena stop. Esok, tadika Hafizan ada buat majlis sambutan Maulidur Rasul. Ada tazkirah, perarakan, selawat, peraduan mewarna dan jamuan. Ibubapa kena bawak kudap-kudapan. So, nak pi prepare jap. 

'till then, senyum la kawan-kawan, walau pun hati dilanda duka tak terkata.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul



Cuti hari ni. Ada yang join perarakan Maulidur Rasul ke?

Hilang idea nak tulis apa.

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم.....صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Sekian.

Friday, February 11, 2011

Cenderahati dari kawan baru

Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada Tuhan yang memberi rahmat...

Dua tiga hari lepas, Yati terima hadiah saguhati tanda persahabatan dari kawan baru, Eranee.

Comel tak?


Cawan cute


Susah-susah je Era ni. Terima kasih banyak-banyak. Yati suka. ^_^

Adakah ini permulaan kepada koleksi terkini? Hehhe... tak boleh la, barang kaca ni, tak boleh pakai, kena simpan dalam almari di rak yang paling tinggi.

Kadang-kadang tu, rasa teringin juga. Lagi-lagi bila singgah blog Kak Shima. Tengok cantik belaka collection kak Shima. 

Sampai bila la kami kena pakai melamine dan plastik ni. Tapi tak boleh la buat masa sekarang. Tunggu Sulaiman besor sikit. Dia ok, tapi ada hari bila angin puting beliung datang, cawan atau apa benda di tangan, dia baling. Oh tidak.....

Ok, selamat berhujung minggu ya semua. Esok hari Sabtu. Yihaa...!

Thursday, February 10, 2011

Bank masa

Ye la tu kan, kata semalam, nak online selang sehari. Hehhe... dah terlanjur check email, tu yang buka blog sekali. Ni ha, nak share dapat forwarded email.

Each of us has such a bank.
Its name is TIME.
Every morning,
it credits you with 86,400 seconds.

Every night it writes off, as lost,
whatever of this you have failed
to invest to good purpose.

It carries over no balance.
It allows no overdraft.
Each day it opens a new account for you.
Each night it burns the remains of the day.

If you fail to use the day's deposits,
the loss is yours.
There is no going back.
There is no drawing against the "tomorrow".

You must live in the present
on today's deposits.
Invest it so as to get from
it the utmost in health, happiness, and success!

The clock is running.
Make the most of today.

To realize the value of ONE YEAR,
ask a student who failed a grade.

To realize the value of ONE MONTH,
ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,
ask the editor of a weekly newspaper.

To realize the value of ONE HOUR,
ask the friends who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,
ask a person who missed the train.

To realize the value of ONE SECOND,
ask a person who just avoided an accident.

Treasure every moment that you have! And reassure it more because you shared it
with someone special, special enough to spend your time.

Remember that time waits for no one.
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.
That's why it's called the present!



Betul kan? Gunakan la masa kita hari ni dengan sebaik-baiknya. Sebab masa macam keretapi. Runaway train never going back.(tiba-tiba teringat lagu Soul Asylum).

Take care semua.

p/s: Saya pasang widget google translate. Kelakor giler bila baca blog ni dalam English. ^_^

Wednesday, February 09, 2011

Demam dan kurus

Alhamdulillah, hari ni dah sihat. Demam 2 hari. Satu badan rasa lenguh sangat. Tapi, masih teruskan kerja seperti biasa. Masak, online, siapkan order. Cuma semalam tak online. Yati ingat, nak selang sehari la online. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat, online untuk check order dan reply email dan pertanyaan. Hari Selasa dan Khamis, buat urusan pos dan kerja-kerja menjahit, tak online. 

Semalam, tidur pukul 2.30 pagi, buat order cross stitch. Memang gila. Bila rasa demam tu datang, telan panadol. Lagi beberapa jam, telan spirulina pula. Kepala rasa agak ting-tong dalam 2 hari ni. Tapi memang push diri sendiri. Tak nak berbaring dan layan demam.

Kadang-kadang rasa boring juga. Orang demam ada MC. Kita tak boleh MC pun. Abangku pergi keleje jugak. Habis tu, kalau tak masak, anak nak makan apa? Waktu kecik, time demam, boleh la request nak makan sedap-sedap kat mak. Bila dah tua, kena la gagahkan diri masak sendiri walau pun tangan rasa nak tercabut.

Kekuatan tu, datang bila tengok budak kecik masyam masyam busyuk busyuk ni.

Sulaiman. 
 
Hmmm... nak tau tak? Hafizan kan, sejak cuti chinese new year tu, dah ok dah pergi sekolah. Dia tak nangis dan monyok seperti biasa. Hari ni sekolah dia ada PJ. Dia siap suruh bapaknya hantar cepat, sebab nak main dengan kawan. Rasa suka dan lega tengok Hafizan dah gumbira ke sekolah. Mungkin masa balik cuti hari tu, kat rumah opah, semua orang puji dia, dia dah pandai cakap, pandai baca doa. Jadi, semangat pergi sekolah tu naik kot.

Ops, sekarang tengah siapkan order knitting ni. Tak boleh share lagi hasil kerja tangan. Tunggu dulu ya.

Encik Abe cakap Yati demam sakit urat. Huh? Sebab hari Sabtu dan Ahad tu, Yati jogging. Hehhe... saje gatai. Hari pertama tu ok je. Lepas hari kedua jogging, terus demam. 

Masa balik rumah mama Yati hari tu, mama kata, Yati dah nampak kurus. Dah takde punggung. Ops sori, nak cakap apa lebih sopan ye? B**tot atau pinggul? Maksud mama saya tu, bukan punggung menghilang, tapi mengecil.

Malam masa Yati jogging tu, Encik Abe cakap saya ni boleh lari. Macam pernah masuk pertandingan lari pecut kat sekolah la maksud dia. Memang saya pernah pun. Tapi kalah sebab orang lain banyak yang lebih laju, tak dapat wakil sekolah. Wakil rumah je. Hehhe...

Sebenornya, masa jogging tu, saya lari seolah-olah saya nak lari tinggalkan anak dan husband. Yah yah... lari... lari..... jauh-jauh..... lari dari tanggungjawap..... lari untuk bernafas...... tapi dalam kepala je la. 

Mungkin body saya terkejut kot sebab lama tak lari. Terus demam. Hmmm... apeda.... takpe, lepas ni kita lari slow-slow pula. Sebab I cannot stand not eating, you know... cuma yang boleh saya buat, jalan dan lari dan cycle. 

Kat rumah takde weighing machine tu. Dan tak nak beli, sebab nanti kerja dok timbang berat je. Cukup la yang Encik Abe kata, saya dah kecik sikit. Hehhe....

Monday, February 07, 2011

Demam

Ish ish, seminggu jugak tak update blog. 

Hari ni saya demam. 






Babai...

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea