Wednesday, December 07, 2011

Projek crochet-a-long siap! ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bolero sudah disiapkan semalam. 

Masa sedang kait edging
Saya hampir habis kait edging bila saya tengok balik, bolero tu jadi menggelembung. Jadi, saya buka balik dan kait semula. Baru saya tahu, kaitan edging tu tak boleh terlampau ketat sangat.

Tadaa! Akhirnya sudah siap!
Saya bawa merata projek ni. Masa pergi KL minggu lepas pun saya bawa juga. Sambung kait sikit-sikit bila-bila ada masa terluang. 

Ada beberapa benda juga lah yang saya belajar masa buat bolero ni. Walau pun saya sendiri tak boleh memodelkannya buat masa sekarang sebab tak muat, tapi rasa suka bila dapat hasilkan pakaian kait pertama ni. 

Sebenarnya, takde la tak muat sangat. Rasanya, kalau saya boleh kurangkan 10 kg, saya boleh pakai ni. Ha, malu saya. Sekarang korang dah tahu berapa overweight-nya saya.

Benang ni la saya guna untuk projek bolero ni.
 Sebab pertama kali cuba kait pakaian, tu guna benang acrylic biasa dulu. 

Yeh, dah siap!
Hari nak hujan ni. Sampai sini dulu ya. 
Take care dan jumpa lagi! ^_^

13 comments:

  1. Cantik la Yati, klu buat utk budak2 mesti comelkan..hehe

    ReplyDelete
  2. cantik la yati..agak2 sy boleh muat tak? hehe

    ReplyDelete
  3. yati ...banyak tu nak turun 10kg nanti keding pula...hahah nape tak suruh budak2 tu jd model...comel pa

    ReplyDelete
  4. Yati.. seronoknya tengok finished project.. :)
    ala Yati.. saya rasa turun 5 kg je dah muat dah tu.. takkan la 10 kg.. itu saya yang kena turun lepas pantang nanti.. hahahaha..

    Saya tak pernah jumpa benang Wina tu tau.. kat sini payah la..

    ReplyDelete
  5. cntiknyeee ... sy xpndai la kait2 ni... :(

    ReplyDelete
  6. cantik yati.. tahniah...

    Yat ni memang tekun.. kakyong doakan yati terus berjaya..

    ReplyDelete
  7. cantiknya Yati...utk anak dara Mp muat kot....berapa rega ni??? akak berminat sangat....

    ReplyDelete
  8. cantiknya... kemas Yati kait... akak suka edging dia :)

    ReplyDelete
  9. kak..sy tgk mcm baju inner je..ke baju budak heheheee

    ReplyDelete
  10. Hajar,
    hehhe... budak ke, dewasa ke, cantik. Sebab patternnya memang cantik. :)

    Eis,
    timasih, Eis.
    Ha ah, Eis slim kan, rasanya Eis muat. :)

    محمد رازيق,
    Timasih. :)

    Dalila,
    Timasih. :)

    Kak Suzie,
    tak la kak. Kalau Yati turunkan 10 kg, jadi berat ideal untuk ketinggian Yati ni. :)
    Segan la nak pakaikan dia orang dengan baju orang pompuan ni. :)

    Zila,
    hehehhe... ye ke..?
    Tak la, memang Yati nak turun 10 kg. Dah kira dah BMI, kira tu berat ideal Yati la.
    Benang Wina ni ada satu kedai kat Ipoh je yang Yati pernah jumpa. :)

    Ummi Hanie,
    Timasih. :)
    Kalau ada minat, boleh belajar. :)

    Imah,
    hehhe... timasih, Imah. Imah tu pun apa kurangnya. Nanti akak nak cuba buat bag juga, macam Imah. :)

    Kakyong,
    Timasih, kakyong.
    Amin... Yati appreciate, kakyong. Tambah semangat Yati untuk lebih produktif lepas ni. :)

    Kak MP,
    Timasih.
    Anak dara akak umur berapa? Size apa selalu guna?
    Harga dia RM40. Kalau nak, email Yati ya di yati_my@yahoo.com

    Kak Nisa,
    timasih, kak. :)
    Pattern dia memang cantik. Yati cuma ikut patternya saje.

    Sahrom,
    bolero ni, macam jacket. Dia kena pakai blouse kat dalam, baru sarung bolero ni, sahrom. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea