Yati's current work in progress:

1) Cross stitch 'Bouquet of Roses' for Miss Juliana, Sarawak.
2) Crocheted sling bag for Puan Rafidah Shamsudin.
3) Cross stitch name for Puan Bee.
4) Knitted cardigan.

Sunday, December 4, 2011

Mencelah kejap...

Assalamualaikum...

Memang berhabuk habis blog Yati ni. Lama benor tak update. Tapi takde la selama dulu tu, sampai sebulan senyap sunyi blog ni.

Yati sekarang tengah ada gap masa sikit. Lepas ni, rasanya akan busy balik. Banyak la benda yang berlaku sepanjang tak update blog ni. Yati pun tak tau mana satu nak cerita.

Yati cerita dalam bentuk intisari rancangan je boleh tak... hehhe...

  • Projek cross stitch hari tu dah siap. Tapi nanti ada projek baru masuk lagi kot.

  • Yati pergi KL dalam minggu ni. Tapi sekarang dah balik Perak. Kami pi untuk repair rumah kat KL. Belum repair sepenuhnya. Belum boleh bagi orang sewa lagi. 

  • Rasa macam pelancong pula masa pi KL tu. Sebab banyak benda berubah. Ada satu hari, kami pi makan sarapan nasi berlauk di Kampung Baru. Dulu masa zaman bercinta, kat sini la kami selalu makan. Tak sangka kedai ni masih ada. 

Sulaiman makan nasi lauk gulai ayam.
  • Setelah lebih kurang 7 tahun tak tengok wayang, Yati pi tengok wayang kat GSC 1 Utama. Dengan kakak. Husband jaga anak kat Starship Galactica, tempat budak-budak boleh main satu hari, tak leh kuor, ada orang jaga. Yati tengok citer Twilight - Breaking Dawn Part 1.

  • Projek kait bolero Yati dalam fasa cantum. Lepas ni, kait edging pula. Tapi, tak muat lah, Yati pakai. Sedikit kuciwa! Ingat projek pertama kait garment ni, boleh la pakai sendiri. Tapi Yati akan siapkan juga, boleh buat ready stock. Kalau sape badan petite, boleh la. Kalau kembang macam Yati, tak muat.

Sekian intisari rancangan untuk hari ni. Lain hari bila berkesempatan, Yati akan cerita panjang lebor lagi. Rindu kawan-kawan semua. ^_^

16 comments:

kakyong said...

owh.. byk juga xtvt nya yer..

jadilah intisari rancnagan pun.. janji ade update dr yati..

Melor said...

dulu kita pun selalu makan kat situ. masa bujang2 melor menyewa kat kg baru juga. dah lama x kesitu pakwe kite tak mau pergisibuk katanya

MulutPayau said...

Tak muat ke bolero tu????aduhaaaaiii..dah trbayang Yati pakai...Takpelah kan..boleh buat yg lain pulak.....

luahfikiran said...

SALAM,
BILA BACA N3 INI, TERINGAT PULAK WARUNG KAT JALAN PANTAI BARU, KL LEWAT 60'AN DULU ...

NzA said...

rindu yati..lama menyepi...ttp tulah, dlm senyap full xtvt tu...

shima said...

yati...
bestnya jalan2... nanti tunjuklah xstitch dan baju crochet yang dah siap tu... kak shima lagi kembang bermangkuk2... byk baju dah tak muat

Yoon said...

Yati,
respectlah kat Yati, boleh concentrate stitching... akak sejak cuti sekolah ni, susah betul nak cari masa pegang jarum... nak melayan kerenah bdk2 besar ni... hehe

MamaDaniel said...

wah.. bestnya gi tgk wayang.. :) saya pun dah laaaamaaa tak masuk cinema.. hehehe...

:)

selamat menyambung projek2 Yati.. :)

Suzie said...

Yati...blog akak pun sama sawang ...bz kat rumah ...

♥MAMASYAZA♥ said...

dah lama tak tengok wayang, ntah bila berpeluang nak pegi

Mila@Rimbun said...

selalunya kalau akak tengok wayang bawa jer Izzah sekali.... mmg ok jer. tapi kena cerita taste dia ler.

chekpid said...

dulu deting berdua, skarang bw anak sekali makan tempat dating...ok dh tu :)

Ayza Gursoy said...

Selam Yaticim,
Apa khabar? Semoga Yati & keluarga sihat InshaAllah.. suka baca intisari rancangan yg Yati tulis, banyak aktiviti! Ada masa update lagi tau, miss you too!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

cayalah, kak..leh masuk buletin utama intisari nie taw heheheeee

Marie said...

asalkan ada update Yati..;)

bestnya dapat tengok Breaking Dawn!! :D

Yati said...

Kakyong,
hehhe... sibuk sikit la kakyong. :)

Melor,
Betul cakap pakwe Melor tu. Memang sibuk. Tu kami pi awal pagi. Parking susah juga nak cari tu. Ntah-ntah dulu kita pernah jumpa, makan tempat sama, cuma tak kenal je. Hehhe..

MP,
tak muat la, kak. Orang dewasa saiz S boleh le.

LH,
Oh, tahun 60an Yati pun belum lahir lagi, Dato'. Ntah-ntah dah takde, sebab pembangunan di KL, kan.

Kak Nza,
rindu Kak Nza juga!
Sibuk dan berkejor-kejor juga la, kak. Sebab bnyk benda kena buat, tapi masa singkat.

Kak Shima,
cross stitch kena tunggu customer bagi permission untuk share. Sebab pattern dia, Yati tukang jahit cross stitchnya sahaja.
Baju crochet in the making, sikit lagi nak siap.
Hehhe... sama la kita, kak. Yati sekarang tengah diet sikit, makan nasi 1 kali sehari. Kena kurangkan sikit-sikit. :)

Kak Nisa,
hehhe... betul-betul. Yati pun sama, sebab anak dok rumah kan, lebih banyak melayan dia orang lagi. Tapi sikit progress jadi lah kak, daripada tak jalan langsung. :)

Zila,
Sebab kita ada anak kecik, kan, tu tak sesuai pi tengok wayang. Takpe, tunggu dia orang besor sikit, boleh tinggal kat orang, boleh le pi.
Terima kasih, Zila! :)

Kak Suzie,
hehhe... akak ni mesti ada projek ni. :)

Kak Su,
Tunggu adik tu besor sikit, boleh la kak Su pi. Tak pun, bawa dia sekali, sekarang ada citer happy feet, tak pun puss in boots. :)

Kak Mila,
Anak pompuan takpe. Anak yati dah la semua lelaki, tak leh dok diam pula. Nanti buat scene pula kalau bawa pi tengok wayang. :)

Epid,
wah.. best kan, dok kat Lake Garden tu. Rasa tenang je. :)

Ayza,
Yati Alhamdulillah, sihat. Ayza pekabar?
Hehhe... will do, trying to balance masa online, siapkan order jahit dan kerja rumah.
Hugsss Ayza!

Sahrom,
waalaikumsalam warahmatullah.
ish.. takde la. Aktiviti biasa je.

Marie,
Sweet movie tu, sebab Bella dan Edward kawin! Yati twilight 1 sampai 3 tengok kat tv je. Baru yang breaking dawn ni dapat tengok kat wayang. :)