Yati's current work in progress:

1) Cross stitch 'Bouquet of Roses' for Miss Juliana, Sarawak.
2) Crocheted sling bag for Puan Rafidah Shamsudin.
3) Cross stitch name for Puan Bee.
4) Knitted cardigan.

Tuesday, December 6, 2011

Koleksi benang kait

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Kawan-kawan pekabo hari ni?
Yati Alhamdulillah, sihat.

Best juga cuti sekolah ni, sebab bila anak-anak dok rumah, boleh tolong kita buat kerja rumah. Anak yang besor la kan. Yang kecik tu, cuma pandai sepahkan rumah je. Macam Amirul, hari ni dia tolong sapu dan jadi 'runner'. Kejap-kejap suruh dia amik daun kari kat depan, suruh siram pokok, etc. Sekarang dia tengah kemas bilik dia.

Hari ni nak citer tentang koleksi benang kait. Yati kumpul beli sikit-sikit. Kebanyakannya benang local, brand Nona, Wina, Ondori dan Minlon.

Koleksi benang kait

Cuma baru-baru ni je, ada rezeki lebih sikit, dapat la Yati merasa beli benang dari Turki. Seronoknya! Dalam 5 bulan juga la, nak menabung beli benang import tu. Sangat berbaloi la, bila rasa benang tu, sangat lembut. Yati beli benang cotton, bamboo dan wool, dari kedai benang online Hazeleaf Yarns.

Benang Turki mali..
Turki mali juga...
 Tak lupa juga, masa pergi KL minggu lepas, singgah Daiso di 1 Utama, berikut barang sempat beli.

Benang kait acrylic dan lace
Kain felt
Jarum knit, crochet, knitting loom, cover button, lace.
Suka sangat. Peluk-peluk benang tu, sebab geram. Sebab selama ni cuma meleleh air liur tengok kawan-kawan beli benang import ni. Jeles juga, tapi kita jadikan sebagai perangsang diri sendiri, untuk kumpul duit, beli untuk diri sendiri juga, tanpa guna duit suami. Alhamdulillah. Takde idea lagi nak buat apa dengan benang-benang di atas.

Ok le, nak sambung kerja. Yati ingat nak online selang sehari, untuk siapkan order. 

Hari online - Isnin, Rabu, Jumaat
Hari tak online - Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad

Tapi sebab ada customer dah bayar, tak sedap pula tak check email, nanti lambat respond pula. 

Semoga hari ni hari yang ceria pada kita semua! ^_^

16 comments:

Nanie Khairani said...

Bestnya...

nanie dah lama beli benang2 ni tapi tak terbuat pun lagi... :P

MamaDaniel said...

Yati.. sesungguhnya sangat kenyang menjamu mata tengok semua benang Yati.. :) tumpang seronok..! ni wajib beli almari nih.. hehehe...

Acik Erna said...

Yati..banyaknya benang..dah macam kedai yatie..banyak la projek yati boleh buat lepas ni.

Nurazimah said...

wah banyak nya...banyak projek leh wat pas nih...

Rafidah Ahmad said...

wah seronok seronok tengok koleksi benang..memang best kan kumpul benang...bila luak sket...kita tambah beli lebih agi heheheh

ainaa said...

wah...bestnyer...geram tengok koleksi benang ngan alat jahitan tu...kalau cik ainaa pon mesti peluk2 benang tu..kekeke...

MulutPayau said...

banyaknya benang yati....semoga bertmbh rezeki...

kakyong said...

tahniah yati.. bravo..
banyak betul koleksi benang nya tu... chaiyook teruskan usaha yati..

DiahRothman said...

kDee seronok tengok benang koleksi Yati..... semoga Yati akan lebih ada waktu untuk berkraft...... kDee nak tengok hasilnya juga.....:)

NzA said...

banyaknya koleksi yati.....ttp mmg berbaloi2 buat stokkan....

Aisyah Helga said...

Memang best kan perasaan bila tgk semua yarns tu?? InsyaAllah Yati ada peluang lg utk tambah koleksi benang2 tu :) pasni beli almari plk ye... :p

Suzie said...

Bestnya shopping kat daiso ...lama tak pergi ....bz

Marie said...

bestnya tengok koleksi benang Yati yang macam2 color tu..geram!! Boleh la buat pelbagai projek lepas ni..chaiyokk!! ^_^

sahromnasrudin said...

citer psl benang mmg sy zero la kak huhuuhhhh

Nurulaisycraft said...

banyak benang kak yati.seronok tengok-)))

Yati said...

Nanie Khairani,
Hehe.. kena cari masa kan nak kait ni. Kerja rumah je tak pernah habis. :)

Zila,
Hehhe... Yati cadang nak beli clear plastic container je la Zila. Kalau almari, tambah barang nak angkut. Sebab Yati dok rumah sewa. :)

Kak Erna,
Ye kak, banyak projek dalam kepala ni. :)

Imah,
Ha ah Imah. Nak siapkan satu-satu projek dalam waiting-list. :)

Kak Fidah,
hehe... tu la, rasa addicted pula. Tak leh tengok benang la, rasa nak beli. Bahaya, kan. :)

Ainaa,
hehhe.. sedap peluk benang, kan. Mimpi pun mimpi benang. :)

Kak MP,
Amin... amin... :)

Kakyong,
timasih, kakyong.
Sikit-sikit menabung, kakyong. Kena jimat, untuk hadiah diri sendiri juga. :)

Kak Dee,
Insya-Allah, kak. Apa guna beli benang tapi tak guna, kan. Tengah nak siapkan satu-satu projek dalam waiting-list Yati. :)

Kak Nza,
Ye, kak. Ada pilihan lebih, nak guna warna apa untuk satu-satu projek tu. :)

Kak Aisyah,
Suka, kak. Hehhe.. tambah semangat nak beli benang lagi lepas ni. Nak beli container je, kak. Almari susah nak angkut, sebab dok rumah sewa. :)

Kak Suzie,
pergi la kak. Akak lagi dekat. Yati tu ler pertama kali pergi daiso tu, kak.

Marie,
Thank you, Marie! Insya-Allah, akan gunakan semuanya, untuk beli benang baru pula! Hehhe.. :)

sahrom,
faham, faham. Suami akak pun geleng pala tengok koleksi benang akak ni. Hehhe...

Nurulaisycraft,
Hehhe.. ^_^