Tuesday, December 13, 2011

Kenalkan, cik T...

Dah lama dah menatang ni buat bising malam-malam dalam kotak. Yati ingat kan, cicak mula-mula. Sebab cicak kat rumah ni, agak agresif sikit, dan kurang sopan serta tak tau malu pula tu. 

Sehingga lah satu pagi, bila Yati masuk bilik jahit, nampak menatang ni kat tingkap. Macam dia nak keluar. Tapi tingkap tutup, camana dia nak keluar kan. Dari jauh ingat rama-rama sesat masuk rumah, nampak color coklat je. Bila pergi dekat, nampak la... rupa-rupanya dalam rumah ada tikus! Menatang ni tengok Yati, Yati tengok dia, pastu cabut dia masuk celah kotak. Dalam bilik menjahit pula tu, sungguh bahaya. Kang habis benang saya.

Ish... dah lebih 6 tahun dok rumah ni, tak pernah ada tikus. Dah kena beli perangkap tikus. 
Weekend lepas balik Lumut, jadi sebelum tinggalkan rumah, letak la perangkap tikus yang Abe dah beli lebih awal dalam bilik jahit Yati. Letak umpan ikan kering.

Sampai je kat rumah hari Ahad, berjaya juga menangkap menatang ni.


Comel pula ye. Sebab dia kecik. Anak-anak tengok dan suruh bela lagi. Hish... bukannya hamster, kan. Dah la menatang ni mendatangkan penyakit. 


Lepas dah tangkap, satu masalah pula, camne nak hapuskan dia. Nak buang kat pasor ke, nak buat apa. Bapak Yati suruh katok je. Pastu Encik Abe pun katok la dengan kayu. Katok tu pukul ler. Dah mati dah pun menatang ni. Harap takde la yang lain. 

Kawan-kawan ada tak masalah cik T ni kat rumah?

10 comments:

  1. risau le melor . takut bilik jahit melor ada benda ni . habis stok kain nanti.

    ReplyDelete
  2. rumah saya masalah cicak memang berleluasa.. huhu... x tau nak buat dah.. semut pun sama... dah x tau dah nak buat cemaner..

    ReplyDelete
  3. mak akak masuk dlm air jer, bg dia lemas. nak dipukul kesian plak lambat matinya.

    ReplyDelete
  4. rumah kakyong banyak cicak.. besar2 pulak tu... & skrg ni musim semut merah tu...

    cik T belum pernah jumpa lagi.. tp takut juga kalo tersesat ke..

    ReplyDelete
  5. alahi cik T..umah akak bbrpa bulan lepas ada...2-3 helai jugak baju yg rosak gara2 cik T ni...harap2 dah tak de...

    ReplyDelete
  6. heee...sgt bahaya kalau cik t ada dlm rumah. kencing dia bawa penyakit. Dulu pernah gak masuk sekor. berhari2 mengumpan tak berjaya. finally dapat juga akhirnya. sejak tu takut dah buka tingkap dapur. Rasanya dia datang dari belakang rumah. kat parit2 tu kot

    ReplyDelete
  7. Memang geramkan...cicak rumah akak memang banyak.Husband suka lastik tapi dia pandai kalau husband ada dia tak keluar.Yati cuba cari daun durian belanda.Akak dok cari benih nak tanam tak jumpa lagi.Orang tua kata Cik T takut daun durian belanda.

    ReplyDelete
  8. kak...u r in my list.

    http://cemmomile.blogspot.com/2011/12/05-blog-wanita-pilihan-ku-2011.html

    ReplyDelete
  9. husband akak pun katok jugak, kdg2 letak gam tikus... dulu belakang rumah akak ni kaw hutan,mmg byk binatang liar... tikus ni bahaya jugak sbb mengundang kedatangan ular... alhamdulillah lah skrg dah takde masalah cik T... tapi cicak memang berleluasa dan berbagai2 spesis dah terdapat kat umah ni... huhu

    ReplyDelete
  10. Melor,
    suruh husband tengok-tengok la, Melor. :)

    Zila,
    itu la yek. Nak beli racun, sebab ada budak kecik dalam rumah, bahaya pula.

    Kak Mila,
    ari tu husband Yati ada nak buat camtu. Tapi sebab jumpa kayu besor. Boleh la, sekali hantuk, mati terus.

    Kakyong,
    Semut merah tu, kalau gigit, sakit juga ya. Lagi-lagi kalau budak kena.
    Kena la tengok-tengok kan. Yati ni pun, ni la baru first time encounter with cik T. Terkejut juga.

    Kak Ina MP,
    baju? Aiyo... susah la ini macam. Yati takde pula dia makan baju, cuma dia masuk dalam tong sampah kat dapur.

    Epid,
    Aku pun rasa sama juga. Bahaya, kan. Sebab dulu ada orang mati sebab kena penyakit kencing tikus ni.

    Kak Suzie,
    haha... cerdik juga cicak rumah akak tu ya.
    Oh ye ke? Nanti balik rumah mak nak amik sikit. Timasih bagi petua tu ya, kak.

    Ina Cemmomile,
    senarai apa tu... nanti akak jenguk ya. :)

    Kak Nisa,
    huiyo... susah jugak kalau belakang rumah hutan ya. Nasib baik dah takde dah ya.
    Cicak boring juga kan. Sebab dia suka berak di tempat tak sesuai.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea