Friday, November 18, 2011

Timeout

Assalamualaikum...

Semalam husband ajak dinner awal di luar. Alhamdulillah...

 Lepas makan, lepak tepi laut. Bukan laut sebenarnya. Tapi ini la laut terdekat bagi kami. Nak pergi Lumut tu, jauh sikit.


Anak-anak main frisbee. Percaya tak, frisbee tu Yati punya, sejak sekolah rendah. Beli kat A&W. Dari zaman Yati main sampai la sekarang, anak pulak main.



Yati tak jogging. Lagi pun, tak elok kan, lepas makan terus bersenam. Alasan, hehhe...
Tengok orang je. Sambil tengok pemandangan.


Penat juga la budak-budak ni, sampai berpeluh.


Ada rainbow pula, tapi tak berapa nak nampak. Hari mendung, nak hujan. Dah turun pun hujan, sikit. Tapi matahari masih ada.

Malam pula, masih timeout dari online. Nak kait la. Akhirnya, bahagian belakang bolero sudah siap.


Pattern bolero ni ada 3 pieces. Lepas ni, nak siapkan bahagian depan, kiri dan kanan. Lepas tu, cantum dan kait edging pula. 

Sambil kait tu, sambil bayangkan Yati pakai bolero ni. Hehhe... harap cukup la benang. Sebab benang 1 roll color ni Yati dah habiskan test 2 pattern tapi tak jadi. 

Selamat berhujung minggu! Tahniah pada anak-anak yang dapat result cemerlang UPSR semalam. ^_^

14 comments:

  1. yatie sesekali makan diiuar lepas tu dok tepi laut menikmati pemandangan memang bestkan

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    "LAUT" KAT MANA NI ? CANTIK TEMPAT TU.

    ReplyDelete
  3. wah! turun temurun frisbee tu yer, nti simpan bg cucu main plk...hehe

    ReplyDelete
  4. Yati.. sangat pantas.. entah2 next week dah boleh posing dgn bolero tu.. :)

    anak3 yati mesti seronok main kat situ.. tempat tu nampak tenang jer.. :) itu tasik ke?

    ReplyDelete
  5. wah..sy rasa nak jogging je tengok pemandangan tu (saja nak bg semangat jogging kat yati) hehe. bertahannya mainan yati tu! lagi satu, dah siap bolero tunjuk tau :D

    ReplyDelete
  6. wahhh turun temurun punya frisbee :)

    cepatnya yati kait ..tak sabar nak tengok bila yati pakai nanti...akak tak start2 pun crochet along...mcm gagal jek heheheh

    ReplyDelete
  7. bestnya santai2 tepi pantai...lama dh xpergi pantai...

    ReplyDelete
  8. best nyer k'yati....wahh dah hampir siap dah pojek k'yati tu...;d

    ReplyDelete
  9. seronoknya lihat anak2 Yati main...tempat yg luas dan lapang...pemandangannya pun mmng cantik...

    ReplyDelete
  10. Kak Erna,
    Best kak. Dapat tenang fikiran jap. :)

    Luahfikiran,
    Tasik UTP, Tronoh. :)

    Hajar,
    hehhe... kita budak pompuan main cermat. Anak-anak Yati ni laki, main ganas. Kalau masuk longkang dalam, tak amik dah. Beli baru je. Hehhe..

    Zila,
    hehhe... kena hold dulu la, Zila. Ada order cross stitch masuk. :)
    Ye, tasik (bekas lombong).

    Sahrom,
    Tasik, tapi macam laut juga, sebab angin sepoi-sepoi bahasa, sebijik macam tepi laut. :D

    Eis,
    hehhe... thanks Eis.
    Kita orang pompuan kan main cermat, tu tahan tu, tak de la macam budak laki. Hehhe...
    Insya-Allah, dah siap Yati akan tunjuk, tapi mungkin lambat sikit.

    Kak Fida,
    Hehhe... selagi boleh pakai dan tak rosak, boleh je. :)
    Jom ler kita buat projek ni sama-sama. Lambat lagi tarikh due ni, ada masa lagi ni, kak. :)

    Kak Nza,
    hehhe... bukan pantai ni, kak, tasik. Tapi Yati panggil laut juga, sebab sebiji macam dok tepi laut.

    Yana,
    Hampir siap, tapi nampaknya kena hold dulu, sebab ada order masuk.

    MP,
    memang sini cantik. Satu-satunya tempat lepak dan rekreasi satu keluarga dekat dengan rumah Yati.

    ReplyDelete
  11. kakyong dah lama x kuor jln2 ke taman besar.. huhhh.. bosan dok rumah.. tp suami tiap petang g mancing..

    ReplyDelete
  12. Kakyong,
    ye ke.. sian kakyong dan anak-anak. Bukannya belanja besor pun, hirup udara segar kat luor je, boleh release tension sikit, hari-hari dok rumah. Pujuk cik abang bawak. :)

    The Sun Daily,
    macam nama suratkhabar pula awak ni. Terima kasih. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea