Saturday, November 19, 2011

Cerita hari Sabtu

Assalamualaikum...

saya ada kait sikit hari ni. Sambung projek bolero, crochet-a-long project dengan group Yarn Lovers Malaysia. Hehhe... ayat lengkap.


Entri sebelum ni, saya dah siapkan bahagian belakang. Sekarang saya tengah buat bahagian depan, kiri. Tak siap lagi dalam gambar di atas, ada 2-3 rows lagi.

Kawan-kawan boring ke saya dok citer pasal projek ni? Sebab ni pakaian pertama yang Yati kait. Jadi, nak share tu, bukan sebab nak eksyen, lebih pada sebab sebagai perangsang pada diri sendiri. Lebih kurang macam kalau saya boleh siapkan ni, lepas ni saya boleh kait apa saje, kalau saya nak. 

Crochet dan knitting ni, kepuasannya memang lain. Mungkin sebab dia dari benang, jadi benda. Kalau cross stitch tu, kita designkan fabric tu, kain dah ada. Jadi, memang suka la bila kita dah berjaya kait satu-satu benda tu. Walau pun benda kita kait tu, kecik je. Tak caya, cuba try. ^_^

Pada petang pula, waktu perlawanan bola sepak antara negara kita dan Myanmar, Yati sekeluarga ke mamak. Ada appoinment dengan customer. Alhamdulillah, Yati ada order cross stitch nak kena siapkan ni. Jadi...

  1. Blog ni mungkin tak kan ber-update sampai la Yati siap order cross stitch. Macam biasa la ye, kawan-kawan yang dah lama singgah rumah Yati ni, mesti tahu, bila ada order cross stitch je, maka terpaksa lah Yati menyepikan diri dari dunia online ni sat.
  2.  Projek bolero terpaksa diketepikan dahulu. Nasib tarikh akhir hujung bulan depan. Harap dapat siapkan.


Tengok bola kat mamak ni, macam tengok kat stadium juga ya. Bila hampir masuk gol ke, bila gol ke, bukan main la sorak dan tepuk tangan.

Tu je la citer hari Sabtu. Esok nak kumpul material untuk projek cross stitch. Nak start enjin cross stitch ni. 

Selamat ya!

20 comments:

  1. tak sabar2 nak tgk bolero tu bila dah siap

    ReplyDelete
  2. gigih yati mengait nih... gud luck yati..

    wah ade projek cross-stitch lagi.. tahniah.. rezeki mahsyuk..

    ReplyDelete
  3. akak pun tak sabar nak tgk bolero tu siap...nak tgk yati pakai...

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    KERJA STICHING NI PERLUKAN KETELITIAN DAN KESABARAN. TERUSKAN KAK YATI

    ReplyDelete
  5. utamakan yg penting dulu yati..brblog bila semua dh settle ok....

    ReplyDelete
  6. Nanti dah siap update tau, Yaticim! Suka baca blog ni, banyak dapat inspirasi :D Thanks for sharing with us, Yati!

    ReplyDelete
  7. Wah! dah nampak bentuk dia dah, Yati! Mesti cantik pas siap tu :) Tk de boring nyer lah, Yati. Suke tgk perkembangan projek Yati tu :) Selamat siapkan projek2 tu!

    ReplyDelete
  8. tak boring ah, suka tgk kerajinan akak nie...cayalah kak teruskan usaha..

    ReplyDelete
  9. rajin k'yati....;d....nak tgk bila siap nanti...

    ReplyDelete
  10. baguslah yati.. bila dapat order mmg betul2 concentrate.. customer pon takdelah tertunggu2 bila nak siap n yati pon takdelah nak kena bg mcm2 alasan ngapa siap lambat kan.. keep it up yati..

    ReplyDelete
  11. rajinnya yati!..rajin dan gigih betul..

    ReplyDelete
  12. sy tak boring tgk hasil kerja akak kt blog nie....sy nakmapk setiap keunikan itu ada di citu..teruskan ya, kak

    ReplyDelete
  13. teruskan put...ramai yg sokong :p

    ReplyDelete
  14. Yati pun tengok bola jugak ke? Akak tengok kat umah je, tapi tengok sambil2 cs... :) Selamat menyiapkan order customer dan projek knit tu, tak sabar tunggu hasilnya ...

    ReplyDelete
  15. minat gak tgk bola ye...ct selalunya ambil tahu keputusannya aje....

    ReplyDelete
  16. Yati.. memang betul kata Yati..tentang crochet & knitting.. kita mesti kagum.. sbb tak sangka kita boleh kait sampai jadi bentuk yang sepatutnya.. kan..kan..kan...padahal baca perkataan jer.. hehehe... (bab saya la ni sbb tak pandai2 lagi baca diagram.. hahahha)

    ReplyDelete
  17. alamak rajinnye akk sorang ni ... jeles dgn kerajinan dan kepandaianmu mengait ;)

    ReplyDelete
  18. sure cantik bolero tu bila dah siap nanti :-)

    ReplyDelete
  19. istri saya pon minat bab2 mejahit nie...

    ReplyDelete
  20. Kak Su,
    Tak siap la buat masa sekarang, kak. Tengah diusahakan lagi. :)

    Kakyong,
    Terima kasih, kakyong.
    Alhamdulillah, kena kumpula duit pula lepas ni. Banyak dah abis masa pi KL minggu ni. Untuk anak-anak nak naik sekolah pula lepas ni. :)

    MP,
    belum habis cantum, tapi Yati dah cuba pakai. Tak muat la, kak MP. :(

    LF,
    Terima kasih, Dato'. Bertambah semangat Yati untuk teruskan projek kait ni. :)

    Kak Nza,
    buat masa sekarang semua dah settle. Tapi nanti mungkin busy balik. :)

    Ayza,
    terharu Yati, tau. Hugss Ayza! :)

    Kak Aisyah,
    tak muat la kak. Huuu... sedih. Yati tak faham apa makna nombor kat tepi pattern tu. Rupanya bila Sindar cakap, baru tahu, dia ada cakap berapa cm. Yati cuma ikut berapa row dalam pattern tu. Lagi satu, patutnya guna hook lebih besor la kot. :(

    Puan Zai,
    Terima kasih. Tambah semangat Yati nak teruskan projek ni. :)

    Yana,
    nanti dah siap, kak Yati mesti share punya. :)

    Kak Mila,
    Thanks, kak Mila. Sebab cross stitch kan, kena amik masa lama, plus Yati takleh terima byk order dalam satu masa. Sekrang dah settle baru boleh ber-blog. Tu pun minggu depan, menyusul projek baru dari customer yang sama. :)

    Marie,
    kembang kuncup hidung Yati ni baca komen Marie. Auw!

    Sahrom,
    Terima kasih, sahrom. Terharu akak, tau. :)

    Epid,
    Thanks ya, Epid. Suka! :D

    Kak Nisa,
    tak la, kebetulan buat temujanji kat mamak. Lupa pula masa tu ada bola. Crowded la mamak tu.
    Kak Nisa ni memang terer, Yati cs tak leh depan tv, kena concentrate sorang dalam bilik, kang salah count.

    Ct,
    tak minat pun. Tapi sebab ramai kat mamak tu, kita pun turut teruja, sokong pasukan negara. :)

    Zila,
    hehhe... kalau Zila dah tahu baca diagram, mesti Zila rasa, lebih senang dari instruction ayat. :)

    Ummi Hanie,
    tak payah jeles la. Hanie pun boleh buat juga, kalau ada minat. :)

    Kak Sal,
    Hopefully, kak. :)

    The Sun Daily,
    ye ke.. share la hasil kerja isteri Encik the Sun kat blog. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea