Saturday, November 19, 2011

Cerita hari Sabtu

Assalamualaikum...

saya ada kait sikit hari ni. Sambung projek bolero, crochet-a-long project dengan group Yarn Lovers Malaysia. Hehhe... ayat lengkap.


Entri sebelum ni, saya dah siapkan bahagian belakang. Sekarang saya tengah buat bahagian depan, kiri. Tak siap lagi dalam gambar di atas, ada 2-3 rows lagi.

Kawan-kawan boring ke saya dok citer pasal projek ni? Sebab ni pakaian pertama yang Yati kait. Jadi, nak share tu, bukan sebab nak eksyen, lebih pada sebab sebagai perangsang pada diri sendiri. Lebih kurang macam kalau saya boleh siapkan ni, lepas ni saya boleh kait apa saje, kalau saya nak. 

Crochet dan knitting ni, kepuasannya memang lain. Mungkin sebab dia dari benang, jadi benda. Kalau cross stitch tu, kita designkan fabric tu, kain dah ada. Jadi, memang suka la bila kita dah berjaya kait satu-satu benda tu. Walau pun benda kita kait tu, kecik je. Tak caya, cuba try. ^_^

Pada petang pula, waktu perlawanan bola sepak antara negara kita dan Myanmar, Yati sekeluarga ke mamak. Ada appoinment dengan customer. Alhamdulillah, Yati ada order cross stitch nak kena siapkan ni. Jadi...

  1. Blog ni mungkin tak kan ber-update sampai la Yati siap order cross stitch. Macam biasa la ye, kawan-kawan yang dah lama singgah rumah Yati ni, mesti tahu, bila ada order cross stitch je, maka terpaksa lah Yati menyepikan diri dari dunia online ni sat.
  2.  Projek bolero terpaksa diketepikan dahulu. Nasib tarikh akhir hujung bulan depan. Harap dapat siapkan.


Tengok bola kat mamak ni, macam tengok kat stadium juga ya. Bila hampir masuk gol ke, bila gol ke, bukan main la sorak dan tepuk tangan.

Tu je la citer hari Sabtu. Esok nak kumpul material untuk projek cross stitch. Nak start enjin cross stitch ni. 

Selamat ya!

Friday, November 18, 2011

Timeout

Assalamualaikum...

Semalam husband ajak dinner awal di luar. Alhamdulillah...

 Lepas makan, lepak tepi laut. Bukan laut sebenarnya. Tapi ini la laut terdekat bagi kami. Nak pergi Lumut tu, jauh sikit.


Anak-anak main frisbee. Percaya tak, frisbee tu Yati punya, sejak sekolah rendah. Beli kat A&W. Dari zaman Yati main sampai la sekarang, anak pulak main.



Yati tak jogging. Lagi pun, tak elok kan, lepas makan terus bersenam. Alasan, hehhe...
Tengok orang je. Sambil tengok pemandangan.


Penat juga la budak-budak ni, sampai berpeluh.


Ada rainbow pula, tapi tak berapa nak nampak. Hari mendung, nak hujan. Dah turun pun hujan, sikit. Tapi matahari masih ada.

Malam pula, masih timeout dari online. Nak kait la. Akhirnya, bahagian belakang bolero sudah siap.


Pattern bolero ni ada 3 pieces. Lepas ni, nak siapkan bahagian depan, kiri dan kanan. Lepas tu, cantum dan kait edging pula. 

Sambil kait tu, sambil bayangkan Yati pakai bolero ni. Hehhe... harap cukup la benang. Sebab benang 1 roll color ni Yati dah habiskan test 2 pattern tapi tak jadi. 

Selamat berhujung minggu! Tahniah pada anak-anak yang dapat result cemerlang UPSR semalam. ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Projek sekarang...

Assalamualaikum...

nak tengok tak hasil kait Yati terkini...


Tengok kat sini dah jadi macam rupa alas meja atau alas tv, kan. Tu sebenarnya bahagian belakang projek crochet-a-long group YLM. Kait bolero (small jacket).

Nampak macam besar. Tapi bila test letak belakang, muat-muat. Ye la, ye la, saya ni gemuk sikit. Tapi kena tunggu siap la, baru tahu muat ke tak. Kalau tak muat, masuk kedai la. ^_^

Ni pattern ketiga Yati cuba. Yang mula-mula dulu Yati tunjuk, tak jadi, buat pattern lain. Tapi yang ni kira jadi la rasanya, Insya-Allah, sebab Yati tak pernah kait apa-apa sampai jadi sebesar camni. Excited juga, nak bagi siap. Tapi lambat benor progressnya, macam siput.

Kena kurangkan masa online supaya dapat siap lebih. Tapi boleh ke... bila lambat online je, dah rasa lain macam. Hehehe... 

Ok ler... jumpa lagi..

Monday, November 14, 2011

Aktiviti kami

Assalamualaikum...

lepas dah pulang buku teks sekolah, sekarang dah takde homework, ni la kerja budak-budak kat rumah ni...


Sulaiman pun dah boleh main dah game tembak-tembak ni. Dia tengok Amirul dan Hafizan main. Yati jangankan main, tengok sekejap je pun dah rasa pening.

Nanti kesian kat Sulaiman. Opah nak bawa pi KL lagi abang-abang ni, tinggal lah Sulaiman sorang dengan mama lagi. Seperti biasa, time cuti sekolah.

Tu aktiviti anak, ni aktiviti Yati pula...


Pinjam buku kakak. Buku ni recommended baca oleh Oprah. Kalau boleh sekarang ni, nak penuhkan masa dengan aktiviti je. Yati dah start bawa jarum crochet dalam handbag, supaya boleh kait bila tunggu husband isi minyak ke, beli barang ke. Selain crochet, nak baca juga. Sebab dah laaaaaaama sangat tak membaca buku-buku camni.

Bila masa dipenuhi, otak kita takde masa nak fikir benda yang bukan-bukan. Lebih baik mem-busy-kan diri. 

Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam pada anda semua. ^_^

Sunday, November 13, 2011

Felt keychain - Owl

Assalamualaikum...

dah lama Yati tak buat felt keychain ni. Jadi, burung-burung hantu ni semua sebagai ready-stock kedai Yati.


Last sekali, posing semua, sebelum masuk kotak ready stock.


Keychain owl ni berukuran 6 cm X 6.5 cm, tidak termasuk panjang keychain ring.
Setiap satu berharga RM5, tidak termasuk kos pos.


Projek seterusnya, saya nak siapkan crochet-a-long projek ni. Tak siap-siap lagi dari hari tu. 

Selamat, semua! ^_^

Thursday, November 10, 2011

Outing...

Assalamualaikum...

petang Isnin lepas, cuaca baik, jadi kami pi jogging. Yati je yang jogging. Anak-anak main kat playground. Kalau lah dapat buat tiap-tiap hari. Tapi ada hari, hujan waktu petang. Dan ada hari juga, malas nak jogging.


Weeeeee.... lepas pusing-pusing, turun pening..


Amirul ni, dah besor pun nak main kuda.


Budak berdua ni kan... tak nak tukar baju angry bird yang aunty dia orang baru bagi. Lepas mandi dia orang nak pakai balik. Tapi sekarang dah basuh dah, mana boleh pakai baju sama hari-hari, masam!


Sulaiman ni memang berani. Kita yang takut dia tertonggeng.


Mama jogging 3 round je, itu pun bukan round tasik yang besor tu. Round bulatan yang kecil je, letih ler, hehe... Pastu jalan-jalan tengok dalam tasik ada ikan tak. Sambil tengok sunset.


Kat mana ni? Kat UTP la.

Orait. See you later.. ^_^

Wednesday, November 09, 2011

Le' cucur the ikan bilis

Assalamualaikum...

Pada suatu petang, hujan turun renyai-renyai. Yati dalam mood rajin dan lapar. Tanpa membuang masa, Yati ke dapur, membancuh adunan membuat cucur ikan bilis.

Tatkala sedang mengambil mangkuk adunan, teringat resepi cucur nasi ber-ikan bilis oleh Kak Anim, di mana Kak Anim telah memasukkan kentang ke dalam cucurnya. Boleh la cuba guna kentang.

Yati tak blend kentang, cuma potong dadu kecil-kecil. Tepung pula Yati campur tepung gandum dengan self raising flour. Ikan bilis dan bawang Yati tumbuk.


Hidang dengan satu jag kopi O (sakit pala hilang je, pekena kopi balik, hehhe), cuaca pula sejuk je. Pastu terus tak dinner, kenyang makan cucuq! ^_^

Tuesday, November 08, 2011

Hairclips

Assalamualaikum...

Salam AidilAdha. Hari tu tak sempat Yati nak update blog, sudah balik rumah mak di Lumut. Ni pun ada bawa balik daging korban sikit, sebab mak tak boleh makan daging.

Yati ada buat haiclips. Sebahagian dari gambar adalah untuk order customer. Yang bakinya, masuk ready stock kedai.

Hairclips dengan bunga felt.
Hairclips dengan bunga crochet

Hairclips dengan two-layered felt flower.
Kalau ada yang perasan, ada hairclips di atas sama design dengan yang Yati pernah buat sebelum ni. Sebab customer dah berkenan color tu, jadi Yati buat semula. ^_^

Hari ni hari Selasa tau. Yati rasa macam hari Isnin je.

Thursday, November 03, 2011

cerita terkini...

Assalamualaikum...

alamak... sori ler... Yati menyepikan diri dari blog ni. Ada hari Yati tak online siapkan order, ada hari Yati online tapi tak sempat jenguk blog, sebab cuaca tak mengizinkan, langit nak runtuh, takut kilat wei.... ada hari Yati selsema, tak dapat stay-up untuk online, sebab ngantuk giler...

Ha.... ok... hari tu Yati terbeli ni...


Jarum crochet. Tulip.


Saiz 3/0 dan 4/0. Baru tau rupanya, dia ada 2 hook ya. Yati biasa guna dari bamboo, ada satu hook je la. Hehhe... jakun betul. Pastu try la. Crochet bunga. Mak ai.... benang asyik terlepas je. Kena praktis nanti dah biasa, dia ok la agaknya kan. Murah pula tu, RM1.90 je. Ni ke yang orang kata, boleh berkarat tu... ntah, tapi boleh le, nak try.

Hari tu ramai suka gambar sunset Yati amik tu ya. Meh Yati share lagi gambar sunset. Tapi ni amik dari dalam kereta, jadi kurang sikit kot.


Yati sejak dok di perantauan dulu (perantau sangat la konon... kita kat pahang, parents kat selangor waktu tu) bila time petang-petang camni selalu rasa sayu ler. Tapi sayu yang mendamaikan, ada kalanya menginsafkan juga. Sebab tengok sunset tu cepat je kan... matahari tu turun...


Kalau cuaca tak panas waktu petang, boleh spend berjam tengok awan je, baring atas rumput. Macam jiwang je kan.. hehhe..


Hidup kita sesingkat sunset. Bila-bila masa akan kembali kepadaNya... 

Sekian...

Tuesday, November 01, 2011

Suatu petang...

... kami pergi mancing. Tempat biasa. Bila petang dan cuaca baik, dapat lah tengok pemandangan semulajadi yang menenangkan di sini. Selalu tak pernah perasan pun. Sibuk tengok ikan je. Meh kita tengok gambar.


Rasa damai tengok sunset. 


Sulaiman dapat ikan lah! Tapi ikan kecik je, macam tuan yang pancing juga.


Jauh di sana, bukit nan hijau. Air yang tenang (jangan disangka tiada buaya).


Anak-anak yang riang.


Burung-burung terbang ke sarang.


Di saat mentari melabuhkan tirainya...


Kami pun pulang ke rumah. Tapi sebelum tu, lepaskan semula hasil tangkapan petang tu ke dalam kolam. Saje, mancing seronok-seronok je. Kalau ikan besar, boleh la bawa balik. 

Jumpa lagi... ^_^