Thursday, October 06, 2011

Tetamu...

Assalamualaikum...

Semalam Hafizan balik sekolah, senyum sampai ke telinga. Dia dapat hadiah rupanya. Dapat nombor 2 dalam kelas.


Tak sempat salin baju sekolah, tak sabor nak buka hadiah cikgu bagi.


Hafizan dapat pencil case, satu set. Dalam tu ada pensel, pemadam, semua la. Bukan main suka lagi dia..

Kat belakang rumah Yati, ada tetamu datang sejak 2-3 hari ni..


Pokok mempelam dah tumbuh besar, rimbun. Belakang rumah jadi teduh. Dah jadi tempat lepak kucing anak beranak ni. Ada sekor ibu kucing dan 2 ekor anak. ^_^

16 comments:

  1. pokok mempelam dah berbuah ke belum? :))

    ReplyDelete
  2. bseri2 muka hafizan dpt hadiah yer..tahniah!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Hafizan.. cepat btol Pasti dia dah exam ek.. Anak saya nxt week baru nak exam..

    wah... meow..meow.. lepak boleh..membuang jangan okeh! hehe..

    ReplyDelete
  4. Tahniah hafizan..dapat hadiah..dan tempat kedua dalam kelas

    ReplyDelete
  5. angry birds di mana shj hehe..

    tahniah hafizan.... :)

    ReplyDelete
  6. moga hadiah itu menjadi pendorong untuk dia berusaha dengan lebih gigih..tahniah hafizan and mama dia jugak :-)

    ReplyDelete
  7. tahniah boboy...hehehe...
    gambar kucing : mak kucing begitu prihatin tgk anak2 dia...

    ReplyDelete
  8. gud boy...Tahniah....

    kt blakang rumah akak pn ada 2 ekor anak kucing br lahir.....

    ReplyDelete
  9. wah...dapat angry birds...Tahniah utk Hafizan..Kat rumah Mp pun ada tetmu tak diundang ni..ibu ngan 3 anak...

    p/s..suami Mp demam..disyaki denggi..nasib baik tak..

    ReplyDelete
  10. Yati ...ada kucing,tak berak ke ?akak ada gak angry bird tapi kain ,nak buat skirt mandi

    ReplyDelete
  11. tahniah buat hafizan.. pensel case angry bird lagi tu.. ;)

    baik ke kucing2 ni yati.. kakyong ni bbrp minggu ni kucing org dok masuk rumah & kencing dlm rumah... hangin betui.. tu belum part dia 'membuang' dlm pasu bunga.. hampeh betui...

    ReplyDelete
  12. pandainye HafiZan ... dpt no.2 ... ;)

    budak2 dpt bekas pensel pun seronok kan..nak2 kartun angry bird yg tgh hot masa kini ;) tahniah Hafizan


    umah kami pun selalu dikunjungi kucing

    ReplyDelete
  13. h4ni3,
    Dah berbuah dah. Harum manis. Tapi skrang baru putik bunga. :)

    LF,
    Terima kasih singgah sini.

    Hajar,
    Hehhe... memang dia suka. Dapat pula barang angry bird. :)

    Zila,
    Good luck untuk anak Zila, periksa next week! :)
    So far, kucing anak beranak tu tak membuang lagi di sini. Pandai, boleh lepak lama-lama. Hehhe..

    Kak Erna,
    Timasih, kak. :)

    Ziraziz,
    Itu la. Sekarang ni, merata-rata orang jual angry birds. :)

    Kak Sal,
    Insya-Allah, kak.

    Sue,
    Terima kasih.
    Itu la dia. Suka pula tengok gelagat kucing ni.

    Kak Nza,
    timasih.
    wah.. best la, boleh main dengan anak kucing. :)

    MP,
    Terima kasih.
    Itu la dia. Ntah mana datang kucing-kucing ni.
    Ooo IC.. Alhamdulillah, syukur tak apa-apa suami MP.

    Kak Suzie,
    Tak berak kak, setakat ni. Dia tumpang lepak je.
    Skirt mandi, mesti comel! :)

    Kakyong,
    Timasih.
    Setakat ni ok lagi, kakyong. Dia datang lepak je petang-petang. Pagi kucing tu takde.
    Kalau Yati pun sakit hati juga kalau kucing orang masuk rumah kita, buang pula dalam rumah. Terpaksa la tutup tingkap camtu.

    Ummi Hanie,
    Alhamdulillah, Hafizan ni rajin baca buku sikit.
    Itu la dia, ntah budak-budak skrang suka dengan angry birds ni.

    ReplyDelete
  14. tahniah...be god boy ya.....;d

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea