Monday, October 17, 2011

Tengok orang fishing

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas, cuaca baik. Lepas breakfast, husband Yati nak beli suratkhabor, round UTP, dan nampak la ada pertandingan memancing sempena Pesta Konvo.


Nampak tak jauh di hujung sana, ada banyak khemah? Rasanya ada jualan la kot. Husband kata, malam ada buat forum. Tapi kami tak singgah.

Ramai juga yang masuk pertandingan mancing ni. Yati lepak bawah pokok, tengok orang. Ramai yang dapat ikan, dan bila dapat, dia orang tanya urusetia yang ada di situ, ada ikan yang lebih besar ke. Kalau ada, dia orang lepaskan balik ikan kecil masuk kolam.


Sempat tengok ada sorang brother ni, tangkap ikan yang besor. Rasanya, dia kot yang menang. Kami tak tunggu sampai habis. 


Tengok la si kenit tu. Dia pun nak fishing juga. 

Kita orang tak join pertandingan mancing ni. Ada nampak kain rentang dia dari hari tu. Segan la, batang pancing pun tak proper. Banding orang lain punya, canggih canggih. Tapi lepas tengok orang mancing ni, gian la pulak. Petang sabtu kita orang pergi la cari tempat hilang rindu mancing. Yati dan husband tak dapat ikan. Amirul dapat tau! Tapi kami lepas balik sebab ikan sekor je, dan kecil pula.

Selamat hari Isnin pada semua! Ceria-ceria selalu! ^_^

13 comments:

  1. berdekatan ngan taman perumahan akak, ada tasik. kat situ mmg slalu ada pertandingan memancing, kami slalunya tgk aje jarang join, tp tok ayah mmg suka memancing, tiap hujung minggu tu ajelah keja dia

    ReplyDelete
  2. Amirul pun dah pandai memancing? cayalah! seronok ek satu keluarga ada minat yang sama.. :)

    ReplyDelete
  3. cayalah Amirul.. pasni boleh request batang pancing canggih2 skit hahaha.. dulu2 masa akak kecik2 selalu g mengail kat sungai pahang. either malam or awal pagi.. dapat ikan banyak2 buat pekasam.. aiyoo sedapnya pekasam kan. atau pun salaikan ikah tuh ngan dapur kayu, then wat goreng kicap.. aduhaiii sedapnya. bila ntah boleh merasa lagi

    ReplyDelete
  4. uish... dulu kecik2 selalu mengail ikan puyu dalam bendang...kalau time tuai padi .. boleh tangkap ikan dalam lopak2 air kat bendang... mcm mila gak ; buat pekasam!!! sedap !! dal lama tak mkan... rindu nya !!

    ReplyDelete
  5. Cayalah Amirul! hbs la Yati & suami pun kalah la camni...hehe

    ReplyDelete
  6. waaa, 1 family kaki pancing...

    nmpknya skill amirul dh makin hebat ni...klh mak n ayahnya...

    ReplyDelete
  7. wow, Amirul.. cayalah...

    kiranya anak beranak minat mancing nih..

    ReplyDelete
  8. amirul ikut hobi abahnya kot.....

    ReplyDelete
  9. wahhh...Amirul pun dah pndai mmncing yer....

    ReplyDelete
  10. yatie..ingatkan yatie dan suami sam2 masuk pertandingan tu..

    ReplyDelete
  11. Kak Su,
    hehhe.. seronok, kak, mancing ni. Lagi-lagi bila dapat ikan. Kalau kak Su try sekali, mesti nak lagi. :)

    Zila,
    ha ah. Dah jangkit kat Amirul. Sebelum ni dia setakat tolong pegang pancing. Tapi skrang dia ada batang pancing sendiri. :)

    Kak Mila,
    hahaha... tunggu bapaknya dapat gaji. :)
    Yati pun suka ikan pekasam. Kalau takde selera makan nasi, itu la ubatnya. Nyum...

    Kak SCLover,
    Yati pun sama juga macam akak dulu. Kat bendang juga. Tu sampai ke tua suka mancing tu. :)

    Hajar,
    hehhe... ntah, kita orang dok tunggu-tunggu, Amirul yang dapat ikan dulu. Rezeki dia... hehhe..

    Ziraziz,
    hehhe.. kita orang kasi can je tu. Sesekali bagi anak menang. Hehhe.. (iyo la tu..)

    Kakyong,
    ha ah kak, peberet pastime satu family. samping menikmati keindahan alam. Chewah... :)

    Kak Nza,
    ye la, dah jangkit kat dia, suka mancing. :)

    MP,
    dia tau pegang je. Pasang umpan, kita juga yang kena, Amirul geli pegang cengkerik.

    Kak Erna,
    Tak masuk la kak. Segan, orang lain semua pro. Kita tengok je. :)

    ReplyDelete
  12. best nyer..tapi sy tak penah memancing lagi...;d

    ReplyDelete
  13. Run Away,
    kalau sekali cuba, boleh addicted bila dapat ikan. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea