Monday, October 31, 2011

Operasi anai-anai

Assalamualaikum...

Semalam, abe ku sudah selamat menjalankan operasi anai-anai ni. Cian dia, sampai ke petang buat kerja. Berikut kemusnahan yang anai-anai dah buat dalam bilik tidor depan.


Menatang ni dah buat sarang kat almari Yati. Tu... bucu almari, bahagian bawah. Sudah pun dikorek rumahnya, dibakar, disapu minyak. Dia melekat sampai ke dinding sarang dia ni, sebab almari ni rapat ke dinding.


Gambar di atas menunjukkan bahagian atas almari. Nasib baik depa ni dok kat luor je, belum masuk dalam almari lagi. Atas almari, Yati letak kotak. Dalam kotak tu, ada tudung-tudung zaman kerja Yati, baju kurung masa kerja juga, yang Yati tak pakai dah sekarang. Kebanyakan tudung dan baju kurung tu, dah berlubang, macam jala, dikerjakan oleh anai-anai ni. 

Sampai ke petang abe ku memberus tanah anai-anai ni dari pakaian dalam kotak, melihat mana yang boleh diselamatkan, mana yang terpaksa dibuang.

Hari ni, tiada lagi bunyi anai-anai. Kalau Yati sapu bilik, sebelum ni, boleh dengar bunyi anai-anai ni. Harap sudah mati semuanya. Terima kasih pada kawan-kawan yang ada bagi tips. Kami sembur dengan semua, sembur lipas, sapu minyak (minyak gas takde, guna minyak pelincir motor) tempat-tempat sarang depa ni. 

Fuh... lega...

16 comments:

  1. sedap juga anai-anai tu menjamu selera dgn tudung & baju2 yati yer... ish ish..

    lepas ni tiap2 bulan kena check yati.. mcm kat rumah kakyong nih... bulan apa, anai2 ni senyap2 jer buat projek..

    ReplyDelete
  2. sy tunggu nak pindah sebulan dua ni...baru nk buang semua yg dmakan anai2...terlalu banyak...huhuu

    ReplyDelete
  3. rumah tok ayah pun dah mula ada anai2, penuh kat syiling, baru terperasan bila lampu kalimantang yg melekat kat syiling tu jatuh. rupanya kayu dah dimkn anai2, lagi bahaya tu

    ReplyDelete
  4. Yati.. saya dapat bayangkan bunyi anai-anai itu.. huhuhu.. semoga mereka takkan kembali lagi... Mesti letih mengemas semua ni kan...

    ReplyDelete
  5. rumah sy ritu atap runtuh sudah sebab binatang ni..ganti siling sebab anai2 tu makan kayu yg kat siling tu..bahaye tul

    ReplyDelete
  6. binatang ni mmg pemusnah dlm senyap..apapn semoga semuanya ok...

    ReplyDelete
  7. bahaya kalau ada anai2 ni kan yati...

    semua barang boleh hancur...huhu

    ReplyDelete
  8. Mak ai...aduh bab kemas rumah tu yang lemah...tak sanggup.Akak pun ubat anai2 dah expired...kena renew ni ...

    ReplyDelete
  9. Sayangnyer almari tu dikerjakan cik anai2, pasni Yati kn sllu pantau la, takut anai2 tu kembali..

    ReplyDelete
  10. dahsyat jugak damage yang dibuat oleh anai2 tu ye... aduh!! tak sanggup nak ngemas tuh...huhu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah yatie..lega..harap2 tak datang lagi dia nanti..

    ReplyDelete
  12. anai2 kalau masuk lam almari baju abis.....

    ReplyDelete
  13. masalah anai-anai ni mcm susah je nak habis..bila dah stop kejap, then dia mesti datang lagi :(

    harap2 bersabar mengemas yer yati..

    ReplyDelete
  14. Kakyong,
    banyak juga la yang kena buang kakyong, tak dapat nak diselamatkan lagi dah.
    Ya kakyong, Yati hari-hari sapu, tengok-tengok kot depa kuor lagi. :)

    Aku Ibu Muda,
    takut kang bila tunggu lama, banyak harta benda rosak menatang ni makan.

    Eis,
    Alhamdulillah, selamat sudah. :)

    Kak Su,
    Bahaya, bahaya. Rumah kayu kat kampung tu, depa cat dengan minyak, nampak shiny tapi sebenarnya tak nak bagi anai-anai makan. Cuba la, kak Su.

    Zila,
    harap-harap camtu la Zila. Kena la selalu intai kot depa ada lagi. :)

    Misyamissyou,
    betul, betul. Macam dah takde tempat lain anai-anai ni nak buat rumah ya.

    Kak Nza,
    harap-harap gitu la kak Nza. Kena pantau selalu ni. Takut dia ada lagi.

    Kak Yus,
    betul, betul. Cepat pula tu menatang ni makan.

    Kak Suzie,
    penat kak. Satu hari juga buat kerja, operasi anai-anai tu.

    Hajar,
    ha ah, Hajar. Memang kena tengok hari-hari. Dah cam dah bunyi menatang ni camne. Bila sapu je, kena pasang telinga la, dengor elok-elok. Harap takde lagi.

    Kak Nisa,
    banyak tudung dan baju kena buang, kak. Mengemasnya satu hari. Pengsan!

    kak Erna,
    harap-harap gitu la kak. :)

    Puan zai,
    betul. Banyak harta benda kena buang. Rumah jadi buruk. Huhu...

    Run Away,
    tak sempat masuk lagi. Dok kat luar almari je. Sebab ada kotak berisi baju atas almari, kenyang la depa.

    Marie,
    Harap-harap tidak la berulang lagi. Sebab penat dah. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea