Friday, October 28, 2011

Flower hairclip lagi...

Assalamualaikum...

Yati rasa, terlebih caffein. Minum banyak sangat nescafe, kopi-o lagi, terus sakit pala. Ni nak kena stop 2-3 hari ler ni dari minum nescafe. Tapi Yati tak boleh le, tak pekena nescafe satu hati, rasa kurang kick! ^_^

Hari tu Yati buat sepit rambut dari felt tu, sebagai free gift pada customer. Kali ni, Yati buat 2 jenis. Satu bunga crochet, dan satu lagi macam hari tu, bunga felt.


Semua di atas masuk kedai, ready stock. Singgah le, kalau nak tau harga dan jamu mata tengok barang.


Ha, sambung cerita anai-anai semalam.. kita orang dah bawa keluar kotak yang dimakan anai-anai tu. Dah cuci lantai, dah buang segala sarang di lantai dan bakar kotak dengan anai-anai sekali.

Tapi nak tau tak, pagi ni apa jadi..


Dia pi buat balik, walau pun takde benda nak dimakan. Kotak semua dah clear. Tak tau la mana dia mai, sama ada anai-anai tu keluar dari celah lantai yang crack atau dia jalan malam-malam cari kotak tapi rabun tak nampak kotak dah takde, kita orang pun pelik... 
Nak tau tak? Tupperware, periuk stim Yati dalam kotak semalam tu pun dia pi masuk, buat apa ntah. Bukannya boleh makan. 

Ok, sekian cerita hari ni. Tomorrow... Amirul sekolah pula, dia ada hari sukan. Ok le, lepas pi sukan sekolah Amirul, operasi banteras anai-anai!!

Pssst: Kalau lipas tu, boleh le kita halau dengan daun pandan kan. Tapi anai-anai ni nak letak apa? Ada petua tak, selain dari panggil pest control? Kalau beli racun tu, kang si Sulaiman tengok apa benda ni, dia pi calit masuk mulut pula.

14 comments:

  1. alamak..tak de petua la...cer google..


    salam kenal..terus follow sini..

    ReplyDelete
  2. ahkak....sy mmg stress betul bab anai2 ni

    smpaikan skang ni, bunyi anai2 berjalan pon da boleh cam...bermaharajalela dorang kat bingkai pintu setiap bilik....sembur racun beli kt DIY tahan 3-4 bulan je

    brg2 dlm stor dh jahanam dikerjakan... buku2 musnah semuanya...huhuuu

    ReplyDelete
  3. hahha.. rumah yati pulak dilawati anaki-anai..

    yati guna minyak gas campur dgn garam (kasar @ halus pun boleh), pastu salurkan (gunalah tiub ke) ke dalam lubang anai2 tu.. at least dlm 1/2 cawan gitu.. guna tiub yg lebih kecik lebih bagus, sikit2 minyak tu masuk ke dlm lubang tu..

    ReplyDelete
  4. maknanya ada la sarang dia dlm lubang tu
    cepat.. kita musnahkan dia!

    ReplyDelete
  5. Yati,saya kalau terover does caffein kan jantung saya akan berdegup dgn sgt laju.. utk tanda2 untuk start minum air suam atau air limau la tu.. huhu.. jaga kesihatan ek!

    clips tu sangat cantik.. :)
    suka crochet kaler peach tu.. :)

    ReplyDelete
  6. anai2 tolong memang menakutkan... tak tauler ada petua apa... kat seri iskandartu bukanker kawasan lombong bukannyer tapak ladang getah....

    ReplyDelete
  7. yati..susah jugak nak jbuat..tapi yati kena jaga la sulaiman jangan bagi dekat..
    akak beli je racun anai2 tu..sumbat dalam tempat yang berlubang tu..dan tutup dengan tisu.
    buat seminggu sekali jugak..

    ReplyDelete
  8. Akak dah lama tak boleh minum kopi dan nescafe...pening boleh bawa sampai 2 minggu.Comel ye hair clip.Akak nak try bunga besar tu pun rasa bangga kot ....heheheh
    akak punya petua pun macam kak yong.Panggil pest control pun tak mahal kot ...

    ReplyDelete
  9. anai2...kalau sy guna reset jew....;d

    ReplyDelete
  10. teruk jugak anai2 ni yer.....Yati kena cepat2 hapuskan....

    ReplyDelete
  11. anai2 mmg mcm tulah yati..sekali ada srgnya apa saja akn dirosakkannya....yati kena cari ejen pemusnah anai2 ni...akak pernah kena dulu masa dok kt mersing....abis duit akak Rm10,000 utk byr duit booking rumah dikerjakn dlm 1 mlm je..nasib baik masih trtinggal sisa no siri n bank terima utk ditukar.....mmg serik!!!!

    ReplyDelete
  12. sy pun takde petua, kak..mmg pening klu serangga nie mengganas kan huhuhhh

    ReplyDelete
  13. Luahfikiran,
    suka juga. Tapi rumah saya takde teh. :)

    Wahida,
    Salam kenal. Thanks follow Yati ya.

    Aku Ibu Muda,
    Sembur racun tu la husband akak dok cari, tapi sini takde jual. Sapu sarang dia dengan minyak je la.
    Sabor je la ya, kerosakan oleh anai-anai ni.

    Kakyong,
    minyak gas takde. Abe guna minyak motor, kakyong. Terima kasih bagi petua tu ya. Orang tua cakap, minyak memang berkesan. Tu pasal ada rumah kat kampung, lepas cat kering, dia sapu minyak, supaya anai-anai tak makan kayu.

    h4ni3,
    Itu la dia, kan. Dah selamat dah. Sehingga hari ni. :)

    Zila,
    haa.. Zila ada masalah tiroid ke? Yati pun ada juga camtu, tapi pening tu lagi kuat. Sama macam Zila juga, kena minum air masak banyak-banyak.
    Terima kasih, Zila! :)
    Yati pun suka bunga crochet peach!

    Cho Zila,
    mana tau seri iskandar ni kawasan lombong? Huhu... anai-anai bukan tak kita tempat ke.. rumah kakak saya kat KL tu dulu, ada anai-anai juga, tengah bandar tu. :)

    Kak Erna,
    Terima kasih bagi idea tu ya, kak. Kami dah sapu minyak. Sulaiman pun tak nak dekat. Sebab kawasan tu berminyak, dia kata eee kotor. hehhe...

    Kak Suzie,
    Pening sampai 2 minggu? Sian akak.
    Terima kasih, ha ah, kecil je hairclip tu, comel la. :)
    Kak Suzie dah try crochet bunga? Hehhe.. nanti share ya.
    Dah selamat dah anai-anai tu, kak. Sehingga ke hari ni, ok, clear. Hari-hari Yati check.

    Run Away,
    hehhe... akak pun guna racun serangga juga, ok le.

    MP,
    sudah selamat dah anai-anai ni. Cuma kena pantau je, kot-kot ada lagi. :)

    Kak Nza,
    Anai-anai makan duit ke... peh... mata duitan betul, banyak tu kak, RM10 K.

    Sahromnasrudin,
    Penat mengemas dan berperang dengan menatang kecik ni, Sahrom. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea