Thursday, October 27, 2011

Cerita pi fishing

Assalamualaikum...
Ada negeri cuti panjang, ada sekolah yang cuti panjang juga. Sekolah Amirul cuti sehari je. Apa kami buat public holiday semalam? Pergi fishing!!! ^_^

Nak tengok hasil tangkapan kami?


Semua sekali ada 10 ekor! Besor-besor!! Hehhe... tapi, sebenarnya kan, bukan semua, ikan yang melintang, dah mati tu... orang sedekah. 

Masa kami mula sampai tu, tiba-tiba ada orang datang menjala kat tempat kita orang fishing. Dia jala ada lah 5 minit, tapi baldi besor dia penuh dengan ikan!! Dia datang, pastu bagi sikit ikan.. dah orang nak bagi, kita terima ler. 

Ikan yang kami tangkap, yang berenang tu, yang masih hidup. Tapi kami dapat banyak juga. Abe ku cayang pi lepaskan balik ikan yang kecik-kecik. Bawa balik yang besor je.

Pastu, semalam Yati amik 4 ekor, buat masak tempoyak! Sedap!! (Puji diri sendiri.. heeee). Rasa lebih kurang macam ikan patin je. 

Kami pi fishing dalam 2 jam je. Tak tahan, panas. Tapi sebab tempat tu baaaaanyak ikan, tahan je la panas, gila mancing punya pasal. Balik rumah, cari air... rasa macam sehari dok kat padang pasir. Next time tak nak la fishing pagi, time cuaca panas. Tapi sebab sekarang musim hujan kan, petang atau malam dah hujan, tu yang kami kuor lepas breakfast. Encik Abe plan nak beli khemah. Best sikit.

Hari ni penat sapu dan lap lantai. Rumah kami diserang anai-anai! Bukan main cepat lagi makhluk Allah ni makan kotak yek. Tu pun tak habis check lagi. Ntah-ntah kain dalam almari pun dia makan. 

Orait... see u later...

15 comments:

  1. seronoknya ada aktiviti keluarga mcm ni. hati2 ngan anai2 kat rumah yati tu..check cepat :D

    ReplyDelete
  2. akak suka betul ngan cerita fishing yati nii.. seronok sekeluarga memancing kan, amirul dapat berapa ekor plak aritu?

    ReplyDelete
  3. suka makan ikan je tapi tak suka fishing sebab cam lama je nak dapat ikan...anai-anai sudah masuk rumah susahnya kan

    ReplyDelete
  4. yati..kalau dapat banyak ikan memang rajin le pi mancing kan..ikan tu banyak tulang tak yatie..selalu ikan banyak tulang ni sedap..lemak je isi dia..

    ReplyDelete
  5. memang seronok kalau memancing dapat bnyak ikan....

    ReplyDelete
  6. ..kitorg cuti 1 week ha3..enjoy...

    rezki..rezki..mst rs nikmat je dpt mkn ikan tangkap sndiri.. :)..fresh lg tu...

    ReplyDelete
  7. ikan fresh memang sedap yati.. haha.. terkenang zaman mak abah saya rajin memancing.. mmg excited tgk ikan!! haha..

    anai-anai.. owh.. sangat menakutkan.. kat area umah yati ada umah kosong xde orang ke?

    ReplyDelete
  8. byknya dpt ikan..masak asam pedas johor sedap tu yati....

    ReplyDelete
  9. luahfikiran,
    dekat lombong Jalan Tanjung Tualang, Perak. :)

    Eis,
    itu la, Yati pun risau juga. Eis ni macam ada pengalaman je dengan anai-anai ni. :)

    Kak Mila,
    Amirul tak mancing. Sebab Yati baru beli alat tangkup ikan macam jaring tu, dia pi tangkap anak ikan kecik-kecik, main.

    Kak Suzie,
    tak lama nak tangkap ikan, kak. Kalau baling dan tunggu lama, alamat hilang la umpan. Ikan skrang pandai-pandai, sekali baling, sekali dia ngap! :)

    Kak Erna,
    agak banyak juga, banding ikan kembung tu. Ha ah, isi dia macam isi ikan sungai la, kak. Bila masak lemak tempoyak tu, dia jadi lemak-lemak gitu.

    MP,
    betul, betul. Kalau tak dapat ikan, frust, balik muka masam. Hehhe..

    Ziraziz,
    1 minggu cuti? Jelesnya saya...
    betul, jimat duit, tak yah pi pasor, cikgu. :)

    Zila,
    tu la, dapat ikan mancing ni, rasa seronok, kan Zila.
    Ada kot, tapi lorong belakang la, rumah kosong. Ooo.. datang dari sana ya, anai-anai ni..

    Kak Nza,
    Next time Yati buat asam pedas. Ni dah perap ngan kunyit separuh lagi, nak goreng je, sebab budak-budak tak makan asam pedas. :)

    ReplyDelete
  10. mmg ada pengalaman ngan anai2. buku2 sekolah sy mana ada dah..huhu

    ReplyDelete
  11. banyak ikan yati tu... rezeki.. masak tempoyak, berselera lah sekeluarga makan..


    anai-anai oh anai2... di rumah kakyong pun la ni tiap bulan kena check bilik belakang.. yer lah, anai2 ni menyerang dlm diam..

    ReplyDelete
  12. best nyer...kalau memancing dapat hasil nyer....;d

    ReplyDelete
  13. Eis,
    oooo... memang jahat la anai-anai ni ya, Eis. Yati punya tudung dan baju pun banyak kena buang, Eis. :(

    Kakyong,
    Betul kakyong, Sulaiman pun makan nasi kuah tempoyak. Yati buat tak pedas, boleh le makan.
    Betul, kakyong. Haah, ingat dulu, kakyong pernah buat entri pasal anai-anai kat rumah dulu kan.

    ReplyDelete
  14. Run Away,
    memang best bila dapat ikan. Bila tak dapat, balik rumah muka masam. Hehe..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea