Monday, October 03, 2011

Berendam lagi..

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, kami pi mandi lagi. Kali ni, kat Ulu Kenas pula. Tempat peberet kami.

Bawak bekal nasi beriani, ayam goreng, kari daging. Jangan marah. Orang piknik bawa nasi lemak ke, bihun goreng ke. Pagi tu Yati sempat buat karipap. Inti kosong untuk anak, inti serunding untuk orang tua. Kentang dan minced beef takde. Sardin pun takde. Tinggal serunding beli kat Kelantan masa balik raya haritu, dok lagi dalam plastik dalam petiais. Kita guna je la apa yang ada.

Abe amik karipap.. hehhe..
Berbanding sungai kat Gopeng hari tu, kat sini ada pasir. Macam tepi laut la juga. Tu budak lagi suka pi Ulu Kenas. Tempat pun redup. Walau pun sampai dah lewat, dalam pukul 11 pagi, sebab ada pokok-pokok hutan yang merimbun, tak lah rasa panas. 

Ha, kan redup tu. Ayor pulak sejuk. Sampai kecut-kecut jari. Kena bakar ranting dan daun kering, nak halau nyamuk. Sebab dalam hutan, kan.

Boleh nampak ikan tak tu...
 Budak-budak ni makan karipap sambil main ayor. Bila karipap jatuh, ikan datang. Tapi laju ikan-ikan ni. Tak sempat nak tangkap.

Syok le, sejuk rasa. Dan boleh release tension bila dikelilingi pokok-pokok dan alam sekitar camni. 

Kalau lalu ke Kuala Kangsar, singgah le, ayor terjun ni. ^_^

12 comments:

  1. Ulu Kenas...tak pernah pegi tapi tahu namanya...

    ReplyDelete
  2. dh lama gila x mandi sg....nmpk mcm bersih je kat sne kan...ssh nk cr sg yg sesuai utk berendam :P ...

    kak yati,
    meh amek award:
    http://zira-aziz.blogspot.com/2011/10/versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  3. dah lama tak mandi sungai
    sejak banyak kes pasal kepala air tu, mcm tak berani lak nak pegi.. huhu
    tapi tu la kan yati, dok rumah pun, ada gak bahayanya

    ReplyDelete
  4. Bestnyer Yati mandi air terjun, lama dah hjr x parktis kuak lentang nih...hehe

    Skrg ni klu nk berendam xsesuai la kat sini sbb musim hujan, sejuk...hehe

    ReplyDelete
  5. tgk air terjun ni baru prasan rupa dh lama juga akak xbawa anak2 berendam.....

    best sgt tgk tmpt tu yati...sejuk n nyaman.

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pergi air terjun yatie.
    disini susah dah nak cari tempat yang cantik dan bersiha airnya..

    ReplyDelete
  7. yus pun dah lama tak pergi air terjun. Dan rasanya anak2 yus mmg tak pernah jejak atau sampai mana2 air terjun ...huhu.

    Seronok tengok mesti best tu kan...

    ReplyDelete
  8. wah bestnya, air pun jernih..
    Ni kalau nak pergi kenalah tunggu baby keluar dan besar sikit.

    ReplyDelete
  9. Kak Suzie,
    dia dekat dengan Kuala, kak. Ikut Jalan dari Manong atau Beruas. :)

    Ziraziz,
    Memang bersih air dia. Sejuk!
    Kak Yati dah gantung award tu di page Award. Timasih ya, cikgu! :)

    h4ni3,
    oh, yang tu Yati panggil ayor besor. Kita kena kenal tanda-tanda ayor besor tu nak turun. Kalau hari mendung nak hujan, dah hujan pun, naik le. Lagi satu, air jadi keruh. Lagi satu, ada sampah dalam air dari atas. Kalau camtu, sila la naik dengan kadar segera. Macam kat Ulu Kenas ni, ada siren bunyi kalau kepala air tu turun. Sebab atas lagi, ada kem PLKN, ada orang jaga. :)

    Hajar,
    Hehhe.. kuak lentang..
    Ha ah, kat sini pun semalam satu hari hujan. Tapi hari ni dah panas, lega. Kalau tak, tak kering baju.

    Kak Nza,
    Nanti lepas anak-anak dah habis exam, boleh la bawa. Release tension. :)

    Kak Erna,
    kat Ulu Bendul tu, tak ok ke, kak? Sebab hari tu, ada budak lemas ya kat situ, masuk berita.

    Kak Yus,
    Laa.. tak pernah pergi ke? Yati lebih suka mandi air terjun dari mandi laut lagi. :)

    Ayu,
    Betul, Ayu kena tunggu baby dah besar. Take care tau, Ayu! :)

    ReplyDelete
  10. betul yati, boleh release tension bila dikelilingi pokok2 dan alam sekitar, lebih2 lagi piknik mcm tu. huhu..lama tak piknik.

    ReplyDelete
  11. best nyer..paling suka mandi sungai...dari mandi laut...;d

    ReplyDelete
  12. Run Away,
    Sama la kita, ya. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea