Monday, September 05, 2011

Projek bulan posa lepas

Assalamualaikum...

Tinggal rumah seminggu, amik ko... macam setahun tinggal, berabuk. Ate... apa lagi, menyapu, mengelap, mendobi, sambil makan kueh raya la kita, kan.

Yati baru teringat, belum share lagi projek bulan posa lepas. Ni la projek yang sampai Yati menyepi sebulan tu. Sebab tuan dia nak siap sebelum raya. 

Ape ke bendanya ni..?
Masa order cross stitch masuk, Yati tengah pack barang berkemas nak pindah hari tu. Semua benda masuk kotak, tapi mesti ada projek dalam tangan. Yati cadang nak knit budak punya shoulder bag. Tapi projek knit ni terpaksa diketepikan dulu. 

Order cross stitch datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Sekolah yang sama order potret Sultan dan Sultanah Kedah sebelum ni. Terima kasih kerana memilih Yati sekali lagi. 

Gambar bangunan sekolah. Photo stitch tak terhad pada potret orang saje, apa-apa gambor pun Yati boleh buat pattern, asalkan jelas dan terang gambornya.

Masa ni, hampir siap.
Sudah siap!
Meh tengok dekat sikit
Stitch count: 221 stitches X 86 stitches
Saiz: 62 cm X 24 cm
Tarikh mula: 1 Ogos 2011
Tarikh siap: 23 Ogos 2011

Sekian laporan projek bulan posa lepas. Lepas siap projek cross stitch ni, baru dapat tahu yang kami tak jadi pindah. Husband Yati kena kerja sini lagi, sehinggalah diberitahu kelak, mungkin setahun dua lagi di bumi Perak ni. 

Hari ni dah start rutin biasa. Anak pun dah mula sekolah balik. Selamat bekerja pada yang bekerja! ^_^

18 comments:

  1. cantik la warna benang yang yati pilih tu.. sweet..

    besar jugak projek cross stitch tu. 23 hari je boleh siap.. kagum kawe... hehehe..

    saya dah kerja dah hari ni.. tapi ofis masih sunyi sepi.. boss cuti lagi.. yeeehaaa! ;)

    ReplyDelete
  2. wow yati.. brp banyak benang guna ni?? ternganga jap akak tgk

    ReplyDelete
  3. Zila,
    Thanks, Zila. Terbengkalai lagi projek knit tu. Belum sambung balik.
    Yati ingat boleh siap lebih awal, tapi bulan posa kan, tak larat, wei..
    Ha.. boss takde, boleh buka internet lama-lama. Hehhe...

    Husnanurbalqis,
    Kalau Husna beli pattern saja dan jahit sendiri, RM30 sahaja. Kalau nak Yati jahitkan sekali, harga RM400+. Untuk lebih info, boleh klik sini
    http://www.yatiandstitch.com/?p=productsList&iCategory=16&sName=Stitch-A-Photo

    Kak Mila,
    Tak kira berapa kuantitinya, tapi dari segi harga, lebih seratus juga.

    ReplyDelete
  4. Assalam yatie..cantiknya apa yang yatie buat tu..memang patut dia orang pilih yatie lagi..cantik..

    ReplyDelete
  5. mmg hebat kak yati...sy kn kak xleh nak tenung lubang cross stitch ni lama2..hehe..bt kejap, berenti....pastu smbung..pastu berenti terus hehehe...

    ReplyDelete
  6. wow wow wow!!!... tabiklah Yati... cepatnya siap... besar jugak projek ni... rasanya besar lagi drpd gambar cottage SAL tu... akak dah surrender, lama dah tak cs.... hehe

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Yati buat... mmng terpegun....!!!!!pulak tu cepatnya siap...

    ReplyDelete
  8. wow,ayu tgk nak sekolah tu, dah surrender nak buat.cottage house (cross stitch) ayu dh bertahun tak siap2..hehe. Keep good work, tak ramai yg buat cm yati tu.

    ReplyDelete
  9. hidup gambo tu...mcm real la...syukur cz masih menetap di perak...

    ReplyDelete
  10. Cantik dan cam gambar real lah, Yati! Knitting projek tu pun sweet je color yg Yati pilih. Can't wait to see it finished!

    ReplyDelete
  11. my wife dulu suka cross stitch ni tapi dah give up buat kraf lain pulak. Ziarah le blog beliau di perutkenyang.blogspot.com

    anyway, nice work there.

    ReplyDelete
  12. Kak Erna,
    waalaikumsalam.
    Yati cross stitch gambar bangunan sekolah, kak Erna. Timasih, kak. :)

    Ziraziz,
    hehhe.. kenapa ditenung-tenung lobang cross stitch itu. Jahit saja, sambil dengor radio. Kalau senyap sunyi, kak Yati pun boleh tidor ngadap benda ni. :D

    Kak Nisa,
    tabik kak Nisa balik! Yati tak terkejor projek SAL tu. Ketinggalan jauh di belakang. Dia panjang tapi lebarnya, takde la berapa, gambar bangunan, kan. Baby sihat? :)

    MP,
    Alhamdulillah, Allah beri kesihatan yang baik pada Yati untuk siapkan order customer ni. :)

    Ayu,
    ada Ayu. Yati ada jumpa orang buat business cam Yati. Dah la copycat contents dalam website Yati tu. sabor je la.

    Kak Nza,
    Timasih, kak Nza.
    Alhamdulillah, kalau kena pindah, susah, nak kena transfer anak sekolah lagi.

    Kak Aisyah,
    Thank you. :)
    Hehhe... nanti nak sambung knit projek tu balik. Tapi hari-hari print pattern, orang order, letih nak knit.

    Dr. Ben,
    really? Nanti saya singgah blog wife Dr. Ben. :)
    Thanks, appreciate komen Dr.

    ReplyDelete
  13. gilew dasat la...hebaq!kagum hasil air tgn akak~

    ReplyDelete
  14. Terrernya yati....tengok pun dah pening nak buat lagilah.....

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya utk akak sekeluarga....

    maaf zahir batin ya...

    ReplyDelete
  16. diam-diam berisi..selamt hari raya

    ReplyDelete
  17. Einz Miszmessy,
    Terima kasih. :)

    Kak Suzie,
    Ini la cara Yati cari rezeki dari rumah, kak. Dah minat Yati. :)

    Sahromnasrudin,
    Selamat hari raya, Sahrom! Maap zahir batin juga. :)

    Ct,
    terpaksa tak online ct, sebab masa menjahit tu suntuk. Selamat hari raya!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea