Monday, September 19, 2011

Mandi sungai

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang panjang rasa cepat je berlalu, kan. Dapur Yati tak berasap. Dari hari Jumaat kami penuhi jemputan open house hari raya dan kenduri sekitar kawasan perumahan kami ni. 

Cuma sekali, kami jalan jauh sikit, ke Gopeng. Ada kenduri cukur jambul cucu seorang ofismate husband Yati. Yang ni, special sikit, sebab tuan rumah cakap, bawak la baju extra, boleh terjun sungai.

Sesungguhnya, ini la pertama kali kami sampai ke tempat ni. Tempat mandi manda. Selalu kalau nak terjun, kami ke Ulu Kenas. Ni ada alternatif lebih dekat sikit. Terletak di Kampung Jahang, Gopeng. 

Rasa sejuk dan nyaman masuk kawasan kampung ni. Jauh beza dengan rumah kami di kawasan lombong tu, yang panas dan kering. Ate, jom kita tengok gambor...

Laju le juga arusnya, tapi ayornya tak berapa dalam
Ada juga chalet. Milik persendirian ada, milik JKKK kampung pun ada.
Dari jauh, ingat ke rimau
Bangla naik motor jual aiskrim pun ada. Apa lagi, budak-budak ni, suruh le kita beli

Sejuknya ayor!
Sulaiman yang seksi..
Boleh la datang lagi lain kali. Lepas makan kenduri, mandi sungai, balik, ada lagi open house rumah jiran. Makan lagi. Pastu, tidoq! Mana la tak gemuk, yek.

Hari ni hujan pula. Jemur kain dalam rumah rasanya lagi cepat kering, sebab matahari takde. Ok le, nak pi buat kerja rumah sat. Jumpa lagi...

20 comments:

  1. Seronoknye mandi kat sungai & gi open house tk henti2! Ada lg ke?? Semalam kami gi jumpa kak Fida & suami. Best! Kami belanja makan & bawak naik bot bg ikan makan. Mana tau tiba2 ada angin. Ombak besar2 sampai Hazel ketakutan! Tp kami kira tu adventure!

    ReplyDelete
  2. wow..bestnye kampung kat Gopeng nih.. air sungai jernih... nyaman je tgk.. :)

    tetiba teringin plak.. tp dlm keadaan skrg mcm x sesuai la plak nk gi berkelah.. ;)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat mandi sngai...air tu pun jernih...Yati tak memancing ke?????

    ReplyDelete
  4. wah! ini yg dinamakan sambil menyelam minum air, sekali harung yer Yati...hehe

    Ish! geram tgk air sungai tu, cam nk terjun je, tp byk batu eh...hehe

    ReplyDelete
  5. bestnya mandi sungai..ayu pun dah lama tak mandi sungai ni. balik kampung pun takut dah nak g sungai walaupn blkg rumah je..

    ReplyDelete
  6. syoknye berumah di tepi sungai!
    tapi kalo time hujan, seriau jugak kan.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam yati,terimakaseh atas ucapan takziah dari yati tu ya..
    eh!hujung minggu tu hari akak ada di Taiping dan Tapah..lenkali kita jumpa ya yati..insyaAllah hujung tahun ni kalau akak ke taiping boleh singgah rumah yati pulak..selalu akak buat perjumpaan dgn kawan2 dari blog masak2 kali ni nak jumpa dari kalangan blog jahit menjahit pulak walau akak tak menjahit..
    blog my story akak tutup atas sebab tertentu..kita jumpa di my kitchen aje lah ya..:)

    ReplyDelete
  8. yatie..lamanya tak mandi sungai..teringat masa kecik2 dulu..berendam dalam sungai je..sampai kena marah..he he..

    ReplyDelete
  9. seronoknya mandi sungai. anak2 sy belum 'berpengalaman' lg mandi sungai nih (kesian). samalah yati, jemur kain tak kering2 lagi nih xD

    ReplyDelete
  10. dah sampai masa plan utk mandi manda..yeay..

    ReplyDelete
  11. sy pun ingat anak rimau, kak..warna dia sejibik mcm tue huhuhhhh

    ReplyDelete
  12. Kak Aisyah,
    Seronok kak Aisyah, tapi letih. Minggu ni, takde jemputan open house dah. :)
    Wah.. syoknya dapat jumpa kak Fida. Sekrang musim hujan, jadi ombak besar, kan. Kalau Yati, mesti dah mabuk laut. :)

    Zila,
    ye betul. Rumah kat kawasan kampung ni, sejuk dan nyaman. Tenteram je jiwa.
    Zila dah berapa bulan, ya? :)

    MP,
    Tak mancing. Sebab kita pi kenduri, pakai baju kurung, malas salin, walau pun tandas dan tempat salin disediakan. Rindu plak nak mancing. :)

    Hajar,
    ha ah. Banyak batu kat tepi-tepi. Kat tengah takde. Anak-anak Yati bila takde pasir, dia orang main batu pulak. :)

    Ayu,
    Seronok la kampung Ayu, ada sungai belakang rumah. Bila-bila panas, boleh terjun. Hehhe...

    h4ni3,
    ha ah. Rumah kat tepi sungai sini, dia orang buat tinggi. Memang dah prepared la, kot air naik.

    kak Anim,
    next time kak Anim ke Tepeng, boleh kita dating kat lake garden. :)
    Oh, ok.. patut blog satu lagi tu senyap je. orait. :D

    kak Erna,
    hehhe... kalau tak kecut tu, selagi tu tak ingat nak balik, kan kak. :)

    Eis,
    Laa.. ye ke.. cer cuba bawa piknik kat Ulu Yam ke, tak jauh sangat kan.

    Norh,
    Seronok, sesekali kan.. :)

    Sahromnasrudin,
    anak rimau kecik. :)

    ReplyDelete
  13. Yati.. saya baru 5 bulan.. :) badan sudah kembang lah! :)

    ReplyDelete
  14. Zila,
    Ye ke Zila kembang? Takpe, kembang masa pregnant boleh dimaafkan. Kalau kecut, lagi susah. :) Kembang-kembang pun, mesti Zila tetap cute!

    ReplyDelete
  15. best nyer...sy suka mandi sungai...berbanding mandi laut...;d

    ReplyDelete
  16. Yatiiii ... bestnyaaa berkelah kat sungai... makin pupus dah sungai yang bersih mcm tu Yati kan ... tak berapa dalam pulak airnya boleh bebudak mandi..

    :-)

    ReplyDelete
  17. bestnya tgk anak2 yati main air...
    lama dh xp air terjun...sejuk!!!

    ReplyDelete
  18. bestnyer mandi sungai.. airnya nampak clean n clear kan

    ReplyDelete
  19. selalu dengor jer pasal Ulu kenas ni... tak pernah sampai lagi.. Insya ALlah, kena ajak en ayah g sana pulak..

    ReplyDelete
  20. Run Away,
    sama la kita, dik. Mandi laut kena bilas balik, air masin. :)

    Kak Ann,
    kat tepi-tepi tak dalam. Yang tengah, dalam juga, paras bahu orang dewasa. Itu la dia, kat sini pun, bukan semua sungai boleh mandi. Kat Kampung Jahang, Gopeng ni, orang kampung jaga. :)

    Kak Nza,
    Betul. Kami pun takut juga mula nak mandi, sebab petang je hujan. Kang air besor turun. Tapi sini orang kampung ramai, jadi boleh la hilang rindu terjun sungai jap.

    Kak Mila,
    Bersih, kak. Air dan persekitaran. Tempat ni orang luor tak tau, orang kampung dan sekitarnya saje yang tahu.

    Kakyong,
    kalau on the way ke kuala, lalu Ulu Kenas. Tapi situ Yati seriau sikit parking, jalan kecik. Tapi nak mandi, best lagi Ulu Kenas. Kat Gopeng ni, banyak batu.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea