Monday, September 12, 2011

Last weekend...

Assalamualaikum...

Kawan-kawan pekabo hari ni? Moga anda semua sihat sejahtera. Dengornya, banyak kes cirit birit, sakit perut, sebab pi openhouse. Kami satu family pun silih berganti, sat orang ni batuk, sat orang ni selsema, sat demam pulak. 

Hari Sabtu lepas, ada majlis sambutan hariraya, organize oleh pejabat husband. Buat di restoran Syabu-syabu di Lumut. Kami ni, nama je selalu balik rumah mak di Lumut, tapi pusing-pusing juga cari restoran tak jumpa. Oh... restoran steamboat rupanya. 

Notice pipi saya yang kembung? Bukan pipi saje, semua berkembang dengan pesatnya ya.

Nasib baik sebelum ni dah singgah mamak dulu. Sebab Hafizan ngadu lapor. Dia orang dah pekena roti canai. Jadi, takde la budak-budak buat hal sangat, sebab depa tak makan steamboat ni. Amirul try sosej sikit je, pastu dah tak nak. Makan ice-cream je la budak-budak ni, mak bapak lantak steamboat.

Sulaiman tanya, awat lama benor orang depan tu berucap..? Posing dulu.
Hafizan dah ngantuk!
Kalau majlis atau jalan waktu malam, macam ni la keadaannya. Anak-anak jenis tidor awal, pukul 9 malam dah tak larat buka mata.

Dapat cabutan bertuah. Tahun lepas balik awal, tak tunggu sampai habis, jadi tak dapat.
Sampai kat rumah, semua orang lepak. Masa dalam kete Hafizan ada cakap kena gigit nyamuk kat kaki. Dia gatal-gatal. Banyak la juga bekas merah-merah.

Hari Ahad, semalam, sapu minyak. Bila petang, gatal-gatal tu naik ke tangan.

Macam ada air kat dalam
Kami ingat mula-mula macam kudis buta. Takut juga kot chicken pox. Hari ni Hafizan tak pergi sekolah. Pi klinik, doktor cakap, jangkitan kuman dalam darah. Bila bagi makan ubat, Hafizan muntah balik. Macamana la nak baik ni. Risau kita. Tapi dia ok, sihat, boleh main-main. Cuma dia suka garu.

Gambar masa raya, dari kiri Hafizan, Sulaiman dan Amirul.
Tu je la cerita hari ni. Sambung lain hari pula.

13 comments:

  1. Yati.. mana ada kembang pun aish... ok lah tu..sedang-sedang elok.. :D

    bestnya mkn steamboat.. anak2 saya suka sebab diorang suka mkn sup.. :)

    ReplyDelete
  2. bestnyer Yati steamboat, lama xmakan..tp cam xsesuai jamuan raya makan steamboat munkin nk buat lain dr yg lain kot..hehe (pepandai je sy)

    ReplyDelete
  3. steamboat???? sedapnya yati...

    kesiannya hafizan smpai melarat camtu sklai..camne skrg yati..moga cpt ok...

    ReplyDelete
  4. sedapnya steamboat........dah lama tak makan....

    p/s...tak de lah kembang pun..Yati ok jer...

    ReplyDelete
  5. Selam Yaticim,

    Ha dapat tgk Yati terkini.. cantik, lembut orangnyaaa.. :D

    ReplyDelete
  6. sedapnye steamboat....

    smlm bru mkn steamboat.bli kat psr mlm.. :P

    ReplyDelete
  7. steamboat ni sama tak mcm yong taufu? hehe tak penah makan...
    kesian kan kalau anak2 sakit... memang risau dibuatnya esp kalau susah makan ubat... harap Hafizan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. mana ada tuan blog kembang, comey je tgk..muda lagi tuuu hehehe

    steambot? emang sy suka, best makan reramai...

    ReplyDelete
  9. bagi dia makan ubat tahan gatal yati.. make sure dia tak menggaru

    ReplyDelete
  10. Akak ni macam takut nak g makan kat luar atau open house sebab dah kena cirit birit kan....qaid dulu kalau kena gigit nyamuk mesti nanah so selalunya akak cepat2 sapu minyak tyt...

    ReplyDelete
  11. Zila,
    ye ke? Dalam gambar je nampak elok. kat luor Zila tak tengok yati lagi. Hehe...
    ooo ye ke..? Bagus la kalau suka. Anak-anak Yati pilih makan juga, rugi betul.

    Hajar,
    ye la Hajar, agaknya la, depa nak buat lain dari yang lain. Atau mungkin juga depa nak save budget, sebab last year dah buat kat hotel. Hehhe....

    Kak Nza,
    sedap la juga, tapi kuah tomyam dia pedas betul, kebas bibir. Pedas melampau.
    Hafizan ok sikit hari ni, kak. Timacih.

    MP,
    sama la. Kalau tak kerana jemputan, kami pun tak merasa makan steambot lagi.
    Hehe.. segan Yati. Tu cover body belakang Amirul. Sebenornya, kembang juga.

    Ayza,
    alamak, kembang kempis dibuatnya. Malu saya!!!

    Ziraziz,
    Beli kat pasor malam tu lagi best. :)

    Kak Nisa,
    Sama je, kak Nisa. Cuma ada lebih sikit pilihan dia. Ada mee sanggul tu, bihun belum celur, semua masak sendiri. Berbanding yong tau fu, orang tu buatkan. :)
    Timasih, kak. Hafizan dah ok sikit hari ni.

    Puan Zai,
    Comel ke comot. Hehhe..
    Betul, betul. Makan ramai-ramai lebih meriah.

    h4ni3,
    ok, ok. Timasih ya, Hanie! :)

    Kak Suzie,
    ye la kak. Makan kat luar ni, kita tak tahu cara penyediaannya, bersih ke tak.
    TYT? Pernah dengar la minyak tu. Pelik juga kan, kena gigit nyamuk ada nanah pula. Hafizan tak pernah jadi macam ni. Ni baru kena.

    ReplyDelete
  12. jgn main2 jangkitan kuman dlm darah, bonda sy meninggal sb jangkitan kuman dlm darahlah, menurut kata doktor, sb check full medical dia xde penyakit yg serius...

    ReplyDelete
  13. Az,
    Oh, ye ke. Bahaya juga ya. Thank you, bagitau Yati. Camana pun, kena sumbat juga ubat kat budak kecik ni. Hafizan dah sembuh, sekarang jangkit Sulaiman pula.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea