Saturday, September 10, 2011

Knitted pouch

Assalamualaikum...

Yati ada upload gambar raya kat facebook. Nak tengok, sila tengok sini ya

Hari tu, projek knit tu Yati kata nak buat shoulder bag untuk budak, kan. Tak jadi la. Itu malas juga sudah datang. Hari-hari juga mau tengok tv, banyak citer hari raya. Jadi, Yati buat pouch saje, sesuai untuk isi handphone.

Bahagian depan
Bahagian belakang
Bahagian dalam
Doraemon ni pun nak interprem jugak...
Untuk harga dan ukuran, sila lah ke kedai online Yati.

Hari ni hari Sabtu. Kawan-kawan nak ke mana? Ke, ada buat open house? Kami pun nak pi jamuan hariraya malam ni. Baik-baik bawak kete tu ya. Bye!

15 comments:

  1. cantiknya pouch! butang bear lg :) ehem..sy dah tengok sikit album raya yati kat fb. comel anak2 yati pakai set merah.

    ReplyDelete
  2. Cantik & kemas pouch Yati tu! Warna pun sweet!

    ReplyDelete
  3. petang ni nak gi beraya kat rumah babysitter.. dekat jer.. hehe

    ReplyDelete
  4. wah cantik dan sangat kemas kak Yati! Sweetnya colour dia..

    ReplyDelete
  5. sesuai tu utk sarung HP..kan..

    ReplyDelete
  6. comel la pouch tu ...ada gak open house tapi semua dok muntah ngan cirit birit duduk rumah jelah

    ReplyDelete
  7. cantik n kemas.....

    akak hari2 xabis lagi budak2 dtg raya..pagi2 dh tekan loceng....

    ReplyDelete
  8. assalam yatie..cantik tu..ada aje idea yatikan..

    ReplyDelete
  9. cantik warna pouch tu, yati guna benang ape ye?

    ReplyDelete
  10. cantik & sweet.. :)

    halus betul knit yati tu.. kagum saya! :)

    saya sabtu ke 2 majlis kenduri kahwin.. balik2 sakit perut.. huhu.. makan tak ingat.. hahaha.. ;)

    ReplyDelete
  11. banyaknya jemputan open house di hujung minggu kan

    ReplyDelete
  12. cantik & kena dgn button bear tuh..

    Yati,
    Hjr dh p lumut hr jumaat/sabtu lps, nk jumpa Yati tp tertinggal busines card Yati plk, nk online b/band xleh pakai kat sana, sedih sgt..huhu..hrp2 pasni ada rezeki kita jumpa yer..

    ReplyDelete
  13. Eis,
    timasih. :)
    Kalau anak-anak dengor, mesti kembang kempis lubang idung dia orang.

    Kak Aisyah,
    Thanks kak ! Semangat nak knit lagi ni. :)

    h4ni3,
    Mesti amoi dapat manyak duit laye.

    Kak Su,
    timacih. Baru nak mencuba. :)

    Sindar,
    Timasih. First time buat. Sebab stockinette stitch tu, kena block piece tu, kan. Kalau tak, dia bergulung. Study kat youtube dulu. Hehhe....

    Norh,
    timasih. :)

    Encik Zino,
    ya, betul. :)

    Kak Suzie,
    timacih.
    ha ah yek. Pagi tadi Yati pi klinik pun, banyak orang kes food poisoning ni.

    Kak Nza,
    timasih, kak.
    Wah, tu kena sedia duit raya banyak tu. :)

    Kak Erna,
    waalaikumsalam, kak. Timasih. Saje, mencuba-cuba, kak.

    Az,
    Benang kait acrylic biasa, cuma multicolor. Harga RM4.80 masa Yati beli tahun-tahun lepas. Hehe...

    Zila,
    timasih, Zila. :)
    Yati suka guna jarum knit halus.
    Hehhe.. bahaya tu. Nanti berkembang dengan pesatnya, macam Yati. :D

    Sahromnasrudin,
    ya. Hujung minggu ni ada lagi. Bila la kak Yati nak kurus ni.

    Hajar,
    takpe, takpe. Yati ingat Hajar sibuk. Tak sempat jumpa. Insya-Allah, satu hari nanti, panjang umur kita jumpa juga. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea