Tuesday, September 27, 2011

Hari Sukaneka Hafizan

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang sibuk bagi kami. Padat dengan aktiviti. Hari Jumaat lagi kami dah balik Lumut, rumah mak. Sebab husband Yati hari Sabtu, kerja sana. Sabtu petang balik semula ke Seri Iskandar. Hari Ahad, awal pagi, ada hari Sukaneka PASTI di padang bola RPA Gelung Pepuyu, Bota. 

Kami tak pernah pergi Gelung Pepuyu ni. Jadi, untuk elak sesat, kami keluar awal pagi. Jom kita tengok gambar.

Hafizan masa perbarisan
Hari Sukaneka ni, disertai dengan 10 cawangan tadika PASTI di daerah Parit. Kesian tengok budak-budak berdiri dalam barisan masa vip berucap merasmikan, sebab masa tu matahari dah naik.

Makan Hafizan, nanti nak main sukan pula.
Sekolah Hafizan tak berapa ramai yang datang. Mungkin ramai yang balik kampung. Untuk yang 6 tahun punya acara pun, Hafizan masuk juga, sebab tak cukup orang. Hafizan ni, anak kedua Yati, baru 5 tahun.

Masukkan bola dalam tin
Lari pakai kain
Gelecek bola guna raket
Bawa getah guna straw
Penat tengok Hafizan, tapi dia enjoy. Hari Isnin sekolah Hafizan cuti. Jadi hari ni balik sekolah, ada 6 hadiah Hafizan bawa balik, suka dia. Tupperware dan bekas air. Hehe..

Amirul
Sulaiman
Kami balik awal, dah habis acara budak-budak ni. Cikgu dia kata pun boleh balik. 

Pukul 3 petang hari Ahad, Yati pi gotong royong masak untuk jamuan raya penduduk kat sini pula. Ada tukar-tukar hadiah, eratkan silaturrahim. Yang pompuan masak rendang daging, kari dalca, nasi dan sebagainya. Kaum lelaki bakar-bakar waktu malam. Lepas maghrib, makan le. Yati amik kambing. Hehhe... lama tak makan. 

Pastu semalam, letih Yati. Setakat tengok email je, nak tengok blog dah tak larat. Cuaca pula tak mengizinkan buka computer. Terus tidor. Yati tak pernah cuci beras sampai 5 kilo tu. Cuci daging banyak-banyak pun tak pernah. Tapi takpe la, bukan selalu. 

Camtu le ceritanya. Tak sentuh langsung kraf ke, jahit ke, sepanjang hujung minggu. Cuma semalam buat cross stitch sikit, ada tempahan. Dah siap dan ready untuk pos esok. 

Bye dan take care semua. ^_^

12 comments:

  1. assalam yatie..
    akak tak berapa suka tengok nak bersukan..kesian..msti keluar aoir mata..dulu masak anak2 kecik...selalu kawan2 gelak kan..tak pernah dibuat dek orang tengok anak masuk apa2 acara menangis kata nya..nak buat buat camana kan yatie..tak sengaja..
    dah besar sulaiman ye

    ReplyDelete
  2. banyaknya acara dia join, acik eis tengok pun rasa penat. hehe..

    ReplyDelete
  3. sronok tgk gelagat anak2 bila tiba sukan macam tu, depa memang all out, enjoy ja

    ReplyDelete
  4. suka tgk bdk2 baya hafizan b,sukan..kdg2 lawak pn ada..ari tu ms jd pngadil sukan thn 1, dgr je wisel bunyi menderu smua lari padahal bukan giliran diorg pun...pnt kite plak mngejar diorng..tp mmg bes...

    ReplyDelete
  5. wah...teringat Sy zaman2 tadika dulu....;d

    ReplyDelete
  6. sian yati penat ek...tapi yang penting budak2 seronok and yati pun mesti puas hati kan? seronok fida tengok gambar2 tu

    ReplyDelete
  7. dahaga hilang dpt minum milo kan, kak....

    ReplyDelete
  8. amboiii...bnyaknya acara yg Hafizan masuk yer...budak2 mmng suka kalau bersukan...

    ReplyDelete
  9. Penatnya bila budak2 sukan akak dulu siap jdi pencatat.Hehehe kesian yati akak ni memang biasa masak banyak ...keluarga besar

    ReplyDelete
  10. akak tggl seri iskandar ke? saya orang RPT gelung pepuyu..sebelah RPA tuh :)salam kenal ya

    ReplyDelete
  11. Kak Erna,
    waalaikumsalam.
    Laa.. ye ke kak. Sian la kalo camtu.
    Sulaiman dah 3 tahun kak, banyak akal dia skrang. :)

    Eis,
    hehhe.. semua acara dia join, Eis.

    Kak Su,
    Tu la. Kesian campur seronok tengok budak-budak ni. Yang jatuh tersembam nya la, yang tak ikut arahan cikgu la. Macam-macam la.

    Ziraziz,
    Haha.. betul, betul! Memang cikgu-cikgu orang paling sibuk control budak bersukan. :)

    h4ni3,
    Mak dia dah amik separuh, buat tupperware isi barang dapur. :)

    Run Away,
    ye la kan. Masing-masing mesti ada pengalaman hari sukaneka tadika masa kecik dulu. :)

    Fida,
    Betul. Penat, tapi seronok. Puas hati juga bila tengok anak-anak happy.

    Sahromnasrudin,
    Budak-budak ni yang minum milo. :)

    MP,
    itu la dia. Excited Hafizan. Cuma acara terakhir je muka dia dah penat. :)

    Kak Suzie,
    Hehe.. kita tak biasa, kak. Masak untuk 5 orang je hari-hari. Sakit juga belakang ni ha, gotong royong hari tu.

    Liza,
    Ya, tinggal di Seri Iskandar. Oh ye ke.. Salam kenal. Thanks singgah sini. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea