Wednesday, September 07, 2011

Goodies

Assalamualaikum..

Hari ni Yati terima parcel.


Comel tak? Eee... suka la semua barang-barang kat atas ni. Hasil penat lelah siapkan tempahan cross stitch bulan posa lepas, Yati reward diri sendiri dengan shopping la. Syoknya! Beli online dari Tamu JajaKraf.

Yati beli buttons, ribbons, zip, felt, bells, snapclips, keychain ring, alligator hairclips dan beberapa eBook. Saje, nak mencuba buat dan menambah koleksi buttons. 
More goodies...


Ni bukan datang melalui pos. Tapi beli masa balik Kelantan hari tu. Rugi le wei, dok berjam-jam dalam kete balik kampung tapi tak beli air oren, sarsi dalam botol ni. Kat sini, mana ada jumpa. Tapi lupa amik perasa aiskrim soda. 


Cer teka apa benda ni? Nampak macam kuah rojak je kan. Tapi sebenornya, belacan siam! Ceritanya, masa bulan posa lepas, ada pergi gotong royong masak-memasak siapkan moreh. Yati ada masa sorang kakak jiran tengah blend cili buat sambal belacan. Dia guna belacan siam ni la. Terangkat!! Belacan ni dia dah perah asam limau sekali. Beli kat pasor siti khadijah, KB. 

Hmm... ok la. Anak-anak dah balik sekolah. Nak pi layan. See you later... ^_^

17 comments:

  1. Byknyer Yati borong, nk tambah koleksi yer..

    Yati, hr jumaat & sabtu ni hjr nk ke Lumut, jauh x dr rumah Yati kat Seri Iskandar tu, tingin nk jumpa Yati...hehe

    ReplyDelete
  2. Hajar,
    Hehehe.. sekali-sekali. :)
    Nak kata dekat, tak jugak. Nak kata jauh, tak jugak. Hajar ada business card Yati kan? Nanti dah sampai, Hajar sms atau call la, nak jumpa kat mana. Kalau Yati boleh datang, Insya-Allah Yati datang. :)

    ReplyDelete
  3. SALAM SYAWAL,
    NAK ! MANA NAK CARI BELACAN SIAM KAT SINI?

    ReplyDelete
  4. Bestnye dapat goodies tu! Walaupun beli sendiri :p Kita ni mmg suke buttons & ribbons & benda cute2 kan??

    ReplyDelete
  5. botol air tue sgt klasik..susah dpt skrg kan, kak...

    ReplyDelete
  6. Salam Yati... Selamat Hari Raya....

    I suka sgt air yg kat dalam botol tu. kalau kat melaka, kita panggil, air loncan.... :)

    ReplyDelete
  7. pernah jumpa air botol tuh tp takut nak beli hahaha.. hubby dok menanya halal ke tak jer.. last2 tak beli kikiki

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong,

    Buat apa banyak button tu, simpan ke bagi orang hadiah? Ada sorang kawan blogger dia buat gak crochet ni, dia buat buttons dan jual. Ni cross-stitch ni buat jual ke? Nanti ada rezki kita boleh jumpa-jumpa ya...

    ReplyDelete
  9. unik btl rupa air botol tu..dh rupa botol kicap...

    sedap ye??..kalau sedap, pasni jmpa blh bli...

    ReplyDelete
  10. Yati....bestnya shopping akak beli clutch.hehehe air tu kalau kat Batu Kurau ada jual kami panggil air lemenet.Kecik-kecik dulu minum air ni jer.....

    ReplyDelete
  11. wahh sopping mopping..seronoknya...fida pun dah lama tak sopping on9 hehehe...mesti sedap belacan siam tu kan....tak beli ke sekali pes tomyam siam ke ...mesti mengancam tomyam heheh

    ReplyDelete
  12. assalam yatie..akak pun suka oren tu..paling suka aiskrim soda..sedap dan kurang gas kan..

    ReplyDelete
  13. byknya yati borong..kalau dh minat mmg brbaloi2...

    rindu lak nk minum bila tgk oren tu...masa kecik2 dulu siap kumpul duit raya pergi beli......hi.

    xpernah lak tgk belacan siam tu..mungkin akak alah dgn belacan sbb tu xkisah sgt....

    ReplyDelete
  14. oo belacan siam ke tu? Cantik pulak bekas dia..:)

    ReplyDelete
  15. Yati...air oren tu mmng sedap..masa bdk2 dulu, air ni lah yg sllu diteguk...tapi anak2 tak suka...

    ReplyDelete
  16. nostaljik betul la air tu.. kitorg panggil oren bodo.. hehe.. teringat masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  17. Dato,
    Salam syawal pada Dato' sekeluarga. Saya pun beli di pasar siti Khadijah, Kelantan. Kat Perak memang tak jumpa. :)

    Kak Aisyah,
    Suka, suka! Beli sendiri rasa lebih puas. :)

    Sahromnasrudin,
    ye betul. Memang tak jumpa sini, kecuali balik kampung suami. :)

    Niza,
    Hi Niza. Selamat hariraya untuk Niza sekeluarga. :)
    Ha ah, ada dengor juga orang panggil air oren loncan. :)

    Kak Mila,
    kalau was-was, maka tak yah la beli. :)

    Yong Halima,
    waalaikumsalam, yong.
    Simpan buat stok. Nanti orang order felt keychain, boleh guna, yong. :)
    Ya, Yati amik tempahan cross stitch dan kraf. Tu kena beli barang-barang supply crafts ni semua. :)
    Insya-Allah, panjang umur kita jumpa.

    Ziraziz,
    hehhe... masa mula tengok botol dia pun, rasa pelik juga.
    Bila rasa, baru tau, sedap. :)

    Kak Suzie,
    akak beli clutch? Wow!
    Yati tak pernah sampai Baru Kurau, kak.

    Fida,
    tak nampak, kalau nampak, mesti dah beli. Macam orang siam buat tomyam tu kan, bestnya!

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak Erna. Betul. Dia tak banyak gas sangat. :)

    Kak Nza,
    sekali-sekala, kak. :)
    hehhe... siap minum dari botol je kan kak, pakai straw. :)
    ooo. Yati pun baru tau pasai belacan ni. Tengok orang pakai.

    Kak Yus,
    Ha ah. Lain dari bungkus belacan biasa, kan.

    MP,
    ya ke. Anak Yati, Amirul, pantang letak dalam peti ais, habis dia minum.

    h4ni3,
    hehhe... tu le, nostalgik! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea