Thursday, September 29, 2011

Felt hairclip dan bunga crochet

Assalamualaikum...

Semalam Yati demam. Dah 2 hari badan rasa lenguh. Pastu semalam tak larat dah. Baring je, badan rasa seram sejuk. Yati tak ke klinik. Tapi rasanya, ada kena mengena dengan kencing kotor. Yati selalu malas ke toilet untuk buang air kecik. Terlalu occupied depan komputer, atau kat dapur, buatkan Yati tangguh hajat ke toilet. Tak elok, kan. Jangan buat macam Yati ya. Masa pregnant memang selalu kena kencing kotor ni. Kalau pergi klinik, mesti doktor bagi ubat air yang rasa macam air kelapa tu. Tapi bagi Yati, boleh baik sendiri, cuma ambil masa sehari dua kalau minum air banyak dan rajin ke toilet. Hari ni Alhamdulillah, dah ok sikit.Selera makan tak ada, mulut rasa pahit. Bila kita dah sakit, baru la rasa nak jaga kesihatan betul-betul. Bila sihat, tak ingat langsung nak jaga kesihatan. Makan sesuka hati.

Yati buat felt hairclip. Dah lama siap. Tapi takde idea nak letak apa atas hairclip tu. Lepas tu, tengok la kat luar, pokok bunga Yati dah layu. Malas siram pokok sekarang. Husband yang ambik alih tugas siram pokok. Nampak la pokok gantung Yati ni. Daun dah layu, tapi bunga masih segar.


Yati buat bunga dari felt berinspirasikan dari bunga gantung Yati tu dan lekatkan atas hairclip.

Buat 3. Cuba-cuba, kali pertama buat. Sebab baru beli glue gun. tak reti guna punya pasal, buka youtube, camana nak guna hot glue gun ni. Hehhe..


Bunga crochet tu pula, Yati nak buat sebagai koleksi. Sebab bila ada projek cross stitch atau knit, boleh letak sebagai hiasan. Yati suka bunga crochet ni la, berbanding bunga knitted. 

Husband Yati cakap, Yati terlalu serius buat kerja ni. Sebenarnya, betul. Yati dah hilang seronok buat kraf dan cross stitch. Yati anggap benda ni kerja dan bukan benda yang Yati enjoy buat, macam dulu. Lagi satu, bila Yati cuba buat benda baru tapi tak jadi atau tak ok di mata Yati, Yati cepat kecewa. Jadi, Yati nak slow down sikit, enjoy every moment dan ambil masa buat benda yang bagi kita happy. Dulu ada juga Yati main game sambil kerja, dengar lagu, layan tv waktu siang. Tapi sekarang memang takde. Agak boring hidup Yati. Check homework anak-anak hari-hari buat rasa boring, masak hari-hari rasa boring, semua la rasa boring. Astaghfirullahalazim...

Nasib baik demam. Jadi, ada masa break dan muhasabah diri sikit. Today, I choose to be happy. ^_^

16 comments:

  1. Sian, Yati kita ni...harap2 dah ok :) kalau Yati nk cuba petua yg saya dpt waktu pregnant dgn Hazel dulu & tk boleh mkn ubat : ambik 1 tbsp soda bikarbonat campur dgn 1 gelas air mask, minum. Insya'allah baik lah keadaan Yati tu.
    Cantik clips tu, kemas je jahitan, Yati. Tu lah, bila kita anggap buat kraf ni satu pekerjaan akan jd beban & bosan. Kena take it easy, Yati :) Saya ada quote nk share dgn Yati, nanti saya email ye...

    ReplyDelete
  2. melor pun rasa kasihan yati.email la melor luahkan apa yang ada kat hati tu. moga dengan cara ni boleh tenangkan hati yati.

    ReplyDelete
  3. sabar je yati... kita ni manusia mmg selalu raa mcm tu... akak dulu kerja pun boring, skrg duduk umah pun boring gak... hahaha... tapi betullah, once hobby dah bertukar jadi kerja, mmg tak enjoy... tapi nak support hobby esp mcm cs ni, kenalah keje jugak kan... kalo tak camnelah nak beli brg2 kraf yg mahal2 tu... oklah yati, take care and get well soon...

    ReplyDelete
  4. Yati, jadi surirumah mmg keje yg buat kita cpt boring sbb mengadap benda yg sama setiap hari. Kekadang buat craft yg utk seronok2 cam cuba design baru pun akan buat kita boring & sakit ati. Antara yg saya buat bila tiba masa2 camtu, amik wudhu, baca quran & terjemahnya, pastu sambung dgn baca buku @ majalah yg berilmu @ motivasi..,jangan kartun or hiburan....nnt lg stess. Spend 1/2 jam - 1 jam utk tu.kita akn leka dgn dunia buku & ilmu. Percayalah lepas tu mesti ok. Cubalah.... :)

    ReplyDelete
  5. betul ckp k.yati, enjoy the moment..sbb ms yg berlalu xkn kembali...

    ingat k.yati..Hidup mesti HAPPY ha3...

    ReplyDelete
  6. Yati...akak dulu ngandung first kena kencing kotor ,petuanya rebus kacang hijau dengan gula tanpa santan memang lega.
    Boring ...hahah tau tak sapa peneman akak bila husband tak ada anak-anak dan blog nilah.Kalau facebook husband tak berapa suka sebab kawan2 kita lelaki dan perempuan so tak suka nak cakap personal kat situ.tapi dalam blog ,kawan2 blog tak kenal kita personal so cerita apa pun selalu pendapat yang jujur kan ....

    ReplyDelete
  7. ada masa kita rasa mcm boring aje hidup ni,asyik benda yg sama kita buat,kekadang tu ada rasa juga nak tinggalkan semua ni,nak jadi mcm bdk habis sekolah,rasa seronok aje tak ada nak fikirkan tanggungjawab..nasib baik sekrang ni ada intenet kurang sikit rasa boring tu.....kdng sampai hubby marah asyik ngadap lappy aje,..yg lagi teruk bergaduh dgn dia berebut nak guna lappy..lagi teruk perangai ct kan...

    ReplyDelete
  8. Btl tu Yati, time kita sihat kita xingat nk jaga kesihatan, bila dah sakit br nk nyesal, tp alhamdullilah xde sbrg sakit yg berat, sakit sikit2 tu Allah bg ujian kat kita kan? suapay kita tidak alpa padaNYA...redha jelah...

    Jgn kata Yati boring, sy yg keja hari2 ni pun boring dgn keja2 pejabat ni, rs nk dok rmh plk, tp bila di rmh lama2 pun boring jgk...huhu

    ReplyDelete
  9. assalam yati..semoga cepat sembuh ye..
    rajin2 minum air barli yatie..yang rebus sendiri tu..

    ReplyDelete
  10. Salam mesra. :) Kak Fash nak ajak lawati www.portalwanita2u.blogspot.com.

    Dapatkan juga update di sana setiap masa. Jom suggest this blogshop pada kawan² juga ya. :)

    Pelbagai produk kecantikan & kesihatan ada di sana. Recommended products - Sabun Pelangsingan Badan, Sabun Payudara, Herba Dara Semula, Krim Manjakani, Jus Asmaranita, Jus Bidadari, Minuman Super Maxx 5+1. :)


    Kini terdapat Promosi Istimewa : Tawaran Hangat : Pakej Bajet Istimewa

    ReplyDelete
  11. SALAM KAK..

    enjoy apabila buat kerja mmg seronok kan...kita tak tertekan..

    cayalah akak..keep it up :-)

    ReplyDelete
  12. Kak Aisyah,
    Yati ok, kak. :)
    Thanks for the petua, ya. Next time boleh buat kalau terjadi lagi. Alhamdulillah, dah ok hari ni.
    And thanks for the quote, kak Aisyah. Hmm... buat renungan Yati. ^_^

    Melor,
    Thanks, Melor. Alhamdulillah, Yati takde apa pun. Mood down kejap je. :)

    Kak Nisa,
    itu satu point juga tu. Barang kraf dan supplies comes with money. Tapi Yati fikir positif je. Thanks, Kak Nisa. :)

    Natasha,
    Terima kasih. Memang berkesan cara Natasha tu, Yati dah cuba. :)

    Ziraziz,
    Ya, betul! Hidup mesti happy! ^_^

    Kak Suzie,
    Thanks for the petua, kak. Betul, Yati pun setuju. Kalau cerita kat blog, rasa lebih release dan kawan-kawan banyak membantu. :)

    Ct,
    Ush, bahaya tu, sampai berebut lappy. Kena beralah salah sorang. :)

    Kak Su,
    Timacih, kak!!

    Hajar,
    Betul, bila sakit, mungkin sebagai reminder kat kita, supaya muhasabah diri sikit.
    Hehhe... Hajar boring kerja takpe, hujung bulan, masyyuuukkk..

    kak Erna,
    waalaikumsalam kak Erna. Yati dah minum dah air bali tu. Dengan bali-bali Yati telan. Walau pun rasa tak sedap. Alhamdulillah, hari ni dah tak rasa sakit dah. :)

    Kak Fash,
    Bila free saya jenguk ya. Terima kasih atas jemputan.

    sahromnasrudin,
    ye.. one of those days lah kan, ada hari mood juga down. Tapi kena la buang jauh-jauh, dan senyum. Baru hidup ceria. :)

    ReplyDelete
  13. moga cpt sembuh ye...jgn lupa mkn ubat....

    kalau ada anak pompuan yati dh xpyh beli hairclip dh..buat sndiri...cantik!!!!!

    ReplyDelete
  14. hapy2 selalu jangan di ingatkan sangat k..

    ReplyDelete
  15. Kak Nza,
    Alhamdulillah, Yati dah sihat. Timasih, kak Nza. :)
    Hehhe.. malangnya Yati takde anak pompuan. Buat untuk jual, kak. :)

    Run Away,
    Thank u. Betul, hidup kena happy. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea