Tuesday, September 13, 2011

Bunga crochet

Assalamualaikum...

Hafizan hari ni ok sikit, banding semalam. Dia punya jari tu, yang dalam ada air tu (sila refer entri semalam), nampak macam kecut sikit. Semalam lepas bagi antibiotik, dia muntah. Pastu cuba lagi bagi ubat, dia telan sikit je antibiotik dan ubat tahan gatal. Agak-agak kalau benda tu pecah, keluar air tu, pedih tak? Ada 2 yang besar, sebesor syiling 5 sen. Yang kat kaki ada, tapi kecik-kecil, dan tak banyak ada air dalam. Kat tapak kaki pun ada. Tapi nampak dia ok la sikit hari ni.

Hari ni pun Hafizan tak pergi sekolah. Sebab doktor kata, boleh jangkit kat budak lain kalau budak tak kuat.Yati geram juga kat dia. Sebab susah betul nak bagi dia makan ubat.

Ok. Semalam, buat pertama kalinya, Yati cuba crochet bunga! Nak tengok tak?

Ekor bunga belum weave-in.

Bahagian tengah tu, dia punya base, kurang kemas, kan. Hmm.. kena praktis lagi.

Cuba lagi dan lagi...

Ha ha, macam-macam rupa ada.
Yang tak cukup kelopaknya, masih tak puas hati lagi, nanti nak buat lagi.

Yati rasa kan, buat bunga crochet ni, lagi senang dan tak ambil masa yang lama, banding kita nak knit bunga. Betul. Tak caya, leh cuba. Dah la kalau kita nak knit bunga, kena cast on banyak stitches. Seronok juga. Waktu takde order cross stitch ni la, boleh belajar benda baru.

Macam hari tu, buat knitted pouch tu. Yati belajar nak block knitted piece tu. Biasa sebelum ni, buat pouch, cuma knit garter stitch. Bila kita stokinette stitch, dia jadi bergulung, susah nak jahit seam dia. Kena block dulu. 

Nak cuba crochet bunga lagi.. jumpa lagi! ^_^

17 comments:

  1. besar duit 5 sen? pedihnya..tsss..
    yati cerita pasal teknik knit, stitch, crochet sy tak paham sbb tak tau benda2 tu hehehe. btw, good luck yati ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sian Hafizan..Yati cuba cari krim nama C1 kat farmasi. Dulu saaya pun kena kudis kat tanagn & kaki. Cuba bermcm2 ubat tp C1 yg bg elok/kering. Tak tau lah saya kat semenanjung panggil apa krim ni sbb kat KK, Sabah ada 1 je farmasi yg jual.
    Comel dah bunga tu, Yati! Nak bg kemas biasalah, praktis x3!

    ReplyDelete
  4. mst pedih n gatal kan ..sian hafizan...

    sy cuma mampu bt crochet ni dlm mimpi je la... :)

    ReplyDelete
  5. yati,
    k shima berangan nak buat crochet munge2 ni.... dah cantik dah tu ti...

    ReplyDelete
  6. ouchh pedih dan gatal besar lak tu..sian dia... rajinnya buat sy nie keras tangan tak pandai buat camnie...huhu

    ReplyDelete
  7. akak suka pink erk?? byk hasilan akak msti ada pink kan...:-)

    ReplyDelete
  8. sian hafizan....harap2 cepat sembuh yer...

    p/s...semua yg yati buat..mmng comel..!!!!!

    ReplyDelete
  9. klu pecah tu mmg pedih klu terkena air... macam kes terkena minyak panas waktu menggoreng jejemput... dia ada ngelembung jugak...

    antibiotik tu mesti dimakan hingga habis utk melawan jangkitan kuman dlm darah... klu xnak makan kena paksalah... untuk kebaikan bersama katanya...

    kira dh menjadilah crochet tu, kan sy dh ckp crochet lbh mudah berbanding knit.. selamat praktis... pas ni dh boleh buat amigurumi :)

    ReplyDelete
  10. kesian,bdk2 ni klau sakit mmg tak nak mkn ubat,...pas tu masa kecil ni klu demam cam tu susah betul nak jaga..dugaan

    ReplyDelete
  11. Eis,
    Tu la, macam kena chicken pox tu la. Ngeri kita tengok. Tapi Alhamdulillah, Hafizan dah sembuh hari ni. Sulaiman pula yang kena.
    Thanks, Eis. Seronok pula buat crochet ni. Dah tambah hobi baru Yati selain cross stitch dan knit. Tapi tak leh lawan Eis lagi, dalam sewing. :)

    h4ni3,
    Timacih!! :D

    Kak Aisyah,
    sign-in guna id sape tu? Hehe..
    Thank you, kak. Ada ubat sapu doktor bagi. Dia bagi kecut tempat gatal tu.
    Itu la dia, kena praktis lagi. Tak leh lawan bunga kak Aisyah, lagi cute! :)

    Ziraziz,
    Hafizan dah ok hari ni, cikgu. Alhamdulillah. Tapi dah jangkit kat Sulaiman pulak.
    Hehhe... kena ada minat nak buat. Sebenarnya, tak susah mana pun. :)

    Walnut Shoppe,
    terima kasih! :D

    Kak Shima,
    kak Shima pun boleh buat juga. Tak susah, yang penting, minat, sama macam cross stitch juga. :)

    Puan Zai,
    Alhamdulillah, Hafizan dah ok. Jangkit kat adik dia pula.
    Ye ke.. belum cuba, belum tahu. :)

    Sahromnasrudin,
    pink tu sweet. Lagi pun banyak benang kait pink kat rumah. :)

    MP,
    timasih. Hafizan dah sihat, Sulaiman pulak yang kena.
    Timasih, baru belajor ni. :)

    Az,
    itu la dia. Hafizan ok sikit makan ubat banding adik dia ni. Tapi akan usaha juga sumbat budak ni ubat. :)
    Betul cakap Az. Mungkin sebab kita dah biasa knit. Rasa crochet ni, lagi cepat siap. :)

    Ct,
    Dugaan kan. Tapi dah jadi tanggungjawap kita. Tak nak makan ubat, kena paksa juga.

    ReplyDelete
  12. yeay!!!!! yati dah start crochet...bestny2...tak sabar nak tengok hasil2nya nanti :)

    ReplyDelete
  13. Fida,
    Alamak, malu le kita. Baru nak belajor ni. Senget-benget ada, kelopak bunga tak cukup ada, hehe..

    ReplyDelete
  14. Yati,

    kakyong singgah ni... lama nya tak jengah Yati..

    bunga2 comel crothet ni buleh buat FM... apa kata Yati try..
    kakyong pun dah lama tak mengait.. jarum crothet ntah ke mana hilang.. & ntah bila nak mula semula...

    ReplyDelete
  15. Kakyong,
    dah boleh online ya? Streamyx dah ok?
    Good idea. Thanks, kakyong. Yati cadang, bunga crochet tu, nak tampal di sepit rambut. Kakyong mesti lagi terer crochet. Yati baru nak belajar ni. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea