Sunday, September 04, 2011

Balik rumah dah...

Sudah selamat sampai rumah malam semalam, dari kampung encik Abe di Tumpat. Gambar masa balik takde, masa on the way ke Tumpat, ada. Kami bertolak masa raya kedua, dari Lumut.

Sulaiman dan Amirul

Gambar atas masa berenti di hentian titiwangsa, dekat Banding. Encik abe pi bawak Hafizan pi toilet masa ni.

Sulaiman ni, masa pergi dan balik dari Kelantan dia muntah. Selalu kat sini dia buat hal, sakit perut. Masa pergi takpe lagi, muntah masa berenti. Masa balik, muntah atas Yati. Asyik stop je korje kami ni. 


Hujan menyambut kedatangan kami. Lepas je berenti, hujan rintik. Dan kabus pun macam waktu pagi je, padahal waktu gambar ni di amik, dalam pukul 5 petang.

Selamat sampai Kelantan malam juga. Ada jalan ke Rantau Panjang ditutup, ada pokok tumbang. Alhamdulillah, selamat sampai juga. 

Esoknya, mulalah ziarah sedara mara dan adik beradik. Pi beli barang sikit kat Pengkalan Kubor. Kami pi Kota Bharu pagi-pagi, untuk elak jem. Pi Pasor Siti Khadijah, cari serunding daging, belacan siam, dan barang-barang yang tak leh jumpa la kat sini.

Ni masa kat pasor, tunggu encik abe bawak anak masuk toilet.
Tu je la. Sampai la ke malam terakhir di kampung, ada sedara buat bakor-bakor pulak. Barbeque daa... gambor takde. Ingat nak jumpa kawan lama, tapi tak sempat. Anak-anak tidor awal. Tak sempat makan ayam bakor, dah ngantuk nak tidor. Tapau je la, makan umah mek.

Selamat dah, balik rumah. Raya korang camana pula? Esok mula la balik rutin biasa, korje le kita yek. ^_^

14 comments:

  1. assalam yati...selamat hari raya aidilfitri..alhamdulillah dah selamat sampai..

    ReplyDelete
  2. tu ler pasei..
    sekejap jer dah abes seminggu
    hehe

    ReplyDelete
  3. slmt blk ke rumah & mnghabiskan "raya" hehe...

    bes kn ayam bakor...

    ReplyDelete
  4. dah lama tak ke kelantan. dulu masa en. abah keja sana, sampai rasa nak termuntah asik ulang alik ke sana

    ReplyDelete
  5. saya dah nak balik malaysia... raya di malaysia pulak. Yea!

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya yati... kalau dtg Kl jom singgah rumah akak yerr.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Yati.. Maaf zahir & batin... Saya pun balik Kelate jugak tapi tak sempat nak membeli pun.. Sulaiman nampak dah besar la dalam gambar raya nih.. :)

    ReplyDelete
  8. salam yati and geng2 lain semua... harap bergembira and had great time di masa raya tuh....now dah start keja..uwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. udah abes raya, stat korje le kite cik yati

    ReplyDelete
  10. Kak Erna,
    waalaikumsalam.
    Selamat hari raya! :)
    Alhamdulillah, baru hari ni rasa ok sikit. Semalam penat berjalan masih terasa, satu hari dalam kete.

    ckLah,
    Saya bertugas di rumah je. :)

    Norh,
    Selamat hari raya, Norh! :)

    h4ni3,
    Ya, kejap betul. Hari ni dah buka sekolah.

    Ziraziz,
    Best. Musim cuti, 'bina badan'. Makan sesaje.

    Kak Su,
    ye kan kak. Jauh perjalanannya. Muntah pening tu perkara biasa.

    Dr. Ben,
    Oo.. dah nak balik dah ya? Semoga selamat dalam perjalanan. :)

    Kak Mila,
    Selamat hari raya, kak Mila! Hehe.. ntah bila la nak ke KL, kak.

    Zila,
    Selamat hari raya! Maap zahir batin, Zila. Nape tak sempat nak membeli tu? Ni mesti jadual penuh, kutip duit raya ni ya? Hehhe.. gurau je ya. Sulaiman dah masuk 3 tahun last 23rd August. Nampak makin panjang badan, dah susut sikit.

    Fida,
    Hahaha... rajin-rajin la korje. Bawak la kueh raya pi ofis! :)

    Puan Zai,
    Bekerja la kita sekuatnya, yek! :)

    ReplyDelete
  11. ari tu blk kelantan pun ayu ikut grik.tapi kt titiwangsa tu tak berenti pun. ikut jln tu teringat yati cite pasal 'bab*' tunggal tu..hehe.

    ReplyDelete
  12. Ayu,
    Hehe.. tu pagi buta le. Kalau siang ramai orang, mesti binatang tu tak keluar.
    Lalu kot situ ya? Tak ikut Karak ke? :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea