Friday, September 30, 2011

Page Award dan things that make me smile...

Assalamualaikum...

Yati ada tambah satu lagi page kat blog Yati ni. Khas untuk tampal award-award yang pernah kawan-kawan bagi. Itu pun Yati rasa, ada yang Yati tertinggal nak tampal. Rasa macam artis la pulak. Hehhe.. Ada kawan yang bagi award tu yang sekarang dah tak aktifkan blog dia dan yang dah lama Yati tak singgah. Tapi Yati gantung juga la, buat kenangan. ^_^

Award paling baru terima, dari kak Dee. Thanks, kak Dee.

 Lagi... meh tengok gambar yang boleh ceriakan Yati kat bawah...

Sulaiman, masa 1 tahun
Sulaiman, pakai spek bapaknya
Amirul
Eh, ni gambar masa kami nikah la. ^_^ Tahun 2001
Sulaiman, baru lahir
Gambar Hafizan dan Amirul masa lahir takde dalam softcopy. Sebab masa tu, takde camera digital lagi. Kamera yang amik, cuci, simpan dalam album tu. Hehhe..

Yati dapat tahu hari ni, ada seorang kawan masa study, akan menunaikan haji dalam masa terdekat ni. Semoga Mimie selamat pergi dan selamat kembali. Sebaya dengan Yati. Semoga dapat menjalani ibadah haji di sana dengan tenang. Bila pula la giliran kita, kan. Rasa gembira untuk dia, plus sayu pula. ^_^

Selamat berhujung minggu semua!

Thursday, September 29, 2011

Felt hairclip dan bunga crochet

Assalamualaikum...

Semalam Yati demam. Dah 2 hari badan rasa lenguh. Pastu semalam tak larat dah. Baring je, badan rasa seram sejuk. Yati tak ke klinik. Tapi rasanya, ada kena mengena dengan kencing kotor. Yati selalu malas ke toilet untuk buang air kecik. Terlalu occupied depan komputer, atau kat dapur, buatkan Yati tangguh hajat ke toilet. Tak elok, kan. Jangan buat macam Yati ya. Masa pregnant memang selalu kena kencing kotor ni. Kalau pergi klinik, mesti doktor bagi ubat air yang rasa macam air kelapa tu. Tapi bagi Yati, boleh baik sendiri, cuma ambil masa sehari dua kalau minum air banyak dan rajin ke toilet. Hari ni Alhamdulillah, dah ok sikit.Selera makan tak ada, mulut rasa pahit. Bila kita dah sakit, baru la rasa nak jaga kesihatan betul-betul. Bila sihat, tak ingat langsung nak jaga kesihatan. Makan sesuka hati.

Yati buat felt hairclip. Dah lama siap. Tapi takde idea nak letak apa atas hairclip tu. Lepas tu, tengok la kat luar, pokok bunga Yati dah layu. Malas siram pokok sekarang. Husband yang ambik alih tugas siram pokok. Nampak la pokok gantung Yati ni. Daun dah layu, tapi bunga masih segar.


Yati buat bunga dari felt berinspirasikan dari bunga gantung Yati tu dan lekatkan atas hairclip.

Buat 3. Cuba-cuba, kali pertama buat. Sebab baru beli glue gun. tak reti guna punya pasal, buka youtube, camana nak guna hot glue gun ni. Hehhe..


Bunga crochet tu pula, Yati nak buat sebagai koleksi. Sebab bila ada projek cross stitch atau knit, boleh letak sebagai hiasan. Yati suka bunga crochet ni la, berbanding bunga knitted. 

Husband Yati cakap, Yati terlalu serius buat kerja ni. Sebenarnya, betul. Yati dah hilang seronok buat kraf dan cross stitch. Yati anggap benda ni kerja dan bukan benda yang Yati enjoy buat, macam dulu. Lagi satu, bila Yati cuba buat benda baru tapi tak jadi atau tak ok di mata Yati, Yati cepat kecewa. Jadi, Yati nak slow down sikit, enjoy every moment dan ambil masa buat benda yang bagi kita happy. Dulu ada juga Yati main game sambil kerja, dengar lagu, layan tv waktu siang. Tapi sekarang memang takde. Agak boring hidup Yati. Check homework anak-anak hari-hari buat rasa boring, masak hari-hari rasa boring, semua la rasa boring. Astaghfirullahalazim...

Nasib baik demam. Jadi, ada masa break dan muhasabah diri sikit. Today, I choose to be happy. ^_^

Tuesday, September 27, 2011

Hari Sukaneka Hafizan

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang sibuk bagi kami. Padat dengan aktiviti. Hari Jumaat lagi kami dah balik Lumut, rumah mak. Sebab husband Yati hari Sabtu, kerja sana. Sabtu petang balik semula ke Seri Iskandar. Hari Ahad, awal pagi, ada hari Sukaneka PASTI di padang bola RPA Gelung Pepuyu, Bota. 

Kami tak pernah pergi Gelung Pepuyu ni. Jadi, untuk elak sesat, kami keluar awal pagi. Jom kita tengok gambar.

Hafizan masa perbarisan
Hari Sukaneka ni, disertai dengan 10 cawangan tadika PASTI di daerah Parit. Kesian tengok budak-budak berdiri dalam barisan masa vip berucap merasmikan, sebab masa tu matahari dah naik.

Makan Hafizan, nanti nak main sukan pula.
Sekolah Hafizan tak berapa ramai yang datang. Mungkin ramai yang balik kampung. Untuk yang 6 tahun punya acara pun, Hafizan masuk juga, sebab tak cukup orang. Hafizan ni, anak kedua Yati, baru 5 tahun.

Masukkan bola dalam tin
Lari pakai kain
Gelecek bola guna raket
Bawa getah guna straw
Penat tengok Hafizan, tapi dia enjoy. Hari Isnin sekolah Hafizan cuti. Jadi hari ni balik sekolah, ada 6 hadiah Hafizan bawa balik, suka dia. Tupperware dan bekas air. Hehe..

Amirul
Sulaiman
Kami balik awal, dah habis acara budak-budak ni. Cikgu dia kata pun boleh balik. 

Pukul 3 petang hari Ahad, Yati pi gotong royong masak untuk jamuan raya penduduk kat sini pula. Ada tukar-tukar hadiah, eratkan silaturrahim. Yang pompuan masak rendang daging, kari dalca, nasi dan sebagainya. Kaum lelaki bakar-bakar waktu malam. Lepas maghrib, makan le. Yati amik kambing. Hehhe... lama tak makan. 

Pastu semalam, letih Yati. Setakat tengok email je, nak tengok blog dah tak larat. Cuaca pula tak mengizinkan buka computer. Terus tidor. Yati tak pernah cuci beras sampai 5 kilo tu. Cuci daging banyak-banyak pun tak pernah. Tapi takpe la, bukan selalu. 

Camtu le ceritanya. Tak sentuh langsung kraf ke, jahit ke, sepanjang hujung minggu. Cuma semalam buat cross stitch sikit, ada tempahan. Dah siap dan ready untuk pos esok. 

Bye dan take care semua. ^_^

Thursday, September 22, 2011

Amigurumi anak burung

Assalamualaikum...

Amigurumi mengikut wikipedia, bermaksud seni mengait atau crochet dari Jepun berbentuk stuffed toy. Amigurumi adalah gabungan dari perkataan ami dalam bahasa Jepun bermaksud crocheted atau knitted dan nuigurumi yang bermaksud stuffed doll.

Jom tengok amigurumi pertama Yati cuba buat..

Anak burung. Churp churp..
Alamak, dari belakang, nampak sebelah wing dia tak balance kan.
Adalah berjam-jam juga nak siapkan sebiji anak burung ni. Sebab Yati baru belajar baca pattern crochet. Kesian pula dia sekor, jadi buat lagi sekor.


Kena sembunyi dua ekor anak burung ni dalam kotak. Sebab Sulaiman pantang nampak, dia nak picit je. 

Ok, babai.

Wednesday, September 21, 2011

Felt keychain - aiskrim kayu

Assalamualaikum...

Ini la apa yang berlaku kat Yati sekarang. Kalau ada custom order, kita tahu apa kita nak buat untuk hari ni. Tapi bila takde order ni, tak tau nak buat apa. Hari-hari kena pikio dulu, hari ni nak knit ke, crochet ke, cross stitch ke, apa ke... boring juga, sebab idea takde. 

Tapi memandangkan hari tu pi mandi sungai, Yati makan aiskrim yang lama tak makan ni, kita buat keychain bentuk aiskrim la pula. Sesekali teringin juga, semput kita letak kat tepi. Muhahaha..


Korang kalau beli aiskrim, suka flavour apa? Dulu masa sekolah, aiskrim kayu macam ni ada satu jenis tu, color putih, dia letak asam boi. Sedapnya. 20 sen je waktu tu.

Orait, jumpa lagi...

Tuesday, September 20, 2011

Felt keychain - cupcake

Assalamualaikum...

Lama tak buat felt keychain.


Ada sikit penambahbaikan. Yati guna eyelet untuk key ring tu. Harga keychain RM4 sebiji, tapi kalau order banyak, harga boleh dirunding. ^_^

Kalau nak jamu mata tengok bentuk-bentuk keychain Yati pernah buat, boleh ke page Yati and Stitch kat FB.

Hmmm... lepas ni nak buat bentuk apa pula ya. Tunggu...

Monday, September 19, 2011

Mandi sungai

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang panjang rasa cepat je berlalu, kan. Dapur Yati tak berasap. Dari hari Jumaat kami penuhi jemputan open house hari raya dan kenduri sekitar kawasan perumahan kami ni. 

Cuma sekali, kami jalan jauh sikit, ke Gopeng. Ada kenduri cukur jambul cucu seorang ofismate husband Yati. Yang ni, special sikit, sebab tuan rumah cakap, bawak la baju extra, boleh terjun sungai.

Sesungguhnya, ini la pertama kali kami sampai ke tempat ni. Tempat mandi manda. Selalu kalau nak terjun, kami ke Ulu Kenas. Ni ada alternatif lebih dekat sikit. Terletak di Kampung Jahang, Gopeng. 

Rasa sejuk dan nyaman masuk kawasan kampung ni. Jauh beza dengan rumah kami di kawasan lombong tu, yang panas dan kering. Ate, jom kita tengok gambor...

Laju le juga arusnya, tapi ayornya tak berapa dalam
Ada juga chalet. Milik persendirian ada, milik JKKK kampung pun ada.
Dari jauh, ingat ke rimau
Bangla naik motor jual aiskrim pun ada. Apa lagi, budak-budak ni, suruh le kita beli

Sejuknya ayor!
Sulaiman yang seksi..
Boleh la datang lagi lain kali. Lepas makan kenduri, mandi sungai, balik, ada lagi open house rumah jiran. Makan lagi. Pastu, tidoq! Mana la tak gemuk, yek.

Hari ni hujan pula. Jemur kain dalam rumah rasanya lagi cepat kering, sebab matahari takde. Ok le, nak pi buat kerja rumah sat. Jumpa lagi...

Thursday, September 15, 2011

Lagi cubaan crochet

Assalamualaikum...

Semalam saya test crochet lagi. Belajar crochet bola kecik. Bola crochet ni, kalau buat amigurumi, boleh dijadikan bahagian kepala.


Menarik juga kalau buat amigurumi ni, yek. Tapi, nanti dulu, Yati belajar yang simple-simple dulu. 

Lagi, Yati jumpa satu tutorial super cute kat youtube, kena try!

Mini coin pouch
Kecik je mini coin pouch ni. 


Boleh muat syiling 50 sen dan beberapa keping syiling lain. Kalau tak sempat top-up kredit handphone, boleh lari pi public phone dekat, dengan membawa mini coin pouch ni dengan gaya ala-ala budak kecik. Hehe...

Amirul bila nampak, suruh mama buat satu lagi untuk dia. Nak buat sangkut kat bag sekolah.

Amirul pilih sendiri, nak benang dark blue.
Alhamdulillah, Hafizan sudah baik. Semua gatal-gatal sudah kecut. Hari ni, Hafizan dah ke sekolah. Tapi... dah jangkit kat Sulaiman pula! Hafizan dan Sulaiman ni suka main stunt-stunt ala gusti tu, mana la tak jangkit. Jadi, lepas ni, paksa budak kecik tu pula makan ubat. 

Ha, esok cuti. Weekend yang panjang, kan. Selamat Hari Malaysia! Peace! ^_^

Tuesday, September 13, 2011

Bunga crochet

Assalamualaikum...

Hafizan hari ni ok sikit, banding semalam. Dia punya jari tu, yang dalam ada air tu (sila refer entri semalam), nampak macam kecut sikit. Semalam lepas bagi antibiotik, dia muntah. Pastu cuba lagi bagi ubat, dia telan sikit je antibiotik dan ubat tahan gatal. Agak-agak kalau benda tu pecah, keluar air tu, pedih tak? Ada 2 yang besar, sebesor syiling 5 sen. Yang kat kaki ada, tapi kecik-kecil, dan tak banyak ada air dalam. Kat tapak kaki pun ada. Tapi nampak dia ok la sikit hari ni.

Hari ni pun Hafizan tak pergi sekolah. Sebab doktor kata, boleh jangkit kat budak lain kalau budak tak kuat.Yati geram juga kat dia. Sebab susah betul nak bagi dia makan ubat.

Ok. Semalam, buat pertama kalinya, Yati cuba crochet bunga! Nak tengok tak?

Ekor bunga belum weave-in.

Bahagian tengah tu, dia punya base, kurang kemas, kan. Hmm.. kena praktis lagi.

Cuba lagi dan lagi...

Ha ha, macam-macam rupa ada.
Yang tak cukup kelopaknya, masih tak puas hati lagi, nanti nak buat lagi.

Yati rasa kan, buat bunga crochet ni, lagi senang dan tak ambil masa yang lama, banding kita nak knit bunga. Betul. Tak caya, leh cuba. Dah la kalau kita nak knit bunga, kena cast on banyak stitches. Seronok juga. Waktu takde order cross stitch ni la, boleh belajar benda baru.

Macam hari tu, buat knitted pouch tu. Yati belajar nak block knitted piece tu. Biasa sebelum ni, buat pouch, cuma knit garter stitch. Bila kita stokinette stitch, dia jadi bergulung, susah nak jahit seam dia. Kena block dulu. 

Nak cuba crochet bunga lagi.. jumpa lagi! ^_^

Monday, September 12, 2011

Last weekend...

Assalamualaikum...

Kawan-kawan pekabo hari ni? Moga anda semua sihat sejahtera. Dengornya, banyak kes cirit birit, sakit perut, sebab pi openhouse. Kami satu family pun silih berganti, sat orang ni batuk, sat orang ni selsema, sat demam pulak. 

Hari Sabtu lepas, ada majlis sambutan hariraya, organize oleh pejabat husband. Buat di restoran Syabu-syabu di Lumut. Kami ni, nama je selalu balik rumah mak di Lumut, tapi pusing-pusing juga cari restoran tak jumpa. Oh... restoran steamboat rupanya. 

Notice pipi saya yang kembung? Bukan pipi saje, semua berkembang dengan pesatnya ya.

Nasib baik sebelum ni dah singgah mamak dulu. Sebab Hafizan ngadu lapor. Dia orang dah pekena roti canai. Jadi, takde la budak-budak buat hal sangat, sebab depa tak makan steamboat ni. Amirul try sosej sikit je, pastu dah tak nak. Makan ice-cream je la budak-budak ni, mak bapak lantak steamboat.

Sulaiman tanya, awat lama benor orang depan tu berucap..? Posing dulu.
Hafizan dah ngantuk!
Kalau majlis atau jalan waktu malam, macam ni la keadaannya. Anak-anak jenis tidor awal, pukul 9 malam dah tak larat buka mata.

Dapat cabutan bertuah. Tahun lepas balik awal, tak tunggu sampai habis, jadi tak dapat.
Sampai kat rumah, semua orang lepak. Masa dalam kete Hafizan ada cakap kena gigit nyamuk kat kaki. Dia gatal-gatal. Banyak la juga bekas merah-merah.

Hari Ahad, semalam, sapu minyak. Bila petang, gatal-gatal tu naik ke tangan.

Macam ada air kat dalam
Kami ingat mula-mula macam kudis buta. Takut juga kot chicken pox. Hari ni Hafizan tak pergi sekolah. Pi klinik, doktor cakap, jangkitan kuman dalam darah. Bila bagi makan ubat, Hafizan muntah balik. Macamana la nak baik ni. Risau kita. Tapi dia ok, sihat, boleh main-main. Cuma dia suka garu.

Gambar masa raya, dari kiri Hafizan, Sulaiman dan Amirul.
Tu je la cerita hari ni. Sambung lain hari pula.

Saturday, September 10, 2011

Knitted pouch

Assalamualaikum...

Yati ada upload gambar raya kat facebook. Nak tengok, sila tengok sini ya

Hari tu, projek knit tu Yati kata nak buat shoulder bag untuk budak, kan. Tak jadi la. Itu malas juga sudah datang. Hari-hari juga mau tengok tv, banyak citer hari raya. Jadi, Yati buat pouch saje, sesuai untuk isi handphone.

Bahagian depan
Bahagian belakang
Bahagian dalam
Doraemon ni pun nak interprem jugak...
Untuk harga dan ukuran, sila lah ke kedai online Yati.

Hari ni hari Sabtu. Kawan-kawan nak ke mana? Ke, ada buat open house? Kami pun nak pi jamuan hariraya malam ni. Baik-baik bawak kete tu ya. Bye!

Wednesday, September 07, 2011

Goodies

Assalamualaikum..

Hari ni Yati terima parcel.


Comel tak? Eee... suka la semua barang-barang kat atas ni. Hasil penat lelah siapkan tempahan cross stitch bulan posa lepas, Yati reward diri sendiri dengan shopping la. Syoknya! Beli online dari Tamu JajaKraf.

Yati beli buttons, ribbons, zip, felt, bells, snapclips, keychain ring, alligator hairclips dan beberapa eBook. Saje, nak mencuba buat dan menambah koleksi buttons. 
More goodies...


Ni bukan datang melalui pos. Tapi beli masa balik Kelantan hari tu. Rugi le wei, dok berjam-jam dalam kete balik kampung tapi tak beli air oren, sarsi dalam botol ni. Kat sini, mana ada jumpa. Tapi lupa amik perasa aiskrim soda. 


Cer teka apa benda ni? Nampak macam kuah rojak je kan. Tapi sebenornya, belacan siam! Ceritanya, masa bulan posa lepas, ada pergi gotong royong masak-memasak siapkan moreh. Yati ada masa sorang kakak jiran tengah blend cili buat sambal belacan. Dia guna belacan siam ni la. Terangkat!! Belacan ni dia dah perah asam limau sekali. Beli kat pasor siti khadijah, KB. 

Hmm... ok la. Anak-anak dah balik sekolah. Nak pi layan. See you later... ^_^

Monday, September 05, 2011

Projek bulan posa lepas

Assalamualaikum...

Tinggal rumah seminggu, amik ko... macam setahun tinggal, berabuk. Ate... apa lagi, menyapu, mengelap, mendobi, sambil makan kueh raya la kita, kan.

Yati baru teringat, belum share lagi projek bulan posa lepas. Ni la projek yang sampai Yati menyepi sebulan tu. Sebab tuan dia nak siap sebelum raya. 

Ape ke bendanya ni..?
Masa order cross stitch masuk, Yati tengah pack barang berkemas nak pindah hari tu. Semua benda masuk kotak, tapi mesti ada projek dalam tangan. Yati cadang nak knit budak punya shoulder bag. Tapi projek knit ni terpaksa diketepikan dulu. 

Order cross stitch datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Sekolah yang sama order potret Sultan dan Sultanah Kedah sebelum ni. Terima kasih kerana memilih Yati sekali lagi. 

Gambar bangunan sekolah. Photo stitch tak terhad pada potret orang saje, apa-apa gambor pun Yati boleh buat pattern, asalkan jelas dan terang gambornya.

Masa ni, hampir siap.
Sudah siap!
Meh tengok dekat sikit
Stitch count: 221 stitches X 86 stitches
Saiz: 62 cm X 24 cm
Tarikh mula: 1 Ogos 2011
Tarikh siap: 23 Ogos 2011

Sekian laporan projek bulan posa lepas. Lepas siap projek cross stitch ni, baru dapat tahu yang kami tak jadi pindah. Husband Yati kena kerja sini lagi, sehinggalah diberitahu kelak, mungkin setahun dua lagi di bumi Perak ni. 

Hari ni dah start rutin biasa. Anak pun dah mula sekolah balik. Selamat bekerja pada yang bekerja! ^_^