Sunday, August 28, 2011

Sudah balik kampung

Hmmm... rumah parents Yati di Lumut sudah ada wifi. Jadi, boleh la online. Tapi pada mereka yang dah bayar duit untuk pattern, saya cuma boleh  proses selepas saya balik nanti, 4 September, sebab printer semua kat rumah saya ya. Harap maklum. Terima kasih atas kesabaran anda.

Ok. Sampai rumah mama Yati, mama tengah potong-potong bawang, cili kering, nak buat rendang pedas daging. Jadi, mari lah kita ke dapur.

Seperti biasa, rendang ayam ka, daging ka, masak kat luar. Pakai dapur arang. Kalau guna dapur gas, kurang ummmph! ^_^

Dah nak kering dah rendang pedas waktu ni.


Lauk pertama untuk raya sudah siap. Err.. lauk ketiga rasanya. Mama dah masak paru (kelempong) masak hitam dan dah rebus lidah.

Ini la rumah mama Yati. 


Kakak tengah dah balik dulu, sebelum kami sampai. Kakak sulung dengan suami sampai sahur esok. Takde la rasa suasana kampung sangat, sebab rumah mama di kawasan perumahan juga. Nanti balik Tumpat, baru la rumah kampung betul, dan rasa lain sikit.

Ok, selamat membuat persiapan hari raya. Selamat buat kueh raya! ^_^

10 comments:

  1. selamat hari raya yati. selamat balik kg. kite x balik kg. huaaaa....

    ReplyDelete
  2. Best kan balik kampung, Yati?? Hazel dgn sy dah siap 3 jenis kuih, ari ni nk buat 1-2 jenis lg. Dia yg beria2 nk buat, mummy dia dah penat dah!

    ReplyDelete
  3. Melor,
    Selamat hari raya, Melor. Maaf zahir batin seandainya ada tersilap kata, tersalah bahasa, sepanjang kita kenal ya, Melor.
    Melor sabor ya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Switch otak kita, tak mau sedih-sedih di hari baik bulan baik ni. Smile and be happy! ^_^

    Kak Aisyah,
    Best. :)
    Haha... Hazel je la incharge, take over tugas mama, jadi masterchef in the house pula. Hehhe... Rajinnya kak Aisyah dan Hazel ni. :D

    ReplyDelete
  4. waa, dh 3 lauk dh msk...besnye..nsb baik kak yati jauh...hehe kalo x, sy dlu g beraya kt kg k.yati...

    ReplyDelete
  5. wahhh...!!! dah siap masak lauk rupanya...seronokkan dapat kumpul ramai2....
    Kelate dah 'sesak' ngan kndraan...akak tak berani nak keluar rumah..heheheh

    ReplyDelete
  6. selamat ari raya buat tuan rumah. seronok dh sampai kg..

    ReplyDelete
  7. Ziraziz,
    hehehe.. boleh je singgah, kot-kot jalan sampai ke Perak. Lupa pula cikgu balik Pahang, tak silap, kan? Ha ah, yek, jauh juga.

    MP,
    ha ah, memang tak leh masuk KB tu kan. Bila la flyover tu nak siap.

    Puan Zai,
    Selamat hari raya! Seronok, semua adik beradik dah kumpul. Setahun sekali je jumpa, masing-masing sibuk.

    ReplyDelete
  8. sedapnya masakan kak Yati... saya ingin ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat kak Yati sekeluarga.. selamat menjamu selera :)

    ReplyDelete
  9. kak yati, esk lps raya kt pahang ni, sy blk kg kat perlis..hehe raya ats jln la...

    ReplyDelete
  10. Sindar,
    Hehhe.. boleh ler nak makan satu family. Kak Yati pun nak ucapkan selamat hari raya, maap zahir batin pada Sindar. Semoga bergembira di hariraya! :)

    Ziraziz,
    Waiya... kat Perlis pula. Jauh tu.. Hati-hati di jalanraya ya! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea