Monday, August 29, 2011

Masak lagi...

Hari ni, dah cukup korum. Sambung masak lagi.

Hari Sabtu hari tu masak rendang daging, kan. Hari ni, rendang ayam pula. 3 ekor ayam. Rendang dah nak kering dah waktu ni. Mama suka ayam biasa, tak suka ayam pencen. Tu yang isi ayam lerai dari tulang, hancur. Tapi senang la nak makan. :)

Ni chef yang incharge mengacau rendang ayam. Kakak sulung Yati ni. Masak guna dapur arang. 

Mama request gulai ayam Yati masak. Ini la dia, belum masak lagi waktu ni.

Ni pun Yati masak juga. Sup kaki dan tengkuk ayam. Pun belum masak masa amik gambar ni.

Sekarang semua dah settle. Tinggal rebus ketupat. 

Banyaknya makanan. Syukur rezeki Allah bagi. Orang Somalia tu takde pun makanan. Orang miskin pun serba kekurangan, kan, tak macam kita. 

Esok raya, kan? Selamat hari raya pada semua! Semoga hari raya kali ni membawa seribu keinsafan dan lebih bermakna pada kita.

7 comments:

  1. sedap rendang ayam hancur tu..best2...

    ReplyDelete
  2. terliurnya tgk sup kaki n tengkuk ayam tu..

    wpn xnmpk dek mata kasar.. :P

    ReplyDelete
  3. Bestnye lauk2 tu, Yati! Dan awal jugak ye masak tu! Suami malam ni baru start masak, rendang besok pagi, takut basi..sy nk ucap lagi pd Yati Selamat Hari Raya, maaf, zahir & batin.

    ReplyDelete
  4. Assalam yati..selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  5. Puan Zai,
    memang rendang ayam hancur tu menu wajib setiap tahun. Colek roti pun best. :)

    Ziraziz,
    Hehhe... tengah masak. Tenggelam/belum empuk lagi tengkuk dan kaki ayam tu. Peberet bapa kak Yati.

    Kak Aisyah,
    Sebab tu kena buat betul-betul kering, kak Aisyah. Insya-Allah, kalau dia kering, tak basi. Malam simpan fridge. Esok pagi, perangat. Everyday re-heat balik. Jadi, dia lambat basi.Sebab kami nak masak semua malam raya, memang tak sempat. Selamat hari raya, Kak Aisyah! Maap zahir batin. :)

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak Erna. Selamat hari raya, maap zahir batin pada kak Erna sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  6. byknyer mknan, syukur atas rezekinyer...

    sedapnyer tgk gulai ayam yati tu, my peberet tau gulai ayam...

    ReplyDelete
  7. Hajar,
    Alhamdulillah, rezeki.
    Ye ke, Hajar? Sama la. Yati suka colek roti. Nasi takde pun takpe. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea