Friday, August 26, 2011

Kueh raya

Assalamualaikum...

syoknya, syoknya, nak raya! Hik hik, macam budak-budak.

Yati tak sempat balas kunjungan kawan-kawan lagi. Esok dah nak balik Lumut. Raya kedua, balik Tumpat pula, sampai sekolah mula balik. 

Banyak tak kueh raya kome tahun ni? Banyak buat ke, banyak tunjuk-tunjuk? :D

Tipu la kalau takde yang tunjuk-tunjuk, ye dak. Kita pi shopping complex, anak dah berkenan, amik sebalang dua. Jiran promosi kueh raya, tak sampai hati pulak kalau tak amik, kan. 

Tapi tahun ni sibuk mana pun, Yati memang rasa nak buat juga. Satu dua jenis, jadi la. Jadi, berikut adalah kueh raya yang sempat dibuat 2 malam lepas dan semalam. Malam ni tak buat dah, nak pack baju balik kampung. Malam-malam sebelumnya, kita sibuk menjahit, bukan jahit baju raya, tapi jahit cross stitch. Alhamdulillah, lega, semua dah siap.

Semprit, tengah tunggu turn masuk oven  

Siap dan disejukkan, sebelum masuk balang.
Ada 2 versi, balang besor semprit ada cherry, balang kecik takde cherry. Anak tak suka.
Kueh raya seterusnya...

Siput, belum digoreng
Sambil layan tv, sambil gentel siput dengen encik Abe. Dia buat lagi laju dari Yati. 

Siap goreng.
Balang besor tu, dapat separuh je. Macam-macam rupa ada, sebab budak-budak pun sibuk nak gentel siput jugak.

Gitu la ceritanya.

Selamat hari raya pada kawan-kawan semua. Tolong maafkan segala salah dan silap Yati. Berhati-hati di jalanraya balik kampung tu. Semoga semua selamat ya. 

Take care semua.

14 comments:

  1. Rajinnyer Yati buat kuih, sy belum buat 1 jenis pun lagi tp yg tunjuk2 tu dah byk..hehe

    Raya ni jemput la ke rmh hjr yer..

    Nk blk kg nti drive carefully ok..

    ReplyDelete
  2. rajin kak yati bt kuih raya...
    thn ni 1 jns kuih pn sy xbt..semua main tunjuk2 je..hehe

    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir Batin ye.. :)

    ReplyDelete
  3. Lama tak nampak yati....selamat hari raya ....buat gak biskut...hehehe tapi dah habis separuh

    ReplyDelete
  4. Hajar,
    hehhe.. Hajar kerja, mungkin kurang masa di rumah. Kueh tunjuk pun orait juga.
    Hajar pun, hati-hati di jalan raya. :)

    Hanie,
    Meh sini meh. Nak pos tak boleh, nanti semprit jadi serbuk. Siput pula, setengah balang dah tinggal suku. Nampak gaya, tak sempat nak raya. Huhu..

    Ziraziz,
    Takde la rajin pun. Sempat 2 jenis je.
    Tunjuk-tunjuk tu pun best, cikgu. Sini nak tunjuk pun, macam tak sedap je tengok.
    Selamat hari raya cikgu! Maap zahir batin. :)

    kak Suzie,
    Itu le. Hampir sebulan juga Yati tak online. Selamat hari raya, kak Suzie! Hehhe... kena buat baru tu, kang tak sempat raya, dah abis. :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknye kuih semprit tu! Boleh bg resipi?? Kuih siput! Favorite tu!

    ReplyDelete
  6. wahhh... kueh semperet tu ! sedapnya ! nnti datang lumut jemput datang rumah ye ! ngeeee

    ReplyDelete
  7. assalam yatie..selamat hari raya maaf zahir dan batin.
    sempat jugak yatie buat kuih raya..

    ReplyDelete
  8. Salam aidil Fitri...

    تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

    ReplyDelete
  9. tang ni kalah teman... nak gi tgk2 TF value mart ptg nnti kot2 ada saki baki biskot raya yg tinggai....

    nak buat rempeyek curah tepi kuali tu pon rasa malas... inikan pulak semperit... hehehe lagi pon beli dgn wat sendiri kosnya lbh kurang sama aje... :)

    selamat hari raya yati... hati-hati di jalan raya...:)

    ReplyDelete
  10. Kak Aisyah,
    Cantik sebab tengok acu juga. Yati guna 2 acu. Satu bunga cantik. Satu lagi macam volcano tak jadi meletup. :D
    Resepi dah email kak Aisyah. Secret resepi, turun temurun dari mama dan arwah opah. Tu tak leh share sini. :)
    Kak Aisyah suka kueh siput juga ya? Kami pun sama. Sat je habis, tak sempat raya. :)

    Kak Jendela Hati,
    Senang, banyak pilihan. Kat tempat saya ni, tak banyak. Ada pun, nampak macam kurang best je. Tu yang rasa nak buat sendiri tu. Selamat hari raya, kak!

    Mia Asma,
    Orang Lumut juga ke? :)

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak. Selamat hari raya, maaf zahir batin kak Erna. 2 jenis je kak. Masa terhad. Tahun depan tak nak amik order cross stitch dah bulan posa.

    ckLah,
    Salam aidil-fitri. :)

    Az,
    Pi, jangan tak pi. Banyak bebenor ler orang kat situ yek, dengan orang nak pi pasor ramadhan lagi depan tu, jem!
    Memang kos lebih kurang, tapi kalu buat sendiri, dapat kuantiti lebih. Hehhe.. tak caya, cer try. :)
    Selamat hari raya, Az! Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. bestnya perasaan nak balik kampung ! siap buat kuih raya lagi ... dah makin pupus dah kuih raya buatan sendiri .. hahaha

    Selamat Hari Raya Yati ! Maaf Zahir Batin

    :-)

    ReplyDelete
  12. Kak Ann,
    Makin pupus ke? Eh, tak boleh, kena buat juga. Kena pulihara semangat raya tu. sama macam takde baju raya, nanti tak rasa semangat raya. Hehhe..
    Selamat hari raya Kak Ann dan family! Maap zahir batin! ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea