Saturday, July 09, 2011

Selamat hujung minggu...!

Assalamualaikum...

Saya mencari customer yang buat bayaran secara cash deposit CIMB pada 8 Julai 2011. Sila email details, kerana saya tak terima sebarang email atau sms. Saya ada beberapa order transfer photo ke pattern, jadi saya perlu tahu anda mana satu? Sila contact saya segera!! Tq.

Tempat kawan-kawan jerebu tak hari ni? Sini jerebu. Mendung. Kelabu je. Kami tak kemana. Banyak roadblock. Tengok news je tentang perhimpunan Bersih tu. 

Nak cerita apa pun tak tahu. Semalam Yati start pack.Dah sakit belakang, padahal baru sikit. Hari ni Yati stop pack barang. Tengah tunggu berita, sebab husband Yati ada apply tempat lain sekiranya perlu berpindah. Harap minggu depan sudah tahu keputusan. Sebab masa berjalan sangat cepat dan banyak kerja kena settle, jangan lah dia inform last minute.

Semoga keamanan negara kita terus dikekalkan. Harap tak berlaku apa-apa yang tak elok.

14 comments:

  1. akak pun tak kemana, just lepak kat umah aje

    ReplyDelete
  2. moga dpt keputusan secpt mungkin...mmg jenuh nk packing brg kalau nk pindah......hu...

    ReplyDelete
  3. Akak pun tak kemana Yati ...keluar rumah je dah ada roadblock.Duduk rumah ngan anak-anak lagi baguskan ...

    ReplyDelete
  4. melor kluar jugak la gi cari kain nak buat baju raya anak beranak. tapi kan kalau dah ada penyakit gila kain ni habis kurembat kain tu semua. kat area rumah kita tak de sekatan clear aje luar dan dalam.

    ReplyDelete
  5. yati..harap2 dapat la tempat pilihan sami yati tu..kemas tetap kena kemas kan yatie,buat sikit2..kurang sikit penatnya..

    ReplyDelete
  6. mmg x kemana, nk pegi Ipoh pon takot... sib baek x terpakai bj kuning, manalah tau kan merebak smpi kesini pulak :)

    ReplyDelete
  7. Yati..
    nak pindah ke mana tu???

    kat Ipoh pun jerebu jugak, sikit2..

    ReplyDelete
  8. kenapa berpindah Yati??

    Harap2 semua berjalan seperti di rancang ya...

    Pos Terkini ~yus~ Jangan di basuh baju itu...

    ReplyDelete
  9. hari minggu semalam lepak kt rumah je lepas beli brg2 jahit kt minlon :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak...

    mmg leceh kalau berpindah randah nie kan....semuanya perlu diselesaikan..tempat baru lum tentu selesa huhuhhhh

    ReplyDelete
  11. Kak Su,
    lepak kat rumah pun lagi best kan, kak. Layan tv. :)

    Kak Nza,
    Hmm... masih menunggu surat, kak Nza. Penantian satu penyeksaan. Tapi takpe. Boleh online lagi. :)

    Kak Suzie,
    ye kak. Sini pun sama, hari Sabtu lepas. Kami keluar pun petang, bila anak-anak dah boring sangat.

    Melor,
    Bestnya! Beli kain! Mesti sibuk menjahit pula Melor lepas ni. :)

    Kak Erna,
    kami berharap dapat tukar lokasi pindah ke KL. Sebab kami ada rumah kat sana. Bukan tak nak ke Kedah, tapi kami nak juga duduk rumah sendiri. Jenuh dah menyewa 6 tahun kat Perak ni. Tapi kalau kena hantar Kedah juga, kami terima je. Masih tunggu surat confirm pindah.
    Ya, Yati buat kemas sikit-sikit kak. :)

    Happy,
    salam kenal. Thanks singgah sini.

    Anonymous,
    awat tak tinggal nama ni? Hehhe... mujur la negeri Perak takde macam kat KL, kan. :)

    Kakyong,
    Husband dapat arahan berpindah ke Gurun, Kedah. Tapi belum dapat surat confirm pindah, jadi, kami cuba apply KL dulu, sebab rumah kami sana. :)
    Hari ni kurang sikit jerebu ya, kakyong.

    Kak Yus,
    ofis suami Yati dah tutup dah kat Seri Iskandar ni. Dia suruh pindah cawangan lain.
    Terima kasih, kak Yus. :)

    Aku Ibu Muda,
    Wah, beli barang jahit jahit? Syoknya! Minlon kat on the way to Serdang tu ke?

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam.
    Takpe tu, Insya-Allah, mana-mana nak tak nak, kita kena sesuaikan diri. Nama pun kerja kuli, kan. Menurut arahan saja la kita. :)

    ReplyDelete
  12. sapelaaa buyer tu ye ...

    kak,sy faham bebenor 'seksa' nk pindah ni....dah terpaksaaa sgt barulahh pindah....kan ?

    ReplyDelete
  13. Ummi Hanie,
    dah tahu buyer tu, dan sudah selamat pos barangnya. :)
    Ya, betul cakap Hanie. Sementara kita boleh minta tempat, baik la kita ikhtiar dulu, sebelum surat confirm dah keluar. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea