Wednesday, July 13, 2011

Perihal salesman

Assalamualaikum...

Dah 2 hari Yati kurang sihat. Semalam online half day je. Batuk teruk. Pastu makan ubat batuk yang mengantuk. Tu tak tahan, terus tidor lepas zohor semalam.

Sedar-sedar Amirul panggil, kata orang datang rumah. Kita ingat siapa la. Sorang perempuan muda, bertudung, berdiri luar pintu grail. Dia dah masuk melalui pagar rumah yang tak berkunci.

"Akak, ada tak kawan saya datang sini  bagi free sampel?"

"Takde".

"Akak, ni saya nak bagi free sampel. Nak tak kak?"

Dah la pintu grail tak rapat. Yati mamai lagi, baru bangun tidor. Sampel amenda budak ni nak kasi? Pastu kawan dia dalam kete pass barang kat dia, kerete depan rumah pergi, dia masuk rumah dengan satu kotak, laju je.

Lepas tu baru Yati sedor. Adik ni nak jual barang rupanya. Water filter. Mulut tak henti-henti cakap. Tanya, nape rumah akak ni?

"Orang nak pindah rumah la, dik! Tu banyak kotak!"

"Ooo ye ke. "

Pastu Yati pun stop dia dari bercakap. Yati angkat kotak dia pelan-pelan, bawak ke luar grail, dan cakap,
"Sorry ye dik. Nanti membazir je air liur adik nanti. Akak tak nak."

Ntah bila kawan dia sorang, laki dah standby luar rumah. Adik pompuan tu macam nak cerita lagi. Dia orang banyak bertanya, nak pindah mana? Husband kerja mana? Bla, bla...

"Sibuk la korang ni." Yati cakap camtu. Kasar tak bahasa Yati?

Yati bukan halau secara kasar. Tapi Yati tunjukkan dia jalan keluar rumah dengan lembut. Kita dah la kurang sihat, nak pulak dengor mulut macam popcorn, cakap tak henti-henti.

Pastu kawan dia yang laki tu macam tinggi pula suara dia kat Yati bila Yati buat camtu. Mungkin bagi dia orang harapan kot, sebab bagi dia orang masuk rumah mula-mula. Habis tu, nak buat camana? Semalam tindakan agak lembab, sebab kurang sihat.

Dia orang cakap, "Akak cuma perlu dengar je kak, kat dalam. Bila akak dengar je, lepas elaun makan kami. Kesian la kat kita orang."

"Akak kesian kat korang? Habis tu, sape nak kesian kat akak?"

Mamat tu angin la pula. Dia call boss dia dalam kete tadi, suruh datang pick-up dia orang. Pastu dia cakap kat kawan pompuan dia, "Dah la, kakak ni tak nak!" Assalamualaikum!!" Dia cakap nada tinggi, membelakangkan Yati.

Dalam hati Yati, eh, mamat ni. Ko tak dapat elaun makan, ko nak salahkan aku pulak?

Macam apa je yek. Yati memang tak pernah layan salesman. Selalu suruh husband pergi kerja, kunci gate. Tapi semalam pula anak boleh main kat luar. Jadi orang tu dah nampak, rumah ni ada orang.

Dia tu salesman. Kalau dia tak boleh terima kena halau ke, disuruh keluar ke, orang tak nak beli barang ke, buat apa dia kerja salesman?

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Bila awak tak suka kerja awak buat untuk cari rezeki, itu satu hal. Tapi bila awak salahkan orang lain sebab awak tak dapat elaun makan, bukan ke merepek namanya tu?

Salesman tu satu kerja yang halal. Yati bukan niat nak kutuk salesman. Adik tu perlu banyak lagi belajar tatacara menjual atau melayan customer.

Dia jual barang, Yati pun jual barang. Dia jual dari rumah ke rumah, Yati dok rumah, secara online. Dia perlu banyak bercakap. Yati tak payah buka mulut, cuma jari je bergerak, menaip.

Tapi semua kerja ada sisi best, dan ada sisi tak bestnya, betul tak?

Bagi Yati sendiri, yang niaga online dari rumah, dengan karenah pelanggan yang pelbagai ragam, dengan masalah postage tak sampai atau lambat sampai, dengan tak cukup tidor bila kena siapkan tempahan orang, dan macam-macam lagi benda kurang best disebut.

Tapi adakah kita punya hak untuk marah customer, bila kita tak cukup tidor, kita cakap balik, ha, sebab nak siapkan order awak, saya jadi zombie, tak cukup tidor? Boleh ke macam tu?

Serupa la macam, kita jatuh longkang, pastu kita salah orang lain sebab kita jatuh longkang. Bodohnya majlis bandaran, buat longkang kat sini? Padahal kita tak nak mengaku kesalahan sendiri yang kita jatuh longkang sebab tengok mamat muka macam Paul Wesley, lintas jalan.

Paul Wesley, sebagai Stefan Salvatore dalam drama the Vampire Diaries. Musim kedua baru start semalam, 8TV, setiap selasa, 9.30 malam. ^_^

Eh, tu contoh je tau. Contoh, contoh... hehhe....

Entah la Yati pun tak tau nak cakap apa. Sori kalau pembaca blog Yati ada yang bekerja sebagai salesman, dan terguris hati dengan apa yang Yati cakapkan.

Pada pendapat Yati, Yati takde la berkasar pun, halau dia orang keluar macam ibu mertua ku tu, "Nyah kau dari sini..!" Mana ada. Kita lembut-lembut je tau. Jangan la meninggikan suara pula pada orang lain camtu, tak elok ler. 

Anda ada pengalaman dengan salesman? Ha, ce cerita, cer cerita... :D

25 comments:

  1. saya kalau kt rumah, dgr org ketuk pintu...terus buka tingkap je, cakap maaf tak berminat...hihi

    ReplyDelete
  2. Yati,
    kakyong pun selalu buat macam tu.. dr dlm pintu grill, depa kat luor pagar (pagar bermangga), "maaf, saya tak berminat"..
    walau apa depa cakap, tetap kata tak minat..


    kdg2 adik2 yg buat koje salesman ni mcm terdesak2 sgt, terdesak nak masuk ruma kita.., nak promo brg depan kita.. tp masalah nya ibu2 yg dok rumah ni kurang berminat.. sbbnya kdg2 brg tu kita tak perlu pun... sbb yg selalu etrjadi, memnula suruh dengar, lepas tu suruh beli.. paksa2 pulak tu...

    ReplyDelete
  3. Aku Ibu Muda,
    memang selalu pun kita buat camtu je kan. Malas nak layan.

    Kakyong,
    betul tu, kakyong. Macam memaksa pun ada. Ntah, selalu Yati tak buka pintu pun. Tapi dah dia masuk, kena la suruh keluar. Huhu..

    ReplyDelete
  4. hahaha disebabkan experience ngan sales man dan org minta sedekah dari rumah ke rumah ni lah hubby akak selalu buat pekak jer kalau org panggil dari luar.. kekadang jiran yg panggil pon dia malas nak tengok, akak selalu intai ler jugak, tgk kut org yg dikenali. kalau salesman tuh siap tanya lagi kadang tuh, mai ler keluar kak, akak takut kat saya ke wakakaka.. mmg daku takut pon hihi

    ReplyDelete
  5. Salaam yati, kak salmi ada kawan yang dulu2 kerja salesman..yang bos dia bangsa cina and dia sendiri melayu..sekarang dia dah jadi jutawan dah..hehehehe..bila dia cerita pengalaman dia..sebulan pertama jual takde sales lansung..maklumlah dulu2 jual vacuum cleaner electrolux yang mahal tu..tapi dia tak putus asa..memang penat kerja sales man nie..jumpa macam2 orang pastu cuaca panas dan hujan..masuk bulan kedua pun masih kosong sales dia..tapi dia tak putus asa..tak dapat sales, dia tak mintak pada orang tapi dia mintak pada Allah..akhirnya pada bulan ketiga..dapat lah jual satu..dan bulan2 seterusnya bertambah sampai dia dapat best salesman!..pastu satu hari tu kebetulan dia pergi rumah mak to somebody la jugak..so VIP nie kebetulan datang tengok mak dia..dia impressed dengan cara dia buat sales, rekomen dia keje kat computer company kat KL milik kawan dia..dari situlah kerjaya dia bermula..walapun dia lulusan ijazah luar negara, tapi tak malu nak jadi salesman..dah la lari jauh dari bidang engineering yang dia amik..pastu dia tak putus asa..selalu positif..insyallah kalau kita selalu positif and mintak pertolongan allah..kita boleh berjaya.

    ReplyDelete
  6. kak Mila,
    hehehe.. bagus la buat senyap. Tapi nanti bulan posa, kot jiran sebelah nak tukor lauk, dia panggil, kita buat tak dengor je, kan rugi tu. Hehehe..

    Kak Sal,
    nasib seseorang tu ya, kak. Bagus cerita tu. Seorang yang tak kenal putus asa.
    Setuju, tentang positif dan minta pertolongan Allah. Ini tidak kan, baru kena keluar, dah naik suara kat kita pula. Camana la nak berjaya. Belum kena kejor anjing lagi, kan kak. :)

    ReplyDelete
  7. yati..

    sama mcm mila...kekadang buat senyap...buakn apa...nanti bila dia dah start membebel...susah nak soh stop hehhe

    ReplyDelete
  8. Baguslah Yati ni. Tindakan yang bijak ni...Yus boleh belajar dari Yati..

    Yus ni jenis tak sampai hati biasanya. Kalau dah terbuka pintu macam yati tu, dan dia dah siap angkut barang masuk dalam, mmg yus dengar sampai habis le jawabnya..huhu

    Dah dua kali juga berlaku, tapi alhamdulillah, masih tak makan pujuk, cuma yus layan dia bercakap je, belinya tidak..hehe

    Pos Terkini ~yus~ .::Rabu banyak kata...(^_^)::.

    ReplyDelete
  9. saya dulu salesgirl jual penapis air lepas SPM nuu..lama dah. mmg tak boleh paksa pembeli. dan kena ingat selalu bukan semua org nk benda yg kita jual tu.

    yg best masa tu, dpt ramai pakwe di kalangan pembeli juga. hehe (^__^) ~ kisah lama...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Kerja ni bagus..memang baik..tp cara dia melayan tu yg tidak bagus. Kita pun berniaga juga..cuma tak berhadapan dgn pelanggan je kan..kadang2 sakit hati pun memang ada..tp baik diam2 je la.. Benda mahal tak semua orang nak beli on d dot.. orang pun ada tanggungan dan hutang yg perlu di buat ye dak. Tp memang berat lah..

    benda mcm tu kalau kita betul2 memerlukan dan setelah pikir dan servey sebaiknya br kita boleh decide nak beli brand apa.. Kalau push time tu gak, mmg blank kepala otak..nak setuju duit tak de..nak ckp tak setuju tak pandai nak belok belok konar.. jadi, menolak awal sebelum panjang lebar..sebelum duduk bersila dalam rumah tu la sebaiknya..

    ReplyDelete
  12. slalunye sblm salesman start bukak mulut nk promote brg sy dh ckp "xnk..xnk...dh ade dh brg tu"..hehe wpn xpnh tau pn salesman tu jual apa....

    ReplyDelete
  13. pnh jgk ada kes dgn saleman ni, tp belum sempat hjr nk halau mak hjr dah halau dia keluar dulu, kesian plk hjr tgk tp ada ka patut dia bukak gates & masuk rumah hjr xpa izin...kang dh kena halau mcm pencuri...hehe

    ReplyDelete
  14. trkdg kedatang salesman menakutkan akak...bkn apa, serba salah jdnya....

    ReplyDelete
  15. yati...akak pun jenis tak sampai hati..selaalu terbeli..nasib barang kecik2 je..
    bila suami dah tau..akak tak diizikan keluar kalau salesman datang..biar dia handle katanya..
    kalau suami tak dia pesan ngan anak2.akalau ada orang datang nak jual apa2 jangan panggil mak..katanya

    ReplyDelete
  16. Kepada semua,
    terima kasih. Yati terhibur la, baca komen kawan-kawan kat sini. :D
    Camana Yati nak bertahan bila tak boleh online nanti ni ya? Mesti rindu ngan semua kawan-kawan yang selalu singgah blog Yati ni. (hugsss semua).
    Oops. Yati balas setiap komen ya.

    Fida,
    Haha! Betul, betul, betul! Sungguh ajaib dia orang boleh cakap tak henti-henti ya. Kita nak mencelah pun susah. :)

    Kak Yus,
    Oh, rajin mendengar. Hehhe... Yati bukan apa, kesian, tak nak tengok tekak dia kering, banyak bercakap, kang dahaga pulak, kita kena buat air. Jadi, baik kita stop dia awal-awal. Dari melayan salesman ni, baik kita melayan anak-anak, kak Yus. Salesman tu, penat bercakap, tapi kita tak beli barang dia, lagi kesian. Baik kita suruh dia stop. :)

    Lynn,
    waiya! Former salesgirl. Hehhe, dapat ramai pakwe tu, tak tahan tu. :D

    Kak Fizan,
    Betul tu, kak. Kalau benda kecik, lain cerita. Ni, harga beribu juga, water filter tu. Kesian juga kat dia orang. Takut terjebak kalau deme dah banyak bercakap. :)

    Ziraziz,
    Hehehee.. bagus tu, cikgu. Senang cakap camtu, pendek cerita. :)

    Hajar,
    Itu la kan. Tak elok la masuk rumah orang, laju je. Bukan kita tak kesian, tapi tak elok la, kan. Rupanya Hajar pun pernah kena sama ngan Yati.

    Kak Nza,
    akak ni mesti lembut hati ya. Takut mudah kesian, pastu kang terbeli. :)

    Kak Erna,
    hehhe... bahaya salesman ni, kak. Sebab kita kesian kat dia orang, nanti habis duit kita. Bagus la, kalau suami dan anak-anak kak Erna dah faham. :)

    ReplyDelete
  17. ct pun mmg malas nak layan salesman ni...klu barang mahal lagi pula..sebenarnya takut klu dia ni menyamar

    ReplyDelete
  18. Yati ...kalau salesman macam Paul Wesley alamak camna err....hahahah handsome tu ....Kat Bangi ni 1 hari boleh cecah 5-6 org sehari org dtg.minta sedekah ,salesman,tukang tar ,minta derma.Haaaaa pening.lepas kes peminta sedekah sampai kedepan pintu lepas tu kitaorg pasang autogate.Peminta sedekah pula kalau dari Afganistan tu nak Rm10.1-2 tak nak.Kopak la kan.Kalau dah seminggu 2-3 orang dah berapa.Kalau nak sedekah biarlah ikhlaskan...Akak pula kalau bdk2 dr rumah anak yatim jual-jual tu selalunya bagi jelah singgit dua .kesian...tak belipun ...

    ReplyDelete
  19. Yati dah sihat? Ayu pun jenis tak sampai hati. Kalau dh masuk tu, susah jugak nak suruh keluar. Kalau kt luar lagi boleh buat tak tahu je. Tapi kekdg bahaya jugak, kita taktahu sapa yg masuk rumah. Takut pulak benda tak elok yg jadi.

    ReplyDelete
  20. kak yati,hanie pun mmg 'alah' dgn salesman2 ni..tp kalo dah tersangkut mmg susah nk nolak pulak.tp biasenye kat umah kami ni xdpt ditembus dek salesman...kami buat gate tinggi...mmg privacy punye..ank2 pun bebas main kat luor tanpa nmpk org luar @ dilihat org luar...so amanle hanie nk buat keje lain ... ;)

    yup msg2 punye keje ade sisi masing2..sgt agree with that..hanie pun jenis xberapa gemor biz offline ni,jumpe2 org n bukak mulut byk2..lebih suke online,biar jari yg bercakap :p

    ReplyDelete
  21. Ct,
    Betul, macam nak menipu orang pun ada sebenarnya. Kata free sample, sebenarnya suruh beli.

    Kak Suzie,
    kalau salesman tu muka macam Paul Wesley, takpe, layan je la dia cakap. Hehhe... Astaghfirullahal azim..
    Ish, ish, kat Bangi lagi teruk ya, banyaknya orang mai. Hui... jenuh la. Tak kan nak layan semua. Kopak juga. Huhu..

    Ayu,
    Sihat sikit hari ni, Ayu. Timasih. Ayu sihat tak?
    Itu la. Very dangerous la, kita tak kunci gate ni. Pengajaran pada diri Yati sendiri.

    Ummi Hanie,
    Bagus la camtu. Ada gate tinggi. Privacy sikit.
    Sama la kita kan. Secara online lebih senang. :)

    ReplyDelete
  22. kak yati. kite penah kene dgn salesman cina. dah le dia masuk pagar (mcm kes kak yati).ms tu kite zmn awal student (bodo2 alang lg). konon menang gores2 dpt brg spa2. tapi dlm hati, kite mmg pk dia ni penipu. siap blakon tepon bos ckp cina kata kite dah mng bla2.. kwn kite tak tolong halau pon org tu. :( konon kene byr utk reg. demi menghalau dia, kite pon bg je duit. bodo kan? bukan 10. tapi 100. lesap duit buat byr umah sewe. bile dia blah, br kite sedar, n kuar umah nak cari org2 tu. malang nye tak jumpe. kite siap merayau lorong ke lorong jalan kaki.

    :( menyesal tak sudah :(

    bab lain, mase tu dah stat wat cross stitch :>

    ReplyDelete
  23. Balkis,
    Laa... kesian akak baca citer Balkis. Takpe la, masa tu Balkis dan kawan muda lagi. Mesti sampai sekarang beringat. Senang cerita, kita kunci je la pintu dan gate sepanjang masa. :)

    ReplyDelete
  24. slalu klu org dok panggil, kita intai dulu... klu mcm salesman aje... bukak suara tv kuat2... buat dek aje...

    slalu dia akan faham kita x berminat :)

    sb dulu ada gak terkena kes kad gores dan menang, kita x berminat depa pandai2 goreskan kad pas2 paksa kita byr pulak, apa kes?

    ReplyDelete
  25. Az,
    bagus la Az, buat dek je kalau depa mai rumah.
    Ha ah, tu dulu banyak kes, kan. Lagi menang, suruh kita bayar lagi.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea