Monday, July 04, 2011

Cross stitch Potret Diraja

Assalamualaikum...

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, telah menggunakan khidmat Yati untuk menjahit cross stitch potret sebagai cenderahati kepada Sultan dan Sultanah Kedah sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah tersebut yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2011.

 Berikut adalah gambar-gambar sepanjang proses saya menjahit cross stitch.

Perkembangan semasa baru mula menjahit

Perkembangan sewaktu hampir separuh siap.

Perkembangan semasa hampir siap.
Alhamdulillah, siap.
Cross stitch potret Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Cross stitch potret Sultan, dari sudut lain.

Saiz kawasan cross stitch: 44 cm X 50 cm, tanpa frame.
Tarikh mula menjahit: 18 Mei 2011
Tarikh siap: 10 Jun 2011



Berikut gambar-gambar perkembangan semasa menjahit cross stitch potret Sultanah.

Perkembangan semasa mula menjahit

Perkembangan semasa hampir siap.

Alhamdulillah, siap.

Saiz kawasan cross stitch: 45 cm X 48 cm (tanpa frame)
Tarikh mula menjahit: 10 Jun 2011
Tarikh siap: 18 Jun 2011

Cross stitch potret Sultanah Kedah, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haminah Hamidun
 

Syukur Alhamdulillah, Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah sudah selamat berjalan dengan jayanya. Yati dimaklumkan oleh Cikgu Norhashikin bt Haroon, bahawa Sultan dan Sultanah Kedah amat menyukai dan berpuas hati dengan cenderahati potret cross stitch diberikan oleh pihak sekolah.

Setinggi penghargaan Yati kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, secara amnya, dan Cikgu Norhashikin bt Haroon , khasnya, kerana sudi memilih Yati And Stitch.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Yati diberi kesihatan yang baik dan berjaya menjahit 2 potret cross stitch dalam masa sebulan, kerana kebiasaannya, Yati mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan satu potret cross stitch sahaja.

Segala yang baik dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari Yati sendiri.

Terima kasih.

33 comments:

  1. Memang hebatlah, Yati ni! Sebulan je dah siap! Great and neat work, Yati!

    ReplyDelete
  2. Patut senyap je rupanya ada projek diraja.Cayalah....Ya Allah ampunla kalau akak buat ,4 tahun belum tentu siap..hahahah

    ReplyDelete
  3. cepat betul siap. bagus tu.

    ReplyDelete
  4. yati... kagum sungguh..superb!

    ReplyDelete
  5. wow... lajunya yati jahit... tahniah yati... excellence work!!

    ReplyDelete
  6. Kak Aisyah,
    Terima kasih. Alhamdulillah. Tambah semangat Yati, kak Aisyah. :)

    Eis,
    Thank you, Eis! :)

    Epid,
    Thanks, Epid. Hugss..! :)

    Kak Suzie,
    Itu la kak. Memang Yati tak leh online, masa digunakan untuk menjahit saje, pagi sampai ke pagi. Jadi zombie sebulan. :D
    Hehhe... kak Suzie takpe, pandai jahit baju. Yati, ini je la kemahiran yang Yati ada.

    Melor,
    Timacih, Melor! :)

    SCLover,
    timasih. Alhamdulillah. Atas izin Allah juga.

    Kak Nisa,
    Laju tahap cipan, kak Nisa. Seumur hidup Yati, tak pernah Yati cross stitch selaju ni. Tapi mengenangkan ini once in a lifetime opportunity, Yati kuatkan je hati ni, kak Nisa.
    Timacih, kak! :)

    Kak Dee,
    Terima kasih, kak Dee! ^_^

    ReplyDelete
  7. akak tumpang bangga dgn hasil seniyati hingga ke peringkat VVIP..Tahniah..semoga BZ yati terus brkembang.....

    ReplyDelete
  8. Kak Nza,
    terima kasih, kak Nza. Amin... Yati hargai sokongan dari akak.
    Yati sendiri tak sangka, hasil jahitan Yati dimiliki oleh orang besar, sedangkan Yati cuma berniaga online kecil-kecilan dari rumah. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. congratss yati. and a very neat work. Moga allah murahkan rezeki dan anak2 :-)

    ReplyDelete
  10. wah siap dah project diraja tu... hebat tu... sy pernah guna software nak convert kan pemandangan ke cross-stitch tapi buat hanya suku aje, pas tu peram hingga kini... x larat nak buat rasa nk termuntah ijau... skrg tah mana peginya...

    yati mmg handal cross-stitch, caya lah lu :D

    ReplyDelete
  11. wah...tahniah yati. berjaya siapkan. saya sampai sekarang x berani nak amik tempahan cross stitch sbb mmg yakin x dpt siapkan. huhuhu.

    yati...berapa banyak warna benang yg digunakan untuk satu potrat camtu??

    ReplyDelete
  12. Tahniah Yati....Kerja yg cukup hebat dan sempurna....Mp mmng betul2 kagum ngan yati...teruskan!!!!

    ReplyDelete
  13. tahniah yati!!! bravo!! bangga saya dapat kawan yang hebat mcm yati....excellent effort !! keep it up my fren!

    ReplyDelete
  14. berpinau mata nak menyiapkan tu hehe

    ReplyDelete
  15. tahniah Yati, teruja hjr tgk tau...

    Kiranya hasil tangan Yati dah sampai ke pihak raja & permaisuri & munkin akan jadi koleksi baginda, tumpang bangga sy ni...

    ReplyDelete
  16. ini mesti pencapaian terbesar yati setakat ini.tahniah

    ReplyDelete
  17. wow...dasat la kak yati..kalo hanie m'gigil2 nk siap..camane ye stitch tu..atas gambo real tu yer?

    ReplyDelete
  18. cantiknya ..... kemas .... hanim kagum dengan yati. gandakan usaha. huhuhuhu .... hanim dah lama tak berxstitch sejak2 berpaling ke medan masakan

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...

    mmg cantik kak..tahniah!!! semoga biz akak terus maju ya :-)

    ReplyDelete
  20. Hebat! Tahniah....


    mudah2an Sultan menganugerahi sesuatu buat tuan punya tangan kreatif ini...

    ReplyDelete
  21. Yati tahniah..memang patut pun lama yanti bercuti dari menulis..rupanya ada projek besar.tahniah sekali lagi yati..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah tahniah kak yati. Projek besar ni semoga lepas ni rezeki akk berlipat kali ganda. Mmg cantik hasil tgn akk tu.:)

    ReplyDelete
  23. Kak Sal,
    Thanks, kak Sal. Amin.. amin...
    ^_^

    Az,
    oh, kena ada azam yang kuat untuk siapkan projek cross stitch. Yakin boleh, Az!
    Wa caya lu la beb, masyyyuuukkk jahit manik tu! :D

    Natasha,
    Warna Yati guna dalam 26 ke 28 warna. Banyak benang tone hampir sama, kena buka mata besor-besor masa jahit.

    MP,
    Timasih, MP.
    Naik semangat Yati untuk buat lebih baik. ^_^

    Balkis,
    Timacih, Balkis. Alhamdulillah.. rezeki dari Allah.

    Fida,
    Thank you, my friend. I lap u! You comments make my day!! Huggsss!

    Encik Zino,
    Hehhe.. ye. Paling lama saya boleh jahit 2 jam je. pastu kena break, sebab mata naik kelabu, tak leh beza tone benang yang hampir sama.

    Hajar,
    Terima kasih, Hajar!
    Ya, Hajar. Yati pun rasa terharu bila hasil kerja tangan Yati dimiliki oleh orang besar. Alhamdulillah...

    Ct,
    Ya, biggest achievements sepanjang 3 tahun niaga online. Terima kasih ct! Alhamdulillah...

    Ummi Hanie,
    Kalau Kak Yati ingatkan pun, memang gigil juga nak jahit. Tapi Kak Yati bayangkan jahit seperti projek lain juga, jadi takde la hati tu rasa debor-debor sangat, memikirkan ini cross stitch untuk Sultan dan Sultanah.
    Atas gambar yang dah siap tu, ada gambar kecil kat bucu tu. Itu adalah gambar yang Kak Yati edit, sebab customer request buang background.

    Aku Ibu Muda,
    Thank you! :)

    Hanim,
    Hehhe... medan masakan lagi best! Boleh makan makanan sedap-sedap.. :)

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam Sahrom.
    terima kasih!
    Amin, amin, berkat doa dari sahrom. ^_^

    ckLah,
    Timacih!
    Tidak la Yati mengimpikan sampai begitu. Sultan dan Sultanah dah suka pun, sudah memadai pada saya.

    Kak Erna,
    timacih, kak! Itu la, lama tak online, untuk siapkan projek ni. Kita takde pembantu. Terpaksa korbankan masa online sebab masa yang terhad.

    Idah,
    Alhamdulillah... tima kasih, Idah.
    Amin.. begitu juga harapan dari Kak Yati. :)

    ReplyDelete
  24. Tahniah Yatie! memang Wow hasil kerja yati. gambar yang dah siap frame takde?

    ReplyDelete
  25. Tahniah yati.. patutlah cuti sebulan dari online yeeerr
    kagumlah akak tgk potret tuh.. mmg bersenilah tangan yati nii

    ReplyDelete
  26. Hani,
    Timasih! :)
    Yati tak pergi ke hari anugerah sekolah tu.
    Cikgu SMKSB ada cakap nak email gambar, tapi masih belum Yati terima. Mungkin sibuk kot. Yati share dulu gambar Yati.

    Kak Mila,
    Timasih, kak Mila.
    Takde la kak. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  27. wahwahwah!!! kagumnye..bakat yati mmg bagus la..one of a kind ^^ semoga allah swt berkati pekerjaan yati dan murahkan rezeki keluarga yati selalu..amiin..

    ReplyDelete
  28. Lynn,
    Amin... terima kasih, Lynn! Segalanya atas izin Allah juga.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea