Tuesday, June 28, 2011

Takde cerita nak cerita

Assalamualaikum...

Nak kata rileks tu, tak juga. Tapi, takde benda menarik boleh dikongsikan di sini. Eh, hari Sabtu lepas, saya naik ni tau, pergi KL dari Batu Gajah.

Tren ETS


Yati pergi reunion ITM Jengka, DCS, rumah kawan di PJ. Pergi sorang je. Husband bagi cuti. Yati naik ETS dari Batu Gajah ke KL Central. Sampai KL, naik LRT. 

Dekat website KTM ada kata, tren ni boleh pergi sampai 160 km sejam. Masa Yati naik tu, paling laju dia pergi, 145 km/sejam. Kita dok dalam, tak rasa laju pun. Mungkin sebab dia berhenti. Kejap di Kampar, Tanjung Malim, Sungkai, Slim River, Rawang, etc. Tapi bagus juga tren ni, sekejap dah sampai. Yati naik pukul 11.30 pagi, sampai KL pukul 1 lebih. Sayangnya tren ni takde setiap jam. Paling awal dari Batu Gajah pukul 5 pagi, jadi Yati takde pilihan, kena naik yang pukul 11 pagi punya.

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Ada dalam 10-11 tahun juga tak jumpa. Gambar? Tengok kat FB ya. 

Terima kasih pada kawan-kawan yang bagitau tentang kabel mesin jahit tu. Yati sudah beli online je, dari peniaga LSN di forum wanitamelayu. Harap dapat guna. Akan sampai dalam masa terdekat ni. Tak sabor kita. 

Ok, sekian dulu. Terima kasih singgah sini ya!

P/S: Tahniah pada ALynn, kawan stitch-a-long cross stitch. Hari ni dia kuor paper Sinar tau. Cayalah!

12 comments:

  1. best kan dapat jumpa kawan2 lama...

    ReplyDelete
  2. Wah.. bestnyer yati dah dapat kabel tu.. pasni byk la projek menjahit yati.. :)

    ReplyDelete
  3. seronok tu dapat jumpa kawan2 lama ya yati..:)

    ReplyDelete
  4. @suhaila-ab
    Seronok! :)

    @MamaDaniel
    Belum sampai lagi, Zila. Nanti satu hal lagi, camana Yati nak guna mesin tu ya? Pasang benang pun no idea. Hehehe!

    @~ yus ~
    Seronok, kak Yus. Rindu, sebab kita surirumah, jarang sangat jumpa kawan-kawan.

    ReplyDelete
  5. assalam yatie..lama betul tak naik kereta api..
    baik hauband yatie boleh bagi yati pi sensorang,..kalau akak tu tak merasa yatie..suami akak tak percaya..mungkin sebab akak ni penakut kot.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya yati dpt pergi reunion..
    balik naik apa? pkl brp dr KL?

    kakyong sebenarnya teringin juga nak naik ETS tu...



    Simple giveaway Kakyong HY Ibu 3A
    Berjumpa kawan twitter di kenduri kahwin

    ReplyDelete
  7. Wah! semangat Yati nk jumpa kawan lama sampai sggp terjah KL sorg2..

    Jap nk terjah fb Yati tgk gmbr..hehe

    ReplyDelete
  8. memang best jumpa kawan lama..sure tak cukup jam nak borak kan hehehe

    ReplyDelete
  9. ct pun dah plan nak buat perjumpaan hari raya dgn kwn sekolah,hrp jadilah...

    ReplyDelete
  10. Kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    Kak, setahun sekali jumpa kawan-kawan pun susah, tu husband bagi cuti. Reunion ni pun, bukannya setiap tahun dia orang buat. Kalau bawa anak kecik, lepas makan, kena balik. Ni, dapat la borak-borak dengan kawan lama.
    Takde apa nak ditakutkan, kak. Yati dulu masa bujang, memang biasa public transport, husband pun tahu tu. Cuma hati-hati sikit la, sebab skrang dengan kes orang simbah asid tu, kena hati-hati, tu je.

    Kakyong,
    Balik Yati naik ETS juga. Beli tiket kat KL Central. Bertolak pukul 7 malam, sampai Batu Gajah 9 malam.
    Cuba la kakyong. Dari Ipoh, pergi Batu Gajah. Pastu pergi Ipoh balik. Hehhe.. jalan-jalan.

    Hajar,
    KL Yati dah biasa. Sebelum pindah Perak, kami memang dok KL. :)
    Hehhe.. gambar Yati yang 'kembang'. :D

    Fida,
    Itu la, sat je makan dan borak, dah kena balik. Tak sempat pi mana pun.

    Ct,
    Kalau semua takde plan dah block tarikh untuk reunion, Insya-Allah menjadi. Lagi-lagi sekarang masing-masing dah berkeluarga, jadi agak susah nak kumpul semua.

    ReplyDelete
  11. wah bestnya dpt jumpa kwn2 lama...ttp beraninya yati p sorg2...

    ReplyDelete
  12. Kak Nza,
    Memang seronok kak, jumpa kawan lama. :)
    Yati dulu dari bujang suka jalan KL sorang-sorang. Tak serabut. Public transport pun dah biasa guna kat KL tu. Sebelum pindah Perak, Yati dok KL. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea