Tuesday, June 21, 2011

Projek crafts bulan lepas

Assalamualaikum...

Kawan-kawan sihat ke hari ni? Saya belum sempat nak blogwalk rumah kawan-kawan. Padan muka saya, lama sangat tak online. Email customer banyak kena layan.

Rasa macam ketinggalan banyak benda je. Apa cerita terbaru kawan-kawan semua? Lepas ni, Yati slow-slow blogwalking balik ya.

Jom tengok projek crafts yang Yati buat untuk sorang customer ni. Projek ni suspen sikit. Sebab lama la pula nak sampai kepada penerimanya. Yati siap dah arrange kena re-do balik, tapi lepas projek besar cross stitch Yati siap la. Tengok-tengok, Alhamdulillah... selamat pun sampai, tak tau kenapa ambil masa lebih lama dari biasa. Bak kata omputih, better late than never, ye tak. Daripada terus hilang, kesian kat customer, dah bayar, barang tak dapat. Ok, layan...

Felt keychains

Untuk felt keychain, memang ramai suka order yang chick tu, anak ayam. Yati buat 2 version, yang pertama, mata anak ayam tu guna french knot. Dan yang kedua, guna brads. Bergantung sementara stok masih ada.

Felt coin purse dengan tulisan cross stitch

Felt coin purse lagi..

Knitted flower brooch

Bunga 2 layer untuk keempat-empat brooch. Terima kasih pada Cik Hasanah, PJ, yang sudi order barang dengan Yati & Stitch. ^_^

Saya stop di sini dulu. Jumpa lagi.

22 comments:

  1. dah lama tak buat felt...dah berkarat agaknya barang2 kat dlm kotak tu

    ReplyDelete
  2. wahhh lama menyepi..banyak dah kraf projek yg dah siap yerr... apsal lama menyepi yati?

    ReplyDelete
  3. Semua comel2! Memang Yati busy habis ye??

    ReplyDelete
  4. comelnya coin purse kaler purple tu.. kreatif :)

    ReplyDelete
  5. lamanya yati menyepi...mesti byk order yg yati perlu siapkan..syukur!!!!

    ReplyDelete
  6. IdaShazana,
    nape lama tak buat? Busy ya? :)

    Kak Mila,
    Yati kena siap projek cross stitch besar dalam masa singkat dari biasa, kak.

    Ct,
    Bukan, ni hasil sebelum pi bertapa. Hehhe...

    Kak Aisyah,
    Busy kak Aisyah. Kerja rumah dan memasak husband kena take over. Cian dia.

    Kak Yus,
    Terima kasih, kak Yus! :)

    Eis,
    Timasih. Itu la, termenung juga fikir sebelum nak buat sesuatu produk tu.

    Kak Nza,
    Alhamdulillah kak. Nanti bila dah boleh cerita, Yati akan share dekat blog ya. :)

    ReplyDelete
  7. cantik la Yati chicky tu, geram tgk!

    btl la lama sgt Yati myepi, rindu tau..

    ReplyDelete
  8. kak yati, fish tu plg comel d mata sy...

    ReplyDelete
  9. Hajar,
    hehe, timacih!
    Yati pun rindu Hajar dan semua kawan blogger semua. :)

    Ziraziz,
    fish tu pun comel juga kan. Tak tau ramai order keychain suka anak ayam lagi.

    ReplyDelete
  10. Assalam yatie..sibuk sangatrupanya..patut lama tak de cerita baru..tak pe yatie..keje didulukan..

    ReplyDelete
  11. Semua cute macam tuan yang buat dia.... :)

    ReplyDelete
  12. Lamanya yati mnyepi....mmng cute hasil krja tgn Yati.....

    ReplyDelete
  13. Me,
    thank you! :)

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak. Lamanya tak jenguk blog kak Erna. Rindu rasanya. Ha ah la kak. Tapi skrang dah tak sibuk dah. :)

    Kak Dee,
    Hehhe... kembang lubang idung Yati. Malu!

    ReplyDelete
  14. MP,
    Lama, kan.. Nak buat camana, ada kerja urgent la, MP.
    Terima kasih! :)

    ReplyDelete
  15. yati, akak nak order felt coin purse tu tapi bentuk 4 segi, utk isi hphone. boleh tak buat utk akak warna pink

    ReplyDelete
  16. cumilnya bunga2 tuh....lovely yati!

    ReplyDelete
  17. Kak Su,
    Boleh. Nanti email kat Yati measurement boleh? Panjang, lebar dan tebal handphone. Email yati_my at yahoo dot com. :)

    Fida,
    Bunga tu Yati kait, makan berjam-jam la juga. Huhu... tapi puas hati bila dah siap. Thanks, Fida! :)

    ReplyDelete
  18. cntik dan kemas laa hasil kerja kak yati..mesti customer puas hati punye... ;)

    ReplyDelete
  19. Ummi Hanie,
    Timacih! Memang, bila customer cakap dia suka, Kak Yati lagi-lagi la ribu-ribu kali suka. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea