Wednesday, June 22, 2011

Cerita balik kampung

Assalamualaikum semua...

Cerita ni dah lama sangat. Tapi Yati nak cerita juga, sebab kami jarang balik Kelantan. Setiap kali balik pula, macam adventure betul. Ada je benda menarik terjadi atau jumpa. Ingat tak dulu, last sekali Yati pernah cerita kami balik Kelantan malam-malam, dekat Pulau Banding tu, Encik Abe nampak hantu? Ha... kali ni kami tak jalan malam dah. Lagi pun kakak Yati dok cerita pasal filem Karak tu, hish... tak berani la jalan malam lagi.

Pada cuti sekolah yang lepas, 2 minggu cuti, kan? Lazimnya, anak-anak Yati mesti everytime cuti sekolah kena kidnapped ke KL oleh opah dan aunty dia orang kan. Kali ni - tak, sebab Encik Abe cuma dapat bercuti pada minggu pertama, jadi kami decide untuk balik Kelantan. Mek kat Tumpat dah rindu cucu. :-)

Kamera Yati, anda semua sedia maklum, Yati pernah bagitau dulu, tak leh shoot outdoor. Jadi, gambar ni semua hasil search di google ya.

Kami bertolak awal pagi, dari Perak. Anak-anak tidor dalam kereta. Sampai ke hentian rehat Banjaran Titiwangsa dekat Pulau Banding tu pukul 6 lebih. Walau pun matahari belum naik, tapi nampak cahaya di langit, cantik sangat, sunrise kan. Anak-anak dan suami keluar kereta la, tengok pemandangan. Yati dalam kereta, tiba-tiba nampak kelibat macam kambing ke, anjing ke, dok jalan selang beberapa kereta dari kami. Pastu Yati cakap dengan anak-anak, "Anjing, anjing, masuk!"

Kelam kabut la jugak Yati suruh budak masuk. Sebab besor semacam je. Tengok-tengok nak tau menatang apa?


Dekat giler dengan kete kita orang! Nasib baik semua dah masuk dalam. Yati takut kena sondol je. Yati cakap, babi hutan. Tapi Encik Abe kata, itu babi tunggal la!  Tinggi dan besar tau! Dia jalan sekor je, takde geng.

Peh... nasib baik tak berlaku apa-apa. Yati ada search sikit. Ni ada info mengenai babi hutan tunggal dari website Jabatan Hidupan Liar
http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdMamClist/BabiHutan.pdf

Nasib baik tak nampak gajah ke apa. Hehhe... anak-anak jakun, Yati pun pelik, sebab benda kita tak pernah nampak kan..

Ok le. Itu cerita terserempak babi tunggal. Lagi cerita menarik ialah masa di kampung Encik Abe, Yati sempat tengok Dikir Labo. Korang pernah tengok tak? Dia lain sikit dari dikir barat biasa. Labo tu maknanya labah-labah. Tak tau kenapa dia panggil sebagai Dikir Labo. Mungkin sebab formasi dikir tu, di mana bahagian luar, orang berdiri dalam bulatan sambil pegang kipas. Dan orang dalam duduk ramai-ramai. Kawan-kawan Yati dari Kelantan, kalau Yati salah, tolong betulkan ya. Ni Yati attach contoh Dikir Labo dari Youtube.




** Video credit to ainnaification.


Yang Yati tengok hari tu, sebijik macam ni la. Yang turut serta dalam dikir labo ni bukan setakat orang muda, orang tua, balik dari masjid pun ada. Sayang kami takde video untuk rakam. Seronok la tengok, ada part dia orang jerit, nada tinggi, takde suara. Hehhe..

Nama je 10 tahun kawin dengan orang Kelantan, tapi ni baru pertama kali tengok Dikir Labo. Dia takde la sempena special occasion ke apa. Cuma kalau ada jemputan dari tuan rumah, dia orang buat la. Kebetulan selama ni bila kami balik, tak pernah ada orang buat. Jadi, baru la dapat tengok.

Memang puas kali ni. Cuma Kota Bharu ni, jem giler! Flyover dekat jambatan tepi tesco KB tu belum siap-siap lagi. Ada sekali terperangkap dalam jem nak ke Pantai Bachok hampir 2 jam, tapi belum keluar KB. Jadi, patah balik la. Jadi, kami jalan-jalan area Pantai 7, Pengkalan Kubur dan kawasan sewaktu dengannya sahaja. Di samping berkunjung rumah sedara kat sana.

Menarik kan? Sebab tempat kita takde benda kebudayaan macam ni. Kalau ada pun, sempena sambutan apa-apa, kan. Ha lagi satu suka, sebab dapat makan ni ha....

**Photo credit to http://zyalyas.blogspot.com/

Pagi-pagi je nasi berlauk. Hari-hari. Yati suka yang ayam gulai. Masa lalu Jeli, jumpa satu kedai nasi berlauk, ayam dia ayam bakar. Peh!!! Meleleh!!! Balik Perak balik, rasa berat je badan. Hehhe... kena jogging balik.

Masa pergi PCB, jumpa lokcin! Lama sangat tak jumpa! Lokcin tu, sate ikan. Eh, betul ke dari ikan? Sedap! 
Sekian la cerita. Tak tau bila dapat balik sana lagi. ^_^

30 comments:

  1. abang ipar sy pun kg kat tumpat, bila dia nak balik kg tu mmg selalu la jugak jumpa gajah tido tepi jalan tu.. kat area grik kalo xsilap...

    ReplyDelete
  2. Chekna,
    Ha ah, atas dari Gerik tu nak ke Banding, memang kawasan hutan. Bertuah la tu, dapat jumpa gajah. :)

    ReplyDelete
  3. melor tak pernah tgk dikir labo walaupun dilahirkan kat sana. ini first time tahu dan lihat benda tu wujud. tapi pasal nasi berlauk tu melor tahu dan selalu makan serta memang jadi kegemaran. Kalau yati dapat makan yang lauk nya dibuat dari ikan cencaru masin dan sambal dari cili kering tentu best. yum, yum lagi best kalau dpt makan nasi kerabu glamour bonda melor. ari tu balik melor bedal nasi kerabu tu berpinggan2 kerana lama tak merasanya. Susah nak dpt yg rasa seoriginal begitu disini hihihih......

    ReplyDelete
  4. heheh sedapnya tengok gambar makanan tu....apa2 pun miss youuu :)

    ReplyDelete
  5. wah, patut la lma menyepi, rupanya kelik kelate....

    akak pn xpernah tgk dikir labo nie yati...dasyatkan ...he.he.he...

    rindu nasi belauk n nasi kerabu....

    ReplyDelete
  6. Salam~

    mmg cuak klu terjumpa makhluk2 allah yg jarang jumpa ni ;p
    spnjg rash ulang alik klang-terengganu xpenah lg jumpa sendiri.. nmpk org lain accident sbb langgar wild boar melintas ade la..
    yg latest, abg ipar t'langgar monyet.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. salam kak..lama x dengar khabar..sihat..kak citer bab babi.ni kalo kat umah sy kal x blh tanam ubi..kang malam nnt mesti dia datang yg korek..hehe...kadang lawak juga..kadang takut...akak jemput ke blog baru saya..http://signaturetrainingcenterservices.blogspot.com/
    hehehe..

    ReplyDelete
  8. Melor,
    Laa... ye ke? camana lahir kelantan tapi tak pernah tau ni pasal dikir labo? Hehhe...
    Dan makan dah, lauk dari ikan cencaru masin tu. Memang sedap! Tapi peberet Yati ayam juga.
    Betul, betul. Nasi berlauk ke, nasi kerabu ke, yang kelantan punya, memang excellent la! Tak sama tempat lain.

    Fida,
    Miss you tooo...!! Lama kan Yati tak online. Terpaksa, beb.

    Kak Nza,
    Hehhe... seminggu ja kak.
    Dasyat, orang tua belaka, seronok tengok.
    Kak Nza cuti tak kelik ke kak?

    Rash,
    Bahaya, betul. Kena la hati-hati bila travel kawasan hutan. Kesian monyet kena langgar.

    Ayong,
    Sihat, Alhamdulillah. Ayong pekabo? oh, dia pandai korek ubi ya. Baru tahu ni. :)

    ReplyDelete
  9. amboi nasik berlauk tuh sedapnyerrrr lah kan. kat opis akak ni ada makcik tuh jual nasi berlauk pagi2, ada kuah nasi dagang tuh.. sedap sgt, biasa akak beli lebih bawak balik haha..

    ReplyDelete
  10. Kak Mila,
    Betul, betul, memang sedap! Best la ada orang jual nasi berlauk kat ofis kak Mila. Yati cuma merasa nasi berlauk bila balik kelantan je.

    ReplyDelete
  11. hehe en.suami sy pun org kelantan gak.. melor, KB.. hmmm mknan depa smua wajib ada gula manis2 (^_*)..v
    ikut hati nk berjalan puas2 kt KB 2, tp apa yg pasti SLALU JEmmmm..
    kna plak pns terik.. terbatal hajat.. ('_';) xtahan panassss daaa

    ReplyDelete
  12. lme dh x p kelantan..las pg ms amek result spm rsnye....dh lbh 10 thn...mst dh lain kelate skrg....

    ReplyDelete
  13. awal bulan balik e2 hari, sy teringin nk mkn etok (siput sungai yg mcm siput lala tu la) puas mcari 1 KB (hehe bukan mgidam tau)... xda rezeki nk mkn etok, mgkin sbb musim cuti sek n byk kenduri kawen, so pak cik yg tukang cari etok bik cuti kot hahaha... (^_#)..v nty musim etok bermula sila rojer2 okehhh...

    ReplyDelete
  14. Ibu Nadia,
    ic. Boleh tubuh kelab ni, suami orang kelantan. Hehhe...
    Tapi sana panas, petang je hujan atau mendung.
    Ooo minat etok ya? Yati pun tak selalu balik, jadi kurang alert la dengan musim ada etok ni.

    Ziraziz,
    lain. Dah macam-macam ada, cikgu. :)

    ReplyDelete
  15. Seronok baca sepanjang percutian Yati sekelurga...... KakDee pun tumpang belajar, macam2 yang KD tak pernah jumpa dan tahu sebelum ni.... :)

    ReplyDelete
  16. babi tuggal mmg besar,nasib baiklah x disondolnya..seronok gak klu balik kg,dpt tgk perkara yg x de dibandar,tentu percutian itu lebih bermakna terutama anak2

    ReplyDelete
  17. Kak Dee,
    Yati pun kak Dee. Bila kita pergi tempat orang, baru la rasa banyak benda lagi kita tak tau dan tak pernah jumpa.

    Ct,
    Betul. Babi tu tengok je kita orang dalam kete, pastu dia blah. Dia lalu je.
    Anak-anak memang suka, sebab balik kelantan, jumpa ayam, itik, kambing, kuda, lembu semua. Hehhe..

    ReplyDelete
  18. 1st time dengor pasal dikir labo ni..

    ReplyDelete
  19. Kakyong,
    sama la. Yati pun baru pertama kali dengor dan tengok. Ingatke, sama macam dikir barat biasa kat tv tu. Lain sikit.

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah baik..bukan je pandai korek ubi kak..pandai kopek kelapa juga..pernah sekali tu dia kopek kelapa sampai cantik habis semua sabut dia buang..dh jd macam org yg kopek..heheheh

    ReplyDelete
  21. Ayong,
    wah... pelik ni. Kopek kelapa tua ke muda? Dia makan isi ke? Hehe... pandainya...

    ReplyDelete
  22. sesekali blk kg mcm2 citer keluar yer Yati, dr perkara yg xpnh tgk pun ade..hehe..

    Scary la citer babi tuh, rasanya kereta pun dia blh sondol per..hehe

    ReplyDelete
  23. cik abe yati org kelate ke?yelah, kalau dr perak, dekat ikut griklah kan. Ada sekali je ayu balik dr kelantan ikut grik, sesaje mkn angin. Sampai atas bukit tu, mmg cantik sgt.

    Kalau balik, cik abg ayu yg berisi. Dia mmg takboleh tolak mknan kelantan, semua sedap2 :) Ayu pun lepas rindu mkn mcm2 ms balik hari tu.

    ReplyDelete
  24. Hajar,
    Hehhe... itu la yang menariknya balik Kelantan. Ada je benda baru kita jumpa.
    Hajar, ada orang citer kan, kalau kereta langgar babi tunggal ni, babi tak mati tau. Tak tau la betul ke tak. Tapi badan menatang tu memang sasa. Sib baik dia tak buat apa-apa.

    Ayu,
    ye Ayu, suami orang Tumpat, Kelantan.
    Atas bukit tu memang cantik. Lagi-lagi kalau hari sebelumnya hujan, penuh kabus.
    Suami Ayu orang mana di Kelantan tu? Ye Ayu. Sana pula makan murah, tak macam kat tempat kita.

    ReplyDelete
  25. owh... kawin dgn org kelate jugak ke.. sama la kita.. haha... raya puasa nanti tak balik ke?

    ReplyDelete
  26. hah pantai bachok a.k.a pantai irama...tu dekat kg saya..5 min dr rumah tp mmg jam time cuti sekolah hari especially hari jumaat.. jam dr rumah sy lg..sbb ada simpang kesana.

    ReplyDelete
  27. oo..blk kmpg yer...best kan ?

    aiyakk...b*b* utan ke tu ?? bahaya ... ganas menatang tu kan ...

    akk..xsonglap ke budu ke ape ke .. ;)

    ReplyDelete
  28. @Zila
    Wah.. tak sangka Yati ada ramai kawan bersuamikan orang kelantan. Hehhe..
    Tak leh nak cakap, balik ke tak. Tengok husband dapat cuti ke tak, dia kerja tak tentu.

    @Ajnie's
    ooo ye ke... ramai suka pergi pantai sana, sebab landai kan, tak macam PCB, sempit sikit.

    @ummi Hanie
    Memang seronok balik kampung.
    Pernah tengok babi hutan kat zoo tak, Hanie? Yang ni, 2-3 kali lagi besar dari dalam zoo tu! Takut!
    Ooo, mesti, Kak YAti bawak balik budu, air oren dalam botol kecik tu, lempuk, serunding, beras siam, borong habis. Heheh... jarang balik, kena beli semua, buat stok.

    ReplyDelete
  29. aaah..pantai irama lg cantik dari PCB. Tp sy sndiri dh lama x ke PCB..dh dkt 10 thn x kesana..mmbr kt dh cantik..

    ReplyDelete
  30. Ajnie's,
    Cantik juga PCB tu. Tapi sebab tak luas sangat macam Pantai Irama tu. Bila kereta banyak parking, dah nampak sesak. Tapi PCB, agak banyak tempat makan. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea