Wednesday, June 29, 2011

Seperti kera mendapat bunga

Ada ke patut, husband Yati cakap camtu. Ni tentang mesin jahit tu. Tapi rasanya, betul kot. Hehehe..! Kabel yang Yati beli online selamat sampai tengahari tadi.

Alamak, gelap pula gambar.

Boleh masuk! Boleh guna mesin! Yahoo...! Alhamdulillah...!

Nak pasang benang pun terkial-kial. Manual pula takde. Bila Yati test jahit, benang bawah tu,  yang dalam gelendong tu, rasanya Yati  pasang tak betul. Dia sangkut bila cuba jahit. Benang bawah jadi  bergelung-gelung dan serabut. Tak pernah guna la katakan. Mesin jahit kecik Tesco tu, simple je. Tak complicated macam mesin jahit ni. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan!

Hari Sabtu lepas, Yati terima cloth pad dari Kak Mila.


Comel tak? Sayangnya nak guna. Anak-anak Yati tanya, "Apa ni, Mama?" 
Yati jawap, ni barang orang pompuan la. Hehhe...
Timasih, Kak Mila! Kemasnya jahitan Kak Mila.

Yati ada knit satu benda kecik, boleh muat business card atau handphone kecik yang slim.


Dulu pernah buat colour pink dan kuning juga. Tapi versi lebar. Ni versi panjang.


Dah masuk kedai online ni. 

Tu je la cerita hari ni. Nak buat research, pasal simbol-simbol kat mesin jahit ni. Dan cari tutorial pasang benang. Hehhe... bye!

Tuesday, June 28, 2011

Takde cerita nak cerita

Assalamualaikum...

Nak kata rileks tu, tak juga. Tapi, takde benda menarik boleh dikongsikan di sini. Eh, hari Sabtu lepas, saya naik ni tau, pergi KL dari Batu Gajah.

Tren ETS


Yati pergi reunion ITM Jengka, DCS, rumah kawan di PJ. Pergi sorang je. Husband bagi cuti. Yati naik ETS dari Batu Gajah ke KL Central. Sampai KL, naik LRT. 

Dekat website KTM ada kata, tren ni boleh pergi sampai 160 km sejam. Masa Yati naik tu, paling laju dia pergi, 145 km/sejam. Kita dok dalam, tak rasa laju pun. Mungkin sebab dia berhenti. Kejap di Kampar, Tanjung Malim, Sungkai, Slim River, Rawang, etc. Tapi bagus juga tren ni, sekejap dah sampai. Yati naik pukul 11.30 pagi, sampai KL pukul 1 lebih. Sayangnya tren ni takde setiap jam. Paling awal dari Batu Gajah pukul 5 pagi, jadi Yati takde pilihan, kena naik yang pukul 11 pagi punya.

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Ada dalam 10-11 tahun juga tak jumpa. Gambar? Tengok kat FB ya. 

Terima kasih pada kawan-kawan yang bagitau tentang kabel mesin jahit tu. Yati sudah beli online je, dari peniaga LSN di forum wanitamelayu. Harap dapat guna. Akan sampai dalam masa terdekat ni. Tak sabor kita. 

Ok, sekian dulu. Terima kasih singgah sini ya!

P/S: Tahniah pada ALynn, kawan stitch-a-long cross stitch. Hari ni dia kuor paper Sinar tau. Cayalah!

Thursday, June 23, 2011

Kabel tak ada

Assalamualaikum...

Best friend Yati bagi sebuah mesin jahit pada Yati, cuma kabelnya hilang. Suka tau, dapat mesin, cuma skrang masih mencari lagi kabel mesin tu.


Mesin jahit SewLux, model MD-926-39
Tiada kabel hubungkan mesin pada power supply.

Kawan-kawan yang tahu kedai atau contact number kedai mesin jahit yang menjual sparepart mesin jahit, harap sudi kiranya share di ruangan komen. Tak semestinya kedai kat Perak, mana-mana satu Malaysia boleh.


Dia punya lubang kabel lain sikit. Yati sudah cari sekitar kedai elektrik di sini. Sebab lubang lain. Kalau lubang standard, orang elektrik boleh buat.



Brand Sewlux ni Yati terjumpa di satu website kelas mengajar sulam kerawang, sesuai untuk guna sebab mudah dikendalikan. Ada tanya, tapi dia pun takde kedai yang boleh direkemen pada Yati. 

Kalau kawan-kawan ada idea, harap boleh share dengan Yati ya. Yati appreciate sangat.

Take care semua...

Wednesday, June 22, 2011

Cerita balik kampung

Assalamualaikum semua...

Cerita ni dah lama sangat. Tapi Yati nak cerita juga, sebab kami jarang balik Kelantan. Setiap kali balik pula, macam adventure betul. Ada je benda menarik terjadi atau jumpa. Ingat tak dulu, last sekali Yati pernah cerita kami balik Kelantan malam-malam, dekat Pulau Banding tu, Encik Abe nampak hantu? Ha... kali ni kami tak jalan malam dah. Lagi pun kakak Yati dok cerita pasal filem Karak tu, hish... tak berani la jalan malam lagi.

Pada cuti sekolah yang lepas, 2 minggu cuti, kan? Lazimnya, anak-anak Yati mesti everytime cuti sekolah kena kidnapped ke KL oleh opah dan aunty dia orang kan. Kali ni - tak, sebab Encik Abe cuma dapat bercuti pada minggu pertama, jadi kami decide untuk balik Kelantan. Mek kat Tumpat dah rindu cucu. :-)

Kamera Yati, anda semua sedia maklum, Yati pernah bagitau dulu, tak leh shoot outdoor. Jadi, gambar ni semua hasil search di google ya.

Kami bertolak awal pagi, dari Perak. Anak-anak tidor dalam kereta. Sampai ke hentian rehat Banjaran Titiwangsa dekat Pulau Banding tu pukul 6 lebih. Walau pun matahari belum naik, tapi nampak cahaya di langit, cantik sangat, sunrise kan. Anak-anak dan suami keluar kereta la, tengok pemandangan. Yati dalam kereta, tiba-tiba nampak kelibat macam kambing ke, anjing ke, dok jalan selang beberapa kereta dari kami. Pastu Yati cakap dengan anak-anak, "Anjing, anjing, masuk!"

Kelam kabut la jugak Yati suruh budak masuk. Sebab besor semacam je. Tengok-tengok nak tau menatang apa?


Dekat giler dengan kete kita orang! Nasib baik semua dah masuk dalam. Yati takut kena sondol je. Yati cakap, babi hutan. Tapi Encik Abe kata, itu babi tunggal la!  Tinggi dan besar tau! Dia jalan sekor je, takde geng.

Peh... nasib baik tak berlaku apa-apa. Yati ada search sikit. Ni ada info mengenai babi hutan tunggal dari website Jabatan Hidupan Liar
http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdMamClist/BabiHutan.pdf

Nasib baik tak nampak gajah ke apa. Hehhe... anak-anak jakun, Yati pun pelik, sebab benda kita tak pernah nampak kan..

Ok le. Itu cerita terserempak babi tunggal. Lagi cerita menarik ialah masa di kampung Encik Abe, Yati sempat tengok Dikir Labo. Korang pernah tengok tak? Dia lain sikit dari dikir barat biasa. Labo tu maknanya labah-labah. Tak tau kenapa dia panggil sebagai Dikir Labo. Mungkin sebab formasi dikir tu, di mana bahagian luar, orang berdiri dalam bulatan sambil pegang kipas. Dan orang dalam duduk ramai-ramai. Kawan-kawan Yati dari Kelantan, kalau Yati salah, tolong betulkan ya. Ni Yati attach contoh Dikir Labo dari Youtube.




** Video credit to ainnaification.


Yang Yati tengok hari tu, sebijik macam ni la. Yang turut serta dalam dikir labo ni bukan setakat orang muda, orang tua, balik dari masjid pun ada. Sayang kami takde video untuk rakam. Seronok la tengok, ada part dia orang jerit, nada tinggi, takde suara. Hehhe..

Nama je 10 tahun kawin dengan orang Kelantan, tapi ni baru pertama kali tengok Dikir Labo. Dia takde la sempena special occasion ke apa. Cuma kalau ada jemputan dari tuan rumah, dia orang buat la. Kebetulan selama ni bila kami balik, tak pernah ada orang buat. Jadi, baru la dapat tengok.

Memang puas kali ni. Cuma Kota Bharu ni, jem giler! Flyover dekat jambatan tepi tesco KB tu belum siap-siap lagi. Ada sekali terperangkap dalam jem nak ke Pantai Bachok hampir 2 jam, tapi belum keluar KB. Jadi, patah balik la. Jadi, kami jalan-jalan area Pantai 7, Pengkalan Kubur dan kawasan sewaktu dengannya sahaja. Di samping berkunjung rumah sedara kat sana.

Menarik kan? Sebab tempat kita takde benda kebudayaan macam ni. Kalau ada pun, sempena sambutan apa-apa, kan. Ha lagi satu suka, sebab dapat makan ni ha....

**Photo credit to http://zyalyas.blogspot.com/

Pagi-pagi je nasi berlauk. Hari-hari. Yati suka yang ayam gulai. Masa lalu Jeli, jumpa satu kedai nasi berlauk, ayam dia ayam bakar. Peh!!! Meleleh!!! Balik Perak balik, rasa berat je badan. Hehhe... kena jogging balik.

Masa pergi PCB, jumpa lokcin! Lama sangat tak jumpa! Lokcin tu, sate ikan. Eh, betul ke dari ikan? Sedap! 
Sekian la cerita. Tak tau bila dapat balik sana lagi. ^_^

Tuesday, June 21, 2011

Projek crafts bulan lepas

Assalamualaikum...

Kawan-kawan sihat ke hari ni? Saya belum sempat nak blogwalk rumah kawan-kawan. Padan muka saya, lama sangat tak online. Email customer banyak kena layan.

Rasa macam ketinggalan banyak benda je. Apa cerita terbaru kawan-kawan semua? Lepas ni, Yati slow-slow blogwalking balik ya.

Jom tengok projek crafts yang Yati buat untuk sorang customer ni. Projek ni suspen sikit. Sebab lama la pula nak sampai kepada penerimanya. Yati siap dah arrange kena re-do balik, tapi lepas projek besar cross stitch Yati siap la. Tengok-tengok, Alhamdulillah... selamat pun sampai, tak tau kenapa ambil masa lebih lama dari biasa. Bak kata omputih, better late than never, ye tak. Daripada terus hilang, kesian kat customer, dah bayar, barang tak dapat. Ok, layan...

Felt keychains

Untuk felt keychain, memang ramai suka order yang chick tu, anak ayam. Yati buat 2 version, yang pertama, mata anak ayam tu guna french knot. Dan yang kedua, guna brads. Bergantung sementara stok masih ada.

Felt coin purse dengan tulisan cross stitch

Felt coin purse lagi..

Knitted flower brooch

Bunga 2 layer untuk keempat-empat brooch. Terima kasih pada Cik Hasanah, PJ, yang sudi order barang dengan Yati & Stitch. ^_^

Saya stop di sini dulu. Jumpa lagi.

Monday, June 20, 2011

Giveaway ditutup dan pemenangnya ialah....

Assalamualaikum semua...!
Rindu tak kat Yati? Dekat sebulan juga Yati tak online. Ha? Tak rindu ke? Takpe la, kita nak pergi bertapa balik la. Hehe!

Alhamdulillah, order cross stitch sudah siap dan sudah selamat sampai pada tuannya. Tak boleh share lagi kat sini, tunggu...! ^_^

 Terima kasih pada semua yang wish birthday Yati bulan lepas dan sudi join giveaway Yati yang tak seberapa ni. Tanpa buang masa, Yati umumkan pemenangnya ialah.... jeng jeng jeng....


Siapa pengomen ke 12 yang bertuah itu?

Siti Hajar !!!!

~Siti Hajar~ said...
Hpy bday Yati...

sga pjg pjg umur, murah rezzeki 7 diberikan kesihatan yg baik olehNYA..

Yati sebaya dgn my hubby...sweet 33 gitu..

Tahniah! Tahniah!

Nanti email Yati di yati_my at yahoo dot com atau PM kat FB pun boleh. Bagitau nak barang crafts dan cross stitch (supplies) atau barang rumah (ready-made). :D

Yang tak berjaya, jangan sedih ya. Insya-Allah ada rezeki next time Yati buat lagi. 

Take care semua!