Monday, May 02, 2011

Selamat hari pekerja!

Walau pun hari ini dah 2 May. Sebab banyak yang carry forward cuti hari pekerja ke hari ini, kan. Termasuk sekolah Amirul.

Yati rasa macam dah lama sangat tak online. Tapi memang lama pun, 3 hari. Ada buat projek offline sikit. Esok, Selasa, 3 May,  Yati tak dapat online satu hari juga, sebab dapat notis, tiada bekalan eletrik esok, dari pagi sampai lewat petang. Tak tau camana ni esok, mandi banyak kali la, kalau panas. Kipas pun tak dak.

Projek knit Yati baru siap.

2 knitted cats. Dua-dua Yati jadikan keychain.

Yang kucing hitam tu, tak berapa nampak nak buat, sebab hitam.


Sudah masuk bulan May! Bulan yang Yati paling suka. Domain dan hosting Yati belum renew lagi daaa... sama dengan pendaftaran syarikat dengan SSM. Sibuk sikit dalam 2-3 hari akan datang ni.

Kalau Yati lambat balas email, minta maaf pada semua yang menunggu ya. Esok takde letrik.

Selamat yek!

18 comments:

  1. Very cute! Suke yg pink kaler!

    ReplyDelete
  2. selamat hari pekerja .. tapi nampak nya tak berhenti kerja tu.. tak pe ada hasil nya hehe

    ReplyDelete
  3. PATUTNYA HARI INI TAK BEKERJA,TAPI DARI PAGI TADI KEJA RUMAH NI TAK HABIS-HABIS.KUCING HITAM TU NAMPAK MUKA AJE..

    ReplyDelete
  4. wlupun yg itam tu tak berapa nampak, tp rase yg itam tu lg real..

    ReplyDelete
  5. may pun bulan yg paling anis suka!!yey!yey!

    wawww..tomelnyaaa!!bila laa nk terel buat2 crafty cam kak yati ni..

    ReplyDelete
  6. cutenyer 2 ekor kucing tuh yerrr

    ReplyDelete
  7. Selamat hari pekerja gak yati.. walaupun sebenarnya Yati adalah boss.. hahahaha.. ;)

    Kucings tu memang comels...
    Saya buat crochet bentuk heart weekend aritu, tapi tak jadi.. haha.. hati benjang benjong.. tak gheti la buat bentuk2 nih.. hahahaha...

    Saya pun suka bulan May! sama pulak! hehehe... :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    salam ziarah akak di hari selasa..

    semoga akak dan fmly sihat senantiasa dan dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  9. hitam itu menawan....

    p/s: yati nnti tinggalkan alamat kt email akak ye...ada nk kirim gift utk 3 heroes yati n utk yati skali...yati pengomen trbyk bln 4.

    ReplyDelete
  10. ala tomel2nya kucing tu....geramm tengok

    ReplyDelete
  11. Kak Aisyah,
    Thanks kak. Pink tu sweet kan. :D

    Encik Zino,
    Selamat hari pekerja pada Encik Zino juga. Kerja seorang ibu merangkap niaga dari rumah ni takde cutinya. Hehe..

    Norh,
    Selamat hari pekerja pada Norh juga! :)

    Ct,
    Hehhe... biasa la tu. Kerja rumah mana pernah habis.
    Kamera Yati yang tak berapa jelas ambik gambar waktu malam. :)

    Yan,
    hehhe... tu la. Kucing hitam ada la kan. Kucing pink ada ke in real life? Hehhe...

    Kakyong,
    timasih, kakyong.
    Huhu... projek, projek. :)

    Anis,
    Suka bulan May ya? Birthday Anis ke? Hehhe...

    Kak Mila,
    Thanks kak. Kak Mila menang giveaway kak Rosh. Tahniah ya! Jeles Yati.

    Zila,
    hehhe.. Yati boss merangkap kuli juga.
    Waiya! Betoi ka? Pasal Yati pun knit bentuk heart juga weekend lepas. Hehhe... nanti next next entri Yati citer.
    Suka bulan May sebab anniversary Zila ya?

    Sahromnasrudin,
    yeh yeh, Sahrom dah balik!
    waalaikumsalam warahmatullah.
    Timasih singgah sini ya!
    Semoga Sahrom dan family juga sihat. :)

    Kak Nza,
    macam tagline iklan jam dulu. Hehhe..
    Oh ye ke? Nanti Yati email kak Nza ya.

    ReplyDelete
  12. Fida,
    Hehhe... thanks Fida. Yati sumbat banyak fiber filling, supaya best dipicit-picit. :D

    ReplyDelete
  13. Comelnya kucing-kucing Yati! Yati, saya pun nak kena renew SSM bulan ni, cuma boleh ke renew online? Takde idea mcm mana nak renew SSM dari sini.

    ReplyDelete
  14. Ayza,
    thanks, Ayza. :D
    Boleh renew online. Yati pun every year online juga. Kalau pergi SSM, lama sangat tunggu nombor giliran. Yati bagi link ya.
    http://www.ssm.com.my/
    Klik e-Lodgement
    Pilih la Ayza punya mana satu. Yati punya, Under ROB, permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan. Kalau Ayza belum pernah buat online, mungkin Ayza kena register dulu sebagai pengguna portal myGovernment.
    Harap membantu Ayza. :)

    ReplyDelete
  15. Selam Yaticim,
    Terima kasih banyak-banyak Yati, sudi bantu saya tentang renew pendaftaran perniagaan. Semalam saya sudah daftar di portal myGovernment seperti yang Yati sarankan. Next disuruh daftar di website SSM pula ya? Saya sedang cuba, website banyak kali tidak dapat berfungsi baik dari sini.

    Apa pun Yati, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana information yg sangat berguna ini. Sangat hargainya! *hugs*

    ReplyDelete
  16. Ayza,
    Kena register untuk SSM Subscriber dulu sebelum renew company kita tu. RM5 setahun untuk SSM Subscriber. Lepas tu, baru boleh renew. Bukan Ayza sorang saja. Yati juga cuba renew sebagai SSM Subscriber last Friday, tapi tak boleh. Sistem dia, telan duit Yati RM10. Ayza cuba guna Internet Eplorer. Yati cuba Firefox dan IE, tak boleh, sangkut bila dia transfer kita ke merchant bank kita. Last-last, bila dah hilang 10 ringgit, tak berjaya renew, Yati pergi SSM di Ipoh. Leceh sikit sistem government ni. Last year takde masalah. Tahun ni, sangkut pula.
    Good luck, Ayza. Hugggssss Ayza balik.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea