Wednesday, May 04, 2011

Perihal anak-anak

Assalamualaikum...

Cuba tengok ni...


Hafizan dapat nombor 3 dalam kelas, untuk periksa pertama dia.

Hafizan, 5 tahun.

Alhamdulillah, suka. Yati pun tak sangka. Hafizan ni, rajin sikit buat homework, berbanding abangnya, Amirul. Tak perlu nak suruh pun, lepas makan dan rehat, dia akan buat sendiri homework cikgu bagi. Amirul pula (anak sulong Yati, darjah 2) dapat nombor 12 dari 36 orang dalam kelas. Ada improvement sikit, dulu nombor 16. Huhu...!

Esok, sekolah Hafizan ada buat lawatan ke zoo Taiping.


Hafizan sangat excited. Yati agak risau juga, sebab ini lah pertama kali dia nak pergi jauh, tanpa kita pula, walau pun takde la lama pun. Pergi pagi, balik semula tengahari dari sana. Sebab perjalanan dari Seri Iskandar ke Tepeng adalah dalam 2 jam juga.

Tau la budak-budak kan. Nanti tengah jalan dia nak kencing ke, lapor ke, mabuk bas ke, semoga semua selamat esok. Amirul bukan main jeles lagi, sebab dia dulu tadika tak pernah pergi lawatan mana-mana. Hehhe.... next time la mama dan papa bawak semua ya.

Jom kita tengok si kecik lagi sorang ni, yang kenakalannya akhir-akhir ni cukup la mencabor kesabaran.

Sulaiman, 2 tahun 9 bulan


Rambut Sulaiman kat atas tu, dia la yang potong sendiri. Macam ada potensi nak jadi tukang gunting rambut je. Bukan setakat rambut dia, rambut Hafizan dan rambut Amirul pun kalau ada kesempatan sikit, dia cuba gunting.

Ok la, sekian cerita anak-anak.
Selamat semua!

20 comments:

  1. dulu masa anak yg sulong dan no2 sekolah tadika kemas,tiap2 tahun buat lawatan.buka anak aje yg excited tapi semua keluarga pergi termsuk atuk dgn neneknya.

    ReplyDelete
  2. Pandainyer Hafizan dpt no 3, Amirul nti usaha lg yer..

    Sulaiman ni mcm Danies la, pantang jumpa gunting mesti potong rambut sendiri dulu..

    ReplyDelete
  3. Syabas utk Hafizan! Bestnye dapat gi outing! Sekolah kat sini tk de lah exciting cam kat bandar. Hazel skrg thn 1 tp entah nape tk de periksa. Cikgu kata thn 2 baru ada. Malas ke, apa ke entah lah...hahaha! Nak jadi tukang gunting lah tu!!

    ReplyDelete
  4. Ct,
    haha... mama Yati pun suruh ikut juga. Tapi Yati tak nak la, bagi dia berdikari sikit, dan pandai jaga diri. Tapi kalau join next time, syok jugak ya! ;D

    Hajar,
    Thanks, Hajar. Amirul boleh buat, tapi banyak main je.
    Hehhe... boleh geng dengan Danies.

    Kak Aisyah,
    terima kasih, kak.
    Syoknye takde periksa. Hehhe...
    Itu la dia, habis semua nak diguntingnya.

    ReplyDelete
  5. budak tadika pun ada exam eh...sini takde..gud job hafizan...sulaiman, minat justin bieber ke...potongan rambut tu dah ala-ala jugak ler...he2

    ReplyDelete
  6. Tahniah hafizan!!!! teruskan usha ye..Insyallah amirul pn akn brjaya mcm adiknya.

    seronok tu nk p zoo ttp sbgai ibu mmg kita rasa risau...depa xbw ibu bapa brsama ke yati..biasanya kalu ada lawatan tadika, ibu bapa dijemput mengiringi anak2..apapn kita brdoa yg trbaik utk anak2....

    ReplyDelete
  7. haha...sweetnya nya entry ni...semua anak2 kecil ni bijak2 dan cerdik dan sgt cumellllll...anyway..tahniah adik hafizan!

    ReplyDelete
  8. Seronok baca kerenah anak2 kecil Yati.... :)

    ReplyDelete
  9. Yati,suka kan anak kita dpt terbaik.Anak akak aina wafi pun selalu dpt best tapi akak tak boleh leka juga.Sentiasa kena ingatkan belajar dan solat.Akak juga selalu pesan pandai pun tak guna kalau tak ada akhlak.

    ReplyDelete
  10. assalam yatie..mana la dak sulaiman tu dapat gunting..nasib tak de yang luka kan..
    comelm pulak tu gambao dia..siap jelir lidah lagi..

    ReplyDelete
  11. Epid,
    Itu la, Amirul punya tadika dulu pun takde juga. Thanks, Epid.
    Hehhe... rambut Sulaiman dah macam apa ntah, kalau ko tengok bahagian belakang, ada yang hampir botak. Sabor je la.

    Kak Nza,
    Terima kasih, bagi pihak Hafizan. :D
    Takde pun dijemput. Tapi memang ada ibubapa yang pergi. Dulu pun lawatan ke Parit, setengah jam je dari sini, pun ada ibu yang ikut. :)

    Encik Keli,
    Timasih pakcik Keli! ^_^

    Kak Dee,
    hehhe... penat kak, layan tiga orang boys kat rumah ni. Selalu tidor depan tv, tak sempat layan movie waktu malam, letih sangat.

    Nurul SewLove,
    pergi la. Seronok pergi zoo, kan. :)

    Kak Suzie,
    betul tu kak. Solat tu penting. Tak guna cemerlang pelajaran tapi perangai tak elok, kan.

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    Dia pandai cari gunting sendiri, kak. Kita dah sembunyi pun, dia pandai cari merata, dalam drawer, atas tempat tinggi pun, dia ambik kerusi, panjat.
    Memang tu peberet posing Sulaiman, kak. Kalau tak jelir lidah, buat mulut muncung. :D

    ReplyDelete
  12. hazwan pun kata esok dia ada lawatan ke pusat sain.... minta duit poket lebih hehe

    ReplyDelete
  13. heheheheh gelak baca sulaiman suka potong rambut...keletah mcm anak sedara fida yang haziq tu...2 tahun umur dia...

    untung yati .....anak2 rajin dan comel...suka tengok :)

    ReplyDelete
  14. tahniah hafizan..
    best nyer dapat g jalan2 kan

    ReplyDelete
  15. Encik Zino,
    hehhe... musim budak sekolah buat lawatan kan. Dah lepas periksa, semua. :D

    Fida,
    Umur anak sedara Fida lebih kurang Sulaiman juga. Boleh geng. :)
    Hehhe.. kadang-kadang comel, most of the time, comot!

    Kak Mila,
    timasih, kak Mila.
    Best la dia. By the time Yati jawap komen ni, Hafizan belum balik dari lawatan lagi. Dah pukul 2 petang.

    ReplyDelete
  16. sama la dgn anak2 akak masa blajar kat tadika perpaduan dulu. cikgu mesti bawak jalan2, memang risau sgt nak lepaskan depa p ngan kengkwn n cikgu, tapi insyaallah berdoa moga tak ada apa2 yg berlaku, budak2 le katakan, bukannya reti nak duduk diam

    ReplyDelete
  17. Kak Su,
    betul, betul. Masa Yati jawap komen ni, Hafizan belum balik lagi. Lagi 10 minute pukul 3 petang. Awat lambat sangat ni. :(

    ReplyDelete
  18. syioknya hafizan nak g zoo.. fikri dari bulan 3 ari tu request nak g zoo.. sampai la tak bawa2 lagi...

    sulaiman ni leh geng dgn Aliya.. aliya pun la ni mcm2 pe'el dia...



    n3 terbaru kakyong
    My wordless Thursday (9)
    Asmara 2 episod 9 – kembang mula mekar di hati ku
    Percuma simple header

    ReplyDelete
  19. Kakyong,
    Hafizan dah balik tadi, pukul 3 lebih baru sampai rumah. Risau kita.
    Kakyong bawa la, kalau ada rezeki. Cian Fikri.
    Ha ah, agaknya kan. Aliya pun ada gunting rambut sendiri juga kan. Hehhe... tapi Aliya comel, Sulaman comot. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea