Tuesday, May 03, 2011

How to make a heart shape paper

Assalamualaikum...

Nasib baik ada letrik dah. Dalam notis tu kata petang baru ada. Lega...

Heart shape paper



Masa zaman bercinta dengan Encik Abe dulu, kalau Yati terserempak dengan motor Encik Abe, Yati akan selitkan kertas bentuk hati ni kat motor dia. Orang tak nampak, nampak motor, tinggal lah jejak sikit. Hehhe... nak tahu tak camana nak buat kertas bentuk hati ni? Jom ikut langkah-langkah di bawah. Minta maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan ya.



1) Ambil sekeping kertas. Apa color terserah. Tapi kertas ni semua sisi adalah sama ya. Empat segi tepat.


2) Lipat separuh seperti gambar di atas.


3) Buka semula kertas. Lipat sedikit bahagian bucu kanan dan kiri kertas seperti gambar di atas.



4) Lipat berbentuk segitiga ke arah tengah kertas. Panduan kita, line yang kita lipat separuh awal tadi.


5) Lipat separuh membahagi di tengah-tengah segitiga yang kita lipat sebelum ni. Lipat ke belakang.


6) Turn over kertas kita. Ini pandangan yang sepatutnya kita dapat (refer gambar atas). Langkah seterusnya, lipat bahagian tajam di atas tu ke bawah.


7) Bila dah lipat, ini la rupanya. Nampak macam dah siap, tapi belum. Sikit lagi.

8) Lipat sedikit bucu kanan dan kiri heart tu seperti gambar di atas. Sudah siap!


Selain diselitkan kat tempat-tempat istimewa untuk yang tersayang, boleh juga dijadikan penanda buku.


Cun tak? Senang je nak buat. Selamat mencuba! ^_^

17 comments:

  1. Asssalamualaikum Yati...
    Sihat ke????
    Wah...ada origami..mmng cun dan senang dibuat....Mp ajar anak2 buat ni..Rupa2nya origami ni mnjadi memori indah utk Yati yer...Dah tahu rahsia Yati..hehehe

    ReplyDelete
  2. romantik juga yati ni ye...he..he..
    klu anak ct si arif tu tahu pasal lipatan ni,hbislah buku dikoyaknya nanti,dia tu ada tangan seni sikit..

    ReplyDelete
  3. romantiknya yati yer.. siap selit2 love kat motor lagi...thanks for the tutorial

    ReplyDelete
  4. wah, kenangan indah tu...romantik gitu...

    thanks 4 sharing...boleh ajar anak2 murid origami psv....origami bunga2 cinta...he..

    blog psv sk akak
    http://panitia-psvskpk.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. opppsss!!! lupa nk minta izin..boleh tak nk copy utk blog psv...he..

    ReplyDelete
  6. MulutPayau,
    waalaikumsalam warahmatullah.
    Sihat, alhamdulillah. Mp sihat? :)
    Hehhe... sejak bujang suka origami ni, mp. Buat dengan anak-anak pun best.

    Ct,
    hehhe.. takde la.
    Hehhe... origami paper ada dijual kat kedai stationary, biasanya. Boleh ct beli untuk Arif. :)

    Kak Mila,
    welcome kak Mila. Saje, teringat memori silam, tu yang buat lagi tu.

    Kak Nza,
    hehhe... takde la kak Nza. :)
    Boleh, boleh, silakan. ^_^

    ReplyDelete
  7. letak dalam motor?
    hihihi...
    pastu dlm lipatan tu, ada nota chenta tak? ;)

    ReplyDelete
  8. asslam yatie..romantik jugak yatie dulu ye..
    orang dulu2 kata..tak nampak orang..nampak bumbung rumah pun jadi le..

    ReplyDelete
  9. oh cam2 ke caranya, thanks for sharing, :)

    ReplyDelete
  10. Wah chanteknya! Nak try satu.. thanks for sharing this cute LOVE, Yaticim!

    ReplyDelete
  11. nanti boleh cuba terai test...

    ReplyDelete
  12. Yati, ms hjr tgk n3 love ni, hjr sdg try & jadi!...hehe...

    nti nk bg Dalia la utk bt penanda buku, blh tanda kat m/s mana yg ada h/work...

    Yati, Hjr nk jemput Yati sekeluarga ke kenduri adik hjr pd 8/5/2011 ni, kat rmh mak hjr (dekat je dgn rmh hjr), plan ada kat blog hjr, jemput la dtg yer...blh jalan2 kulim & penang..hehe

    ReplyDelete
  13. Hehehe romantik yati ni...mesti suka dengar lagu rock kapak...akak ngan husband tak pernah romantik ni ...tak pernah pujuk husband ...dia je selalu pujuk...hahahhah....

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak

    akak letak kat moto tak terbang ke hehehehehe...
    yg itu terbang takpe kan jangan kasih sayang yang terbang hehehee

    ReplyDelete
  15. Hanie,
    ha ah. Kat motor kriss modenas tu, macam ada tempat kita boleh selit kat bahagian handle motor tu. Dalam tak dak nota cinta. Malas nak mengarang. :D

    Kak Erna,
    nape dah tukar jadi Acik Erna? :D
    waalaikumsalam kak. Hehehe.. betul, betul. Dalam kes Yati, tak nampak orang, motor pun jadi la.

    Az a.k.a. Jari Lentik,
    Sama-sama. Cuba la. :)

    Ayza,
    thanks, Ayza. Sila la cuba. Suka la baca komen Ayza. ^_^

    Encik Zino,
    boleh, cer terai buat, masuk dalam handbag mrs Zino. :D

    Hajar,
    waiya... cepatnya try. Bagus, bagus.
    Boleh, nanti mesti Dalia suka. :D
    Thank you ya, atas jemputan tu. Ha ah, Yati ada tengok kat FB. Tak tau lagi la Hajar, boleh pergi ke tak ya.

    Kak Suzie,
    eh.. pandai la kak Suzie ni. Memang suka dengor lagu rock kapak pun. Hhehhe...
    Oooo.. syoknya ada husband selalu pujuk, mesti hati berbunga-bunga selalu. :D

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam Sahrom.
    Tak terbang la. Sebab motor tu kan parking, bukan bergerak. Lagi pun, motor keris modenas tu, kan ada tempat boleh selit kertas. :D
    Kasih sayang terbang kalu, kena pi kaunseling la kot. Hehhe..

    ReplyDelete
  16. amboi yati.. ade rahsia @ kenangan di sebalik origami heart shape ni ya... ;) so sweet..!!


    n3 terbaru kakyong
    My wordless Thursday (9)
    Asmara 2 episod 9 – kembang mula mekar di hati ku
    Percuma simple header

    ReplyDelete
  17. Kakyong,
    Hehhe... masa tu belum kerja, tak mampu beli hadiah mahal. Bagi kertas heart je la. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea