Sunday, May 08, 2011

Anniversary Yati And Stitch

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas, seperti tahun-tahun lepas, Yati nak renew online je dengan SSM ni. Tapi, tak berjaya. Masa proses nak renew SSM Subscriber tu, sangkut... hilang 10 ringgit.

Untuk kawan-kawan yang ada kedai online atau niaga di blog tapi ada form, elok kalau kita check form sistem kita, operasi dengan elok atau tidak. Kalau simple qart, yang hanya calculate total purchase, takde masalah sangat. Tapi kalau form kita link pada merchant bank, sangat-sangat la penting kita make sure sistem kita tu function dengan betulnya. Buat test dari masa ke semasa, letak diri kita sebagai customer. Bukan saje kita kena test bila customer masuk salah input, kalau boleh, test on different browser la juga, sama ada form kita fungsi atau tak. Kita boleh utamakan kosmetik, letak animated gif la, banyak widget la, tapi kalau form dalam kedai kita tak funtion, takde guna. Sebab melibatkan duit orang. Duit orang, lagi-lagi customer yang kita kena jaga.

Dalam kes SSM ni, setakat ni alternate pula jadinya. Tahun pertama, Yati boleh register online. Tahun berikutnya, kena pergi SSM Ipoh, sebab sistem down. Tahun lepas, boleh renew online. Tahun ni, kena pergi SSM Ipoh lagi.

Baru berjaya renew.


Alhamdulillah... sudah masuk tahun ketiga perusahaan Yati dari rumah ni, sejak 8 May 2008. Terima kasih pada husband yang banyak menyokong. Penasihat Yati, peneman Yati waktu kena stay-up print pattern malam-malam, merangkap despatch juga, pos barang di pos ofis.

Anak-anak yang memahami di waktu mama sibuk. Family Yati, kawan-kawan online Yati. Yang email Yati kalau entri Yati sedih, untuk beri semangat. (you know who you are). Sayang dan appreciate sahabat-sahabat semua. Yang naikkan semangat Yati bila Yati down.

Juga pada semua pelanggan-pelanggan Yati & Stitch. Tak kira walau pun beli hanya sekali mahupun yang berulang kali order barang dengan Yati, yang singgah kedai online Yati, yang add link Yati di web atau blog anda, Yati sangat-sangat hargai!!


Alhamdulillah, Yati And Stitch masih bertahan. Yati tumpang gembira dengan kejayaan kawan-kawan niaga online yang start online sama dengan Yati, dan sekarang ada yang dah ada kedai di luar sendiri, yang ada buka workshop sendiri, yang ada buat talk sendiri pun ada. Yati tumpang gembira dan jadi pendorong pada Yati untuk buat lebih lagi. 

Rezeki di bumi Allah ni melimpah-limpah, tak perlu kita dengki sesama peniaga.

Terima kasih semua!!! ^_^

23 comments:

  1. tahniah yati...
    selamat hari ibu

    Akak masih ingat lagi yati antara sahabat yang mula2 sekali jadi follower akak dan masih keep in touch sehingga ke hari ini..terima kaseh sejuta buat yati di sini....

    ReplyDelete
  2. Kak Anim,
    terima kasih, kak.
    Selamat hari ibu pada kak Anim juga! :)
    Terima kasih pada kak Anim juga. Suka dapat kenal kak Anim, walau pun cuma online. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah .....moga yati terus sukses dengan usaha kraf yati...sama2 kita usaha :) muah!!

    ReplyDelete
  4. wow tahniah yati, semoga perniagaan yati makin maju ok...anyway... selamat hari ibu utk yati

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary business, Yati! Hope your business will continue to grow and be successful always!

    ReplyDelete
  6. semoga biz yati bertambah maju.

    ReplyDelete
  7. sama lah dengan ct,hubby jadi despatch.kekadang dia merungut gak tapi dia buat.semoga bisnes yati sukses.Si BEN 10 penyelamat bumi dan angkasa

    ReplyDelete
  8. Selamat hari ibu..
    semoga bertambah2 rezki.. :)

    ReplyDelete
  9. kak Yati :)
    Selamat maju jaya, tahniah di atas anniversary yang ketiga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  10. tahniah!!! semoga perniagaan kak terus berjaya lagi ya....

    ReplyDelete
  11. tahniah kak yati..wah...dah lame juge berdaftar ye...smoga terus maju jaya dlm bisness ;)

    ReplyDelete
  12. happy anniversary Yati & Stitch. semoga sukses selalu..amin.

    ReplyDelete
  13. wah..tahniah!! tahun ketiga tu..woot! woot! woot! ^^

    sy baru masuk tahun pertama (May 2011). setahun jagung betul! hehe...

    ReplyDelete
  14. Fida,
    Alhamdulillah..
    Ya, sama-sama kita usaha ya! Muah muah balik!! :)

    Kak Su,
    terima kasih, kak.
    Amin... mudah-mudahan begitu hendaknya. Selamat hari ibu untuk Kak Su! :)

    Kak Aisyah,
    Thank you, thank you! Sayang kak Aisyah, Yati appreciate kata-kata semangat dari kak Aisyah. Kak Aisyah buka mata Yati tau, bila introduced me to law of attraction. Tak tau camana nak balas jasa baik kak Aisyah.

    Kak Nza,
    amin, amin... Terima kasih, kak Nza! :)

    Ct,
    mestilah. Sebab kalau bisnes isteri berjaya, suami juga tumpang bangga kan. Dan tumpang keuntungan bisnes juga. Hehhe... despatch pun, despatch la...

    Norh,
    Selamat hari ibu untuk Norh juga!
    Amin, amin.. Terima kasih, Norh! :)

    Sindar,
    Terima kasih, Sindar.
    Amin, amin.. Sindar pun, semoga bisnes Sindar terus maju ya! :)

    Sahromnasrudin,
    terima kasih, Sahrom!
    Amin, amin... berkat doa semua kawan-kawan. :)

    Ummi Hanie,
    terima kasih, Hanie. Amin, begitu la juga doa Kak Yati. :)

    Eis,
    Thanks, Eis!! Amin.... :)

    Lynn,
    Thank you, Lynn! Setahun jagung Lynn pun, dah berjaya beri talk on cd. Tabik spring pada Lynn!! :)

    ReplyDelete
  15. Moga terus berjaya Yati...happy anniversary k

    ReplyDelete
  16. Kak Mila,
    thank you, kak! Kak Mila pun salah sorang customer Yati juga, appreciate your support! :)

    ReplyDelete
  17. Happy Anniversary Yati & Stitch! patutla yati suka bulan May.. hehehe...

    Selamat hari ibu juga... :)

    ReplyDelete
  18. dlm bisnes...apa yg penting? mampu bertahan di saat sukar.:)

    tahniah yati! semoga Allah mudahkan urusan & murahkan rezeki.

    betul kata yati...rezeki Allah yg bagi...sama2 kongsi...sama2 membantu.

    thanx yati sbb jadi kawan yg memberi inspirasi & kesedaran pd saya....dlm masa saya menyelusuri perjalanan yati.:)

    ReplyDelete
  19. tahniah kak..
    selamat hari ibu.sory lama tak bertanya khabar..sibuk skit

    ReplyDelete
  20. Kakyong,
    timasih, kakyong.
    Hehhe... amin...! :)

    Zila,
    Thanks, Zila! Hehhe... ada lagi sebab Yati suka bulan May. Tak lama lagi la. :D
    Selamat Hari Ibu untuk Zila juga!!

    Natasha,
    betul. :)
    Terima kasih, Natasha. Amin...!
    Natasha pun, semoga bisnes Natasha bertambah-tambah maju!
    Yati pun berterima kasih pada Natasha, sudi jadi kawan Yati ni, dan pernah juga beli dengan Yati. :)

    Ayong,
    timasih, dear Ayong...
    Takpe Ayong, Kak Yati faham. :)

    ReplyDelete
  21. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.

    ReplyDelete
  22. Sapiah Ibrahim,
    terima kasih atas perkongsian. Alhamdulillah, saya manage untuk renew last year promotion untuk 5 tahun for RM60 only tu, buat sendiri je, tak perlu melalui orang. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea